View: 4081|Reply: 37
|
Jenayah bakar kereta/simbah cat semakin menjadi~jadi
[Copy link]
|
|
pesal kebelakangan ni ramai btol org2 mental kat area kalng valley neh....?
ada je kes dlm paper....adakah kaw korang dah tak selamat....? |
|
|
|
|
|
|
|
ni dlm Kosmo harini...
KERETA kelima dibakar di Seksyen 19, Bandar Sunway oleh seorang lelaki sebelum dia ditahan polis semalam.
SUBANG JAYA – Orang mabuk boleh melakukan apa sahaja dan malam kelmarin seorang lelaki mabuk ditahan polis setelah membakar lima kereta di Seksyen 19, Bandar Sunway di sini.
Sama ada perbuatan lelaki berusia 27 tahun itu disengajakan atau tidak, dia ditangkap ketika sedang membakar kereta yang kelima di kawasan tersebut.
Jurucakap polis memberitahu, dalam kejadian pukul 11.15 malam itu, suspek yang mabuk bertindak membakar lima kenderaan sambil menunggang motosikalnya.
Kenderaan-kenderaan yang dibakar terdiri daripada dua Proton Wira, sebuah Perodua Myvi, Toyota dan Ford.
“Suspek mengambil daun kering dan membakar daun kering tersebut menggunakan pemetik api lalu mencampakkan daun kering itu ke arah tayar kereta,” kata jurucakap polis itu.
Katanya lagi, semasa membakar daun kering suspek menaiki motosikalnya. Kelima-lima kereta terbakar di dua kawasan yang berlainan.
Polis yang menerima maklumat mengenai perbuatan tersebut bergegas ke tempat kejadian dan menangkap suspek.
Dapatkan berita selanjutnya di Kosmo!. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ARKIB : 08/01/2009
Bakar kereta: Lelaki dibebas dengan jaminan
KUALA LUMPUR Polis telah membebaskan seorang lelaki yang ditangkap berhubung kejadian kebakaran sembilan buah kereta di tempat letak kereta Kondominium Palm Spring, Kota Damansara pada 24 Disember lalu.
Lelaki berusia 30-an itu yang sebelum ini ditahan ketika cuba mengalihkan kereta Toyota Vios yang mengalami kerosakan kecil dari tempat kejadian sewaktu api telah berjaya dipadamkan, dibebaskan selepas tamat perintah reman hujung minggu lalu.
Dia ditahan apabila pemeriksaan polis mendapati kereta yang cuba dialihkan itu menggunakan nombor pendaftaran palsu dan dipercayai kereta curi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Supritendan Shukor Sulong ketika dihubungi memberitahu, lelaki itu dibebaskan setelah memberi keterangan secukupnya kepada polis.
"Polis membebaskan lelaki terbabit ekoran keterangan yang diberi amat memuaskan dan dia dilepaskan dengan jaminan polis," katanya.
Sementara itu, polis masih lagi menyiasat kejadian tersebut yang dipercayai berpunca daripada perbuatan khianat.
"Polis sedang siasat motif kejadian itu. Kita percaya ia bermula dengan perbuatan membakar kereta Toyota Harrier itu yang merupakan kenderaan curi, sebelum merebak menyambar tujuh kereta lain.
"Setakat ini kes ini masih diklasifikasikan sebagai perbuatan khianat," katanya.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu, sembilan kereta termasuk dua daripadanya menggunakan nombor pendaftaran palsu terbakar di tempat letak kereta rumah kedai di kondominium berkenaan.
Polis turut menemui dua bilah parang, satu gari dan satu kapak dalam kereta Toyota Harrier yang terbakar itu.
Beberapa orang saksi mendakwa ternampak tiga penunggang motosikal berlegar-legar di tempat kejadian sebelum kebakaran itu berlaku. |
|
|
|
|
|
|
|
keratan akhbar
ARKIB : 07/01/2009
Bakar kereta: Belum ada petunjuk
KUALA LUMPUR Polis sedang giat mengumpul maklumat dan memburu individu yang bertanggungjawab membakar tiga buah kereta mewah di Bukit Bandaraya, Bangsar pada Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, sehingga kini polis belum menemui sebarang petunjuk dalam siasatan kes tersebut.
Bagaimanapun, jelas beliau, pihaknya terus menyiasat motif sebenar individu berkenaan.
"Apa yang kita lakukan sekarang adalah mengumpul maklumat sebelum menangkap individu terbabit.
"Setakat ini, kita tidak menangkap mana-mana individu termasuk seorang lelaki bermotosikal yang dikatakan membaling bahan bakar ke arah kenderaan-kenderaan mangsa," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Khianat
Ahad lalu, tiga kereta mewah bernilai kira-kira RM300,000 terbakar dalam kejadian dipercayai berpunca perbuatan khianat di lokasi berasingan Bukit Bandaraya, Bangsar di sini.
Ketiga-tiga kejadian itu berlaku dalam tempoh 15 minit dan dipercayai dilakukan oleh seorang lelaki yang menunggang motosikal.
Ketika kejadian, kesemua kereta mewah tersebut iaitu sebuah BMW 525i dan dua Mercedes-Benz, berada di luar pagar rumah pemilik masing-masing.
Mengenai dakwaan mangsa yang menganggap lelaki yang membakar kereta mereka adalah pelampau Islam berikutan isu Palestin, Wan Abdul Bari menjelaskan, perkara itu di luar pengetahuan beliau.
"Saya tidak ada apa-apa maklumat mengenai perkara itu (isu Palestin) dan ia di luar pengetahuan saya," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
bagus btol budak ni.........
ARKIB : 09/08/2005
Pelajar bakar kereta guru
Oleh MARZUKI YUSOFF
KUALA TERENGGANU 8 Ogos - Hanya kerana menegur pelajarnya supaya memberi perhatian pada pelajaran menyebabkan seorang guru sains menerima padah apabila kereta Proton Wiranya dibakar awal pagi ini.
Ini merupakan kejadian terburuk dialami oleh guru tersebut sejak menerima ancaman dipercayai daripada pelajarnya sendiri yang tidak senang dengan teguran itu.
Sebelum ini keretanya dicalar. Kereta isterinya juga menjadi mangsa apabila disembur cat dan dibaling dengan batu.
Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Negara, Zainuddin Salleh, 45, yang tidak tahan lagi dengan perangai buruk pelajarnya itu, membuat laporan polis hari ini.
``Inilah pengalaman paling pahit yang pernah saya alami sejak menjadi guru selama 25 tahun,'' katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tok Ku di sini hari ini.
Dalam pada itu Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Assisten Komisioner Polis, Ayob Kadir mengesahkan menerima laporan dan sedang menyiasat kes tersebut.
Sehubungan itu, katanya, polis sedang mencari seorang pelajar tingkatan lima dari sekolah itu untuk membantu siasatan.
Zainuddin memberitahu, kes terbaru itu berlaku pukul 2 pagi ini.
Api yang membakar kereta Proton Wira itu nyaris merebak ke rumahnya dan beberapa rumah berdekatan termasuk rumah ibu bapanya, katanya lagi.
``Saya bergegas keluar dari rumah setelah dimaklumkan oleh jiran bahawa keretanya yang ditempatkan bersama dua buah kereta lain di garaj hadapan rumah saya, terbakar.
``Jika saya tidak bertindak cepat memadamkan api, rumah saya dan beberapa rumah kayu lain berhampiran akan turut terbakar,'' katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 t@t's post
rajin nyer ko carik berita ni t@t.. ko kerja wartawan kosmo kee?.. hihihiih
btw, solution masalah ni.. landed house.. nak selamat lagik. tinggal kat putrajaya cam aniss.. |
|
|
|
|
|
|
|
apela nak jadik dengan diorang nie....
ingat orang beli kereta dengan daun kering ker....:@ :@ :@ :@ :@ |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #6 takumi86\ catat
sian la...pada yg tak mampu dok landed house...
tapi kalau kena pun susah jugak...bukan kete je terbakar, dengan rumah sekali terbakar |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 AnisSuraya's post
haiyaa.. itu macam kaa..
ok ok.. tukau statement.. nak selamatt.. tinggal kat futakotamagawaa..
tapi kat tokyo laa.. selamat jer aniki zzcbr kat sanunnn... sekarang ni musim salji.. sejuk oor..
org tak leh bakar keterr |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 t@t's post
jahat betul perangai manusia... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 AnisSuraya's post
cam main teka teki laak.. bagitau jer laa nama kawasan2 tu..
senang skit aku blacklist klau nak beli rumah ke3 nanti.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #13 takumi86's post
Anis dok sweet lemon heigts.......
[ Last edited by t@t at 19-1-2009 12:06 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
ryo...sila guna kemudahan yg hader...google earth |
|
|
|
|
|
|
| |
|