CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7033|Reply: 48

misteri kereta usang menjelma menjadi teksi

[Copy link]
Post time 15-12-2008 04:02 PM | Show all posts |Read mode
-dipetik dari http://kisahseram.blogdrive.com/

seram aku baca


Pengalaman seram yang tidak mudah saya lupakan ini berlaku 12 tahunyang lalu dan sukar dipercayai.  Tetapi ia adalah suatu kejadian yangbenar benar saya alami semasa baru sebulan saya berpindah ke blok 13,Eunos Crescent.  Ketika itu kawasan tersebut belum membangun pesatseperti sekarang.

  Waktu itu selepas maghrib, saya bersama kakak yang memandu keretadalam perjalanan pulang dari membeli pakaian kumpulan nasyid Alsyahidahkami.

  Setibanya dipersimpangan Bedok/Chai Chee, kereta kami tiba tibamembuat ragam.  Apalah daya kami sebagai wanita untuk membaikinya. Saya terus berlari mencari telefon awam untuk menghubungi abang sayauntuk mendapat bantuan.  Malangnya beliau berkerja shift malam hariitu.  Kakak terus membuat keputusan meninggalkan keretanya ditepi jalansahaja, menantikan hari esok.

  Kami terus berjalan perlahan lahan disepanjang Bedok/Chai Chee sambilmelihat lihat kalau kalau ada teksi kosong.  Setelah penat berjalankami terus berhenti mengharapkan kedatangan teksi.  Yang menghairankan,hampir satu jam kami menunggu, tak sebuah teksi pun kelihatan.

  Dalam keadaan bosan menunggu, tiba tiba entah dari mana, munculsebuah teksi yang berhenti betul betul dihadapan kami sedangkan sayatidak pun menahannya.  Tanpa berlengah kami terus menaikinya sambilomengucapkan rasa syukur.

  Dalam teksi entah mengapa terlalu banyak cerita yang kami bualkansehinggakan kami tidak sedar masa berjalan.  Setelah saya melihat jamditangan, barulah saya sedar hampir satu jam kami berada dalam teksiberkenaan dan masih belum tiba ketempat tujuan kami, sedangkanperjalanan dari bedok/chai chee ke eunos crescent hanya memakan masakurang dari 20 minit sahaja.

  Saya segera mencuit kakak saya bertanyakan akan keganjilan yang kamirasakan dan tempat yang dilalui benar benar tidak kami kenalilangsung.  Kakak memberi isyarat menyuruh membaca apa sahaja ayatal-quran yang kami tahu.  Terkumat kamit mulut kami.

  Sempat jugak saya bertanya,"Apek kami nak ke Eunos Crescent! Lu bawak kemana ni?"  Apek tadi hanya menganggukkan kepalanya.

  Bertambah gementar saya seperti hendak menangis rasanya saya.  Kamicekalkan hati, terus membaca apa saja ayat ayat yang kami ingat.

  Tiba tiba, kami seperti keluar daripada dunia lain.  Teksi tadi terusmembelok ke Eunos Crescent.  Tanpa perlu kami memberitahu pemandunya,teksi itu terus berhenti betuk betuk dihadapan blok kami.  

  Tanpa berlengah, kakak saya yang duduk ditepi pintu, seperti terjunsahaja dari teksi dan saya terus menghulurkan wang $10 kepadapemandunya.

  Waktu saya menghulurkan wang, alangkah terperanjatnya saya apabilammenyedari pemandu teksi tersebut adalah seorang tua yang benar benarsudah lanjut usianya.  Kelihatan sejuta kedutan ditangannya.  Sayangnyasaya tidak dapat melihat langsung wajahnya.  Dia seperti cubamemalingkan mukannya ke arah lain.

  Tanpa bersuara, pemandu itu menolak wang pemberian saya denganisyarat.  Dalam ketakutan dan kehairanan, terdengar kakak sya menyuruhsaya turun dari teksi waktu itu dengan segera.  Saya, yang dari taditerasa seperti terpaku, terus turun dari teksi tersebut tanpa menutppintunya kembali.

  Alangkah terperanjatnya kami, kerana hanya beberapa tapak sja kamimelangkah apabila kami menoleh, teksi sudah tidak kelihatan lagi.  

  Menurut penerangan kakak saya, sewaktu turun dari taksi tadi, diaterperanjay apabila menyedari sebenarnya kami bukanlah menaiki teksi,tetapi sebuah kereta yang usang pada pandangannya,  Waktu itu sayamelihat jam tangan hampir puku; 11.30 malam.

  Alanhkah anehnya, perjalanan dari bedok/chai chee ke eunos crescent mangambil masa tiga jam.

[ Last edited by  cikamoi at 15-12-2008 05:33 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2008 04:11 PM | Show all posts
aku pun rasa serem gak.... naik bulu roma aku. nasib baik org tu cuma nampak kete buruk, kalau benda tu tukar jadi keranda ke? mahu tak cukup tanah org tu terjun kot
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2008 04:26 PM | Show all posts
pergh...3 jam bule x sedar...lama btol
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2008 04:29 PM | Show all posts
kisah benar ke ni??
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2008 04:33 PM | Show all posts
teksi transformer........tp downgrade jadi kereta usang
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2008 04:47 PM | Show all posts
Originally posted by sharingan86 at 15-12-2008 04:33 PM
teksi transformer........tp downgrade jadi kereta usang


sebut transformer yang tak tahan aku nak gelak nih....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-12-2008 04:57 PM | Show all posts
Ni jenis hantu yg baik nih... sian kat pompuan jln berdua mlm2... so dia tumpangkan la... baik tul apek tuh..   

Alhamdulillah selamat gak sampai.. siap xterima pape bayaran lagik... ikhlas tul dia mengantor sampai umah..
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2008 05:08 PM | Show all posts
lagi best kalau teksi tu tetiba bertukar jadi teksi tunai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2008 05:14 PM | Show all posts
korang ni..tak abih2 nak menyakat..org tu beriaya2 bercerita
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2008 05:16 PM | Show all posts
jarang gak dengar anto tak usik orang, tapi siap antar balik sampai kat umah lagi. Biasanya kalau antu yang normal, dapat je peluang nak usik human, tak de kasi chan nyer. Silap hari bulan dia hantar kat kubur ke, kat bangunan tinggal ke....
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2008 05:17 PM | Show all posts
ooo kalo kawsn tu aku ade le dgr citer
area singapore tu adec ertain tpt keras woo..
tp bile area tu dh membangun dh ok..xde keras lg..
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2008 05:21 PM | Show all posts

Reply #9 ketotmerah's post

ehehe sorry2..*sorry tuan umah*...aku dok sorg2 dlm bilik memalam ni, dok baca board ni, nak hilang rasa seram tu yg wat lawak bodo skit
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2008 05:31 PM | Show all posts

Reply #10 chrysalis's post

Sbb tu la dikatakan hantu ni jenis yg baik.. ekekeke.. ikhlas tul dia hantar diorg tu balik...

Masa idup dulu apek ni mmg org2 yg baik2 kot.. suke berbakti pada masyarakat... membawak sampai ke mati tabiat dia tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2008 05:31 PM | Show all posts
  takott aku baca citer nihhh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2008 05:32 PM | Show all posts
nak tahu lagi kisah seram masuk la blog yang aku nytakan kat atas tu..
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2008 11:49 PM | Show all posts
kami tak menerima penulisan seram dari buku, takde feel...dulu ade gak org suke copy paste mcm2 la semua dari buku, style penulisan pon mcm baca buku...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2008 03:13 AM | Show all posts
hehehe..teksi tunai..
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2008 07:25 AM | Show all posts
amoi... tulis la tentang pengalaman ko...
aku tak pernah nampak hantu... just nampak kesan² je...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2008 03:06 PM | Show all posts
ada pengalaman..
lusa lepas baru rasakan..
tak pasti la..
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2008 05:23 PM | Show all posts
cakap-cakap pasal teksi berhantu ni..

sebelum aku balik umah..moh le aku story sikit kat korang..


pakcik aku adalah pemandu teksi yang tegar..

area-area utara korang pahamla teksi ni bersepah kat memana dan tambanag plak tersangatla murah compare ngan kat KL ni..

pakcik aku selalu bawak teksi drive area alor setar-sungai petani melalui jalan biasa.. (  alor setar--->simpang 4---->kota sarang semut---->gurun--->bedong---->sungai lalang---->sungai petani)


kalau korang orang kedah korang tahu...di pertengahan jalan menuju ke sungai petani..ada satu kawasan selepas Gurun yang terletaknya kilang PERWAJA STEEL..


kawasan ni memang hot spot la untuk hantu-hantu testing power ganggu orang kat jalan raya...

tambah-tambah kat area hutan kelapa sawit tu..memang HOT la pakcik aku cakapp..

so di satu malam yang sepi ni..pakcik aku dalam pjalanan pulang from SUNGAI petani nak balik umaah..

dah penat katanya..

dalam kul12 sampai betul-betul kat kelapa sawit bertentangan ngan perwaja steel tu pakcik aku nampak ada teksi tersadai tepi jalan..dengan lampu kecemasan..

pakcik aku stop..


dan dia nampak ada seorang pakcik melayu ni pakai songkok itam tengah terbongkok-bongkok tukar tayar depan sebelah kiri..

pakcik aku tegur, "assalamualaikum.."

tapi pakcik tua tu tak jawab...

eh tak dengar ke pekak pakcik ni..?


pakcik aku pun dalam niat ikhlas nak bantu..turunla nak bagi bantuan sebab nampak sangatla pakcik tu tua dan tayar tu tak tertanggal-tanggal wpon beria2 dia try keluarkan..


waktu tu korang bayangkan jalan tetiba sunyi sepi...dan jalan gelap tak ada lampu jalan lagi time-time tu...

pakcik aku pun berjalan la ke teksi pakcik tu..


dan dia tak padamkan lampu teksi dia sendiri sebab cerah sikit nanti kan..

nak sampai lagi 4 5 langkah dia jalan gi  kat pakcik tua tu...dia stop..

sebab...




baru pakcik aku perasan...orang tua tu tengah usaha keluarkan 1 bijik kepala manusia dari celah-celah tayar depan..

pakcik aku waktu tu dah paham la apa yang berlaku  kt dia sekarang..


dia pun U-turn balikla nak balik ke teksi dia..

alih-alih time tu dia dengar 1 suara bebetol belakang dia cakap..

" tak mau tolong pakcik ke nakk..?"


hahhh kauuu...


pakcik aku selamber ja cakap..."pakcik buatla sendiri..saya suluh je.."

pastu dia masuk kereta tanpa tengok kiri kanan mahupun teksi kat tepi jalan tu...


start enjin...terus blahhhh..




lepas-lepas tu setiap kali lalu situ..dia mesti takkan stop kalau nampak kereta ke..mat motor ke dok tolak moto..

memang dia takkan stop walaupun maybe mereka tu betul-betul orang yang dalam kesusahan...


sekiannnnnnnn..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:08 PM GMT+8 , Processed in 0.569273 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list