View: 2415|Reply: 0
|
Ingin Tahu Bagaimana Menulis 4 Buku Dalam Masa 365 Hari? Bertindak sekarang!
[Copy link]
|
|
Assalamualaikum & selamat sejahtera,
Tuan/Puan,
Pihak Akademi Penulis (B Pro Management & Training) sudah membuka pendaftaran bagi Seminar Jana Wang Dengan Menulis (17 hb Januari 2009) dan Bengkel Praktikal Penulis Bestseller (20 & 21 Februari 2008). Perinciannya adalah seperti berikut :
a) Seminar Jana Wang Dengan Menulis
Tarikh : 17 Januari 2009 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi hingga 6.00 petang
Tempat : Hotel Vistana, Jalan Pekeliling, Kuala Lumpur
Yuran : RM 590 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Sembilan Puluh Sahaja)
b) Bengkel Praktikal Penulis Bestseller
Tarikh : 20 dan 21 Februari 2009
Masa : 8.30 pagi hingga 6.00 petang
Tempat : Wisma DPI-Invergold, Bandar Salak Selatan
Yuran : RM 790 (Ringgit Malaysia Tujuh Ratus Sembilan Puluh Sahaja)
c) Pakej Seminar Jana Wang Dengan Menulis dan Bengkel Praktikal Penulis Bestseller
Yuran Pakej : RM 1,200 (Ringgit Malaysia Satu Ribu Dua Ratus Sahaja)
Seminar dan bengkel dikendalikan oleh para pakar dalam bidang penerbitan dan penulisan buku Malaysia. Mereka adalah :
a) En. Fauzul Naim Ishak
En. Fauzul Na抜m Ishak adalah seorang penerbit buku, penulis dan pakar perunding pembangunan penulis. Beliau adalah pengurus & pengarah eksekutif PTS Millennia Sdn Bhd, penerbit buku umum bahasa Melayu paling agresif di Malaysia. Menerbitkan banyak buku terlaris Malaysia karangan Dato' Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, Dr. Danial Zainal Abidin, saudara Ahmad Fadzli Yusof dan ramai lagi.
Beliau berpengalaman melatih lebih 1,000 orang pengarang seluruh Malaysia. Beliau sering mengendalikan bengkel penulisan dan pembangunan penulis untuk organisasi kerajaan, bukan kerajaan, institusi pengajian tinggi awam dan swasta. Antara pelanggan beliau adalah Dewan Bahasa & Pustaka, Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaya, Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia, Angkatan Belia Islam dan Kolej Universiti Sains Islam Malaysia.
Beliau adalah perunding dan mentor utama di B Pro Management & Training (Akademi Penulis)
b) En. Ahmad Naim Jaafar
En. Ahmad Naim Jaafar adalah perunding dan jurulatih dalam bidang kepimpinan. Seorang pengamal undang-undang. Beliau adalah pengasas Pusat Pembangunan Kepimpinan yang menganjurkan program latihan untuk organisasi bagi mempromosi pendidikan kepimpinan di Malaysia. Aktif sebagai penceramah dan perunding kepada program Bina Insan anjuran kerajaan negeri Selangor. Seorang penulis yang prolifik. Antara buku yang sudah ditulis dan terbit Membina Karisma, Kuasa Karisma, Membina Remaja Berkarisma dan 55 Kerja Berpasukan
Beliau adalah perunding di B Pro Management & Training (Akademi Penulis)
c) En. Zamri Mohamad
En. Zamri Mohamad adalah jurulatih bengkel penulisan. Sering dijemput mengendalikan bengkel penulisan di badan-badan kerajaan, bukan kerajaan, institusi pengajian tinggi dan swasta. Pengarang prolifik dengan buku-buku dalam bidang pembangunan diri dan cinta. Antara buku yang sudah ditulis dan terbit adalah Memahami Bahasa Cinta Lelaki, 77 Tip Melembutkan Hati Lelaki, Mengurus Konflik Gaya Streetsmart dan Cari Duit Cara Mudah dengan Menjadi Penulis Freelance
Beliau adalah perunding di B Pro Management & Training (Akademi Penulis)
Harga yang lebih istimewa diberikan bagi mereka yang mendaftar secara online di http://www.janawangdenganmenulis.com. Pendaftaran dibuka untuk 45 orang sahaja. Sehingga sekarang sudah ada 11 orang yang mendaftar diri dan membuat pembayaran. Dapatkan tip menulis 4 buku dalam masa 365 hari. Anda tentu bukan orang yang suka menunggu, bertindak sekarang. Tempah tempat khas buat Anda.
Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini boleh terus hubungi HOTLINE Akademi Penulis di 1-700-80-2776 ataupun email kepada [email protected]. Kami menantikan kehadiran Anda di sana nanti.
............................................................................................
Mahalnya!
jgn risau,pengetahuan percuma di
http://jomtulis.blogspot.com/
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|