Ziana akur bakat muda kuasai industri muzik
Oleh WAHIDA ASRANI
MENJADI penyanyi paling senior yang bakal berentap di pentasAnugerah Juara Lagu ke-23 (AJL23) pada 18 Januari ini di Stadium PutraBukit Jalil sememangnya agak menggusarkan Ziana Zain yang akanmempertaruhkan lagu ciptaan Azlan Abu Hassan dan lirik oleh Azaleamenerusi lagu Dingin.
Saat manis yang diperoleh Ziana ketika kemenangan lagu MenadahGerimis pada tahun 2002 memang masih utuh di dalam ingatannya, namunitu tidak membuatkan ibu kepada dua orang cahaya mata ini meletakkanharapan yang tinggi pada AJL kali.
Enam tahun tidak beraksi di acara gilang-gemilang itu membuatkanZiana hanya berserah kepada penjurian juri terhadap lagu yang dirasakanlayak dinobatkan sebagai Juara Lagu tahun ini walaupun merasakan laguciptaan Azlan itu tetap mempunyai keistimewaan tersendiri.
Dingin terpilih untuk bersaing bersama 13 buah lagu lagi yangdipertandingkan menerusi tiga buah kategori; Etnik Kreatif, Pop Rockdan Balada.
Ziana ingin tampilkan persembahan yang terbaik pada malam AJL23 nanti - foto THE STAR oleh RAJA FAISAL
Tiga buah lagu daripada Etnik Kreatif, enam menerusi kategori Baladadan lima buah lagu di dalam kategori Pop Rock akan berentap bagimerangkul gelaran Juara Lagu Ke-23 sekaligus bakal meraih wang tunaisebanyak RM25,000.
Bagi kategori Etnik Kreatif, tiga buah lagu yang layak ke peringkatakhir AJL23 ialah Persoalan Cinta nyanyian Farawahida, ciptaan Julfekardan lirik oleh Ku Seman dan Izza Rosley, Dusta Berkalang nyanyian Aiman(Hafiz Hamidun/Ahmad Fedtri Yahya) dan Doa Dalam Lagu nyanyian Mawi danHeliza (Ajai/Loloq) yang mana Zahid akan menggantikan Mawi pada malamtersebut.
Bagi kategori Balada pula, selain Dingin, lagu yang layak ialah BilaNak Saksi oleh Spider (Tam/Loloq), Hanya Di Mercu nyanyian Ayu (AubreySuwito/Habsah Hassan), Cuba nyanyian Faizal Tahir (Audi Mok/FaizalTahir), Lagu Kita nyanyian Aizat (Aizat) dan Sampai Syurga oleh FaizalTahir (Audi Mok/Faizal Tahir).
Lima buah lagu yang dipertandingkan menerusi kategori Pop Rock pulaialah Kalis Rindu dendangan Elyana (Aidit Alfian/Ad Samad), LaguUntukmu oleh Meet Uncle Hussein (Taja, Tass, Lan/Taja, Tass), YangPernah nyanyian Estranged (Estranged/Estranged), Aku Stacy nyanyianStacy (Intan Norul Azlin/Intan Norul Azlin, Layla Ismail) dan Bukan DiSini oleh Sofaz (Zimi, Ameer/One).
"Sejujurnya, saya lihat semua lagu ada kekuatan masing-masing. Samajuga dalam kategori Balada, setiap lagu yang dipertandingkan ini cukupberbeza, tidak macam era saya ketika beraksi di Juara Lagu dulu.
"Jika dulu, kalau lagu yang bertanding dalam kategori Balada sebagaicontoh, pastinya lagu-lagu itu kedengaran sama saja. Tetapi sekarangini lagu-lagu amat 'colourful'.
"Cukup hebat sebenarnya bakat-bakat muda sekarang. Mereka bolehcipta pelbagai lagu dengan menarik sekali," kata Ziana yang ditemuipada sidang media dan cabutan nombor giliran persembahan AJL23, di SriPentas, baru-baru ini.
Kata Ziana, dia tidak melihat status sebagai penyanyi seniormemberikan satu kelebihan buat dirinya. Malah, ketika lagu Dingindiumumkan terpilih ke AJL23 yang pada awalnya gagal mara ke peringkatakhir membuatkan penyanyi ini tergamam pada mulanya.
"Saya anggap ini adalah rezeki Azlan. Saya memang tidak sangka padamalam separuh akhir Pop Rock itu mereka buat pengumuman mengejut bahawalagu ini terpilih juga ke peringkat akhir.
"Sejujurnya, lagu dan lirik Dingin memang menarik. Sebagai penyanyi,saya hanya sampaikannya sebaik mungkin. Lagipun, lagu ini cukupmencabar buat saya. Pernafasan kena bagus untuk menyanyikan lagu ini.
"Apapun, bagi saya, Azlan adalah komposer yang hebat. Dia sentiasatampil dengan lagu yang mengikut trend semasa dan muzik yang 'fresh'.Begitu juga dengan Dingin yang saya rasakan susunan muziknya bagus,"kata Ziana.
Ditanya tentang 'expectation' peminat yang pastinya tinggi terhadappenyanyi pujaan mereka ini, kata Ziana, dia sedar tentang hal tersebutdan akan cuba sebaik mungkin untuk berikan persembahan yang terbaik.
"Saya sedar, sejak tahun 1992 lagi apabila tibanya Juara Lagu,peminat sentiasa ingin lihat sama ada saya berjaya menyampaikan nadatinggi lagi atau tidak.
"Awal-awal lagi saya sudah tahu apa yang peminat ingin lihat dalampersembahan saya. Apa yang boleh saya katakan, saya akan cuba yangterbaik untuk komposer dan peminat. Saya tidak mahu paksa diri ataucuba tunjuk hebat.
"Mungkin dulu, saya akui memang takut jika gagal penuhi apa yangpeminat mahukan. Tetapi kini saya harap peminat faham. Sebagaipenyanyi, kita memang sentiasa ingin buat yang terbaik semampu mungkin,tetapi kita kena terima semua orang tidak boleh lari dari kesilapan,"tutur Ziana yang akan tampil dengan album baru kemungkinan pada tahunini juga.
erm..satu persembahan berbeza dgn separuh akhir muzik2 especially part rendah tu. cuma ada skit boleh dibaiki. first, starting "Dingin.." perlu lebih jelaskan lagi. second, part "sentuhan". yang "han" tu nampak skit tak bermaya. patut dijelaskan lagi "hhhan" kuatkan skit. "sentuhhann" lepaskan kuat skit . kalau boleh mesti jelaskan semua part nyanyian tu. overall, bagus!
antara persembahan ni & separuh akhir, dua2 pun bagus. tapi saya prefer lebih skit yg separuh akhir muzik2
baju lawa. orgnye meletops tapi vokal lemah malam tu.
i'm not sure if zz was upset abt something sbb dari gerak gaya zz dan vokal zz mcm ada yg tak kena.
too nervous perhaps?
sebagai peminat i know how good zz can be tapi semalam wasn't good.
tapi masih tetap memukau sbb some of my frens sms me and said they are impressed.