View: 2321|Reply: 15
|
Saingan sebenar antara MUH, Faizal Tahir: Juri
[Copy link]
|
|
Saingan sebenar antara MUH, Faizal Tahir: Juri
KEMENANGAN Meet Uncle Hussain (MUH) untuk Lagu Terbaik pada Anugerah Juara Lagu ke-23 (AJL23) kelmarin mencipta sejarah buat majlis anugerah itu.
Mereka adalah juara berkumpulan kelima yang menang selepas Estranged pada tahun lalu, Spider (2004), Mega (1991) dan Search (1989).
Pada AJL23 kali ini, saingan sengit untuk Lagu Terbaik lebih dirasai antara MUH dengan Faizal Tahir.
Seramai lapan juri profesional yang menilai persembahan kali ini ialah komposer Helen Yap, Hashridz Hashim (Acis), Mohariz Yaakup, penyanyi Adibah Noor, Hazami, Felow Penyelidik Utama, Institut Alam dan Tamadun Melayu (Atma), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Wan Zawawi Ibrahim, Pengarang Hiburan Utusan Malaysia, Saharudin Musthafa dan Ketua Juri, Azhar Abu Bakar (Azmeer).
Kata Azmeer, juri sukar membuat pilihan antara MUH dan Faizal untuk keputusan Lagu Terbaik pada AJL23. Walaupun MUH berjaya menang Lagu Terbaik dan kategori pop rock, tetapi kategori Vokal Terbaik yang dimenangi Faizal turut di saing hebat vokalis MUH, Nor Azlan Roslee atau Lan.
"Juri sepakat memilih MUH sebagai juara Lagu Terbaik kerana persembahan mereka bagus. Mereka memperjuangkan muzik yang dinilai baru dan segar di samping mempunyai vokal terbaik serta penampilan di pentas yang mantap.
"Walaupun lagu Sampai Syurga nyanyian Faizal menang tiga anugerah, tetapi markah untuk Lagu Terbaik berdasarkan susunan melodi, lirik, vokal dan persembahan terbaik. Berbanding Faizal, MUH lebih menyerlah dan layak untuk diumumkan sebagai pemenang.
"Bagi pihak juri, kami sukar membuat keputusan juara keseluruhan kerana 70 peratus persembahan penyanyi pada AJL23 ini memang bagus. Bagaimanapun, untuk kategori Vokal Terbaik, saingan sengit berlaku antara Faizal dengan Lan.
"Kedua-duanya mempunyai vokal mantap. Juri berpendapat tidak ramai penyanyi yang mempunyai kebolehan menyanyi seperti Faizal dan Lan.
"Beza markah antara mereka sebenarnya tidak berapa jauh. Namun, Faizal mempunyai kelebihan kerana apa yang kita lihat, persembahannya mampu membuat bulu roma penonton meremang dan penampilannya di pentas juga menghiburkan.
"Beza markah antara mereka sebenarnya tidak berapa jauh. Namun, Faizal mempunyai kelebihan kerana apa yang kita lihat, persembahannya mampu membuat bulu roma penonton meremang dan penampilannya di pentas juga menghiburkan.
Sumber: Harian Metro 20/1/2009 |
|
|
|
|
|
|
|
Meremang bulu ketiak aku dengar Faizal Tahi menyanyi.... |
|
|
|
|
|
|
|
wow.. mmg dah agak.. juri pening nak bg sapa menang.. tp ikutkan hati nak MUT mennang vokal.. tp faizal dpt.. actually dua2 mmg hebat |
|
|
|
|
|
|
|
ape2hal sore lan mmg best...sore FT duk menjerit je aku dgr |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #5 ikangpiana\ catat
sound system malam tu pun tak berapa elok je aku tengok..
muzik lagi kuat dari suara penyanyi..
tapi Lan punya suara memang lain dari yang lain la... |
|
|
|
|
|
|
|
suka MUH.........."tak tahan...tak tahan" |
|
|
|
|
|
|
|
yg best malam tu Stacy, Faizal Tahir dan kumpulan MUH
jadi, kalau antara 3 ni yg menang tak kisah |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 conan_edugawa's post
..sore dia mmang lain daripada yg lain...klau dia ckp pun lain...pes time aku dgar sore dia masa melodi hari tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by DTECCONAN at 20-1-2009 10:02 PM
yg best malam tu Stacy, Faizal Tahir dan kumpulan MUH
jadi, kalau antara 3 ni yg menang tak kisah
SETUJU....3 ini yg happening...aku kecewa lak ngan kak ZZ...sore dia goyang skit...mgkin mlm tu dia tak brapa sihat...Aizat pun bagus...Tam spider mcam tak bersemangat lak...nape eh?? |
|
|
|
|
|
|
|
Beza markah antara mereka sebenarnya tidak berapa jauh. Namun, Faizal mempunyai kelebihan kerana apa yang kita lihat, persembahannya mampu membuat bulu roma penonton meremang dan penampilannya di pentas juga menghiburkan.
mcmana ketua juri Azmeer tau bulu roma penonton meremang?? sape yg dia tanya...penyo ke?? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 cekman's post
derang gune bulu-o-meter kot |
|
|
|
|
|
|
|
juri pun susah nak wat keputusan antara juara lagu , FT atau MUH
vocal pun sama.. antara FT atau LAN.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #13 jac_diehard_fan's post
|
|
|
|
|
|
|
jgnkan juri, kita yang menonoton ni pun susah nak pilih sapa yg patutnya menang.. banyak yang bagus |
|
|
|
|
|
|
| |
|