CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 13740|Reply: 55

Western Digital samajaya...(ex komag) mauk tutup by Mar next year...

[Copy link]
Post time 22-12-2008 01:22 PM | Show all posts |Read mode
Ada forumner yg keja di WD? Terkejut juak dengar cerita sidaknya mauk tutup... 1500 staff bakal hilang pekerjaan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2008 02:21 PM | Show all posts
Agak mendukacitakan

Adakah tok permulaan berita buruk untuk semua?

Malangnya orang atas beriya-iya mengatakan ekonomi Malaysia sik akan terjejas 2009 ini....:@
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2008 02:38 PM | Show all posts
dgr cita cdak 1st silicon pun nk kurangkn pkerja
bena ka?
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2008 03:45 PM | Show all posts
Betulkah cerita tuk?? Memang confirmkah??

Mauk tauk betul kah sik,
sebab ada member kerja sia.. , kesian juak ngan nya mun cerita tuk betul...

then camni pasal pampasan berapa sidak ya berik??
at least ada masa juak untuk sidak yang berhenti cari kerja.. mun sik payah oooo,
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2008 04:00 PM | Show all posts
Originally posted by heidi04 at 22-12-2008 01:22 PM
Ada forumner yg keja di WD? Terkejut juak dengar cerita sidaknya mauk tutup... 1500 staff bakal hilang pekerjaan...



uhu hu hu....

mun kedak tok, byklah kereta dan laptop murah memasuki pasaran... 2nd hand lah...hahahaha...

adik ku dah dpt sigek laptop ACER last week, RM800 ajak, baru dipakei org tuk, nya keja Komag... baru dibeli 4-5 bulan... untung sik?? yalah... sik dpt baya utang gadei jak laptop...
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2008 04:07 PM | Show all posts
Tok berita sahih yang dicopy and paste dari Bernama .

December 20, 2008 15:45 PM                                                                                
                 Penutupan Kilang Sarawak Jejaskan 1,500 Pekerja
               
                KUCHING,20 Dis (Bernama) -- Keputusan Western Digital, pengilang pemacu cakerakeras kedua terbesar dunia, menutup kilangnya di Zon PerindustrianBebas Samajaya (SJFIZ) di sini susulan kelembapan ekonomi global,menjejaskan 1,500 pekerja, kata Menteri Muda Pembangunan PerindustrianNegeri, Datuk Daud Abdul Rahman.

Beliau berkata para pegawai syarikat, yang sebelum ini dikenalisebagai Komag USA (M) Sdn Bhd, mengesahkan bahawa pelabur yangberpejabat di Amerika Syarikat itu, bukan sahaja memberhentikan semuapekerja, malah menutup operasi di sini kerana ia tidak lagi berdayamaju.

"Malangnya kerajaan negeri tidak dimaklumkan mengenai keputusanmengejut itu lebih awal (sehingga kementerian saya memutuskan untukmemanggil para pegawai Western Digital untuk bermesyuarat hari ini)kerana kami bersimpati terhadap nasib para pekerja, yang hanyadiberikan notis pada saat-saat akhir menerusi persidangan video denganketua pegawai eksekutif syarikat, minggu lepas," katanya pada sidangmedia di sini hari ini.

Beliau sebelum itu bertemu dengan Pengarah Kanan Western DigitalMedia (Malaysia) Sdn Bhd Keong Chan dan Pengarah Sumber ManusianyaSaiful Bahri Sopar di pejabatanya di Petra Jaya di sini.

Daud berkata pekerja terlibat, kesemuanya penduduk tempatan,termasuk 500 jurutera dan juruteknik yang membabitkan 10 peratusdaripada 15,000 pekerja dalam industri elektronik di SJFIZ.

Susulan perbincangan itu, kerajaan negeri meminta syarikatmengurangkan operasi secara berperingkat-peringkat hingga Mac tahundepan, selain menyediakan peluang pekerjaan alternatif kepada merekayang sedia berpindah ke kilang syarikat itu di Johor, Kuala Lumpur atauPulau Pinang, kata Daud.

Menurutnya keputusan "mengejut" Western Digital menutup kilangSarawak itu, yang mengeluarkan 30 juta unit cakera keras dalam tempohempat bulan, kerana kejatuhan 50 peratus permintaan global, menjadikanoperasi pertama syarikat di negera ini yang terjejas akibat keadaanekonomi semasa.

"Kami sangat kecewa kerana kerajaan negeri telah membelanjakanberbilion ringgit, dari segi menyediakan infrastruktur dan tanah yangmurah selain kemudahan, termasuk bekalan air, kepada syarikat itukerana menganggap mereka akan kekal di sini," katanya.

"Memanglah keputusan mereka itu berasaskan ekonomi. Sebagaisyarikat senarai awam di Bursa Saham New York, mereka mahu melihatsyarikat membuat keuntungan, namun dalam masa yang sama mereka mestimenimbang sumbangan pekerja di setiap negara kepada peningkatan sahamdi pzsaran saham atau keuntungan," katanya yang menambah pemberhentianpekerja sepatutnya bukan opsyen pertama.

Daud berharap ia tidak membawa kesan domino dan memintasyarikat-syarikat lain supaya merujuk kepada kerajaan negeri terlebihdahulu mengenai rancangan mereka untuk menutup operasi bagi membolehkankebajikan pekerja dijaga, termasuk melatih semula mereka.

"Kerajaan, menerusi kementerian itu, mahu membantu pekerja yangterjejas dan saya akan berunding dengan CEO (ketua pegawai eksekutif)syarikat tidak lama lagi bagi melihat sama ada mereka dapat menyerappekerja untuk pekerjaan lain, seperti industri hospitaliti," katanya.

Beliau bagaimanapun berkata Western Digital memberi jaminan bahawasemua pekerja yang hilang pekerjaan, akan diberikan manfaatpemberhentian atau diberikan opsyen untuk bekerja di kilangnnya diSemananjung.

Beliau berkata syarikat itu merancang menjual kilangnya di sini,yang memulakan operasi 13 tahun lepas, manakala operasinya di Thailanddijangka ditutup tidak lama lagi.

Menurut laporan berita, Western Digital Corp merancangmengurangkan 2,500 pekerja atau lima peratus daripada jumlah tenagakerjanya dan menghentikan kebanyakan pengeluaran selepas tempahan yangditerima berkurangan.

Jualan dalam suku semasa diunjurkan bernilai AS$1.8 bilion (RM6.3bilion), kurang daripada AS$2.03 bilion atau lebih yang diunjurkan pada23 Okt.

-- BERNAMA


Kerajaan Negeri dah berbelanja berbillion ringgit

[ Last edited by  syed06 at 22-12-2008 04:11 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-12-2008 05:14 PM | Show all posts

erk...rami kengkawan keja sia



tp kinek tok memang byk kilang yang dah terjejas, ada besfren keja kilang di Johor tok, nya pon kilang shut down utk 2 minggu. setiap pekerja akan amik cuti 2 minggu utk tahun depan pon awal, jd tahun depan sikda cutilah sidak

ada kes kwn lain siap kenak potong gaji agik -7% + kilang tutup seminggu
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2008 01:48 PM | Show all posts
Sian eh. Tahun depan konon2 ekonomi makin teruk.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2008 05:52 PM | Show all posts
sbb komag ya based kat us nun. ndak ka us yg paling teruk terjejas ekonominya since 1930's pun kegawatan ekonomi...

dgr nya suma xda keja.. kilang akan re-operate by thn baru dan cuma certain pekerja jak yg akan dipanggil balik kerja..

aku wonder la khabar kawan aku yg keja sia.. laki bini gik keja sia dgn anak sorang gik baby. camne nya nak survive....
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2008 08:28 AM | Show all posts
Dengar cerita trend pemberhentian pekerja diramal serius tahun depan
dengan seramai 4,749 pekerja akan diberhentikan  dalam tempoh tiga bulan pertama.
(Termasuk 1500 orang di Sarawak tok)

Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) pula menganggarkan
200,000 hingga 400,000 pekerja akan hilang pekerjaan tahun depan
ekoran keadaan ekonomi yang diramal pada suku tahun pertama dan
kedua 2009.

Itulah realiti yang kita kenak terima dan ia adalah ibarat bom jangka
yang pasti akan meletup pada bila-bila masa.

Tapi seperti biasa, ada orang yang ngaku pintar ekonomi madah :

Ehh..sikda heh! Ekonomi Malaysia sik akan terjejas:@
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2008 08:58 AM | Show all posts
yang peliknya kenak [email=WD@komag]WD@komag[/email] pilih untuk tutup kilang di sarawak, bukan johor atau penang???
apa orang atas di sarawak tuk buat??

dah lah sektor swasta di sarawak tuk memang kurang,
realitinya disarawak tuk untuk cari swasta yang boleh harap untuk makan gaji memang sikit gilak company yang bagus....,

kenak benda tuk jadi disarawak???

Lu fikiirlah sendiri...hehe....
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2008 09:37 AM | Show all posts
Originally posted by soffian_muhd at 24-12-2008 08:58 AM
yang peliknya kenak WD@komag pilih untuk tutup kilang di sarawak, bukan johor atau penang???
apa orang atas di sarawak tuk buat??

dah lah sektor swasta di sarawak tuk memang kurang,
realiti ...


Benar kata you tek..

Disebabkan nak menyelamatkan operasi kilang di Semenanjung, kilang di sarawak
dijadikan mangsa:@:@:@.

Teringatlah sejarah, pernah minta kerja kat kilang Komag waktu zaman kegemilangannya
tapi kena reject Siap disuruh pakai baju dan kasut plastik waktu interview...

Sorang nanga sorang, macam angkasawan
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2008 10:51 AM | Show all posts

Reply #11 soffian_muhd's post



kilang nya di johor tok sik jauh dr umah kmk

Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2008 10:53 AM | Show all posts

Reply #12 syed06's post



kmk dolok lepas diploma pon ada apply, ms ya sikda keja jd mintak jd operator besa ajak, ms ya janji dpt keja bah sbb ya mintak


dah lepas peringkat 1 & 2, bila ms interview urang ya madah operator cdak amik spm ajak psl takut org berenti

Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2008 09:16 AM | Show all posts
Kilang ya dah tutup nak..... dah diberik Rm 10,000 sorang dah pun...
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2008 12:23 PM | Show all posts

Reply #12 syed06's post

Bagusnya nutup nak di Penang atau Johor... sbb di Penang & JB ya masih banyak gik industri elektronik lain.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2008 05:35 PM | Show all posts
sebenarnya dari ari ya tek dah nampak tanda2 komag tok nak berhal..

sidak pekerja disuruh kerja lebih masa dengan gaji nak ciput..

tapi aku heran la juak kenak pekerja2 nya still arap dengan keja kat komag ya n sik usaha carik keja kat tempat lain?

rami juak la orang nak ku kenal, and ada duak tiga orang nak rapat ngan aku keja kat sia..

aku juz doakan sidak dapat kerja lain la.. sikkan nak arap keja komag sampe bila2.. sikpat wak bah..

bagi nak pentar, ada molah side income dengan bebisnes ka apa, senang kit..

p mun nak 100% arap income dari komag jak ya susah la..

ngekot ceta kawan ku nak keja sia, before sidak shutdown reya tek, sidak diberik gaji sebulan n bonus (bonus ku sik tauk brapa la). arap2 gik dapat k sidak bertahan la..

kesian wak ngan sidak2 komag tok..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2008 10:07 AM | Show all posts

Penutupan Western Digital di luar kuasa kerajaan

Penutupan Western Digital di luar kuasa kerajaan
KUCHING 22 Dis. - Penutupan operasi kilang pemacu cakera keras, Western Digital di Zon Perindustrian Bebas Samajaya di sini adalah di luar bidang kuasa kerajaan negeri.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Pembangunan Usahawan Bumiputera) Sarawak, Mohd. Naroden Majais berkata, ini memandangkan syarikat tersebut adalah dari luar negara.

''Apa yang berlaku kepada Western Digital adalah di luar kuasa kita (kerajaan negeri) memandangkan ibu pejabatnya adalah di luar negara," katanya di sini semalam.

Beliau diminta mengulas tindakan Western Digital kelmarin yang menutup kilangnya di sini ekoran kelembapan ekonomi global dan menyebabkan seramai 1,500 pekerja tempatan hilang pekerjaan.

Operasi

Western Digital dulunya dikenali sebagai Komag USA (M) Sdn. Bhd., berpejabat di Amerika Syarikat memulakan operasinya di negeri ini sejak 13 tahun lalu, malah operasi syarikat terbabit di Thailand dijangka mengalami nasib yang sama tidak lama lagi.

Mohd. Naroden berkata, para pekerja yang diberhentikan itu pula perlu mencari peluang pekerjaan lain seperti perniagaan atau perusahaan.

Katanya, sebagai kumpulan pekerja yang profesional dan mahir dalam bidang teknikal serta elektronik, mereka tidak berdepan masalah untuk mendapatkan pekerjaan yang lain mengikut kelayakan masing-masing.

Tambahnya, kerajaan bersedia untuk menimbang sama ada memberi latihan atau kursus dalam bidang keusahawanan atau menyediakan pinjaman bagi kumpulan pekerja terbabit untuk memulakan perniagaan.

''Pekerja-pekerja itu boleh menceburkan diri dalam bidang perusahaan dan perniagaan untuk terus dapat menyara kehidupan keluarga," ujarnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2008 10:20 AM | Show all posts
Originally posted by soffian_muhd at 24-12-2008 08:58 AM
yang peliknya kenak WD@komag pilih untuk tutup kilang di sarawak, bukan johor atau penang???
apa orang atas di sarawak tuk buat??

dah lah sektor swasta di sarawak tuk memang kurang,
realiti ...


aku setuju dgn pendapat kau tok... aku rasa macam mauk salahkan kerajaan swak sbb kurang usaha dlm menarik  minat kompeni swasta yg besar2 utk dtg melabur di swak... MNC kat swak tu berapa kerat ja... harap local dgn kilang kecik2 kat demak sia aja.... :@ Taib tu sibuk gilak jaga periuk nasik nya aja... rakyat disuruh berhijrah ke semenanjung nun mauk mauk keje kilang besar.... cittt....

sikkan semua mauk harap kerja gomen aja... sik berkembang ekonomi swak mun cam tuk... harap kompeni sidak Taib & kuncu2nya aja ada di swak tu... sik merasa kita tuk mau keje dgn SONY, MATSU#A, INTEL, HP, Hitachi dsbnya di swak tok........ byk graduan engineer sarawakian last2 mintak KPLI aja... lelah belajar engineering di uni dolok...

paling sik tahan shopping complexs di kuching tuk tumbuh mcm cendawan... tapi peluang perkerjaan di swak tu....cam hampeh ja...hmmm...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2008 04:45 PM | Show all posts

Reply #16 Muntz's post

biasanya mun kilang MNC tok..
nya ada spesifik kilang ya buat apa...
esp bg kilang yg ada byk plant worldwide...

cth: maybe di Penang production, swk assembly, johor testing...(cth jak tok..WD kmk sik tauk giney rupanya). Then bila ekonomi teruk, sikda keuntungan, so HQ mmg akn buat cost cutting, so andaikata plant yg molah production (penang) buleh mok molah assemble trus disiya, so sikda la keperluan assemble plant di tpt lain kan? polah jak terus di plant yg produce...pasya antar utk testing di Johor. tambah plang cos penghantaran Penang-Jhr lagi murah mun compare ngan Penang-Swk...so sidaknya leh mok cost cutting dr segi plant maintenance, corporate tax (cos dr 3 company jadk 2), expenses (transport, maintenance machine, salary...etc etc).

my personal opinion....kinek tok mmg ekonomi teruk...siney2 pun ada cost cutting, buang pekerja, vss..mmg sik dpt nak elak..yg boleh gov polah, pastikan employee2 yg dibuang ya terjamin kepentingan sidaknya...dpt pampasan etc etc..dan bukannya kenak buang tp sik pat pampasan...ala2 kena aniaya jak...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 07:38 PM GMT+8 , Processed in 0.057754 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list