View: 3927|Reply: 26
|
Siti nafi sudah banyak berubah
[Copy link]
|
|
Siti nafi sudah banyak berubah
Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ
SELANG seminggu selepas penyanyi popular Datuk Siti NurhalizaTarudin dan suaminya, Datuk Seri Khalid Muhd. Jiwa mengadakan sidangmedia menafikan gosip perkahwinan mereka di ambang penceraian, sejakdua hari lalu berturut-turut mereka menerima sedikit gangguan daripadaorang yang tidak dikenali sehingga terpaksa membuat laporan polis.
Menurut Datuk Seri Khalid atau lebih dikenali sebagai Datuk K,lelaki itu memekik terlolong memanggil nama Siti di luar kediamanmereka yang terletak di Bukit Antarabangsa sehingga mereka tidakteragak-agak menghubungi pihak polis untuk mengawal keselamatan merekasekeluarga.
Bukan itu sahaja, Datuk K juga berkata, ada peminat perempuan yangfanatik terhadap Siti datang ke rumah pada pukul 11 malam kelmarinuntuk melihat keadaan sebenar hubungan beliau dan isterinya.
“Sekarang, saya risaukan keadaan Siti dan keluarga. Jadi, kami tidakakan teragak-agak untuk berpindah rumah jika perlu,” kata Datuk K dimajlis pelancaran album Lentera Timur Siti Nurhaliza di Menara YayasanTun Razak, Kuala Lumpur, semalam.
Dalam pada itu, Siti pula berkata, kejadian tersebut merupakanantara insiden yang melibatkan keselamatan mereka sekeluarga jadi tidakmustahil jika mereka mengambil tindakan undang-undang terhadap orangyang tidak dikenali itu.
Wajahceria Datuk Siti Nurhaliza sewaktu majlis pelancaran album LenteraTimur di ibu kota semalam. -foto The Star oleh KAMAL SELLEHUDDIN
“Dalam hal ini, keselamatan itu penting. Dulu pun saya pernahdiancam dengan pisau dan kini rumah saya pula yang menjadi tumpuan.
“Lagipun keadaan orang itu agak mencurigakan. Jadi, kami mengambillangkah berjaga-jaga bagi mengelakkan kejadian yang tidak diinginidaripada berlaku.
“Tetapi, tiadalah sampai hendak berpindah rumah,” jawap Siti yang sedikit terkejut dengan persoalan tersebut.
Siti yang menyambut Hari Jadinya ke-30 pada 11 Januari lalu turutmenafikan apabila diminta memberi komen tentang perubahan dirinya yangketara dilihat semakin terbuka bercakap tentang soal rumah tangga.
“Tiadalah. Mana ada. Ada ke? Itu hanya tentang sambutan Hari Jadi saya ke-30 baru-baru ini,” jelas Siti sambil tersenyum.
Siti menunjukkan angka 'tiga' sempena usianya sudah menginjak 30 tahun.
Prihatin terhadap rakyat Palestin
Dalam majlis pelancaran album ke-13 Siti itu, penyanyi yang masihmengekalkan popularitinya sehingga kini itu turut menyampaikansumbangan untuk membantu warga Palestin.
Sumbangan tersebut disalurkan oleh syarikat milik Siti, SitiNurhaliza Productions Sdn. Bhd. (SNP) kepada dana kemanusiaan Palestinyang ditubuhkan oleh Kumpulan Utusan bersama Islamic Relief Malaysia(IRM).
“Melalui SNP, kami memang sudah mewujudkan satu tabung amal sejak setahun yang lalu untuk membantu mereka yang memerlukan.
“Jadi, kali ini kami berhasrat untuk membantu saudara Islam kita di Gaza kerana merasakan mereka lebih memerlukan.
Majlispelancaran album Siti turut meraikan Hari Lahir Siti yang ke-30. Sitimemotong pulut kuning sambil diperhatikan oleh suami, Datuk Khalid(kanan).
“Kami hanya membantu seikhlas mungkin. Insya-Allah, saya dan suami juga akan memberikan sumbangan secara peribadi pula nanti.
“Bukan itu sahaja, saya juga akan mengadakan sebuah konsert amaluntuk membantu rakyat di Gaza pada hujung bulan ini anjuran YayasanNurjiwa,” kata Siti.
Yayasan Nurjiwa merupakan yayasan kebajikan yang ditubuhkan oleh Siti dan suaminya.
Tambah Siti, beliau turut menyokong cadangan Persatuan PenggunaIslam Malaysia (PPIM) untuk memboikot barangan keluaran Amerika sebagaitanda protes.
Tidak mungkin berhenti menyanyi
M. Nasir turut hadir selaku komposer lagu Ada Masa Mata.
Dalam pada itu, menyentuh tentang isu Siti akan meninggalkan duniaseni disebabkan gosip yang melanda beliau dan suami, Siti berkatabeliau tidak mungkin akan berganjak dari industri seni suara inisetelah berfikir panjang dan berbincang semula dengan suaminya.
“Saya akui waktu membuat keputusan itu, keadaan suami saya agaktertekan sehingga membuatkan saya mengeluarkan kenyataan tersebut tanpaberfikir panjang. Sebagai orang yang saya cintai, saya turut merasaitekanan yang dialaminya.
“Dulu, kami pernah juga dilanda kontroversi dan disebabkan olehpengalaman itu membuatkan kami berasa ‘kebal’ sekarang. Jadi, selepasberbincang, saya rasa tak patut pula hendak berhenti menyanyi.
“Saya rasa mungkin saya akan berhenti juga suatu masa nanti. Jikasaya nak berhenti pun, tak semestinya disebabkan kontroversi,” ulasSiti yang mensasarkan jualan album Lentera Timur mencapai 100,000 unit.
10,000 unit Lentera Timur telah terjual
Siti bakal mengadakan konsert amal untuk mangsa Palestin di Gaza.
Lentera Timur merupakan album kontemporari tradisional Siti yang telah berada di pasaran sejak 26 Disember lalu.
Antara 11 buah lagu yang dimuatkan dalam album tradisional keempatSiti itu adalah Di Kayangan Kita, Bintang Malam, Cinta Ini, Ada MasaMata dan Bulan Yang Mesra di mana sembilan buah lagu dihasilkanmenerusi bengkel Cipta Ekspres MACP- Berirama Malaysia Bersama SitiNurhaliza pada 14 Januari tahun lalu manakala dua buah lagu lagidipilih ciptaan Katon Bagaskara dan Pak Ngah.
Sembilan buah lagu tersebut dicipta dalam tempoh tiga hari olehbeberapa komposer dan penulis lirik ternama negara antaranya M. Nasir,Johan Nawawi, Habsah Hassan dan Fauzi Marzuki.
Namun, sebuah lagu ciptaan Aidit Alfian yang dipilih oleh Siti terpaksa diketepikan atas perkara yang tidak dapat dielakkan.
“Pada mulanya, memang saya memilih untuk memasukkan sebuah laguciptaan Aidit Alfian dan kemudian hendak menggantikan dengan laguciptaan Radhi OAG ke dalam album ini tetapi kedua-duanya tiada rezekipula.
“Insya-Allah, saya mahu album ini mencapai sasaran jualan sebanyak100,000 unit dalam tempoh enam bulan. Setakat ini, sudah 10,000 unitsudah diedarkan dan album itu akan dicetak lagi.
“Namun, saya faham dengan keadaan ekonomi sekarang ini. Kalau dapatjual dalam 50,000 unit pun, Alhamdulillah. Tetapi kalau dapat 100,000unit, ia merupakan kejayaan yang membanggakan.
“Untuk mencapai hasrat tersebut, saya akan mempergiatkan promosimelalui stesen radio, stesen tv dan akan turun padang bertemu peminat.Sidang media hari ini pun merupakan salah satu cara meuar-uarkanmengenai album ini.
“Saya harap album ini dapat menaikkan industri muzik tempatan,” luahSiti yang tidak menganggap lagu-lagu kontemporari tradisional sukarmendapat tempat untuk diputarkan di corong radio.
Jelas Siti, walaupun lagu-lagu dalam album ini berentak tradisionaltetapi susunan muzik dibuat mengikut citarasa zaman kini iaitu mendapatsentuhan muzik moden.
Namun jatidiri muzik dan penggunaan alat muzik tradisional amat dititikberatkan dalam penghasilan tiap lagu.
“Lagu kontemporari tradisional tidak terlalu berat dan susunanberbeza jika dibandingkan dengan lagu-lagu di dalam album terdahulunya,Sanggar Mustika.
“Saya rasa lagu-lagu di dalam album Lentera Timur ini tidak mempunyaimasalah untuk diputarkan di corong radio kerana ia bukanlah iramatradisional semata-mata.
“Jika ada yang inginkan rentak R&B, perdengarkan lagu DiKayangan Kita ciptaan Johari Teh dan lirik oleh Keon, manakala yangmenggemari irama rambong, kita ada lagu Ada Masa Mata ciptaan M. Nasirdan lirik oleh Ad Samad,” kata Siti yang mengalu-alukan bengkel anjuranMACP itu diadakan lagi selepas ini.
Siti berpendapat dengan mengetengahkan muzik kontemporaritradisional, beliau bukan sahaja dapat mengajak peminat baru atauremaja untuk mencintai muzik tradisional malah dapat memberikan sesuatuyang baru dalam lagu-lagu Melayu masa kini.
Menurut Siti, album itu juga telah mengabulkan impiannya untuk menggunakan live strings bagi semua lagu.
“Selepas ini, mana tahu saya akan buat lagu-lagu menggunakanorkestra pula,” seloroh Siti yang merasakan semua lagu dalam albumtersebut adalah kesukaannya kerana setiap satunya mempunyai kelainanmood tersendiri.
Kesemua lagu dalam album tersebut juga boleh dimuat turun dalambentuk nada dering, caller ringtone, lagu penuh menerusi perkhidmatandigital yang diusahakan oleh SN Mobile Digital Sdn. Bhd.
Bagi peminat yang ingin memuat turun lagu-lagu yang terdapat dalam album ini perlu menaip SN dan hantar ke 33777.
Siti juga telah selesai menjalani pengambaran klip video lagu CintaIni sebagai usaha mempromosikan album ini sebelum mengeluarkan albumLentera Timur versi karaoke sebelum bulan April nanti.
Dalam perkembangan lain, Siti juga merancang untuk mengadakan konsert besar-besaran dalam tahun ini.
“Saya idamkan konsert besar-besaran seperti yang saya buat dulu.Sekarang ini, kertas kerja sudah siap cuma sedang menunggu lampu hijaudaripada pihak penaja pula,” akhiri Siti yang berhasrat untukmengadakan konsert berkonsepkan himpunan lagu irama tradisional, poprock dan balada.
Sebelum ini, Siti telah menjayakan Konsert Royal Albert Hall (2006),Konsert Salam Akhir Siti Nurhaliza - Untukmu Sudir (2002), Konsert MegaSiti Nurhaliza, Bukit Jalil (2001), dan Konsert Live Siti Nurhaliza(1999). |
|
|
|
|
|
|
|
bukak jerlah selendang tu , mek |
|
|
|
|
|
|
|
Kami hanya membantu seikhlas mungkin. Insya-Allah, saya dan suami juga akan memberikan sumbangan secara peribadi pula nanti.
“Bukan itu sahaja, saya juga akan mengadakan sebuah konsert amaluntuk membantu rakyat di Gaza pada hujung bulan ini anjuran YayasanNurjiwa,” kata Siti.
Yayasan Nurjiwa merupakan yayasan kebajikan yang ditubuhkan oleh Siti dan suaminya.
Tambah Siti, beliau turut menyokong cadangan Persatuan PenggunaIslam Malaysia (PPIM) untuk memboikot barangan keluaran Amerika sebagaitanda protes.
Siap bgtau nak wat sumbangan peribadi pulak...ikhlas bebenor CT dalam menderma ni kan.....
Pandai Tok K n Tok T cari publisiti, kisah org melolong kat umah lah, apalah....betul2 nak tenggelamkan citer Kiwi n Kikin ni...tiap2 hari lah plk kuar citer dorang ni, mcm2 citer lah plk...ni mesti nak tutup citer BERKUCUPAN DI PAGI HARI ITU...sbb dah termalu....aku rasa yg pi melolong kat depan umah n pi umah pkl 11 tu si Eddy kot....(jgn marah ye eddy....) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by pilot at 15-1-2009 11:38 AM
"Sekarang, saya risaukan keadaan Siti dan keluarga. Jadi, kami tidakakan teragak-agak untuk berpindah rumah jika perlu,?kata Datuk K dimajlis pelancaran album Lentera Timur Siti Nurhaliza di Mena ...
Sehati sejiwa - statement lain2..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 Syd's post
all the best siti u great singer pedulikan tentang melayu yg selalu ada sifat irihati terhadap orang sendiri..ITU BODOH NAMANYA...SATISFIED YOURSELF N NOT OTHERS...NO WARY |
|
|
|
|
|
|
|
Go Siti Go..
Pedulikan mulut2 jahat yg mahu melemahkan semangat siti..
Kami peminat2 siti akan terus mendokong siti |
|
|
|
|
|
|
|
Konsert besar - besaran.. |
|
|
|
|
|
|
|
ada video karaoke???kiranya semua lagu akan ada VC la kan...
mintak2 la btul....kompom la beli gak nnti....dh lama tokti wat album full VC...
laie 1 psl sumbangan tokti..aku jenis xgemor sgt la jumlah tu di bgtau...smpi meber aku ckp dpt jam suku juta tp sumbang palestin 2k jer....
bkn aku marah psl sumbnagan tp media pun xyah la nak bgtau nilai sesuatu tu....sama gak la kes psl jam tu..
aku smpi xtau nak ckp apa psl semua member aku tau aku mmg fanatik tokti...diorg ingat aku nie tau la semua psl tok ti tu...
kekadang media mmg jahat glerrr...... |
|
|
|
|
|
|
|
x pelah, itu SNP yg kasik.. CT secara peribadi akan sumbangkan gak..
yg mengata org tu, dah derma belum?? |
|
|
|
|
|
|
|
bestnya ada vc karaoke Lentera Timur...
harap2 konsert tu jadi... |
|
|
|
|
|
|
|
harap2 siti buat VC yg berkualiti |
|
|
|
|
|
|
|
lepas ni nak buat VC apa plak? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by graxier06 at 15-1-2009 05:07 PM
ada video karaoke???kiranya semua lagu akan ada VC la kan...
mintak2 la btul....kompom la beli gak nnti....dh lama tokti wat album full VC...
laie 1 psl sumbangan tokti..aku jenis xgemor sg ...
alah grax.. baru 2k org dah cakap mcm2.. kalau 2 juta derang kata ct riak plak atau diam2 je patutnya |
|
|
|
|
|
|
|
nape ct skang da lain.... |
|
|
|
|
|
|
|
mesti ct buat vc lentera timur utk beberapa lagu je, yg lelain tu ambik vc2 dr lagu2 transkripsi, HDH.Well... |
|
|
|
|
|
|
|
berubah pakai topi gedabak
|
|
|
|
|
|
|
| |
|