View: 5871|Reply: 36
|
Siti, Datuk K mahu saman penyebar fitnah cerai
[Copy link]
|
|
KUALALUMPUR: Penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk SeriKhalid Mohd Jiwa, yang mengaku tertekan dengan pelbagai fitnah dangosip mengenai perkahwinan mereka, akan mengambil tindakanundang-undang terhadap mereka yang menyebarkan pembohongan itu.
Pasangan itu merayu supaya penyebar gosip melalui internetdan juga akhbar sejak kebelakangan ini kononnya rumah tangga merekayang dibina sejak dua tahun lalu sedang bergolak, menghentikan segeraperbuatan itu.
揓ikalau gosip seperti ini berterusan disiarkan, saya akanmengambil tindakan undang-undang kepada dalang yang menjadi penyebarfitnah itu. Mereka harus membayar harga atas perbuatan itu, |
|
|
|
|
|
|
|
td lam mhi ade keratan berita yg siti nk undur ...sape2 leh tulun tempek plzzzz...dgr ujung2 tinge je...xperasan paper ape.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 orkid_la's post
okay la tu berundur..
daripada asik kena fitenah ajoooo.... |
|
|
|
|
|
|
|
marah btl dato' k |
|
|
|
|
|
|
|
org berak depan pintu takkan nak mengaku... |
|
|
|
|
|
|
|
lantak koranglah...aku pun tak minat korang |
|
|
|
|
|
|
|
Sedih aku..sebagai artis CT kebal ngan gosip. Tapi gosip pasal rumah tangga memang buat dia terpukul. Bayangkanlah gossip sebegini yg akan meruntuh masjid seseorang itu..So Anti CT sekelian tak takut ke korang, dosa meruntuh kan masjid ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Sabar senjata Siti
Oleh Farihad Shalla Mahmud
[email protected]
Siti Nurhaliza
Sudah 14 tahun dalam dunia seni, penyanyi pujaan ramai ini berpegang kepada resmi padi, semakin tunduk makin berisi
KEMBARA seni figura terkenal tanah air ini sudah melewati angka 14 tahun apabila 2009 datang menyingkap tirainya. Sepanjang tempoh itu terlalu banyak kenangan manis dan pahit dilalui penyanyi yang begitu pemurah dengan senyuman ini.
Suka dan duka silih berganti. Gosip, kontroversi, sensasi sentiasa menjadi rempah ratus dalam kehidupannya. Namun biar dilanda badai, nama Datuk Siti Nurhaliza masih tetap ampuh serta teguh berdiri menjadi sebuah monumen.
Datanglah berapa ramai penyanyi baru pun, namun sehingga kini masih belum ada satu pun yang mampu menggantikan tempatnya. Jauh sekali untuk bersaing kerana apa saja yang membabitkan Siti Nurhaliza, rezeki selalu saja berpihak padanya.
Ada apa dengan Siti sehingga dia diangkat sebegitu rupa. Apakah kerana kelunakan suaranya atau kerana personaliti yang dimilikinya membuatkan sehingga kini peminat masih sayang lagi padanya. Duduk bersembang bersama penyanyi itu di satu petang yang hening dan mendamaikan memberi peluang kepada penulis mendasari hati wanita ini.
Banyak yang dibualkan termasuk soal kerjaya dan kisah peribadinya yang sehingga kini masih tidak jemu-jemu didamba peminat. Hadir ditemani pengurus yang juga kakak iparnya, Rozi Abdul Razak serta dua pembantu peribadi, Siti yang sudah siap berdandan begitu rancak bercerita sekali gus membongkar satu demi satu kisah hidupnya sebagai tatapan pembaca setia Hip.
Biarpun ada di antara pertanyaan agak sensitif namun Siti tetap Siti, setiap pertanyaan dijawab sebaik mungkin tanpa sebarang rungutan atau menunjukkan reaksi kurang senang. Barangkali itulah kelebihan Siti membuatkan dirinya terus disenangi dan menjadi kesayangan ramai sehingga kini.
Mencungkil rahsia lebih sedekad bergelar anak seni, Siti berkata pengalaman banyak membantunya menghadapi pelbagai halangan yang merintang. Hanya pengalaman dan berbekalkan kesabaran saja membuatkan dia berjaya merentasi kesukaran itu.
Masih terbayang bagaimana Siti terpaksa berdepan dengan ujian hebat, sejak melangkahkan kakinya ke bidang seni hinggalah berdiri kukuh di tempatnya sekarang. Dari kisah enggan bergambar dengan artis lelaki hinggalah kontroversi rumah tangganya yang dikatakan berantakan, semua itu ditangani Siti dengan penuh ketenangan.
揝iti akui bukan mudah untuk sampai ke peringkat seperti ini. Laluan Siti penuh dengan ranjau dan duri. Pelbagai cabaran terbentang di depan mata. Namun apabila Siti mengambil keputusan untuk mencari rezeki dalam bidang ini, Siti harus bersedia menempuh pelbagai halangan termasuk dilanda pelbagai gosip panas.
揘amun senjata Siti adalah kesabaran. Malah itulah yang Siti praktikkan dari mula-mula menceburkan diri dalam bidang ini sehinggalah sekarang. Kalau bukan kerana sabar sudah lama Siti berundur dalam bidang ini, |
|
|
|
|
|
|
|
Sedia undur
Oleh Norhadiani Baharom
[email protected]
KUALA LUMPUR: “Sebagai isteri saya harus menuruti kata suami walaupun sebenarnya belum sedia berhenti menyanyi,” kata penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, 30, mengulas gosip yang melanda rumah tangganya sejak akhir-akhir ini.
Siti berkata, dia belum bersedia meninggalkan bidang seni dan masih mahu berbakti kepada industri.
“Bagaimanapun, saya perlu mematuhi keputusan suami jika itu dirasakan tepat dan terbaik untuk menghentikan segala fitnah ditaburkan terhadap rumah tangga kami.
“Datuk K ada menyuarakan pandangan kepada saya supaya berhenti menjadi ‘public figure’ Rabu lalu, tetapi saya memujuk dan memintanya bertenang.
“Kemudian kami berbincang bagaimana cara terbaik menghentikan sebarang gosip,” katanya dalam sidang media bersama suami tercinta, Datuk Khalid Mohd Jiwa atau Datuk K di Balai Berita di sini, malam tadi.
Sejak kebelakangan ini, gosip tersebar luas di media cetak dan Internet mengenai keretakan rumah tangga mereka.
Antara dakwaan yang dibuat pihak tertentu, Siti sudah memfailkan perceraian, bahkan turut menyebut Datuk K menghadiahkan sebuah kereta mewah jenis BMW kepada seorang pelakon yang juga bekas pramugari.
Penyanyi yang baru melancarkan album tradisional, Lantera Timur, itu turut melahirkan simpati terhadap suaminya gara-gara gosip itu yang mencalarkan imej serta kredibiliti Datuk K sebagai seorang ahli perniagaan.
Datuk K yang berada di sisi Siti pula mengakui, dia meluahkan pandangannya itu kepada Siti kerana tertekan dengan spekulasi mengenai rumah tangga mereka.
“Sebelum ini, media pernah mengusik saya dalam ruangan gosip, tetapi saya tidak pernah mengendahkannya atau melenting. Bagaimanapun, tuduhan kami bercerai sesuatu yang melampau.
“Untuk pengetahuan, sepanjang perkahwinan kami tidak pernah bergaduh kerana Siti seorang yang sangat bertoleransi. Saya amat menyayangi isteri saya, saya bahagia dan gembira bersamanya.
“Untuk lukakan hati dia, nauzubillah saya tidak akan sekali-kali melakukan perkara itu. Sebab itu saya tidak faham kenapa orang memfitnah saya kononnya ada ‘affair’ dengan perempuan lain sedangkan boleh dikatakan setiap masa Siti ada bersama saya,” katanya.
Datuk K berkata, cerita tidak berasas yang disebarkan membuatkan dia sering menerima pandangan serong, terutama daripada golongan wanita serta peminat Siti.
“Saya selalu berurusan dengan pihak kerajaan serta swasta, jadi setiap kali mengunjungi jabatan kerajaan mahupun syarikat pasti ada melihat saya dengan wajah sinikal, terutama orang perempuan,” katanya.
Datuk K juga menegaskan, jika penyebaran fitnah mengenai rumah tangga mereka berterusan, dia tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang untuk mempertahankan maruahnya.
“Saya akan mengambil tindakan undang-undang jika berita yang disiarkan tidak benar dan mengaibkan maruah saya.
“Di sini saya merayu kepada pihak media seandainya mereka ingin menulis sesuatu berita yang diambil daripada Internet, bertanyalah kebenaran itu kepada kami terlebih dulu sebelum menyiarkannya,” katanya.
Berikut temubual wartawan dengan Siti
WARTAWAN (W): Sepanjang perkahwinan, Datuk pernah mencurigai suami?
SITI (S): Setakat ini, belum pernah kerana suami saya seorang yang jujur. Sebelum berkahwin lagi sampailah sekarang dia tidak pernah berahsia dengan saya.
W: Datuk Khalid dikaitkan dengan ramai artis wanita antaranya pelakon Rozita Che Wan, adakah Siti kecewa dan berhasrat menemui wanita yang dikaitkan dengan suami?
S: Waktu gosip dengan Rozita tersebar, Siti sebenarnya tidak kisah kerana menganggap ia satu lagi gosip yang sengaja diada-adakan. Malah, sedikitpun tiada perasaan marah pada Rozita dan tidak pernah terniat untuk berjumpa atau ingin menghubunginya kerana saya merasakan tiada apa yang perlu diselesaikan.
W: Siti langsung tidak tertekan?
S: Siti sudah lalui banyak benda dan sudah lali dengan gosip. Cuma apabila membabitkan perkahwinan, ia sangat sensitif kerana rumah tangga membabitkan perasaan dua insan, orang yang kita cintai malah, mengheret sama nama keluarga kedua-dua belah pihak. Tambah membuatkan Siti sedih, isu sebegini diperbesarkan padahal tiada apa-apa yang berlaku.
W: Bagaimana reaksi keluarga mendengar cerita seperti ini?
S: Keluarga alhamdulillah, mereka dapat menerima kerana mereka tahu gosip yang disebarkan tidak benar. Mak mentua Siti sendiri tinggal dengan Siti dan dia tidak pernah bertanyakan apa-apa kerana dia tahu bagaimana hubungan kami. Tekanan mungkin datang apabila kawan rapat dan kenalan yang asyik bertanyakan sejauh mana kebenaran cerita ini sampaikan ada yang sanggup ke rumah kami untuk melihat sendiri apa yang terjadi.
W: Siti ada mengesyaki sesiapa yang menjadi dalang menyebarkan berita tidak berasas ini di Internet?
S: Tidak baik kita mengesyaki orang. Tapi Siti sedar ramai tidak senang dengan perkahwinan kami. Entahlah, kadang-kadang itu orang yang baik dengan kita pun boleh buat cerita.
W: Bak kata orang, kalau tiada angin masakan pokok bergoyang. Begitu juga dengan gosip yang tersebar di laman web, pasti ia dari sumber tertentu. Apa komen Siti?
S: Siti akui sesetengah cerita di Internet ada kesahihannya, namun dalam hal rumah tangga kami tidak benar sama sekali. Ada pihak cuba ambil kesempatan menjadikan kami bahan untuk dipersendakan. Kami adalah mangsa keadaan.
W: Gosip ini tersebar di saat Siti melancarkan album terbaru, Lantera Timur. Barangkali ada orang terdekat sengaja mereka gosip ini untuk meraih publisiti?
S: Siti tidak pernah guna cara kotor untuk dapatkan publisiti dan itu bukan cara Siti bekerja. Bagi saya cara sebegitu sedikitpun tidak membantu melariskan jualan album, sebaliknya membuatkan orang terus lupa mengenainya.
W: Pesanan Siti kepada mereka yang menyebarkan fitnah?
S: Sudah-sudahlah, henti-hentikanlah memfitnah rumah tangga kami. Hukum memfitnah orang, besar dosanya. Benarkan kami hidup seperti orang lain. Selain itu, Siti juga mengharapkan jasa baik pihak wartawan supaya bertanyakan kesahihan sesuatu gosip kepada kami terlebih dulu sebelum menyiarkannya.
Sumber: hmetro online
[ Last edited by afifahmis at 9-1-2009 02:22 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
jeng...jeng...jeng!!!
go siti go!
kalau aku di tempat siti... doh duduk tanjung rambutan rasanya aku ni!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
apelah...sikit2 fitnah xde bende lain ke nk bt
x leh tgk org lain sng:@ |
|
|
|
|
|
|
| |
|