aku tahu smua rakyat dalam mesia dalam isi hatinye maseh menyayangi Bolasepak Mesia ni..
jadi aku rase kite rakyat patut kerjasama utk bergabung idea centusan tu membangunkan bolasepak mesia ni kembali seperti zaman2 kegemilangan "Super Mokh"....
so jikalau anda mempunyai pandangan atau cadangan untuk bolasepak negara.. sgt2lah diharapkan..
xkesah pandangan mengenai coaching staff ke.. facilities ke.. environment football in mesia...
koz smua tau yg mesia ramai bakat2 yg bleh pakai... ni bleh bwk mesia ke world cup suatu mase nanti...
skrang ni sebagai permulaan..
aku ingin memberi cadangan aku...
+ upgrade facilities bola mesia ni.. create satu facilities dimane kite bleh gunenye for training n development.. macam Manchester utd nye... Carrington training centre and jugak David Beckham`s football academy.. facilites kenelah tiptop..
+ then aku rase management kene lah baguh jugak... dulu time Lim Teong Kim (Coach reserve Bayern Munich) nak tawarkan diri.. ade yg membatal.. mahal lah apelah.. kenelah pada harga die jadi coach kat Bayern tu.. so right now mesia kene cari coach yg baguh.. yang ade experience coach team lemah naik jadi top... macam king guus ke.. metsu ke.. sesape lagilah...
+ hantar n develop young talents... koz everything kene start dari awal..mcm kes asra yg hantar train with PSV... yg mamat soccerstar yg train with Fulham mane?? hmmmmm yg paling aku nak tgk si titus tu.. dah mcam2 alasan die bagi.. aku dgr die nak try apply jadi rakyat france.. ingt france nak amek die ke?? Gile ke ape...
+ then aku sokong ape yg dikatekan sukanduniaku – “lagi skali aku tegaskan, liga m perlu pemain import.. at least deme tu beri cabaran & gambaran kpd players kita ttg kualiti players negara2 lain.. jgn la buat liga yg syok sendri fam ooiiii...”
1. Ubah struktur organisasi dlm FAM.
2. Ubah struktur Liga-M.Salary cap hendaklah dilaksanakan & salary cap ini termasuk elaun sekali.
3. Stadium, tak payah besar2. 10-20 ribu seat sudah cukup. yg dtg pun tak ramai.Stadium mestilah purposely built utk bola, mcm dkt UK, Belanda & Germany, mkdsundnya takde trek keliling.
4. Setiap pemain liga - M hendaklah lulus fitness test,sebelum dibenarkan beraksi dlm setiap perlawanan. Fitness test ini hendaklah setanding dgn yg digunakan oleh kelab2 di eropah.
5. Pemakanan - setiap pemain diwajibkan makan apa yang disarankan oleh nutrienist & dilarang makan,makanan lain.
6. Ubah corak permainan Liga-M, permainan sekarang lembab & byk long ball,padahal org nya pendek2, main short pass with a pace.
stadium tu aku rase mesia kene ikut macam MLS... sbnarnyelah the best example is Major League Soccer.. tgk diorang mcmane.. dr kecik skrg dah besar2 team diorng.. sekrang tgk liga Australia plak yg bakal naik..
1. kene ubah mentaliti pengurusan, player
2. kene ubah pengurusan FAM
3. jangan ada politik dalam bola sepak malaysia. ada org politik dlm bola sepak eropah???
Hari ini kita bercakap tentang memperkasakan bolasepak tanah air. FAM baru-baru ini mengumumkan pengharaman pemain import dalam liga tempatan mulai tahun depan. Timbalan Presiden FAM, Khairy Jamaluddin memberi alasan pengharaman pemain import dibuat demi meningkatkan kemajuan pemain tempatan dan mutu bolasepak negara.
Kita tahu FAM pernah membuat pengharaman yang sama dari 1999 hingga 2001, juga atas alasan mutu bolasepak Malaysia yang merudum pada masa itu. Tahun 2002, larangan ditarik balik. Walhal bolasepak kita pada masa itu masih tetap terus merudum jatuh.
Jadi apa rasional sebenar pengharaman pemain import? Kerana kehadiran pemain import menyekat kemajuan pemain tempatan atau atas sebab lain?
Bagi aku, pengharaman ini sebenarnya tidak lebih atas sebab tekanan kewangan yang dihadapi oleh persatuan bolasepak tempatan dalam menyara kos pemain import.
Kalau mahu kata pengharaman dibuat kerana mutu bolasepak negara yang merudum jatuh, kita sudah lihat macam mana FAM pernah berdolak-dalih dari 1999 hingga 2001 dulu. Seperti mana FAM selalu berdolak-dalih dan tidak pernah berpendirian tetap.
Bagi aku, punca sebenar kejatuhan bolasepak kita ialah kerana cara pengurusan bolasepak dan liga tempatan kita yang salah. Tidak ada kena mengena dengan pemain import yang kononnya menyekat kemajuan pemain tempatan.
Hakikatnya, Malaysia mungkin satu-satunya negara di dunia ini dengan liga tempatan yang ditandingi oleh pasukan negeri, bukannya kelab.
Betul, kita juga ada pasukan kelab seperti UPB-MyTeam dan Johor FC, juga pasukan beruniform seperti PDRM dan ATM. Tetapi campur aduk dan kecelaruan ini lebih menghuru-harakan bolasepak kita.
Persatuan bolasepak (FA, football association) berperanan utama sebagai pentadbir urus bolasepak sebuah negara atau negeri (dalam konteks FA negeri). Tetapi oleh kerana di Malaysia ini pasukan yang bertanding dalam liga tempatan juga terdiri dari pasukan negeri maka kebanyakan FA negeri lebih menumpukan pengurusan kesebelasan utama negeri dan bukannya pengurusan bolasepak negeri tersebut.
Permasalahan utama timbul apabila pasukan bolasepak diurus oleh FA sebagai persatuan bolasepak, bukannya kelab bolasepak (FC, football club). Dan seperti dalam apa jenis sukan sekalipun, persatuan sukan lazimnya banyak dipengaruhi orang-orang politik.
Di dalam senario bolasepak kita, oleh kerana pasukan bolasepak diurus sebagai FA dan bukannya FC, maka kita melihat barisan pentadbiran pasukan yang terdiri dari kalangan ahli politik yang lebih cenderung menjadikan bolasepak sebagai batu loncatan karier politik mereka.
Dan yang lebih mengharukan, pasukan bolasepak diurus seperti sebuah jabatan kerajaan dan bukannya secara professional sebagai sebuah entiti sukan berteraskan perniagaan.
Corak pengurusan begini yang sebenarnya membunuh bolasepak kita. Realiti utama kenapa pemain import diharamkan bermula musim depan bukan kerana mereka menyekat kemajuan pemain tempatan, tetapi sebaliknya kerana pihak pengurusan FA negeri tidak mempunyai dana yang cukup bagi membiayai pemain import ini.
Hal ini berlaku kerana selama ini mereka mengharapkan dana FAM atau kerajaan negeri, sama seperti jabatan kerajaan yang bergantung semata-mata pada wang peruntukan. Jika ada pun sumber pendapatan yang dijana sendiri, ianya lebih kepada kutipan tiket perlawanan yang tidak seberapa.
Kes Perak FA sebagai contoh. Pemain bolasepak Perak sudah tidak dibayar gaji selama 4 bulan hanya kerana Perak FA sudah kekeringan wang. Persoalannya kenapa perkara semacam ini boleh berlaku sedangkan Perak boleh dianggap antara pasukan bolasepak yang berjaya dan mempunyai fan base support yang besar?
Ketirisan dan kebocoran? Mungkin, lebih-lebih lagi apabila terdapatnya pengaruh politik yang meluas dalam persatuan atau FA. Kekeringan wang ini juga berpunca dari kebergantungan pasukan negeri kepada wang peruntukan dan kegagalan mereka menjana sumber pendapatan sendiri.
Langkah yang sebetulnya untuk FAM ialah merombak semula struktur bolasepak tanah air. Biar FA negeri dengan peranan utama setiap FA, iaitu mengurus sukan bolasepak negeri. Bukannya mengurus dan kemudian tersalah urus pasukan bolasepak. Sebaliknya peranan FA ialah mentadbir urus bolasepak, sebagai governing body untuk sukan tersebut.
Dengan mengecualikan FA negeri dari mengurus kesebelasan utama, mereka dapat memainkan peranan yang lebih besar dalam pembangunan bolasepak setiap negeri. Lebih banyak masa dan tenaga dapat ditumpukan kepada membangunkan sukan bolasepak di akar umbi. Grass root development ialah strategi utama untuk memajukan bolasepak kita, bukannya pengharaman pemain import.
Langkah berikut yang perlu dilakukan oleh FAM ialah memansuhkan penyertaan pasukan negeri dalam liga tempatan. Tindakan ini memang kurang popular tetapi ianya perlu demi memajukan bolasepak kita. Dan sebagai ganti kepada pasukan negeri ini ialah kelab-kelab bolasepak atau ringkasnya FC yang akan bersaing dalam kejuaraan liga tempatan.
Cuma bezanya kali ini ialah biarlah konsep pasukan kelab ini berbeza dengan kelab yang ada sekarang. Asas mana-mana pasukan kelab ialah ianya mempunyai locality atau belonging kepada satu-satu tempat. Bagaimanapun dalam kes kelab bolasepak tempatan yang ada sekarang, kebanyakan kelab tidak mepunyai kriteria locality atau belonging yang diperlukan.
Sebagai contoh, bagaimana mungkin kita dapat merujuk kelab-kelab seperti Felda United FC, Proton FC atau UPB-MyTeam kepada mana-mana bandar di Malaysia? Bagaimana Felda United FC yang bermain di Bangi boleh menarik perhatian penyokong sedangkan di Bangi sendiri tidak ada penempatan Felda?
Faktor locality atau belonging penting kerana setiab kelab memerlukan fan base support.
Kita perlu melihat bagaimana kelab-kelab luar negara mempunyai locality atau belonging kepada satu-satu bandar atau penempatan. Lihat Juventus yang bertapak di Turin atau FC Barcelona di kota Barcelona sendiri sebagai contoh. Kita tahu jika berkata tentang Newscastle United, ianya sebuah kelab di Newcastle upon Tyne, bukannya di kota London.
Sebagai ganti kehilangan pasukan negeri, wujudkan kelab bolasepak pada peringkat permulaan di setiap ibu negeri di Malaysia. Biar Alor Setar menggantikan Kedah dan Shah Alam menggantikan Selangor sebagai contoh. Ini sebagai langkah permulaan, yang boleh diikuti kemudian dengan mewujudkan kelab di bandar-bandar lain seperti Petaling Jaya atau Miri.
Rasionalnya ialah mencambahkan lebih banyak kelab bolasepak dengan fan base support yang mencukupi. Dan rasional kepada lebih banyak kelab bolasepak ialah untuk membuka ruang kepada lebih ramai pemain berbakat bergiat dalam sukan bolasepak secara professional atau amatur.
The larger the pool, the more talents you will unearthed. Lihat pada Jerman, mereka mempunyai 26,000 kelab dan 2 juta pemain bolasepak yang aktif di semua peringkat bernaung di bawah badan FA bolasepak Jerman. Kita tidak akan kemana dengan hanya 14 buah pasukan negeri dan beberapa kelab yang tidak mempunyai tempat asal atau locality mereka.
Juga dengan lebih banyak kelab bolasepak akan memberi ruang kepada FAM untuk menganjurkan sistem liga berperingkat atau tiered league system. Mungkin dengan 2 atau 3 liga utama yang disertai kelab professional dan liga-liga regional di peringkat bawahan untuk kelab-kelab amatur. Lihat pada National League System di England sebagai contoh, sistem liga mereka terdiri dari 24 peringkat atau level, dengan 140 liga yang disertai oleh 7,000 kelab!
Perkara sebeginilah yang barangkali Khairy Jamaluddin dan FAM terlepas pandang. Mereka hanay terlalu menumpukan kepada Liga Super dan Premier milik FAM dan terlalu melayan kerenah persatuan negeri yang lebih sibuk berpolitik. Masalah kita bukan pemain import, tetapi cara kita menguruskan bolasepak kita sendiri.
Kita tidak perlu tunggu Malaysia layak ke Piala Dunia untuk membuat bolasepak kita menarik. Cukup dengan pengurusan yang cekap dan professional, liga yang dean was here menarik dan bilangan kelab yang banyak, ini sahaja akan memajukan bolasepak kita dan kembali membawa minat rakyat Malaysia kepada bolasepak seperti zaman Semi Pro dulu.
Dan secara tidak langsung, menarik perhatian pemain luar yang berkebolehan untuk bermain bersama kelab tempatan.
1. Tukar FAM punye top officials.
2. Mansuhkan State FAs. Patutnye kelab2 yang dipentingkan.
3. Make sure every club ade academy sendiri. Player2 academy boleh training after skolah
4. Pasal stadium, buat la stadium ikut brape besar kelab tu punye fan base.. ikut standard liga M ni, max 4-5 ribu dah la... Stadium besar2 mcm kat Larkin ni yg datang 200 org je...
5. Nak hantar player main kat oversea biar berpada la. NOw baik hantar kat J-league @ A-League.. nak main Championship punx lyk..jgn harap la nk main EPL
6. Make sure padang terjage. Kalau padang berbukit mcm mane nak main bola? tu yg tim kite main long ball je
7. Kelab2 kne la hantar scout pegi skolah2....tgk budak2 yg ade potential... termasuk la skolah kampung & orang asli
Bila standard liga M dah naik baru kite boleh berangan nak cari corporate sponsors...
Utk national team pulak, mmg kne cari coach luar. Yg xknal langsung player2 malaysia ni.
hahaha... bagi managemen FAM tu kene trime idea org mude... aritu pernah skali aku pogi FAM nak tanyekan pasal Sekolah Akademi tu... then diorg macam xde idea je... padahal dah masuk suratkabo... aku bg idea.. diorg wat dunno je... bengong jugak diorg ni
bab fasiliti tu aku krg setuju..sbb cuba korang tgk mentaliti org yg kat atas tu..kalo nk bina fasiliti baru,bkn main beb..nk yg hebat saja..last2 jd gajah putih....
state fa vs kelab..kalo kelab2 can do better, apa salahnya liga m hanya untuk kelab...teringin gak nk tgk kelab2 spt 'new castle united', 'bota juniors', 'kelab bolasepak kuching', 'gerai makan mak limah fc' dll...
1. tukar pengurusan kepada org yg mahir dengan dunia bolasepak (termasuk bekas pemain ) - buang KJ
2. Jgn buang pemain import.
3. Penaja - kasik balik dunhill.. sebab duit banyak... masa xaman dunhill penaja... mana ada masalah gaji x bayar.. nak ikut mcm europe, singapore... yang haramkan syarikat rokok taja... diorang boleh ditaja oleh syarikat judi dgn arak... sukan mahal mcm F! masih ditaja oleh syarikat rokok.
4. Bakat
aku sokong pendapat harimau malaya tentang kelab-kelab mestilah mempunyai locality atau belonging kepada satu-satu bandar atau penempatan..ini penting utk memiliki atau menarik fan base supaya dtg ke stadium berbanding kelab2 yg mengunakan nama sel public bank,sel mkland, pkns, proton, sepatutnya team public bank tu boleh menguna pakai nama selayang fc kerana mengguna stadium kat selayang..dan public bank sebagai penaja rasmi pasukan..
yg kedua fam and state FA patut dirombak balik..org2 yg tak berkaitan dgn sukan or marketing tak buleh involve dlm organisasi..kalau ade politician sorang dua je yg keje nye sbg pemerhati or ahli mesyuarat..
Org yg pandai marketing mesti tau cari sponsor, market produk2 club cam jersey, suvenier dll..
pemain import perlu..kalau boleh had kan 5 or 6 player import dlm sesebuah team..dgn kesemuaya dibolehkan bermain dlm padang.digalakkan ambil pemain dr asia..aku tgk pemain dr thai,indon tak kurang hebatnya..
setiap kelab ade akademi, tak perlu tunggu org luar tubuhkan akedemi bola sepak utk kita cam barnes akedemi. semua org layak utk join akedemi bila sepak dgn dicajkan yuran yg berpatutan. Ini boleh menjana income sesebuah club..idea2 diatas buleh digunapakai utk semua kelab dn sukan spt liga ragbi, hoki, bola keranjang malaysia..
bnyk lg tapi penat dh taip. majulah sukan utk negara..