View: 2092|Reply: 9
|
Dengarnya single juga boleh dipertandingkan dlm AIM 16
[Copy link]
|
|
Amik dari Syd :
7 kategori baru dalam AIM16
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
[email protected]
SANDY dan Freddie mengumumkan perubahan baru AIM edisi ke-16, kelmarin.
Beri lebih peluang untuk lagu single, digital bertanding mengikut senario industri muzik semasa.
ANUGERAH Industri Muzik (AIM 16) yang bakal berlangsung tahun depan melonggarkan beberapa syarat penyertaan dan turut menambah tujuh kategori baru bagi menggalakkan lebih banyak karya terbaik dihasilkan.
Perkara itu diumumkan dalam sidang media khas yang dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Penganjur AIM 16, Freddie Fernandez dan Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia, Sandy Monteiro, Rabu lalu.
Syarat baru yang diperkenalkan itu ialah memberi peluang kepada lagu single dan digital untuk bertanding serta mengecilkan jumlah lagu untuk diambil kira sebagai album daripada lapan kepada lima buah saja dalam sesebuah album. Selain itu, wang penyertaan turut dikurangkan daripada RM100 untuk satu penyertaan kepada RM50.
Bagaimanapun beberapa perubahan dibuat iaitu Persembahan Vokal Lelaki, Wanita dan Berkumpulan Terbaik yang sebelum ini dinilai berdasarkan keseluruhan album kini dinilai berdasarkan lagu saja. Manakala anugerah baru yang diperkenalkan ialah Lagu Pop Etnik Terbaik, Lagu Nasyid Terbaik, Lagu Rock Terbaik, Lagu Pop Terbaik, Lagu Inggeris Tempatan Terbaik, Lagu Cina Tempatan Terbaik dan Lagu India Tempatan Terbaik.
Penambahan itu sekali gus menjadikan bilangan anugerah bertambah daripada 22 kepada 27 kategori. Sementara itu, anugerah Album Indonesia Terbaik dibubarkan dan digantikan kepada Lagu Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan oleh Artis Luar Negara.
Kategori itu secara tidak langsung memberi peluang kepada artis daripada pelbagai negara untuk menyertai kategori berkenaan.
Manakala bagi kategori Susunan Muzik Terbaik tidak lagi mengiktiraf lagu Melayu saja tetapi memberi peluang kepada lagu daripada bahasa lain. Kategori Artis Harapan yang sebelum ini memberi pengiktirafan kepada artis yang tidak memiliki album turut dimansuhkan setelah syarat penyertaan dilonggarkan.
Sandy Monteiro berkata, perubahan di dalam AIM sudah dibuat sejak tahun lalu lagi berdasarkan pandangan diberikan juri yang terbabit dalam penjurian AIM. Perubahan itu bagaimanapun diteruskan lagi untuk AIM akan datang bagi memantapkan lagi acara anugerah itu yang mula diperkenalkan sejak 1994 sesuai dengan keadaan semasa.
“Perubahan yang dibawa masuk tahun lalu lebih kurang sama untuk AIM 16, cuma ini adalah satu langkah tambahan untuk kita mengemas kini industri muzik kita. Dua, tiga tahun kebelakangan ini, industri muzik menyaksikan satu perubahan besar terutama dari segi perkembangan muzik digital dan mobil.
“Kita tidak mahu mengecualikan mana-mana pengkarya untuk sertai AIM, tetapi kita mahu semua berpeluang untuk menyertai anugerah ini. Disebabkan itu AIM melonggarkan syarat supaya semua dapat masuk. Tidak kira mereka yang ada album mahupun tidak.
“AIM mahu memberi peluang kepada mereka yang mempunyai lagu yang baik walaupun cuma satu untuk sama menyertai. Kita tidak mahu menyempitkan undang-undang sebaliknya kita mahu memberi semua orang peluang. Perubahan yang dilakukan dalam AIM bukan bermakna hala tuju kita berubah tetapi kami mahu menaikkan lagi nama industri,” katanya.
Jelas Sandy lagi, muzik digital juga wajar menerima pengiktirafan kerana arus muzik kini lebih cenderung ke arah digital. Malah, lagu yang dihasilkan juga berkualiti serta mendapat sambutan menggalakkan.
“Apa yang kita lihat sekarang, lagu digital mendapat sambutan menggalakkan. Walaupun album tidak siap lagi, lagu mereka sudah dijual sehingga puluhan ribu seperti kumpulan Hujan dan juga Aizat. Kita melihat perkembangan ini sebagai sesuatu yang positif untuk industri. Justeru, usaha mereka yang sanggup mengeluarkan duit untuk menghasilkan lagu yang bagus sewajarnya diberikan perhatian,” katanya.
Bagi lagu digital yang ingin menyertai kategori album terbaik kata Sandy, mereka boleh menghantar lima buah lagu secara ikatan untuk dikira sebagai album.
Bagaimanapun Sandy menasihatkan syarikat rakaman yang hendak menghantar penyertaan yang dibuka bermula semalam hingga hujung bulan ini supaya jangan membazir wang dengan menghantar semua lagu untuk dipertandingkan. Sebaliknya, mereka harus memikirkan lagu yang dirasakan terbaik untuk menghantarkan penyertaan.
Corak penjurian kali ini juga berbeza apabila kaedah penghakiman melalui internet (online voting) akan digunakan bagi menggantikan pemilihan melalui pos (postal voting) yang sudah dihentikan sejak AIM14 iaitu pada 2007.
[ Last edited by elbee at 12-12-2008 08:43 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
vocal zz dlm lagu dingin mmg baik. first time aku dgr meremang bulu roma. so definitely a gd news. |
|
|
|
|
|
|
|
tunggu dan lihat sahaja....... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #6 puteri-jelmaan\ catat
ye kak puteri tolong la nasihatkan ZZ masuk..plzzzzzz..lama dah AIM tak berseri tanpa kehadiran insan seni berbakat bernama Ziana Zain...tahun ni macam memberi peluang je kepada ZZ untuk mengembalikan ZAMAN KEEMASAN BELIAU.yeaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
last zz mng aim 98, album pop terbaik. pastu hilang dah. so tahun nih ape lg........ boooommmm kebaboooommmmmmmm |
|
|
|
|
|
|
| |
|