CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5415|Reply: 49

Peniaga tamak jual nasi kosong sepinggan RM1.60

[Copy link]
Post time 17-12-2008 11:38 AM | Show all posts |Read mode
KUANTAN 16 Dis. - Meskipun harga runcit minyak diturunkan kepada RM1.80 seliter berkuat kuasa hari ini, masih ada peniaga kedai makanan dan restoran di sini yang tamak sehingga sanggup mengenakan bayaran sebanyak RM1.60 bagi sepinggan nasi putih kosong.

Kegiatan mengaut keuntungan secara berlebihan itu dikesan di beberapa restoran dan kedai makan yang beroperasi di sekitar Tanjung Lumpur, Tanjung Api, Padang Lalang dan Cherating di sini.

Perkara itu didedahkan oleh Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM) yang menerima banyak aduan daripada orang ramai yang kesal dengan tindakan peniaga terbabit yang mengenakan harga yang mahal terhadap makanan yang dijual.

Presidennya, Mohd. Firdaus Ibrahim memberitahu, fenomena tersebut tidak seharusnya berlaku kerana harga minyak kini telah diturunkan lebih rendah berbanding sebelum kenaikannya pada Jun lalu.

Berikutan itu, beliau mengajak pengguna memboikot kedai makan dan restoran yang menjual harga makanan dengan terlalu mahal sehingga tidak masuk akal.

''Bayangkan ada kedai makan di sini menjual nasi putih kosong pada harga RM1.60 sepinggan sedangkan di Kuala Lumpur hanya pada sekitar RM1 hingga RM1.20 sepinggan. Itu belum termasuk harga lauk atau minuman.

''Selain minyak, kerajaan juga telah berusaha menurunkan harga beras dan menetapkan harga makanan itu pada kadar RM1.80 sekilogram bagi beras hancur 15 peratus," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, kerajaan mengumumkan penurunan harga runcit minyak petrol dan diesel sebanyak 10 sen seliter berkuat kuasa hari ini. Harga petrol RON97 diturunkan daripada RM1.90 kepada RM1.80 seliter manakala petrol RON92 dan diesel masing-masing daripada RM1.80 kepada RM1.70.

Mohd. Firdaus berkata, peniaga kedai makan dan restoran sepatutnya tidak mengenakan harga yang mahal terhadap nasi putih kosong kerana mereka telah mendapat untung daripada lauk yang dijual.

Malah ujarnya, nasi putih kosong sepatutnya kini telah dijual pada harga 50 sen atau 60 sen sepinggan kerana kos yang semakin menurun berikutan penurunan harga minyak yang ketara.

Sehubungan itu, beliau meminta pengguna menggunakan kuasa mereka dengan tidak lagi berkunjung di kedai makan di kawasan tersebut sebagai pengajaran kepada peniaga terbabit.

''Kita memahami bahawa pihak berkuasa tidak boleh mengambil tindakan terhadap peniaga terbabit kerana harga makanan yang telah dimasak bukan barangan kawalan.

''Satu caranya ialah memboikot premis terbabit dan untuk lebih berjimat ialah dengan memasak sendiri di rumah," katanya.

Mohd. Firdaus menambah, pihaknya bimbang tindakan peniaga yang gemar 'menyembelih' pelanggan itu juga akan menyebabkan sektor pelancongan di bandar ini terjejas dalam jangka masa panjang.

''Kita sering mendengar rungutan pelancong luar termasuk dari Kuala Lumpur yang mengatakan harga makanan di Kuantan terlalu mahal berbanding tempat asal mereka. Inilah buktinya," tambahnya.


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1217&pub=Utusan_Malaysia&sec=Timur&pg=wt_07.htm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-12-2008 11:41 AM | Show all posts
gilos ke haper nasi kosong rm1.6........
igt tu kalau kowang pergi ke kuantan ataupon spesifiknya kat sini....


Kegiatan mengaut keuntungansecara berlebihan itu dikesan di beberapa restoran dan kedai makan yangberoperasi di sekitar Tanjung Lumpur, Tanjung Api, Padang Lalang danCherating di sini.


berhati2 yer.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2008 11:54 AM | Show all posts

Reply #2 t@t's post

Bukan kat Kuantan je tat...malah kat kebanyakan restoren mamak dan kedai2 bawah pokok takder lesen pun jual nasi kosong sepinggan punya mahal....bila ditanya...masam Muka....ye lah..meniaga bawah pokok dgn Van,...dgn takder lesen....modal tak besar ...takyah sewa bagai pun caj rega makanan bagai nak rak...mahai nak mampus...

Aku bg contoh....gerai makanan kat bawah opis aku ni....pakai Van...nasik kosong sampai RM1.20...kdg2 tu RM1.30....:@ :@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2008 11:57 AM | Show all posts
tahyer!!

aku pon tak paham. harga minyak dah turun tapi si peniaga smua buat bodo je bab2 nak turun harga. ye la dah mula rasa untung banyak kan?!.

:@ :@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2008 11:59 AM | Show all posts
mahal nyer... adakah nasi yg dia bagi extra byk juge?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2008 12:01 PM | Show all posts
Originally posted by medangmru at 17-12-2008 11:54 AM
Bukan kat Kuantan je tat...malah kat kebanyakan restoren mamak dan kedai2 bawah pokok takder lesen pun jual nasi kosong sepinggan punya mahal....bila ditanya...masam Muka....ye lah..meniaga bawah ...


locatian kat mana tu med....?

giler ah.....guna beras nasional rm 17 satu beg pon ada hati nak jual mahal2.........

lps ni leh la ko order C4 byk2 med....kasi kebabommm sama itu mamak...& pastikan ko dok jauh la....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-12-2008 12:07 PM | Show all posts
kalau depa jual nasi sampai RM1.60 kat kuantan lagi pasni... siap la depa kena maki...
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2008 12:13 PM | Show all posts
hmmm nampaknya nak gi bercuti bawak beras ngan rice cooker sendiri la gamaknya.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2008 12:16 PM | Show all posts
isk! dasatnye!!
btol2 cekik darah peniaga ni :@ :@ :@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2008 12:33 PM | Show all posts
Originally posted by t@t at 17-12-2008 12:01 PM


locatian kat mana tu med....?

giler ah.....guna beras nasional rm 17 satu beg pon ada hati nak jual mahal2.........

lps ni leh la ko order C4 byk2 med....kasi kebabommm ...


takyah C4 tat.....aku taruk Ibu Gula je kat kuah penjual tu...takpun taruk air bateri.. ( jahatnya aku,,, )....
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2008 12:35 PM | Show all posts
hmm..memang dua tiga hari ni sweet bengang giler, tiap2 hari asyik kena ketok je dengan tokey nasi campur nih. ari isnin hari tu sweet terkejut kena charge 8.10 sepinggan nasi.  10 sen tu pun takde discount pun... check punya check rupanya nasi putih kosong 1.50, sayur 1.50, ayam 3.00...pastu..ikan secoet tu takkan 2 hinggit kot...

pastu skrg ni kedai tu dah taknak gi dah..kiranya ban terus dari list..:@

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2008 12:36 PM | Show all posts
Originally posted by cewekbopot at 17-12-2008 12:16 PM
isk! dasatnye!!
btol2 cekik darah peniaga ni :@ :@ :@ :@


Mcm ni lah gelagat peniaga.....bila minyak dah turun ( lebih turun dr rega minyak sebelum naik ke RM2.7dulu )....harga beras pun dha turun....tp mereka ni makin liat plak nak turunkan rega.....Tu yg buat aku tak paham.....

Bila tanya kenapa Sepinggan nasik kosong mahal sgt....dijawabnya " SBB REGA CILI dan SAYUR makin naik....)...tu yg buat aku mkin konpius...apa kaitannya harga nasik sepinggan dengan rega Cili Merah naik????taruk CIli ke dalam nasik tu????

Mcm rega Nasik ayam kat salah satu restoren kat bawah opis aku ni....dulu masa rega minyak naik....dr RM4.00 naik ke RM5.00...takper le sbb rega minyak naik tinggi.....skang ni bila rega inyak turun dr harga RM1.92 seliter....harga Nasik Ayam tak turun2 gak....bila ditanya....mereka kata rega Ayam naik....Errrrrrrrrr......
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2008 12:39 PM | Show all posts
Originally posted by sweetbunga at 17-12-2008 12:35 PM
hmm..memang dua tiga hari ni sweet bengang giler, tiap2 hari asyik kena ketok je dengan tokey nasi campur nih. ari isnin hari tu sweet terkejut kena charge 8.10 sepinggan nasi.  10 sen tu pun tak ...


Tu la sweet......kdg2 peniaga ni dia makin ikut sedap kira jerk.....tu yg kdg2...sayur tu aku cover bawah nasik atau lauk pauk bg derang tak nampak....sayur tu ..alahai......secoet je aku ambik....rega RM0.80-1.00...kalau amik byk pun derang kira harga yg sama/....sampai aku kene remind derang kenapa rega semalam lain...harga hari ni lain...walhal lauk pauk yg sama...
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2008 12:53 PM | Show all posts
kadang kadang peniaga ni pu melampau jugak, dulu masa minyak naik, bolehlah kita faham nak jual mahal tapi harga minyak dah turun, beras pun sama. Susah peniaga ni nak turunkan harga kalu dah naikkan, patutnya dia orang ni kenalah lebih bertimbang rasa
aku ingat nak ikut jejak sorang kawan akulah, dia ni kalau beli nasi campur, dia akan tanya harga satu persatu lauk yang dia ambik tu sebab peniaga ni bukan betul ambik kesempatan, main letak je harga sesuka hati dia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2008 01:25 PM | Show all posts

Reply #10 medangmru's post

ibu gula tu haper med......?
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2008 01:33 PM | Show all posts

Reply #15 t@t's post

Alaaaaaaaaaa....yg buat ape kemendenya tuh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2008 01:44 PM | Show all posts

Reply #13 medangmru's post

hehe...skrg ni peniaga pun dah pandai dah...dia kuis2 lauk kat atas tu, manala tau kot2 ada lauk tersembunyi kat  bawah...
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2008 02:24 PM | Show all posts
kat tempat anis tinggai...nasi lemak kosong Rm1.70 sen tauuu.........gerai nasi lemak tu kat kg jerr...bukan kat bandar...mahai siottt
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2008 02:26 PM | Show all posts

Reply #18 AnisSuraya's post

peniaga2 kat areaKg pun dah ikut rega peniaga2 kat bandar..mungkin makcik2 penjual nasik lemak tu pernah berkunjung kat bandar2 beso...pehtu bila tanya rega nasik lemak kat KL ( sbg Contoh )....dia dapat ilham..." baik aku juai nasik lemak aku dgn rega ni...
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2008 02:30 PM | Show all posts

Reply #17 sweetbunga's post

.......................hahahahaha.......kalau bungkus nasik kat bekas putih tu...mmg senang nak kuis...tp kalau bungkus pakai paper....mungkin senang skit ....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 12:58 AM GMT+8 , Processed in 1.229910 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list