CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 151333|Reply: 474

Lagenda : Buluh Betong

[Copy link]
Post time 2-1-2009 12:03 PM | Show all posts |Read mode
Kesabaran Sheila tercabarOleh Rudy Imran Shamsudin
imran@hmetro.com.my

Rap
BERTUDUNG bukan halangan untuk melakonkan watakantagonis. Itulah yang dibuktikan pelakon dan pengacara Sheila Ruslyapabila harus menjayakan watak ahli sihir dalam drama terbaru terbitanproduksi miliknya, JS Pictures, Buluh Betong.
Sheila mengakui pada peringkat awal, dia memang berhadapan denganmasalah kerana imejnya tetapi selepas berbincang dengan penulis skripdan pengarah, akhirnya mendapat idea menarik untuk disesuaikan denganwatak hitam Malika dengan imej bertudung.

Katanya, dia percayaselepas penonton mula menyaksikan drama ini, tidak akan timbul lagispekulasi mengatakan kalau seseorang pelakon itu bertudung tidak bolehmelakonkan watak hitam.

“Dalam menzahirkan watak Malika, sayamendapatkan idea dan kreativiti semua kakitangan produksi termasukjabatan solekan agar ia nampak hidup dan pada waktu sama tidak perlumendedahkan kepala.

“Pada saya dalam hal isu ini ia bergantungpenuh kepada pelakon itu sendiri. Kalau kita mahu pasti kita akanbersungguh-sungguh dengan melakukan pelbagai perancangan. Palingpenting, wanita bertudung seperti saya tidak mendedahkan apa yangsepatutnya saya tutup,” katanya ketika ditemui di lokasi penggambarandrama itu di Homestay Warisan, Baru Kikir, Negeri Sembilan.

Melakonkan watak Malika turut mencabar tahap kesabaran Sheila keranaterpaksa disolek berjam-jam lamanya bagi menggambarkan wataknya yangterlanggar pantang hingga bertukar menjadi tua dan hodoh.

“Biasanya perkara jahat tidak akan kekal lama. Seperti Malika yangmengamalkan ilmu sihir, dia ada pantang larangnya iaitu tidak bolehterkena rebung buluh dan lalu di bawah ampaian kain.

“Sekiranya berlaku, wajahnya akan berubah menjadi tua kerana sihirdiamalkan selain untuk memudaratkan diri orang lain, ia turut digunakanMalika mengekalkan kecantikan wajah. Hendak diikutkan, dalam cerita iniumur sebenar Malika lebih 100 tahun,” katanya.

Sebagai penerbitkata Sheila, dia melihat dalam kebanyakan drama bersiri, watakantagonis atau jahat paling penting dan biasanya ia menjadi penggerakkepada jalan cerita.

“Drama Buluh Betong ini diangkat daripadafilem Anak Buluh Betong dan idea untuk menghasilkannya datang daripadapihak TV3 sendiri. Memandangkan slot Lagenda masih baru dan TV3 mencarijalur cerita berbeza, mereka meminta JS Pictures datang denganmenghasilkan konsep tersendiri dalam mengangkat cerita daripada filemlama itu.

“Sebagai penerbit, saya dipertanggungjawab menghasilkan dramayang diangkat daripada filem Anak Buloh Betong tetapi diubah jalanceritanya agar sesuai dengan situasi semasa.


“JS Pictures turut mengupas beberapa mesej kuat seperti mengaitkanhubungan ayah dengan anak lelaki. Bagaimana penerimaan keluarga apabilakita mengambil anak angkat dan adakah layanan berubah apabila mempunyaianak sendiri selepas itu.

“Perebutan harta benda satu isuyang boleh dikatakan masih relevan hingga sekarang. Kebanyakan daripadakita akan berubah sikap dan sanggup melakukan perkara yang buruk hanyasemata-mata mahu mengejar kemewahan hidup.

“Dalam drama ini,apa yang menarik, kami cuba mengupas apa yang tersurat dan tersiratdalam selawat Syifa. Kebanyakan daripada kita tidak mengetahui yangselawat Syifa ini boleh dijadikan pendinding kepada segala penyakittermasuk ilmu hitam,” katanya.

Drama yang diarahkan Azman Yahyaatau Jinggo dan turut dijayakan Fizz Fairuz untuk watak Jagat, Ezani(Zaman), Maya (Naya), Hairie Othman (Hassan) dan Wan Norazlin (Salmah)akan disiarkan di TV3 menerusi slot Lagenda, mulai 26 Januari ini.

  Hairie mengharapkan drama dihasilkan JS Pictures ini akan ditonton ramai kerana mesej yang hendak disampaikan sangat bagus.

“Drama ini bermula dari zaman 60-an hinggalah sekarang dan menariknya,apa yang digambarkan dalam cerita ini masih lagi berkaitan antarakedua-dua zaman ini. Pada saya, penulis skripnya sangat kreatif dalammengangkat filem Anak Buloh Betong ke kaca televisyen dan menjadikan iadrama bersiri.

“Drama ini rasanya turut mencabar kemampuanpelakonnya kerana watak yang dibawakan setiap orang mempunyai karakteryang sangat susah untuk dilakonkan. Seperti saya, selain memainkanwatak muda dan tua, saya juga harus tahu bersilat dan Maya pulamemainkan watak perempuan bisu.

“Walaupun mencabar,penggambaran dapat dilakukan dengan lancar kerana Jinggo selakupengarah tahu untuk menangani pelakonnya dan sudah menyatakan lebihawal apa yang dimahukan,” katanya.

[ Last edited by  jac_diehard_fan at 27-2-2009 08:37 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2009 12:22 PM | Show all posts
emmmm,mcm best ajer....
kita tunggu dn tonton bersama ye...
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2009 12:38 PM | Show all posts
slot ni tayang pukul berapa?
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2009 01:10 PM | Show all posts
Originally posted by hazel_2k at 2-1-2009 12:38 PM
slot ni tayang pukul berapa?


4.30 ptg tv3....kalau tv9 8.30
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2009 02:03 PM | Show all posts

Balas #4 HARRIER28\ catat

ok thanks, waktu tv3 tu mmg cantik, tak clash mana2 program lain.. hehe...
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2009 01:47 AM | Show all posts

Reply #1 Syd's post

cam best je.........
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-1-2009 10:06 AM | Show all posts
naperla citer2 bes tayang ptg2...mcm x relevan jer wakt nya bg ku...
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2009 12:06 PM | Show all posts

Reply #7 lindasam's post

ko tgklah ulangan kt tb9 kol 8.30 mlm...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2009 06:47 AM | Show all posts
iklan kat tv dah kuar kan....?
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2009 08:13 PM | Show all posts

Reply #9 Eddlisa_uyuk's post

dah...macam best...cam citer antu pon ader...
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2009 06:59 PM | Show all posts
apsal aku tgk tajuk die anak betong bukan buluh betong?
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2009 09:34 PM | Show all posts
baru tgk ulangan tadi kat tv9..
citer ni patut masuk kat slot seram..hehehehehe..
WARIS(hairie) dah jadik baik..kekekek..ai likeee
tapi tgk episode pertama dah aku dah suke..
hope citer ni buat aku addicted cam citer kekasihku seru tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2009 10:43 AM | Show all posts
a'ah waris dah jadi baik... alim plak tuh
pastu rashad plak jadi jahat
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2009 12:40 PM | Show all posts

Balas #4 HARRIER28\ catat

knp x siar wak2 mlm jer...ptg susah ckit nk tgk...tv9 kt umah bkn clear sgt...
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2009 02:21 PM | Show all posts
ada online tak?
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2009 03:43 PM | Show all posts
Sheila cantik sgt dlm citer nie....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2009 05:27 PM | Show all posts
Originally posted by krayolan at 28-1-2009 03:43 PM
Sheila cantik sgt dlm citer nie....



hubby dira kata mcm iras2 tok T
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2009 07:22 PM | Show all posts

Reply #17 Asdira's post

gaya tudung tuh dah ada gaya CT pun
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2009 09:30 PM | Show all posts
terer si waris tu bace ayat ayat suci..lenggok die mcm biase je bace quran
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2009 12:31 AM | Show all posts
tadi baru jer tgk..... ok la.. taklah best sgt pun bagi aku.....

mungkin later makin best kot.... kalau tgk pun sbb fizz ngan hairie...hehhehe


tak leh terima abon jd bomoh jahat.... cam merapu jerk....

but tak ku nafikan sheila mmg sgt cantik lam citer ni...

adegan masa last kredit .... dorang miming lagu nasyid..... cantik jer sheila ngan maya bertudung........ but cam lawak pun ada gak....ehheehe....ala2 citer Hikmah la.....


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 07:27 PM GMT+8 , Processed in 0.916756 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list