CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7788|Reply: 12

Ford Ranger TCDi

[Copy link]
Post time 22-12-2008 01:05 PM | Show all posts |Read mode
Ford Ranger TDCi diimport sepenuhnya


Ford Ranger TDCi

SIME Darby Auto Connexion Sdn. Bhd., anak syarikat milik penuh Sime Darby Motor Division yang sekarang menguruskan jenama Ford, Land Rover dan Alfa Romeo, telah melancarkan Ford Ranger TDCi yang diimport sepenuhnya dan menawarkan lebih banyak cirri-ciri kelebihan.

Pada harga RM86,888 (atas jalan tanpa insurans dan pendaftaran) di Semenanjung Malaysia dan RM90,388 di Malaysia Timur, Ranger TDCi kini dilengkapi dua beg udara sisi selain beg udara pemandu dan penumpang depan untuk memberi perlindungan yang lebih baik, pemain CD baru dengan muatan 6 CD dan keupayaan MP3 untuk hiburan tanpa henti, dan stereng roda dengan salutan kulit yang memberikan sentuhan kemewahan.

Ranger TDCi menggunakan kuasa enjin turbodiesel DuraTORQ Commonrail 2.5 liter yang mampu menghasilkan 141bhp pada 3,500 rpm dan 330Nm tork pada 1800 rpm dengan transmisi automatik 5 kelajuan.

Kenderaan ini juga dipasang dengan rim aloi 16 inci, lampu kabus, bed liner dan sport bar. Sistem masuk kawalan jauh tanpa kunci dan immobiliser (peranti melumpuhkan kenderaan) membantu menjamin keselamatan kenderaan dan memastikan ketenangan fikiran.

Ranger TDCi baru yang dipertingkatkan boleh didapati di kesemua 26 bilik pameran Ford di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian perkhidmatan pelanggan Auto ConneXion Voice di 1 800 88 3181.





aku still suka ford LTD aku... dulu... tu first car wokey.... tapi kalu pikap truck... mmg FORD  dan DODGE  ler  yg numero uno!!    yooo murah dari grandis wokeyyyy     aku kalu pakai pikap truck ni.... rasa macho ekkkk  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2008 04:17 PM | Show all posts
Belakang dia ade cover ke bro..?

Ade user yg prefer truck like this, tp blkg ade cover.

Nnt cover tu leh bukak, pkai utk angkut periuk2 kerja kawin.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2008 05:37 PM | Show all posts

Reply #2 edmundo's post

selalu cover belakang tu, after market nye product kot kalo tak pun dealer promotion. ntah lah sejak ford malaysia tutup kedai bagi kat sime autoconexxion ni lagi lah jarang aku dengar promosi-promosi terkini. aku pun kurang minat dah brand ford ni.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2008 05:40 PM | Show all posts

Reply #1 amazed's post

Sayangkan, Ford Ranger ni aku rasa dulu banyak potensi, tapi dari dulu lagi Ford Malaysia tak aggressif promo.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2008 07:39 PM | Show all posts
Originally posted by edmundo at 22-12-2008 04:17 PM
Belakang dia ade cover ke bro..?

Ade user yg prefer truck like this, tp blkg ade cover.

Nnt cover tu leh bukak, pkai utk angkut periuk2 kerja kawin.




most pikap  ford ada cover belakang bro...   kalu dalam gambar tak der pun.. bila ko beli sebijik pikap ni... mmg dapat cover...  aku mmg suka pikap ada covre cuma  tak perlu pakai cover everytime....  tengok weather gak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2008 07:42 PM | Show all posts
Originally posted by batu_bergolek at 22-12-2008 05:40 PM
Sayangkan, Ford Ranger ni aku rasa dulu banyak potensi, tapi dari dulu lagi Ford Malaysia tak aggressif promo.



aku setuju ngan ko bro....   cuma aku rasa ler jaman bapak aku muda dulu dalam 70s mmg ada gak promo ford besaq2..  start 80s aje dah kurang....  
cam aku cakap  memula... kalu bab pikap... ford ngan dodge  nombor satu kat amerikana
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-5-2009 05:03 PM | Show all posts
Lebih kukuh, bergaya
Oleh Mohd Razlan Salleh



PELANCARAN model terbaru Ford Ranger TDCi XLT oleh Sime Darby Auto Connexion Sdn Bhd, baru-baru ini, mampu menggugat pasaran jentera trak pikap sedia ada.


PELANCARAN model terbaru Ford Ranger TDCi XLT oleh Sime Darby Auto Connexion Sdn Bhd, baru-baru ini, mampu menggugat pasaran jentera trak pikap sedia ada.

Dijana enjin berkuasa 2.5 L Duratorq berkuasa turbo, Ranger baru itu berupaya menghasilkan kuasa maksimum 143 ps dan tork setinggi 330 Nm.

Model yang turut dikenali dengan nama Ranger Max di Thailand itu mula dipertontonkan kepada umum ketika Pameran Motor Antarabangsa Thailand, November lalu.

Ciri luaran dipertingkatkan termasuklah bar palang hadapan bergaya, lampu hadapan lebar untuk pandangan malam lebih jelas selain gaya menggambarkan sebuah trak sejati.

Selain itu, ciri dalaman dilengkapi beg udara berkembar, sistem audio yang boleh memainkan cakera padat format MP3 dan AUX manakala dulang meletak barang gelungsur pada papan pemuka bahagian penumpang hadapan menjadi aksesori menarik bagi model terbaru ini.

Pengarah Pembangunan Produk Ford Motor Campany (Asia Pasifik dan Afrika), Ian Constance, berkata Ford Ranger sentiasa memenuhi kehendak pelanggan yang menggunakan jentera berkenaan setiap hari.

揜anger tidak pernah mengecewakan mereka dan kejuruteraan Ford menjadikan trak ini lebih kukuh, bergaya dan pelbagai guna,
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2009 09:53 PM | Show all posts
RM88,888? not bad gak rege..tgk design pun lawa..kaler putih lg... ..depan rupa dh macam hilux dh sket..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2010 07:54 PM | Show all posts
Post Last Edit by muatturun at 23-7-2010 19:55

dah ada model baru  ford ranger xl 4x2 (low rider)...harga pun mampu milik ...rm 67k
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2010 02:58 PM | Show all posts
salam..
ekeceli nak tanya pasal pick up..carik2 jumpe topik nih.

kami plan nak beli pic up seken hen..so nak tanya ar ni otai2 sini.
kalo pikap..biasa parts, maintenance, fuel ok ke? ke hazab sgt mahal?

ke cemana bab mentenance neh?
tq..
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2010 03:16 PM | Show all posts
Reply 10# silica_SiO2

pada aku parts ok, berpatutan, lagipun pick-up kan kira workhorse vehicle. paling penting bila beli 2nd, check keta tu btul2 make sure takda major damage (eksiden) / mechanical problem sblm beli.
opis saya ada pakai 3 isuzu dmax ok jer,

try cari post2 thread lama, rasanya ada banyak lagi thread pasal pickup truck.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2010 10:07 AM | Show all posts
Reply 11# batu_bergolek

tengkiu batu bergolek..
aisemen takde yg mengrespon ke?

fuel ok ke? kalo utk long distane driving jimat ke?
bese parts ala2 cam kete bese k..or die betol2 tough n robust n parts betol2 kukuh..erk sori..aku pon tatau sgt pasal kete2 nih..sbb tu nak tanya neh..
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2010 11:19 AM | Show all posts
Pakai truck nie, satu benda jer yg mahal iaitu tayar..paling murah pun dlm RM400 sebiji...
Lain2 spare parts lebih kurang keta jer....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 02:34 AM GMT+8 , Processed in 0.039370 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list