View: 6277|Reply: 54
|
Hospital di Msia.....Tunggu giliran sampai pengsan
[Copy link]
|
|
Tunggu giliran sampai pengsan
Oleh UMAVATHI RAMAYAH
SERIUS... mardiana mat piah yang sakit perut dan demam, pengsan selepas tiga jam menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan di Hospital Serdang, malam semalam.
SERDANG 15 Okt. - Kementerian Kesihatan sering memberi jaminan yang tempoh menunggu bagi setiap pesakit di hospital-hospital kerajaan tidak akan melebihi setengah jam.
Jaminan itu tentunya melegakan semua pihak tetapi jaminan itu tidak menjanjikan ia dapat dilaksanakan.
Inilah yang berlaku di Hospital Serdang apabila kebanyakan pesakit mengadu terpaksa menunggu sekurang-kurangnya dua hingga tiga jam untuk menerima rawatan di wad kecemasan hospital berkenaan.
Kebanyakan mereka mendakwa situasi itu bukan perkara baru malah ia telah berlarutan sejak tiga tahun lalu tanpa ada sebarang usaha serius diambil untuk mengatasinya.
Tinjauan Utusan Malaysia di hospital berkenaan kira-kira pukul 12.30 tengah malam tadi mendapati terdapat kira-kira 70 pesakit masih tidak menerima rawatan walaupun telah menunggu sejak pukul 8 malam.
Mereka tidak ada pilihan selain terpaksa menunggu sehingga dipanggil untuk mendapat rawatan. Hanya sebuah televisyen kecil menjadi penghibur mereka sepanjang malam.
Seorang pesakit, Mariana Mat Piah, 30, yang dibawa ke hospital berkenaan kira-kira pukul 9 malam selepas mengadu sakit perut dan demam, tidak diberi rawatan sehinggalah dia pengsan di ruang menunggu hospital itu tiga jam kemudian.
Mangsa yang merupakan seorang guru itu hanya mendapat rawatan daripada kakitangan hospital berkenaan selepas insiden tersebut.
Adik mangsa, Marializa Mat Piah, 26, yang menemani kakaknya itu pula mendakwa, dia juga pernah mengalami keadaan yang sama sebelum ini.
"Dulu, waktu saya datang ke sini (Hospital Serdang) kerana demam denggi, perkara yang sama berlaku. Saya tiba kira-kira pukul 7 malam dan hanya menerima rawatan sembilan jam kemudian.
"Saya tiada pilihan lain melainkan menunggu giliran sahaja kerana setiap pesakit yang datang juga mempunyai masalah masing-masing," ujarnya yang kesal dengan kualiti perkhidmatan di hospital itu.
Seorang lagi pesakit yang merupakan mangsa kemalangan, Mohd. Afis Omar, 20, pula mendakwa, dia terpaksa menahan kesakitan dan menunggu hampir dua jam sebelum menerima rawatan.
"Itupun selepas saya merayu kepada pihak hospital supaya dipercepatkan giliran saya kerana tidak tahan sakit," tambahnya.
Sementara itu, seorang suri rumah, Asmidar Laily Kamat, 38, memberitahu, perkara itu sudah menjadi kebiasaan kepada pesakit yang datang untuk menerima rawatan di Hospital Serdang terutamanya pada waktu malam.
Ibu kepada lapan orang anak itu berkata, ada kalanya mereka terpaksa menunggu sehingga pukul 3 pagi kerana hanya seorang doktor sahaja yang bertugas pada waktu malam.
"Anak saya ini sakit lelah tetapi sampai sekarang (12.30 tengah malam) masih belum dirawat lagi. Saya tidak tahu sampai bila saya harus menunggu," jelasnya.
Sementara itu, Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai ketika dihubungi Utusan Malaysia dan diberitahu tentang masalah tersebut memberitahu, pihaknya akan mengambil tindakan terhadap Hospital Serdang.
Menurutnya, ini kerana kelewatan sehingga tiga jam untuk memberi rawatan kepada pesakit tidak boleh berlaku di mana-mana hospital kerajaan.
Katanya, beliau juga akan meminta pihak pengurusan hospital berkenaan untuk menghantar laporan secepat mungkin.
"Apa-apa pun biar saya tengok laporan itu dulu," katanya yang enggan mengulas lanjut atas alasan tidak wajar baginya mengulas tanpa mengetahui apa sebenarnya yang berlaku di hospital itu.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1016&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kota&pg=wk_01.htm |
|
|
|
|
|
|
|
kasian sama rakyat marhean kan....tpksa menunggu berjam~jam utk dapatkan rawatan....
nak dptkan rawatan kat private hospital mahal nak mamposss........... |
|
|
|
|
|
|
|
badi KERAjaan skg... |
|
|
|
|
|
|
|
mmg pun lmbt gile spital SERDANG ni..
Aku pernah kena dkt 4jam ddk menung je kat situ..
Aku tgk jururawat dia blh bergossip lg.. |
|
|
|
|
|
|
|
pakZZZ cakap nanti dia siasat |
|
|
|
|
|
|
|
takutnyaaaaaaaa last week anta anak aku ke sana. unit kecemasan dan trauma.
kitorang dirujuk dari kkb bangi. Alhamdulillah tak sampai setengah jam dah dpt rawatan.
anak aku disyaki cikunkunya selepas obsevation selama 2 jam di sana.Masuk drip dan suntik
pain killer dibenarkan balik. |
|
|
|
|
|
|
|
huhu....harap2 hasil siasatan akan diumumkan keputusannyer |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 t@t's post
kesiannya..... |
|
|
|
|
|
|
|
bukan ker hospital kat malaysia ni camtu...
nak jumpa doc mahu berjam tunggu...
bila dapat jumpa just beberapa minit jer...
that's why ramai yg prefer hospital swasta...
dahlah kita sakit....
bila dah lamabat sangat tunggu...
makin bertambah sakit...
apa taknyer tambah sakit hati... |
|
|
|
|
|
|
|
sistem hospital malaysia ni mmg mcm siol n gampang
nurse malas doc xmesra alam
if amik no giliran mmg masak la kau tunnggu
aku cadangkan swastakan smeu hospital kerajaan
since doc kerajaan nk gaji besar
nurse2 kerajaan ni pun suruh keje kat arab sana
mmg gampang servis mereka
regards |
|
|
|
|
|
|
|
doc m'sia still lagi tak cukup
camne nak tampung dgn patient yg ramai
pelajar2 dlm kursus kedoktoran di luar negara
balik lahh
hospital malaysia memerlukan kamu semua |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #14 ritzz\ catat
yup, aku rasa kurang adil kalau nak salahkan sistem dan doc semata2....aku tgk yg kerja on call tu sampai ada yg terpaksa kerja lebih dari 24 jam....mmg negara kita kurang doktor, kita kena ingat, doktor pun manusia, kederat diaorg pun ada had, diaorg pun ada kehidupan peribadi cam kita.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by zarul427 at 16-10-2008 07:25 PM
sistem hospital malaysia ni mmg mcm siol n gampang
nurse malas doc xmesra alam
if amik no giliran mmg masak la kau tunnggu
aku cadangkan swastakan smeu hospital kerajaan
since doc kerajaan nk ...
aku pula cadangkan kau je gi belajar rajin2, masuk u 5 tahun, jadi houseman 2 tahun kerja macam keldai pastu kau kerja kat spital2 macam nie untuk kurangkan masa menunggu pesakit...
takpun, apa kata kau suruh je anak2 kau belajar rajin2, masuk U 5 tahun, kerja separuh mati dari jadi mat rempit yg jadi rangka hidup kat pusat serenti or minah bosia yg malas belajar tapi asyik nak menggatal, mengandung anak luar nikah pas tu buang bayi kat tong sampah.....
dari kau ckp benda bangang macam nie, apa kata kau gi kerja kat spital kau tgk dulu apa masalahnya.....jawatan beratus2 kat spital - tapi kerajaan tak nak penuhkan sebab takde budget. manusia yang tak sakit/tak emergency malas nak pergi klinik waktu pejabat tapi menyesakkan jabatan kecemasan dgn benda yang bukan kecemasan....
REGARDS TO YOU, my friend... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #15 matamata's post
itulah..kije lebey dari 24h ..mmg gile sgt
sape bleh tahan..dah le nak layan karenah patient yg seribu satu perangai
cam cite di atas.. ER tu sorang doc je yg bertugas time malam
klu yang datang tu seploh orang
setiap org kne spend like 20 -30 mins
mmg org yg ke sploh tu kne tunggu kat 4 -5 jam la
gov shud do sthing pasal ni
ni tak..duit asik merewang ke tempat laen je |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #12 zarul427\ catat
just imagine kalau tak tidur selama 24 jam...apa kau akan rasa...kalau tak tidur tanpa buat apa2 pun kita dah rasa susah, inikan pulak tak tidur sambil buat kerja...kena pulak kerja2 tu menuntut "zero defect" |
|
|
|
|
|
|
|
Tu pasal la kena ajar anak belajar rajin2. Bila beso nanti apply scholarship kerajaan belajar medic. Lepas kerajaan hantar belajar tu, pandai2 lah membalas budi berkhidmat utk negara dan masyarakat.
Jangan jadi kacang lupakan kulit, penting diri sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
hospital serdang jer kot mcm tu. kat tmpt aku, laju jer..... tak boleh nak generalised kan semua hospital kat malaysia lambat. |
|
|
|
|
|
|
| |
|