View: 10521|Reply: 135
|
AJL23 : JUARA KESELURUHAN LAGU APA?
[Copy link]
|
|
Korang rasa lagu apa yg akan menang?
itu antara 10 lagu yg mungkin menang..meh kita vote..
lagi 4 lagu nk senarai pon xcukup dah hehe..
[ Last edited by cak! at 15-12-2008 02:24 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
cuba, FT |
|
|
|
|
|
|
|
teringin tgk elyana jore... tapi macam pejal tahir jek |
|
|
|
|
|
|
|
Aku rasa lagu... jom jom jom.. jom heboh heboh ... |
|
|
|
|
|
|
|
komen antara peserta2 yg layak..
PENARIKAN diri lagu Ku Merindu ciptaan Datuk Syed Elias Syed, dendangan Shah dan Ella, nyata menjadi rahmat buat kumpulan Sofaz apabila lagu ciptaan anggota mereka sendiri, Bukan Di Sini, turut terpilih memasuki Anugerah Juara Lagu Ke-23 yang akan berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, 18 Januari depan.
Kegagalan Ella untuk memberikan komitmen pada saat-saat akhir menyebabkan rakan duetnya, Shah kecewa, lantas, membuat keputusan menarik diri daripada peringkat separuh akhir kategori Pop Rock, Jumaat lalu, yang menyaksikan 12 lagu bersaing hebat merebut tempat ke final.
Jelas sekali, rezeki menyebelahi Bukan Di Sini, lagu yang dipilih menggantikan lagu duet terbabit apabila juri yang terdiri daripada komposer Fauzi Marzuki; Johan Nawawi; Yasin Sulaiman; penulis lirik, Amran Omar; Pengarang Hiburan Harian Metro, Adam Salleh; dan Pengurus Besar, Perisian dan Kandungan Primeworks Studio, Azhar Borhan selaku ketua juri, nyata terpikat dengan irama dan lirik lagu berkenaan.
Kejayaan itu mengulangi pencapaian Sofaz yang turut berentap pada AJL edisi ke-22, awal tahun ini, menerusi lagu Janjiku.
Walaupun menjadi pengganti kepada lagu Ku Merindu, namun anggota kumpulan berkenaan tidak pernah menganggap Bukan Di Sini sekadar lagu penyendal dalam pertandingan itu.
KUMPULAN Sofaz beri saingan.
"Sememangnya lagu kami ialah lagu ganti, tetapi inilah yang dinamakan rezeki. Kami sendiri tidak pernah menjangka lagu ini akan turut melayakkan diri ke peringkat final. Apatah lagi kami hanya diberitahu mengenai penyertaan lagu ini pada peringkat separuh akhir kira-kira seminggu yang lalu. Begitu pun, dalam masa yang singkat itu kami sempat berlatih.
"Pada malam ini pula, Ameer kurang sihat. Namun kami semua sudah memberikan persembahan yang terbaik. Kami cuba berseronok ketika mengadakan persembahan, walaupun jauh di sudut hati, masing-masing sebenarnya gugup juga," ujar Zimi.
Selain Sofaz, kumpulan muzik yang juga menempa kejayaan pada peringkat separuh akhir Pop Rock ialah Estranged menerusi lagu Yang Pernah dan Meet Uncle Hussain dengan Lagu Untukmu.
Berbeza dengan Meet Uncle Hussain yang melangkah ke akhir buat kali pertama, Estranged bukan asing dengan AJL. Lagu mereka, Itu Kamu, bukan sekadar menjuarai kategori Pop Rock pada edisi sebelum ini, malah lagu itu juga diumumkan Juara Lagu. Lalu, penyertaan kali kedua pada peringkat akhir mungkin memberikan tekanan?
"Biarpun pernah menggapai kejayaan pada AJL22, kami tidaklah tertekan apabila mempersembahkan lagu Yang Pernah. Cuma, ketika keputusan sedang dibacakan hos rancangan, perasaan berdebar memang turut dirasa.
"Bagi kami, penyertaan pada peringkat separuh akhir itu saja sudah cukup kami hargai. Apatah lagi apabila lagu kami berjaya memasuki peringkat akhir. Ia tentu sekali penghormatan cukup tinggi buat Estranged, terutama pada ketika tidak banyak kumpulan muzik tempatan yang berpeluang untuk ke depan, saat ini," kata anggotanya, Andy.
Kumpulan itu juga menegaskan, betapa mereka tidak mempunyai formula tertentu untuk menempatkan diri ke final. Namun begitu, mereka percaya, juri memberikan perhatian kepada sesuatu pembaharuan yang mereka tampilkan dalam ciptaan.
Manakala Lan daripada kumpulan Meet Uncle Hussain pula mahu melihat kejayaan mereka ke AJL sebagai pembuka jalan atau pembakar semangat kepada kumpulan indie lain untuk menghasilkan karya yang lebih bermutu, seterusnya menerima penghargaan daripada kalangan peminat muzik yang lebih besar.
Mereka turut melihat pertandingan seperti Muzik Muzik membantu kumpulan bebas seperti mereka untuk mendapat tempat lebih tinggi dalam masyarakat, seperti yang dibuktikan Estranged. Mereka juga berpendapat, pertandingan berkenaan memberi ruang untuk peminat menghargai muzik tempatan, berbanding muzik dari negara luar.
Elyana yang memilih untuk mengadakan persembahan dengan memakai kasut ketika menyanyikan lagu Kalis Rindu ciptaan Aidit Alfian dan lirik Ad Samad tidak berasakan wujudnya jurang antara penyanyi solo dengan peserta berkumpulan apabila bersaing pada AJL nanti.
"Kami sama-sama berada dalam industri muzik, jadi bagi saya tiada bezanya antara peserta solo dan berkumpulan. Saya sendiri pula hanyalah penyanyi yang cuba menunaikan tanggungjawab menyampaikan lagu ciptaan komposer bertanding dengan sebaik mungkin," katanya apabila diminta pandangannya berhubung saingannya kali ini yang terdiri daripada beberapa kumpulan muzik.
Juara Akademi Fantasia musim keenam, Stacy, pula tidak percaya lagu nyanyian, Aku Stacy, turut termasuk dalam barisan finalis kali ini.
"Begitupun, saya cukup bersemangat ketika menyanyikan lagu itu sebentar tadi. Sokongan peminat pula membuatkan saya lebih teruja. Kesilapan pada masa lalu tentunya menjadi pengajaran berguna bagi saya meningkatkan lagi persembahan," katanya yang membuat beberapa kesilapan ketika menyanyikan lagu Wajah Rahsia Hati pada acara kemuncak Festival Filem Malaysia Ke-21.
Tiada desakan orang luar
JIKA pada minggu lalu, hanya lima lagu daripada kategori Balada diumumkan layak ke akhir iaitu Cuba dan Sampai Syurga nyanyian Faizal Tahir, Bila Nak Saksi (Spider), Hanya Di Mercu (Ayu) dan Lagu Kita (Aizat), Jumaat lalu sebuah lagi lagu daripada kategori itu layak bertanding di AJL23.
Lagu Dingin dendangan Ziana Zain, ciptaan Azlan Abu Hassan dan lirik Azalea, menjadi lagu ke-14 keseluruhan melayakkan diri bersaing pada acara kemuncak.
Menurut Azhar, berikutan kekuatan lagu yang bersaing dalam kategori Balada pada peringkat separuh akhir kali ini lebih ketara, berbanding kategori lain, pihak juri bersama penganjur, TV3, berasakan sebuah lagi tempat harus diberikan kepada lagu daripada kategori berkenaan.
Lalu, dengan kedudukan Dingin berada pada tangga paling atas daripada lagu selebihnya yang gagal pada peringkat berkenaan, maka lagu terbabit diberi peluang untuk turut sama berentap pada final.
Katanya, keputusan memasukkan Dingin ke final bukanlah dibuat kerana adanya desakan daripada pihak luar.
"Kita sekali-kali tidak akan membuat sesuatu keputusan berdasarkan desakan pihak luar," katanya pada sidang akhbar selepas berakhirnya saingan separuh akhir Pop Rock.
Berikutan kenyataannya |
|
|
|
|
|
|
|
Berikutan kenyataannya yang mengakui kehebatan kategori Balada, maka bolehkan dibuat andaian Juara Lagu nanti akan muncul daripada enam lagu yang bersaing dalam kategori ini.
"Bukan menjadi hak saya untuk berkata demikian buat masa ini. Lagipun tidak adil untuk kita membuat andaian awal. Apatah lagi kata putus kemenangan sesebuah lagu bukannya daripada saya. Panel juri yang akan menentukannya, hasil perbincangan sesama mereka," katanya sambil menegaskan, barisan juri berbeza akan digunakan bagi menilai barisan lagu yang layak ke akhir, kecuali dirinya.
Azhar turut menyentuh mengenai permasalahan lagu dipertandingkan dalam kategori yang kurang tepat. Memberikan contoh, dia berkata, pihak juri berasakan lagu dendangan Fiq, Bukti, sebuah karya cukup kuat. Namun, ia kehilangan markah kerana dimasukkan dalam kategori yang salah.
Mungkin, penganjur harus menilai dengan lebih teliti bentuk sesuatu lagu sebelum ia dipertandingkan dalam sesuatu kategori bagi mengelakkan kejadian serupa berlaku. Begitupun, dilema akan timbul, kata Azhar, apabila pencipta berasakan dia lebih memahami lagu yang dicipta dan berasakan ia selayaknya diadili dalam kategori mereka ingini. |
|
|
|
|
|
|
|
IKLAN NOMBOR 1, LAGU NOMBOR 2 :victory:
|
|
|
|
|
|
|
|
:pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
apasal dingin byk vote dah mmg majoriti taste org melayu neh suka lagu lemau,meratap hiba neh ekk |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 alesandra's post
tu la pasal..
diorg vote tgk artis yg disukai kot |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #13 cak!\ catat
excuse me... diorang vote utk lagu yg diorang rasa best & bagus juga k.. gigit kang :victory: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #13 cak!'s post
tak per .. bagi chance kat fans kak ziana
karang bukit antarabangsa yang masih tinggal tu runtuh lagi kang |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #15 santubung's post
sungguh xlogik la dikaitkan bala tragedi bukit antarabangsa tu..gelak je haku baca alasan org yg tulis tu |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #16 cak!\ catat
memang sah nak kena gigit si Cak! ni |
|
|
|
|
|
|
|
uols..lagu dingin tu ade peluang ke kekdahnya.. menurut sumber katenye.. lagu ziana tu no. 6 dlm kategori balada.. |
|
|
|
|
|
|
|
xlogik betul org yg vote dingin tu.
of cos la lagu2 faizal taher yg sllu buat juri pening n pengsan memerah otak nk plih lagu coba ke, or smpai syuga yg ptt juara. |
|
|
|
|
|
|
| |
|