CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2803|Reply: 10

Melayu Perlu Ambil Peluang Memajukan Bisnes Sedia Ada

[Copy link]
Post time 18-1-2009 06:14 PM | Show all posts |Read mode
Kita bincang pasal perniagaan yang sudah established dan maju. Sudah niaga lebih 5 tahun dan untung besar setiap bulan.

Aku tengok lah, ada banyak perniagaan Melayu yang maju. Restoran, makanan, kedai kain, kedai runcit, dan apa jualah kedai malahan yang menjual di kaki lima pun ramai.

Apa yang aku persoalkan ialah ramai orang Melayu yang tidak creative. No business expansion plan, mereka very low tech. Mereka tiada strategi bisnes. Restoran makan kotor lantai simen ada lipas dan tikus walaupun masakan sedap dan murah. Design kedai pulak amat buruk seperti orang yang very antik dan macam masuk dalam muzium. Perniagaan mereka sekarang ni maju hanyalah kerana harga mereka jual adalah murah, layanan bagus, masak sedap, atau kedai mereka sahaja yang jual barang tersebut maka orang tetap beli dengan mereka.

Ada kedai Melayu yang tak pernah berubah sejak 10 tahun lepas. Kalau atap zink,masih lagi atap zink yang sama. kerusi meja tak pernah tukar, kedai tak pernah cat, signboard tak pernah tukar waqlaupun untung beribu-ribu sebulan.

Restoran yang sedap-sedap dan laris ramai orang ni, haruslah diupgrade. Biarlah cantik seperti kopitiam. Makin ramai orang datang. Restoran ni dapat untung lebih seribu ringgit sehari hasil daripada orang yang penuh darpada pagi sampai tutup waktyu malam tetapi kedekut untuk buat renovation.

Potensi yang ada untuk bukak cawangan atau jadikan bisnes franchais untuk orang lain juga tidak pernah diambil kisah. peluang ada tetapi takdiambil.

Kerajaan ada buat skim pinjaman mikro untuk memperbesarkan perniagaan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2009 10:39 AM | Show all posts
Originally posted by WonBin at 18-1-2009 06:14 PM
Kita bincang pasal perniagaan yang sudah established dan maju. Sudah niaga lebih 5 tahun dan untung besar setiap bulan.

Aku tengok lah, ada banyak perniagaan Melayu yang maju. Restoran, makana ...


betul gak tu..macam pengalaman saya la...orang melayu ni ada 2 kategori...satu memang sayang bisnes...yang kedua jenis cukup janji ada...
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2009 02:28 PM | Show all posts
Pada pendapat saya, meraka harus "think of of the box"
Tahu apa yg boleh membawa profit banyak dengan modal sikit.
Walaupun ambil masa lama.
Mereka berniaga sekadar cukup makan sudah takut expansion or new venture.

Golongan berniaga tidak akan memberitahu mana contact2 untuk menolong org sendiri. Takut kawan lebih kaya nanti kalau niaga brg sama.
Akan wujud rasa dengki & jelas.
Kerana pasal duit kawan jadi lawan.

Dalam kes ini, tiada org sama buat benda sama. Kalau PM ajar you jadi PM
dapat anda menjadi PM ? Sama jugak seperti seperti business, mereka yang
kedekut ilmu otak mereka tidak akan kemana. Ini kerana kalau otak kita tak
free menolong, adakah org dtg menolong kita ?

Kepada mereka yg pernah experience menolong tampa menerima, saya
ucapkan tahniah. Anda telah mewujudkan sesuatu yg tak boleh beli dgn duit.

Peniaga nasi cina akan sokong & memberi contact2 kerana mereka tahu bahawa
kalau anda berani pandu BMW, bolehkah anda menyara BMW itu. Dia org tahu
kalau stock kurang boleh ambik dgn kawan. Ini lah business networking mereka buat
bukan sekadar cakap.

Penolong peniaga nasi, akan sehari membuka sebuah gerai hadapan
boss mereka. Walaupun berniaga nasi sama, rasa mesti lain.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2009 06:44 PM | Show all posts
Dekat Taman Melawati dulu ada Gaint yang merupakan mini market. Tapi orang ramai tak putus. Masa itu tiada lagi Carrefour atau Tesko.
Tidak seperti mini market biasa, Gaint ni berkembang. Lepas satu, lagi satu bukak cawangan. Begitu jugak kedai aksesori kereta Brothers. KalauOLD TOWN kopitiam tu tak payah cakap lah.


Kedai orang Melayu pon ada banyak yang maju tetapi mereka tak reti dan tak berani nak kembangkan. Orang Melayu tiada perangai macam orang Cina yang suka berkembang dan suka menjadi lebih besar daripada sekarang.

Makanan dan masakan orang Melayu yang sedap masih sukar didapati di luar kawasan atau daerah mereka tempat mereka berniaga. Kalau nak harap ada orang edar katKL, jangan mimpilah. Orang Cina walaupon berniaga garam dalam paket, tetapi mereka pasarkan ke seluruh Malaysia. masuk ke kedai runcit dalam kampung pun boleh jumpa ianya dijual.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2009 07:01 PM | Show all posts
apa kata yg buka restoren tu buka lagi.. buat francais... mcm ani sup utara...

buat pakej lauk pauk.. citarasa sendiri yg sedap2... buat yg segera la... tp utk francaisee...

p/s : aku tak minat buka restoren.... huhu
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2009 04:39 PM | Show all posts
Nota Niaga Berita Harian, 8 Aug 2005
Tujuh Perkara 'Jangan' dilakukan Usahawan Melayu Untuk Maju


Satu nasihat yang sering diberi kepada sesiapa yang ingin memulakan perniagaan ialah menyediakan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi. Paling utama ialah ilmu dan kemahiran berkaitan bidang perniagaan yang ingin diceburi serta aspek pengurusan.

Ilmu dan kemahiran yang dicari boleh didapati dengan pelbagai cara. Satu kaedah menambah pengetahuan ialah dengan menghadiri seminar di mana kita dapat mendengar ucapan dan pembentangan kertas kerja oleh mereka yang arif dan pakar dalam bidang tertentu.

Sabtu lalu, saya dijemput ke Seminar Usahawan Muda anjuran Pergerakan Pemuda Umno Wilayah Persekutuan. Amat memberangsangkan apabila melihat ramai golongan muda Melayu hadir dan tekun mengikuti ucapan dan ceramah mengenai keusahawanan.

Berikutan perbincangan hebat kebelakangan ini mengenai pencapaian orang Melayu yang tidak menepati sasaran Dasar Ekonomi Baru (DEB), semangat dan minat yang ditunjukkan oleh ratusan peserta di seminar itu memberi harapan bahawa generasi muda Melayu sekarang ingin dan bersedia melakukan perubahan.

Melalui seminar itu, peserta berpeluang mendengar penerangan mengenai peluang perniagaan dan bantuan kewangan yang disediakan oleh pelbagai institusi. Lebih penting ialah peserta bertuah dapat mendengar ucapan dan pesanan Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang merasmikan seminar itu.

Apabila pemimpin, tokoh usahawan atau pakar pengurusan berceramah kepada usahawan baru atau bakal usahawan, mereka biasanya akan mengingatkan perkara yang perlu dilakukan oleh usahawan untuk berjaya.

Bagaimanapun, Nor Mohamed dalam ucapannya pada seminar itu tidak memberi ingatan mengenai apa yang perlu dibuat tetapi menggariskan tujuh perkara yang 'jangan' dilakukan oleh usahawan jika mereka ingin berjaya.

Pesanan pertama beliau ialah usahawan jangan memilih sesuatu bidang perniagaan hanya kerana orang lain berjaya mengusahakannya, tanpa mengetahui selok-belok perniagaan berkenaan. Pemilihan sebegini amat berbahaya kerana tidak dibuat berasaskan penilaian yang wajar.

Usahawan diingatkan supaya jangan terikut-ikut dengan 'sindrom goreng pisang' yang sangat popular dikalangan Bumiputera, di mana bila ada orang berniaga goreng pisang, semua orang hendak berniaga goreng pisang.

Nasihat kedua ialah jangan mencampur adukkan urusan wang syarikat dengan wang sendiri. Ramai usahawan Bumiputera gagal mengawal disiplin diri dan gemar menggunakan wang perniagaan bagi tujuan sendiri. Ini menyebabkan perniagaan menghadapi masalah aliran tunai dan seterusnya gagal.

Dalam konteks ini, usahawan perlu faham konsep 'entiti berasingan' antara dirinya dengan perniagaannya, walaupun perniagaan itu kepunyaannya sendiri. Usahawan perlu menghormati perniagaannya sebagai satu entiti lain.

Perkara ketiga ialah jangan mengamalkan penipuan dalam perniagaan. Ini adalah tuntutan Islam di mana peniaga dilarang menipu dalam timbangan, sukatan atau maklumat mengenai produk. Penipuan akan menghilangkan barakah dalam urusan perniagaan dan lambat laun akan diketahui orang.

Perkara keempat yang diingatkan ialah usahawan jangan tamak. Ramai usahawan menjadi tamak apabila mula berjaya dan cuba membuat terlalu banyak perkara pada masa sama. Ini menyebabkan mereka hilang fokus dan akhirnya mungkin rugi seperti kata pepatah, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Pesanan kelima ialah jangan meminjam wang jika tidak perlu. Apabila usahawan meminjam wang, tujuannya haruslah untuk membantu menyelesaikan masalah perniagaan, bukannya untuk menjadi masalah kepada dirinya. Oleh itu pinjam hanya apabila perlu untuk keperluan perniagaan dengan keyakinan pinjaman dapat dibayar balik.

Nasihat keenam kepada usahawan ialah jangan mudah percaya kepada semua maklumat yang diterima. Ini lebih kritikal jika sumber maklumat itu kabur atau disangsikan. Dalam mengurus perniagaan, maklumat yang betul sangat penting supaya keputusan yang tepat dapat dibuat.

Keputusan yang salah boleh menjadi beban berat kepada usahawan dan perniagaannya. Untuk mengurangkan risiko membuat keputusan yang salah, usahawan perlu mengambil langkah mengesahkan setiap maklumat yang diperoleh.

Nasihat ketujuh Menteri Kewangan Kedua ialah usahawan jangan mempunyai perasaan dengki kepada usahawan lain. Ini satu kelemahan usahawan Bumiputera yang ketara. Memang berlaku di mana usahawan kita lebih sibuk menjatuhkan orang lain daripada berusaha memperbaiki diri.

Usahawan berjaya seharusnya dicemburui secara positif. Mereka yang berjaya hendaklah dijadikan penanda aras dan cabaran sebagai rangsangan untuk memajukan diri. Usahawan perlu percaya kepada konsep menang-menang. Malah dalam keadaan tertentu kita mungkin perlu biarkan orang lain menang asalkan kita tidak kerugian.

Dalam perniagaan, membina jaringan amat penting untuk berjaya. Oleh itu usahawan seharusnya bekerjasama membantu satu sama lain dalam jaringan yang melahirkan sinergi, bukan menyimpan rasa dengki yang berhasrat memusnahkan.

Tujuh perkara 'jangan' yang disebut oleh Nor Mohamed ini harus diberi perhatian serius peniaga dan usahawan Bumiputera. Jika kita perhatikan, sememangnya tujuh perkara yang disebutkan adalah kesilapan yang sering dilakukan oleh usahawan, terutama Bumiputera.

Semua sikap dan amalan negatif yang disarankan supaya dielak oleh usahawan adalah perkara biasa yang seharusnya disedari sendiri oleh usahawan bijak dan jujur. Malangnya, masih ramai yang gagal mengawal diri dan terjebak dengan amalan negatif kerana tidak merancang untuk jangka panjang.

Pengalaman Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) menunjukkan memang benar perkara yang dibangkitkan oleh Nor Mohamed adalah antara punca utama kegagalan usahawan Bumiputera.

Semua usahawan Bumiputera, terutama usahawan muda dan baru dalam perniagaan, hendaklah belajar daripada kesilapan usahawan generasi terdahulu. Negara memerlukan usahawan Bumiputera generasi baru yang mengamalkan amalan pengurusan terbaik untuk menjadi usahawan berjaya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-3-2009 02:01 PM | Show all posts
aku bercita2 utk melahirkan usahawan melayu di seluruh msia... seramai 100 orng setahun.. insyaALLAh.. klau 30 orng berjaya dari 100orng tu.. aku bangga.. hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2009 03:12 PM | Show all posts
dan aku pulak...nak termasuk di kalangan 30 orang yang tuan sinar punye impian tuh..

tunjuk ajar ku sifu...ade ujibakat tak ni tuan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-3-2009 03:57 PM | Show all posts
Nasi Lemak Antarabangsa sudah bukak di Taman Melati satu row dengan Leha Kelfood yang korang suka tu.

Konsep dia amat cantik kalah kopitiam Cina, malahan McD & KFC pon kalah.

Inilah maksud aku selama ini.

Bila bukak cantik2 mcm tu, harga pun naik ler ....... mudah aja buat sales RM10K sehari
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2009 04:55 PM | Show all posts
Alhamdullilah, aku dah ada entiti co. 1 aku kasi staf manage utk kembangkan bakat dorang, supaya ada freedom n empowerment. 1 akan myusul minggu depan dan akan diuruskan oleh existin partner aku supaya dia akan work harder. So kalo plan brjalan lancar, hujung tahun ni aku akan ada 3 entiti co...

Mungkin konsep brniaga saya lain sikit.

... Sbb saya tak mahu jatuh dan ketika itu tiada financial reserve..
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2024 12:08 AM | Show all posts
Betul tu. Ramai usahawan Melayu ada potensi besar, tapi kurang kesedaran tentang kepentingan naik taraf bisnes, inovasi, dan perancangan jangka panjang. Mereka perlu lebih proaktif gunakan peluang seperti pinjaman mikro kerajaan untuk renovation, branding, dan buka cawangan baru. Dengan strategi yang betul, mereka boleh kekal relevan dan terus berkembang.


https://izzatsabyan.com/cara-membuat-ebook/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 01:19 PM GMT+8 , Processed in 0.447660 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list