CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5438|Reply: 49

Anak Buah Mawi Bantu Siap Kad Kahwin

[Copy link]
Post time 24-11-2008 04:11 PM | Show all posts |Read mode
Source : murai.com.my

23-Nov-2008 | Oleh: Thani Hasbullah Anak Buah Mawi Bantu Siap Kad Kahwin
Media Galeri










Teks & foto oleh Thani Hasbullah


Pada Selasa lalu, penulis bersama rombongan krew produksi Astro bertolak dari, Bukit Jalil, Kuala Lumpur kira-kira jam 12 tengah hari, menuju ke Felda Taib Andak di Kulai, Johor. Sebut saja nama felda itu, orang tentu sudah tahu kami mahu ke rumah siapa bukan?


Perjalanan kami memakan masa lebih kurang 5 jam termasuk berhenti rehat beberapa kali di kawasan R&R, akhirnya kami tiba di rumah bakal pengantin baru, Asmawi Ani atau Mawi.


Sebelum itu, beberapa kali kami tersalah mencari lorong dan akhirnya sampai jua ke rumah besar bernama Teratak Bonda itu.


Beberapa budak perempuan kelihatan menjengok tatkala ternampak kami di luar pagar. Tidak lebih 15 minit menunggu, akhirnya Mawi muncul di daun pintu dengan muka yang agak lesu, memakai sarung pelikat dan baju-T serta berkopiah.

"Apa cerita?" katanya dengan nada malas macam baru bangun daripada tidur. Dia kemudiannya menjemput kami masuk.


Selepas Penerbit Eksekutif, Saiful, berbincang beberapa minit, Mawi akhirnya  bersiap untuk melakukan pembikinan slot TV berkenaan bagi memeriahkan detik perkahwinannya pada Disember nanti.


Sikap Mawi seharusnya dipuji. Walaupun dia pulang ke kampung semata-mata untuk berehat dan membuat persiapan akhir menjelang perkahwinan, dia tetap memberi kerjasama untuk menjayakan penggambaran khas oleh krew Astro dan murai.com.my itu.


Pada ketika itu, mereka sekeluarga termasuk kakaknya, Rashidah Ani, 37, anak saudaranya, Azwa Fizwani Muhammad, 14, serta Azwa Far Hani Muhammad, 15, sedang menyiapkan hiasan kad undangan perkahwinan.


Difahamkan, kad jemputan itu ditempahkan khas daripada Indonesia.


"Kalau cepat siap Pak Cik Awi belanja tengok wayang malam ni," kata Mawi dengan mesra kepada anak-anak buahnya.


Kakak Mawi selalu layan kerenah peminat


Namun niat kami untuk menemurah ibu Mawi, Puan Ramlah Sarlan, 67, tidak tercapai apabila memerhatikan keadaannya yang kurang sihat. Walaupun mampu berdiri tegap dan berjalan dengan sempurna, Puan Ramlah tidak mampu bercakap dengan lancar lalu lebih banyak soalan diajukan kepada kakak Mawi.


Dalam temubual bersama Rashidah kurang daripada 15 minit, penulis tertarik dengan luahan hatinya.


"Kakak sebenarnya jemu juga apabila ramai yang tidak dikenali (peminat Mawi) datang tidak kira masa. Kadang-kadang tu, kita tengah membasuh baju, memasak dan mengemas. Mereka datang untuk melihat keadaan rumah Mawi ini, tempat Mawi bermain ketika kecil dan sebagainya.


"Penatlah juga hendak melayan tapi apa boleh buat. Mujurlah Aidilfitri baru-baru ini, kami semua beraya di rumah Mawi (di Kuala Lumpur)," katanya.


Yang jelas, selepas Mawi meraih kejayaan selama 3 tahun lalu, Felda Taik Andak turut terkena tempias Mawi. Ingat Felda Taib Andak, ingatlah Mawi.


Selepas selesai penggambaran, rombongan bertolak pula ke Hotel Puteri Pan Pacific yang memakan masa perjalanan 30 minit dari Kulai. Walaupun penat seharian menaiki kereta dan menguruskan kerja, penulis tidak terus tidur kerana selepas tiba di bilik hotel, kena pula memilih gambar-gambar yang dirakam.


Kira-kira jam 3 pagi, barulah penulis dapat melelapkan mata.


Jam 10 keesokan harinya, kami meneruskan perjalanan lokasi seterusnya, rumah Ekin pula. Perjalanan lebih dekat, cuma 20 minit dengan kereta. Akhirnya kami sampai ke rumah 3 tingkat yang baru diduduki mereka sekeluarga, terletak di Raintree Terrace.


Sampai di sana, Ekin sekeluarga menyambut baik terutama ayahnya, Pak Rahmat Mohamad yang begitu peramah. Ibunya, Puan Fatimah Saat juga tidak duduk diam melayan serta menyiapkan hidangan untuk kami semua.   


Selepas selesai membuat rakaman serta temubual, kami bertolak ke Masjid Sultan Abu Bakar yang terletak di lokasi strategik, di atas bukit dekat Pantai Lido.


Pada petang itu, semua pihak termasuk kedua-dua belah pihak bakal pengantin, pihak Astro, wakil masjid, polis, pegawai perubatan sama-sama bermesyuarat untuk merealisasikan hari yang dinanti-nantikan.


Perkahwinan Mawi & Ekin akan berlangsung pada 20 Disember ini di masjid berkenaan. Kelihatan pada mesyuarat itu Freddie Fernandez, Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basarserta pengacara popular, Zainal Alam Kadir.


Kita nantikan laporan seterusnya bersama murai.com.my menerusi ruangan Puncak Kasih Mawi & Ekin ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2008 04:19 PM | Show all posts
yeahhh

kakak mawi nak jadik pengurus mawi

Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2008 04:19 PM | Show all posts
upah jer la org mawi oiii...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2008 04:37 PM | Show all posts
polis pun ada

Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2008 04:40 PM | Show all posts
xpela kalau die nk buat sendiri..nk rase kemeriahan sebenar...biar pn pnat tp rase puas ati...

Originally posted by mizz_arenum at 24-11-2008 04:19 PM
upah jer la org mawi oiii...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2008 04:46 PM | Show all posts
kena lah berjimat

kalo upah orang
besor belanja

duit dah banyak abis

now show pun
dah makin kurang

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-11-2008 04:55 PM | Show all posts

Reply #1 bee_fine's post

sungguh ke
byk tu.. kata jemputan belasan ribu
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2008 04:56 PM | Show all posts
Originally posted by lula_27 at 24-11-2008 04:40 PM
xpela kalau die nk buat sendiri..nk rase kemeriahan sebenar...biar pn pnat tp rase puas ati...


meriah ke di phak keluarga mawi?
meriahlah kot secara luarannya

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2008 05:00 PM | Show all posts
semoga segalanye berjalan lancar dan selamat...amin.........
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2008 05:04 PM | Show all posts

Balas #6 chekshu\ catat

show makin kurang
nanti lepas kawin langsung tak ada show
sebab orang dah tahu awak tu memang tak ada bakat
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2008 05:08 PM | Show all posts
apa istimewanya kad tu buat kad indon sana ?
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2008 05:09 PM | Show all posts

Balas #11 stormyrain\ catat

cheap
dengar org kata

Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2008 05:12 PM | Show all posts

Balas #10 snor\ catat

sbg bekas peminat   aku bangkang
bakat ada..

tapi majoriti takmo menyumbang kepada yg sorang tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2008 05:25 PM | Show all posts
Originally posted by niy at 24-11-2008 05:12 PM
sbg bekas peminat   aku bangkang
bakat ada..

tapi majoriti takmo menyumbang kepada yg sorang tu

klau takde bakat buat ape nak minat kan niy...
klau sore mcm ebi ka.... mcm dafi ka... mcm aidil ka... bleh la dikata takde bakat...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2008 05:26 PM | Show all posts
meriah nyer la pun...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2008 05:33 PM | Show all posts

Balas #14 dino\ catat

sokong Dino....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2008 09:08 PM | Show all posts

Reply #14 dino's post

pon sokong dino
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2008 09:42 AM | Show all posts
Originally posted by dino at 24-11-2008 05:25 PM

klau takde bakat buat ape nak minat kan niy...
klau sore mcm ebi ka.... mcm dafi ka... mcm aidil ka... bleh la dikata takde bakat...



wehh.. camana dino punya pilihan contoh ni seirama ngan aku
ebi, dafi n aidil... sedap lagi sore pejal kan

ampunnn kepada peminat yg bertiga ni



<masih minat dgn sore mawi sampai hari ni>
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2008 10:12 AM | Show all posts
kelakar pulak haku tgk mawi angkat kain pelikat dia....memang betul2 kampung abis lah mawi masa ni..tu pun ada orang yang kata dia lupa asal usul...
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2008 10:50 AM | Show all posts
Mawi memang tak leh kikis stail kampong sejak azali lagi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Banjir reda, 8 kematian dicatatkan
maklukpenggodaBanjir reda, 8 kematian dicatatkan
Views : 19107 Replies : 125
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 49021 Replies : 38
Suami Zahnita disiasat atas Akta Keganasan Rumah Tangga
maklukpenggodaSuami Zahnita disiasat atas Akta Keganas
Views : 38756 Replies : 21
Tular dakwaan orang ramai barangan sumbangan Khairul Aming telah diasingkan dan ...
YgBenarTular dakwaan orang ramai barangan sumba
Views : 32793 Replies : 36
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 258135 Replies : 7170
Jarah duit KWSP budaya kito:Pengeluaran akaun 3 KWSP cecah RM10.78 bilion
YgBenarJarah duit KWSP budaya kito:Pengeluaran
Views : 50596 Replies : 40
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 62977 Replies : 357
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 92806 Replies : 940
Sedikit kata-kata dari Abbuya
dodenSedikit kata-kata dari Abbuya
Views : 29135 Replies : 2
Budak Tingkatan 2 Kena Kenduri Di Malam Lumba Haram
^CUN_GILA~.Budak Tingkatan 2 Kena Kenduri Di Malam
Views : 41279 Replies : 160

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 01:46 PM GMT+8 , Processed in 0.778151 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list