View: 5469|Reply: 36
|
Kisah Aku Pada Pagi Sabtu, 27/9
[Copy link]
|
|
1:50 pagi - Setelah berborak hampir 1 jam, dia mintak izin untuk keluar makan. Balik makan nanti katanya akan sambung sembang lagi, dan menyuruh aku menunggunya. Selepas memberi isyarat ciuman hangat, dia keluar dan aku mengorak senyum yang panjang, tanda aku bahagia. Lupa pulak aku nak tanya dia, nak sahur ke? sebab waktu terlalu awal, lagi pun dia dah makan nasi sewaktu berbuka tadi. Aku nak tanya lagi, pergi berapa orang sebab katanya ada kawan dari pantai timur menumpang tidur di rumahnya. Tak apalah, aku fikir kejap lagi dia balik dan aku akan bertanya banyak perkara, lagi pun dia dah janji dia nak bercerita dengan aku kisah di petang itu, tentang pertemuan dengan kawan kawannya. Walaupun aku tak kenal kawan kawannya tapi aku seronok untuk mengetahuinya dan mendengar ceritanya.
2:02 pagi - Aku sms dia, ''lupa nk ckp kat abg, S ym ckp gf dia kena curi oleh bob the builder..hehee''
Senyap, tak ada balasan. Ku kira dia tak sedar sms aku masuk.
2:38 pagi - Aku sms lagi dengan nada hampir kecewa, ''abg tak terima ker msg syg ''
Senyap.
3:18 pagi - Aku sms lagi pura pura seolah aku mula nak naik angin, '' abang pi merayau kat mana neh ''
Senyap.
3:32 pagi - Aku sms lagi dengan nada menjerit, ''abaaaaannnnggggg''
Senyap.
Hampir subuh aku sms lagi bertanya di mana dia? dengan siapa? kenapa dia buat aku macam ni? Mengugutnya seolah olah aku akan merajuk. Oh, dia balas,
''janganlah majuk.''
Itu saja balasannya dari sms aku yang bertalu talu. Dadaku mula bengkak.
Pagi, entah pukul berapa aku call hp dia berkali kali. Hampa. Masuk peti suara. Aku mula gelisah, mula memikirkan yang bukan bukan. Aku takut dan merasa sedih tiba tiba andai ada sesuatu yang berlaku, aku akan menyesal seumur hidup kerana merajuk dengannya. Aku berdoa agar dia call atau sms aku.
Senyap. Aku kian bungkam. Aku menjerit kuat di dalam hati, ''Abaaaaaaannnnnggggg, abang di mana? apa yang telah berlaku??''
Aku membayangkan dia kemalangan, henpon tercampak di mana mana. Aku membayangkan dia kena samun. Dan aku tak boleh nak membayangkan apa apa lagi, kerana aku tak ingin semua yang buruk terjadi ke atasnya.
Di mana dia?
Aku kena hubungi kawan serumah dia. Aku baru terlintas perkara ini. Aku berharap kawan serumahnya ada dan masih belum balik ke kampung. Aku call talipon rumahnya.
''Hello...''
Aku terdiam, kerana aku kenal suara itu.
''Hello...''
Dengan menahan sebak aku bertanya perlahan, ''Apa telah berlaku dengan henpon?'' yelah, sebab tak balas sms, tidak angkat call aku berbaik sangka dalam bengkak dada yang amat, takut henponnya tak berfungsi.
Dengan nada selamba dia menjawab,
''Tak ada apa apa......'' Dan aku tak tahu apa ayat di belakang lagi yang dia ucapkan, airmataku sudah terburai dan aku menyeka sebak di dada agar dia tak tahu kegelisahan aku.
''Oh, maaflah mengganggu... tak apalah..''
Aku letak talipon. Aku memandang henset, aku berharap dia akan call semula. Namun semuanya hampa.
Aku hampa dan kecewa.
Aku menangis sendiri.
Aku terlalu rindu.
Aku harap, beberapa hari ini aku dapat menahan rindu dan aku tidak terlalu berharap kepadanya untuk memohon maaf kerana aku tahu seperti selalunya semua ini akan terjadi.
[ Last edited by seri03 at 27-9-2008 03:40 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Dik ni enovel ke kisah benar....?... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 qimi08's post
kisah benar |
|
|
|
|
|
|
|
alahai seri... anon pun pernah rasa macam tu... dan bila si dia keluar, tak balik2... kita sms / call takde balasan memang macam2 brmain kat fikiran... sama lah kita seri.. anon pun kalau dia buat cmtu, anon takde fikir dia tgh dating..cuma risaukan keselamatan dia aje.. tp... last2 bila dpt cakpa, dia bebel pulak sbb byk kali call... hiks..
apa pun, seri continue ek... kalau rasa perlu dikongsi sama kisah tu.. apa jadi lepas ni?? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 MsAnonymous's post
seri sambung kisah sedih ini |
|
|
|
|
|
|
|
Pagi ahad 28 / 9
Deru motosikal berkuasa tinggi mengejutkan isi rumah yang lena diulit mimpi pagi kecuali aku. Parkingnya betul-betul di penjuru bilik aku yang sedang membelek majalah lama yang aku sendiri tak tahu apa yang telah aku baca dan lihat.Otak berputar seperti pusingan kipas pada satu hala dalam cuaca yang maha panas, tetap tiada rasa dinginnya.
''Sejak bila kau mula makan apricot, Seri?'' Mihah menggumam dalam dalam selimut. Apricot adalah sarcastic dari kata-kata pekak yang selalu disebut Mihah.
''Katakan Seri tak ada,'' aku terus membelek majalah milik Mihah yang entah ke berapa kali.
Mihah bangkit dari katil, setelah dua kali hon motosikal berbunyi. Agak geram dia menyelak langsir dan nakoh yang sedia terbuka itu dikuaknya lebar.
''Hey, Seri bilang dia tak ada.''
Adoih Mihah. Aku berjalan ke luar. Jelas kedengaran gelak suara lelaki garau setelah enjin motosikalnya dimatikan. Kdengaran juga gelak Mihah seperti tercekik biji rambutan. ''Kau bergaduh dengan Seri la ni. Huuh.. kalau tak, tak datang kau ke mari.. hahahaaa..''
''Aku rindukan kau juga Mihah''
''Cit, tidur lagi baik dari layan angau kau.''
Aku duduk di bangku bawah pohon kenanga. Tanpa senyum. Tanpa melihat arahnya. Tanpa apa-apa rasa. Aku cuma melihat ke arah jalanraya yang bersimpang siur kenderaan dengan nada kosong.
''Hai...'' Dia duduk disebelahku. Aku menganjak sedikit selang empat tapak tangan darinya.
''Kita berbuka puasa sama-sama nanti, nak tak? Abang datang ambil sayang nanti, dengan kereta kawan''
Diam.
''Boleh ek''
Diam.
''Janganlah macam ni.''
Diam.
''Oklah.. abang kira sayang bersetuju saja. Pukul enam setengah nanti abang datang tau.''
Sewaktu dia mula mengangkat punggung untuk berlalu, aku mula berani membuka mulut, ''jangan datang. Taknak pi.''
Aku naik ke atas rumah tanpa mempedulikan panggilannya lagi.
''Suka hati ko lah..!!'' Kuat dia melaung sampai beberapa orang kanak-kanak lalu dekat situ memandang ke arah aku dan dia. Aku buat tak tahu dan masuk ke dalam rumah. Kunci pintu, kunci hati. Airmata memburai, untuk apa? Hati terasa makin remuk. |
|
|
|
|
|
|
|
alamak...napa merajuk pula... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 seri03's post
kes sedih tul ni..... org tu dtg nak pujuk... napa jual mahal lak...perempuan le...kan... tak merajuk bukan namanya perempuan... |
|
|
|
|
|
|
|
sedih... tapi jual mahal sgt |
|
|
|
|
|
|
|
jantan mcm tu mmg kn jual mahal |
|
|
|
|
|
|
|
adei.. seri..
huhuu...
kalu anon la.. masa dipujuk, pehtu jual mahal.. bila dia tak pujuk balik... berderau gak darah.. rasa cam nak lari balik kat dia kata ok ok.. ekekek
|
|
|
|
|
|
|
|
Nape die kate 'suke hati ko la'???? Mcm hangin semcm jer...dah xde bersyg2 bagai... |
|
|
|
|
|
|
|
laa... cam baran je laki tu....:@ :@ |
|
|
|
|
|
|
|
mm kate nak pujuk...tp cakap kasar2 pulak..adusss |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #13 MsAnonymous's post
tu la pompuan...keras keras kerak nasi...sekali simbah ngan ayor..terus cayor... ..lelaki ni sekali jer pujuk lepas tu dia buat derk jer..kite lak terhegeh hegeh pujuk dia semula..padahal dia yg buat kite :@
seri..teruskan kongsi kisah awak ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #18 kaypo's post
,
betol..betol..betoll...!! tu kaypo....
slalu sgt juliet tkena ......:@
org laki ni mmng pandai mainkan prasaan kita blik....:@
hati ni sabar je la.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #19 juliet80's post
tul..tul... kisah benar diri sendiri ya...juliet..
alah lelaki skrng mmg cam tu... pujuk skali je...lepas tu dah give up.... kalu pompuan pujuk berkali2 sampai lelaki tu cair...hishh... tak adilkan... sbb kita ni pompuan yg baik ati....
Seri sambung lagi citer awak... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|