|
Tujuh elemen lensa
KAMERA ini menggabungkan fungsi-fungsi bersesuaian
dengan subjek dan kondisi fotografik.
Kamera digital C-LUX 3, oleh Leica merupakan kamera digital berprestasi tinggi dan elegan terbaru daripada syarikat Jerman. Dilancarkan minggu lalu di One World Hotel, Bandar Utama, Petaling Jaya, kamera kompak berdimensi 95.8 x 51.9 x 22 milimeter dan berat 126 gram ini menawarkan kemudahan operasi dan menu berstruktur yang jelas.
Berbanding dengan model terdahulu, Leica C-Lux 2, kamera Leica C-Lux 3 yang memiliki resolusi 10.1 megapiksel menawarkan pembaikan dari segi teknikal. Lensa zoom LEICA DC VARIO-ELMARIT 4.4-22 milimeter berkuasa tinggi dalam menghasilkan foto yang menarik dari sudut lebar hinggalah telefoto.
Lensa yang berkuasa ini mengandungi tujuh elemen lensa. Optiknya dipadankan secara individu dengan sensor kamera. Terima kasih atas kemahirannya menggabung jalinkan aspek optik, elektronik dan perisian.
Satu lagi fungsi terbarunya ialah zoom optikal 5x yang secara signifikannya membesarkan imej telefoto.
Leica C-Lux 3 juga menyepadukan fungsi automatik inovatif. Apabila kamera dihidupkan, pengguna hanya perlu menekan butang shutter untuk mendapatkan fokus gambar. Dalam mod automatik, kamera akan menggabungkan fungsi-fungsi bersesuaian dengan subjek dan kondisi fotografik, mengawal penstabil imej O.I.S, mengawal ISO automatik, pengecaman wajah, kontras dan mod pemandangan.
Leica C-Lux 3 menetapkan standard baru dalam segmen kamera ultra kompak, yang menawarkan teknologi unggul, optik berprestasi tinggi dan rekaan luaran yang bergaya.
Menerusi paparan 2.5 incinya, Leica C-Lux 3 mampu memberikan imej yang cantik. Dalam mod sudut lebar paparannya masih boleh dilihat secara optimum walaupun pada sudut pandang yang sukar seperti sekumpulan manusia yang sesak. Ia juga boleh dilaras kepada penggunaan mod Power LCD yang amat cerah.
Leica C-Lux mempunyai tubuh yang diperbuat daripada logam dan tumpuan penuh dicurahkan dalam perinciannya.
Didatangkan dalam dua varian, hitam dan putih, ia dijual di pasaran pada harga RM2,119.
lagi mahai dari laptop aku kamera ni.... aku punye camera 400 hengget ajer.. tapi ye lorrr tak canggih sampai 7 lensa nih... kamera kapchai ajer...
|
|
|
|
|
|
|
|
smlm...aku try Leica D-Lux 4...mmg superb...bagi aku dah payah main DSLR besar2 cam nikon dan cannon...kualiti terbaik...malah bila snap scene low light pun... |
|
|
|
|
|
|
| |
|