View: 16737|Reply: 7
|
seni bina rumah lama berukiran kerawang!!
[Copy link]
|
|
Sarat ukiran kerawang
Oleh SHANIKA ABDULLATIB
Meninjau rumah lama terakhir di Permatang Kling.
CIRI klasik rumah ini seumpama kembali ke zaman silam.
LETAKNYA di tepi jalan utama Bagan Serai-Butterworth membuatkan sesiapa saja pasti menoleh beberapa kali ke arahnya.
Manakan tidak. Keutuhan rumah lama yang dibina dengan menggunakan kayu jenis meranti emas ini tidak reput merentasi masa.
“Rumah pusaka ini dibina sekitar tahun 1929 oleh datuk saya. Kami terus mengekalkan ciri-ciri asalnya,” ujar waris rumah ini, Normah Puteh, 48.
Didirikan di atas tanah seluas 1.2 hektar, setiap bahagian rumah ini disambung tanpa sebatang paku pun.
“Tukang kayu dahulu menggunakan teknik sangkap,” kata Normah yang turut mengagumi idea bapanya dalam membina rumah lama itu.
Ujar si suami, Abdul Hamid Abdul Wahab, 52, meskipun bahagian dapur telah digantikan dengan binaan batu, ia tidak menjejaskan keistimewaan kediaman yang mengadap sebatang sungai kecil ini.
PENCAHAYAAN semulajadinya memberi impak tersendiri di ruang tamu.
Menambah nilai klasik, ukiran awan larat pada dinding ibu rumah cukup memberi impak kehebatan pertukangan Melayu.
“Di dinding utama, bingkai tingkap serta alang rumah semuanya diukir termasuklah di bahagian pintu masuk,” katanya.
Malah tidak keterlaluan sekiranya dikatakan pengunjung seolah-olah berada pada zaman kerajaan Melayu Melaka tatkala melangkah masuk ke ibu rumah tersebut.
Dengan derapan bunyi lantai yang terhasil ketika kaki memijak serta haruman kayu yang menusuk, mata pengunjung pasti terpegun melihat ukiran kerawang bermotifkan bunga dan rama-rama.
BARANGAN antik turut menjadi sebahagian hiasan dalaman.
Walaupun berbumbung rendah, ruang beranda dan hadapan rumah ini tidak pernah panas. Sesekali, angin menderu masuk menerusi tingkap dua daun yang penuh dengan ukiran bermotifkan flora. Ia sekali gus mendinginkan ibu rumah.
“Inilah istimewanya rumah lama. Corak yang menghasilkan lubang-lubang ini secara tidak langsung menjadi kipas untuk menyejukkan ruang rumah walaupun berbumbung rendah,” jelasnya.
Cerita pengajar bahasa Inggeris di Pusat Bahasa dan Terjemahan Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM) di Bagan Serai ini, ramai yang kagum dengan keunikan tingkap rumahnya.
“Tingkap dalam tingkap. Pasti jarang yang dapat melihat anak tingkap yang dibina bagi memudahkan meninjau keadaan di luar rumah pada waktu malam,” cerita Abdul Hamid mengenai enam buah tingkap yang terdapat di ruang tersebut.
Adat rumah lama yang menekan keluasan ruang, susun atur rumah ini juga menggunakan pendekatan itu apabila hanya terdapat sebuah bilik, beranda dan ruang tamu.
“Itu dulu. Sekarang ni, bilik utama dikekalkan di samping tambahan beberapa buah bilik lagi bagi keselesaan ahli keluarga,” jelasnya.
Mengelilingi rumah ini menemukan kami dengan sisi rumah yang mempunyai tangga yang membawa penghuninya terus ke ruang dapur.
Jelas Abdul Hamid, tangga tersebut diwujudkan bagi memudahkan kaum wanita untuk turun naik ketika ada tetamu lelaki di ruang hadapan.
“Ruang dapur sebenarnya searas dengan ruang hadapan ini namun atas sebab-sebab tertentu, ia dirobohkan dan dibina lebih rendah. Namun keadaan asalnya masih dikekalkan,” katanya.
TINGKAP sederet yang dipenuhi ukiran kerawang.
Jelasnya lagi, rumah ini sengaja dibina tinggi iaitu lebih satu meter dari tanah dan ia terus bertahan kerana kayu meranti emas yang sentiasa disapu minyak.
“Dari dulu hingga sekarang, belum pernah ada tanda-tanda serangan anai-anai dan ia mungkin disebabkan kami sentiasa mengecat dengan minyak setiap dua atau tiga tahun sekali,” kata Abdul Hamid.
| ANAK tingkap-elemen yang semakin sukar dijumpai dalam seni pertukangan masa kini.
|
Melihat pada persekitaran, nyata rumah yang dikelilingi dengan pohon mempelam dan buah-buahan tempatan lain seperti rambutan ini lebih tinggi berbanding rumah lain di sekitarnya.
“Di sebabkan ia berhampiran dengan parit, rumah ini dibina tinggi bagi mengelakkan air memasuki rumah kalau hujan lebat,” ujarnya.
Sesuai dengan suasana kampung, penghubung antara rumah ini dan jalan utama ialah sebuah jambatan yang boleh dilalui kenderaan.
Ternyata, rumah di tepi jalan lama Bagan Serai-Butterwoth ini mempunyai keunikan dalam mempamerkan kekayaan serta ketinggian seni pertukangan orang Melayu dahulu.
waduh waduh... mmg fantastiko rumah pak hamid nih.... kalu aku dapek ghumah camni.. mmg aku tarak tido punyer... cantik butul ukiran seni dier!!!! mmg klasssssss zaassz :victory: |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
cantiknya sni ukir rumah ni |
|
|
|
|
|
|
|
Tengok rumah ni macam rumh pak ali kat GOMBAK tuh
zaman lar ning susah nak tengok umah pattern lama cam nih kan.
kayu ni kayu tahan..... |
|
|
|
|
|
|
|
sukenye seni ukir dye.siyes chanteek. teringin nak buat umah kayu cantekk |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #4 sarah_syahira\ catat
kalau ikut harga mesti lebih mahal dai rumah BAtu ni |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dilaOHdila at 18-10-2008 07:46 AM
kalau ikut harga mesti lebih mahal dai rumah BAtu ni
op kos... nak citer la juga.. kwn aku kat oversea rumah dari log... mcm cabin ler.... cantek... rega mmg mahal...log yg guna mcm jenis kayu rosewood or mohagany ... aku ada gambaq.. tapi nanti kalu rajin aku scan paste wokey... aku tak penah laei scan paste gambaq2 personal nih.. tapi kalu nak share mcm ni aku game ajer... :victory: |
|
|
|
|
|
|
|
kalau ikut resam ilmu binaan melayu...kerawang nih bukan hiasan semata
utamanya untuk ventilation, pastu untuk keselamatan pun ya..different corak utk define priority ruang pun yer gak..nak represent latar hidup tuan rumah pun yer gak...
status empunya rumah pun kita bleh kenal based on seni rumahnya..
kalau dulu..corak2 kerawang istana tak bleh sebarang2 apply kat rumah org kebanyakan.. |
|
|
|
|
|
|
|
teringat umah atuk kat kg tingkapnya pun ada anak tingkap gak..anak tangga pulak berkayu bulat.. sayang lepas atuk dah takder rumah tu dah kena roboh jadi umah batu... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|