View: 4538|Reply: 22
|
penyakit misteri; hidup dgn minum susu, takda nafsu makan!!
[Copy link]
|
|
Hidup dengan minum susu - Penyakit misteri ‘tiada nafsu’ makan
Oleh ZAID MOHD. NOOR
ZAHARAH memerhatikan Fazli meneguk segelas susu
di rumahnya di Kampung Padang Serai, Pokok Sena semalam.
POKOK SENA - "Sejak dilahirkan, anak saya ini tidak pernah menjamah makanan selain minum susu sahaja," kata Zaharah Mustafa mengenai anaknya, Fazli Shuib, 23, yang mempunyai penyakit misteri 'tiada nafsu' makan.
Menurut Zaharah, 57, setiap hari anaknya itu akan minum susu kira-kira 10 gelas sehari bagi menggantikan makanan berzat lain untuk tenaga dan pembesaran.
Malah katanya, Fazli hanya minum susu tepung jenis tertentu sahaja.
"Sejak dari kecil lagi Fazli mendapat rawatan di hospital, tetapi tidak dapat dikesan jenis penyakit yang dihidapi.
"Malah usaha saya membawanya berubat secara tradisional juga tidak berhasil kerana dia masih tidak berselera makan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Padang Serai di sini semalam.
Zaharah berkata, Fazli yang merupakan anak keempat daripada tujuh beradik juga tidak bersekolah dan kurang aktif serta saiz badannya agak kecil berbanding dengan usianya.
Dalam pada itu, menurutnya, dia membelanjakan kira-kira RM200 sebulan untuk membeli susu tepung bagi menampung keperluan anaknya.
Jelasnya, dia dan suaminya, Shuib Man, 58, hanya bekerja sebagai penoreh getah sahaja dan pendapatannya pula dianggarkan RM600 sebulan.
"Saya sentiasa memastikan anak saya dapat minum susu secukupnya," ujarnya.
Katanya, perbelanjaannya mungkin lebih ringan sekiranya mendapat bantuan kewangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Zaharah memberitahu, suaminya pernah memohon bantuan JKM sejak 10 tahun lalu, tetapi tidak mendapat pertimbangan sehingga sekarang.
Sementara itu Fazli berkata, dia hanya minum susu kerana menganggap makanan lain tidak sedap.
"Walaupun disajikan makanan paling sedap, saya tetap tidak mahu makan," katanya.
Fazli berkata, dia tidak dapat berpuasa kerana mudah letih sekiranya tidak dapat minum susu.
Sementara itu, Ketua Jabatan Diatetik dan Sajian, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Nor Azlinah Zai - ran berkata, dia tidak menolak kemungkinan masallah yang dihadapi oleh Fazli mempunyai kaitan dengan psikologi.
Menurutnya, pemuda itu mungkin terikut-ikut dengan amalan minum susu sahaja tanpa menyentuh makanan lain sejak dari kecil lagi.
morel of the stori........ kalu ko ada anak.. jgn bagi minum susu ajork masa kecik... nanti sumer benda tanak makan.....
morel of the stori 2.. nak minum susu bley....... tapi jgn yg diimport dari china wokey... |
|
|
|
|
|
|
|
ni mesti dah besar pun minum susu ibu lg ni |
|
|
|
|
|
|
|
dia minum apa enfalac ke frisolac... |
|
|
|
|
|
|
|
dier nyer deria2 rasa ada problem kot?..
badan dier tak gak menghadapi allergic ka apa klu makan apa2...
aku rasa budak tuh manja kot?
aku nak gak makan bueno kinder...tak makan nasik and bagai..
tapi chocolate tuh mahal...apa leh buatkan... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku rasa dia bukan mengada-ngada. Sebab kalau kita manusia normal ni asyik makan benda yang sama sahaja lama-lama jadi bosan dan muak. Nak cari makanan lain. Tapi budak ni dari kecik sampai besar pun susu tu jah dia duk minom. Jadi memang dia ada penyakit pelik la tu. |
|
|
|
|
|
|
|
mesti kurang zat bdk nih..huhu
tgk gambar..tgn dia mcm ada tompk2 ja...
patutnya susu tuh mak dia blend skali ngan pil2 vitamin bg anak dia mkn..bg cukup zat..
tp tulang dia mesti power...sbb cukup kalsium..
jgn susu pekat manis suda lah..huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #4 johan3036\ catat
hahaha.. |
|
|
|
|
|
|
|
hebat budak ni..boleh tahan minum susu jer..ni kalau makan piza hut depan dia pun kompom buat dono je.. |
|
|
|
|
|
|
|
nafsu makan takde takpe lagi...jgn takde nafsu 'tuuuut' yg payah skit |
|
|
|
|
|
|
|
BILO DA KAWIN MINUM SUSU BINI DIE LAKK.... |
|
|
|
|
|
|
|
nih masalah phisicology
dia yg anggap makanan lain tak sedap
selagi tak try tak kan nak tau makanan tu sedap ke tak
dia nih seksakan sikit perut dia
baru dia nak makan makanan lain
mak dia nih pun keras lah sikit
anak dia nih mmg ngegada
mencik aku nengok budak yg manja sgt macam nih
(alamak terlebih suda aku marah2) |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin smthing to do w his hypothalamus. part yg mengawal selera n cravings. lupa part specifiknya... |
|
|
|
|
|
|
|
peliknye bdk ni. tp syg die xdpt rase nikmat sedapnye makanan.. |
|
|
|
|
|
|
|
try la ajar fazli mkn
tak byk pun sikit la, kasi dia test drive luk
baru lah tau seru tak seru
atau penyakit dia ni kalau makanan lain dia akn muntah kan balik food tuh?
kalau camtu halnya, penyakit lah anak dia ni |
|
|
|
|
|
|
|
patut nyer mak ia tu pun pandai la bubuh ape² kt susu tu..
jgn bgtau,
tgk si fazli tu minum atau x susu.. |
|
|
|
|
|
|
|
korg suka buat lawak jur, fkirkn keadaan bdak 2, cian dia. bg sy jmpe doktor pakar untuk mnilai tahap kesihatan die.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|