CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 8344|Reply: 75

Ziana Jadi Nenek Kebayan Dalam Magica

[Copy link]
Post time 1-12-2008 10:00 AM | Show all posts |Read mode
Ziana Jadi Nenek Kebayan Dalam Magica



Teks & foto oleh Haswari Ali



KUALA LUMPUR, 25 NOV 2008:
Bukan lagi rahsia apabila penyanyi tersohor Ziana Zain dilamar oleh KRUStudios (KRU) untuk membintangi filem terbaru produksi berkenaan tidaklama lagi.


Bukan watak biasa, penyanyi Lembah Asmara ini nampaknya menerima pelawaan KRU dengan memegang watak sebagai nenek kebayan bagi menjayakan filem muzikal fantasi bertajuk Magica.


Ditemui portal murai.com.my baru-baru ini,Ziana berkata persetujuan memegang watak berkenaan bukan saja keranatertarik dengan watak nenek kebayan, malahan juga sasaran tontonannyayang diilhamkan untuk golongan kanak-kanak.


"Filem ini adalah hikayat atau dongeng kanak-kanak dahulu kaladi mana dalam satu filem itu nanti terdapat cerita rakyat lain yangakan dipersembahkan oleh pelakon popular tempatan. Satu langkah yangbaik kerana pada masa yang sama juga untuk memberi kefahaman kepada kanak-kanak akan kesan yang akan terjadi jika enggan mengikut kata ibu bapa mereka.

"Maklumlah sajalah, kanak-kanak sekarang sudah tidaklagi seperti zaman kanak-kanak dulu yang percaya dengan hikayat rakyatatau dongeng yang diceritakan ibu dan bapa kita. Pada masa yang samajuga memberi kesedaran mereka akan kewujudan cerita rakyat yangbertahan sehingga sekarang," katanya.

Ziana juga tidak menafikan, statusnya sebagai ibu kepada 2 anak turut memberi dorongan yang kuat untuknya berlakon dalam Magica. Tambahnyalagi, dia tidak mahu melepaskan peluang keemasan untuk beraksi dalamfilem muzikal yang disifatkan cukup berharga dan sering menjadi rebutankebanyakan pelakon di luar negara terutama di Amerika Syarikat.


"Apa yang menarik, dalam filem ini nanti saya akan menyanyi danberlakon. Memang sudah lama saya idamkan untuk berlakon dalam filemmuzikal seperti ini. Setakat ini saya tidak tahu siapa yang akanberlakon bersama saya. Mungkin tidak lama lagi pihak KRU akan membuatsidang media berkenaan filem ini. Bagaimanapun apa yang saya tahu wataksaya sebagai nenek kebayan," katanya.


Selain Ziana, murai.com.my turut difahamkan pelakon muda berbakat Diana Danielle dan sifu M Nasir serta Mawi turut dilamar untuk menjayakan Magica yang akan memulakan penggambaran awal tahun depan.


Selain bakal sibuk dengan penggambaran, tuah nampaknya sekali menyebelahi penyanyi kening terangkat ini apabila lagunya Dingin ciptaan Azlan Abu Hassan dan Azalea disenaraikan ke peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik kategori Balada.

Meskipun disaingi penyanyi muda yang hebat, Ziana bagaimanapunpositif dan berjanji akan melakukan yang terbaik pada peringkat separuhakhir pada 5 Disember nanti.


"Benda ini semuanya berkenaan nasib dan rezeki. Kalau kita yakindan tunjukkan usaha, mungkin kita akan bernasib baik. Saya suka sangatdengan lagu ini. Pertama kali membaca lirik lagu ini, saya terus jatuhcinta. Bagaimanapun saya percaya, pertandingan ini bukannya bergantungkepada populariti seseorang penyanyi tetapi kekuatan lagu itu," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2008 12:22 PM | Show all posts
kewwwlllllllllllllllllllllll...
x sabar nak tunguu
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2008 02:53 PM | Show all posts

Balas #1 Syd\ catat

sure besttt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2008 02:56 PM | Show all posts
hehehe pilihan tepat

suara dia pun ala2 nenek kebayan skit2 gak kan?

Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2008 04:05 PM | Show all posts
lawanya zz.still mentein.projek best nih.harus pegi tonton nanti
.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2008 10:14 AM | Show all posts

Reply #4 Syd's post

nenek kebayan lah sgt......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-12-2008 08:02 PM | Show all posts
nenek vouge
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2008 08:49 AM | Show all posts
sure best nanti
hrp KRU buat meletup lah
hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2008 06:40 PM | Show all posts

Reply #8 puteri-jelmaan's post

mesti filem ni meletup kan...
x sabar betul...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2009 10:20 AM | Show all posts
Ziana 'ubat' duka dengan Magica

Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ





VOKAL Ziana Zain semasa Anugerah Juara Lagu ke-23 (AJL23) tempoh hari sudah membuktikan yang tenaganya di dalam bidang nyanyian masih ‘ampuh’ dan utuh seperti namanya yang masih mekar di persada seni tempatan.

Walaupun tewas, tidak semestinya keyakinannya untuk terus bertahan di dalam bidang nyanyian terus lenyap begitu sahaja kerana jiwanya masih setia untuk berjuang selagi termampu memandangkan hasil yang diraih amat besar pengertiannya bagi ibu kepada dua putera ini.

Pelantun lagu ‘Dingin’ ini akur dengan rezekinya lebih-lebih lagi beliau sendiri mengakui yang industri seni ini bukanlah besar mana pun.

Lantas, Ziana menerima setiap ketentuan di dalam diari kehidupannya termasuklah tawaran projek yang diberikan oleh mana-mana pihak produksi.

Bakat Ziana juga semakin menyerlah di dalam bidang lakonan selain masih menjadikan bidang nyanyian sebagai ‘buah hatinya’.


Ziana Zain akan menggunakan bakatnya di dalam bidang lakonan dan nyanyian sehabis baik.

"Karier saya bergantung kepada rezeki yang tak terancang kerana tanpa kita sedar ‘tup-tup’ ada sahaja projek yang ditawarkan.

"Jika nak kata sekarang ini saya semakin menumpukan kepada lakonan pun, tak boleh juga sebab saya masih menyanyi dan dalam masa yang sama peluang berlakon itu ada, jadi kenapa tidak saya menerimanya.

"Lainlah saya ini tak reti berlakon. Seperti pendapat sesetengah orang, tidak semua orang boleh menyanyi dan berlakon.

"Jika kerja itu sesuai dengan masa dan wataknya, Insya-Allah saya akan cuba menerimanya.

"Sekurang-kurangnya, selepas selesai dengan AJL23, ada kerja yang boleh saya buat," luah Ziana yang bakal sibuk dengan rakaman lagu dan pengambaran filem Magica terbitan KRU Studios (KRU).

Kata Ziana, beliau akan menjalani rakaman tiga buah lagu runut bunyi filem tersebut pada hujung bulan ini.

Selepas itu, beliau akan mengisi masa selama 10 hari untuk pengambaran filem muzikal fantasi itu yang dijangka bermula pertengahan Februari depan.
Kehebatan vokal Ziana ketika menyanyikan lagu Dingin di AJL23 baru-baru ini membuktikan bakatnya masih terserlah.

Menurut Ziana, filem ini dijangka akan menjalani pengambaran di sekitar Kuala Lumpur, dan Tasik Chini, Pahang.

"Saya akan merakam tiga buah lagu yang lebih kepada lenggok bercerita.

"Dalam filem Magica, saya memegang watak nenek kebayan yang menjual jamu. Apa yang saya tahu tentang Magica, filem ini berunsurkan fantasi seakan-akan filem ‘Bedtime Stories’ yang sesuai untuk tontonan kanak-kanak.

"Filem ini mempunyai lebih kurang enam hingga tujuh cerita di mana watak lakonan saya merupakan salah satu cerita di dalamnya yang mengisahkan orang bunian.

"Dalam filem ini, turut ada watak puteri, Sang Kelembai dan banyak lagi. Saya rasa teruja untuk berlakon filem ini kerana ia memberikan kelainan watak dalam lakonan saya dan yang menariknya ia merupakan cerita untuk kanak-kanak.

"Di samping itu, KRU juga akan menambah sedikit teknik CGI untuk membuatkan filem ini lebih menarik agar dapat mengajak kanak-kanak ke pawagam.

"Filem ini juga boleh jadi nampak lebih ‘thriller’," jelas Ziana.Dalam masa yang sama, Ziana mengharapkan filem ini bukan sekadar memberikan hiburan malah mampu memberikan pengajaran yang berguna kepada kanak-kanak yang menontonnya.

"Seperti yang kita tahu, kanak-kanak sukakan cerita dongeng dan hikayat seperti 'Snow White', 'Cinderella' dan lain-lain lagi.

"Jadi, apabila menonton filem ini, mungkin kita boleh mengajar kanak-kanak agar mendengar kata ibu bapa kerana di akhir cerita ini, kita akan berikan kesan yang tersurat di sebaliknya.

"Selain itu, kita akan serapkan cerita hikayat rakyat seperti 'Sang Kelembai' di mana mungkin ada antara kanak-kanak yang tidak mengetahui tentangnya," ujar Ziana mengenai filem yang turut membariskan pelakon Diana Danielle dan Mawi ini.

Dalam pada itu, Ziana turut menafikan khabar angin yang mengatakan beliau ditimpa kemalangan.

"Itulah, saya pun terkejut juga apabila ada yang bertanya tentang berita itu. Bayangkan, waktu itu saya sedang berehat-rehat di rumah," ulas Ziana yang sedang mengambil anak-anaknya pulang dari sekolah ketika dihubungi petang semalam.

Kakak kepada penyanyi popular Anuar Zain ini juga turut menafikan yang beliau kini sedang mengandung.

"Itu pun tidak betul. Dr saya sendiri pun tidak tahu...," jelas Ziana menutup bicara.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2009 10:42 AM | Show all posts

Reply #10 Syd's post

3 lagu baru? tahun depan lah kawabnya album kuar..hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2009 12:04 PM | Show all posts

Balas #10 Syd\ catat

Alhamdulillah...

Tak sabar nak dengar 3 lagu baru ciptaan julung-julung kali KRU utk Ziana Zain





Ha, korang dah baca kan, 2 gosip tergempar baru2 nih semua tu cuma khabar angin semata-mata ... sekadar publisiti murahan... sapa la yg sronok sgt bikin citer tu..?


*Tapi kann... camna wartawan buleh tau semua nih?...

  Diorang pun tgk Forum Cari nih yea?...

[ Last edited by  elbee at 22-1-2009 12:09 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2009 01:49 PM | Show all posts
akhirnya

dapat jugak ziana watak yang mmg sesuai dgn dia

nenek kebayan

Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2009 03:07 PM | Show all posts
x sabar sehh...!!
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2009 04:59 PM | Show all posts

Balas #11 idolfan\ catat

itu untuk runut bunyi..album studio ZZ mungkin tahun ni..by the way, sampai 3 lagu tak penah ade penyayi yang rakamkan 3 lagu dalam runut album..ni sejarah ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2009 05:44 PM | Show all posts

Reply #15 zeonite's post

biasalah..x kan lah kru nak persia-sia kan peluang yg ada utk guna kan sore kak ziana yg mmg boleh dijual...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2009 07:20 PM | Show all posts
Seronoknya nak dengar lagu-lagu baru Ziana Zain
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2009 01:40 AM | Show all posts
mari kite tunggu
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2009 08:03 AM | Show all posts

Balas #16 boyz_86\ catat

betul tu....macam mane agaknya hasil dari gabungan 2 GERGASI dalam industri muzik ni kan...sure gempak
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2009 03:30 PM | Show all posts

Reply #19 zeonite's post

mmg akan gempak..
hehehehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 09:03 AM GMT+8 , Processed in 0.319587 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list