View: 3443|Reply: 18
|
Watak2 filem/drama yg best utk Ziana Zain
[Copy link]
|
|
Kita semua dah tgk Ziana Zain melakonkan pelbagai watak dalam filem/drama. Antaranya watak penggoda, gadis yg liar, gadis baik, lemah lembut dan yg terbaru watak nenek kebayan (witch) yg cantik . Ada tak watak-watak lain yg korang fikir best untuk Ziana Zain lakonkan...?
mmm ni my idea la yea :
1) Watak pendekar - suka mcm drama pendekar kt TV3 dulu2 tu (I think lakonan Ainina Ahmad B) yg siap boleh terbang2... kain boleh jadi senjata, etc.. (dulu tu pengarahnya dari Hong Kong, I think )... siap ada suara 'hek, hek, hiargh'
2) Watak hantu dlm citer Seramm - Ala2 mcm citer Hong Kong, Taiwan & Thailand tu.. fuh sure meremang bulu roma
3) Watak hero penuh aksi - Ala2 mcm Angelina Jolie tu
4) Watak yg ada kuasa magic - Ala2 mcm citer Charmed tu (bergandingan dgn Ning Baizura ker Amy Mastura ker .. ada kuasa angkat barang pakai minda jer, etc.
5) Watak komedi, cikgu yg garang bawa rotan
... any other ideas??
[ Last edited by elbee at 2-11-2008 08:12 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
aku suka klu ziana belakon watak pondan..mesti kecoh.. |
|
|
|
|
|
|
|
eee mana ada pompuan boleh lakon watak pondan lak ... gigit kang BP nih
[ Last edited by elbee at 8-11-2008 02:20 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
bagi ziana watak yg comot2.....selalu tgk dia lawa je kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
kasi watak peguam bela kes pembuhuhan...konspirasi.. last2 zz nak dibunuh...
k |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #4 beribiru\ catat
Ok gak kot... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #5 Naru\ catat
Ok... tapi jalan cerita mesti berat kan?.. sure bosan gilerrr |
|
|
|
|
|
|
|
pendek kata, 100% lakonan Rusdi Ramli tu memang real habisss ... babak muka sedih mak nyah tu seolah-olah memang Rusdi tu mak nyah pulak hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Gambar Ziana Zain Bertudung Bersama Jejaka Mana Ni?
Jarang betul Budiey lihat Ziana Zain pakai tudung. Haaa, kali ini barulah Budiey dapat tengok, rupanya Ziana Zain memang manis bertudung. Tetapi bila diamati betul-betul, macam tak kena je ni sebab, Ziana pegang tangan mamat nih |
|
|
|
|
|
|
|
ni gambo dr drama terbaru kak ziana arhn kak erma.ade post dlm budiey kate tajuknya sunat.ade gak yg kate tetamu allah.tak tau yg mana satu.maybe utk tygn raya haji ni.xsabar nk tgk. |
|
|
|
|
|
|
|
Ziana Zain Dalam Drama Telemovie Khas Aidiladha Tetamu Allah
ZIANA ZAIN BINTANGI TELEMOVIE KHAS AIDILADHA : TETAMU ALLAH PADA 08 DISEMBER 2008 DI RTM2
Istimewa sempena sambutan Aidiladha ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan drama menarik Tetamu Allah terbitan Rumah Karya Citra Sdn Bhd yang mengetengahkan peranan penyanyi terkenal Ziana Zain yang berperanan sebagai seorang wanita yang berkahwin dengan bangsa asing dan mengamalkan cara hidup yang jauh menyimpang daripada ajaran Islam.
Gambar Ziana Zain Bertudung:
Tetamu Allah disiarkan khas sempena Aidiladha pada 08 Disember 2008 (Isnin), jam 10.05 pagi menerusi RTM2 turut dibintangi pelakon Mohd Baitich, Fahrin Ahmad, Vanida Imran dan Khatijah Tan yang pastinya mengundang keinsafan kepada penonton dengan garapan plot cerita yang mantap.
Tetamu Allah mengajak penonton menghayati kisah Juliana, 39, bekas seorang pramugari. Ketika muda Juliana agak sosiol dan hanya mahu berkawan dengan lelaki Inggeris sahaja. Buat Juliana lelaki melayu bukanlah kelas dia.
Sehinggalah pada usia 25 tahun, Juliana mengakhiri zaman bujangnya bersama lelaki pilihannya iaitu Micheal dari Switzerland. Perkahwinan mereka sama sekali tidak menunjukan apa-apa perubahan kepada Micheal mahupun Juliana yang sesungguhnya tidak langsung mampu membimbing Micheal menjadi seorang muslim yang baik.
Rumah mereka selalu mengadakan parti dengan minuman keras dan pergaulan bebas. Micheal tidak pernah diajar selok belok tentang Islam terutamanya bab solat dan fardhu ain. Juliana juga mengambil pil perancang setelah 2 kali mengandung dan digugurkan kerana belum bersedia untuk mendapat anak kerana kononnya mahu menghabiskan masa mudanya dengan bersuka-ria.
Akhirnya apabila kali ketiga dia mengandung, Juliana berusaha menggugurkannya dengan memakan ubat dan adakalanya minum minuman keras tetapi anak itu tidak berjaya digugurkan. Doktor juga menasihatinya supaya tidak melalui proses pengguguran itu kerana ianya boleh membawa maut memandangkan usia kandungan sudah masuk 5 bulan dan keadaan Juliana yang tidak berapa sihat. Akhirnya, Juliana selamat melahirkan anak yang dikandungnya tetapi anak itu cacat. Kelahiran anak itu memberi satu tamparan yang amat luarbiasa kepada Juliana.
Pada ketika itu Jualiana terbuka hati untuk mengerjakan umrah. Juliana bersama rombongan jemaah yang mengerjakan umrah sempena bulan puasa baru sahaja sampai ke Madinah. Sebaik sahaja kumpulan jemaah ini turun dari bas, Juliana jatuh pengsan. Riuh rendah suasana di situ yang panik dengan kejadian yang tiba-tiba menimpa Juliana itu. Ketua rombongan Encik Alwi menyarankan supaya Juliana dibawa ke hospital dengan segera. Doktor masih tidak dapat mengesan penyakit Juliana yang kini sudah hampir 2 hari koma. Alwi setia menunggu dan menziarah Juliana. Tiba-tiba setelah 4 hari koma, Juliana terjaga dan dia berada di dalam ketakutan yang amat sangat. Juliana menceritakan bagaimana dia berada di alam lain ketika koma itu.
Sebaik benar-benar pulih dari fobianya, Juliana banyak menghabiskan masanya di hadapan kaabah dan juga di dalam masjid memohon keampunan dari tuhan atas segala dosa-dosanya sebelum ini. Juliana begitu bersyukur kerana ALLAH telah memberinya peluang untuk hidup setelah dikomakan dan diberi merasai keazaban neraka.
Selesai mengerjakan umrah, Juliana nekad pulang dengan satu keazaman untuk membina hidup baru. Malangnya sekembali dia ke rumahnya, dia mendapati Kristina anaknya yang cacat itu telah dihantar oleh Micheal ke Rumah Kanak-Kanak Istimewa. Ini adalah kerana Micheal merasa malu dan tertekan sejak kehadiran Kristina di dalam rumah itu.
Micheal juga tidak dapat menerima perubahan pada diri Juliana yang agak mendadak sejak kebelakangan ini. Penampilan diri Juliana sudah cukup memualkan Micheal. Sejak Juliana mengambil keputusan untuk membina hidup baru, awal-awal lagi Micheal sudah membantah namun Juliana bertekad juga sehingga dia mengambil keputusan untuk mendapatkan hidayah dengan mengerjakan umrah.
Kepulangan Juliana dari Mekkah lebih mendukacitakan Micheal lebih-lebih lagi melihat Juliana sudah bertudung. Micheal masih mahukan kehidupan seperti dulu. Juliana dituduh wanita kolot dan dia tidak lagi mahu membawa Juliana keluar bersamanya terutamanya ke parti-parti sosiol.
Alwi menasihatkan supaya Juliana harus bersabar dan terus berusaha andai mahu menyelamatkan rumahtangganya kembali ke jalan ALLAH. Alwi juga menyarankan supaya Juliana mesti bertanggungjawab keatas anaknya Kristina. Anak itu mesti berada dibawah jagaan Juliana dan buat sementara menunggu Micheal berubah, Alwi mencadangkan supaya Kristina diambil semula dan diletakkan sementara di bawah jagaannya. Juliana semakin akrab dengan Alwi dan isteri Alwi, Mai.
Dari Alwi dan Mai jugalah Juliana mendalami ilmu agamanya. Juliana cuba merapatkan Alwi dengan Micheal dengan harapan Alwi dapat merubah Micheal. Berjayakah usaha mereka untuk membimbing Micheal menuju ke jalan kebenaran? Mampukah mereka kembali membina keluarga bahagia menuju jalan Allah seperti yang diharapkan?
Untuk mengetahui kesudahan drama sarat pengajaran ini, jangan ketinggalan menyaksikan Tetamu Allah disiarkan khas sempena Aidiladha pada 08 Disember 2008 (Isnin), jam 10.05 pagi menerusi RTM2.
credit to budiey. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #17 elbee's post
thanx je ker uols????
lg satu drama tu xtau pe citer nye.heniway, apsal la tv2 tayang pepagi tu?org nk pi beraya bagai sumer, tak leh nk konsentr8.hrp nya ade ulangan le waktu mlm.even 2 pg nye repeat pon sanggup tunggu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|