CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 264524|Reply: 1134

[Bahasa] Terengganu Dialect

[Copy link]
Post time 13-9-2008 02:46 AM | Show all posts |Read mode
Edited by cmf_BeachBoys at 11-7-2017 05:00 PM

1) Ambil berat = Cakna (CA-K-NA)
Perkataan yang digunakan merujuk kepada sifat seseorang yang mengambil berat atas sesuatu perkara.

2) Anjung / Beranda = Lambor (LA-M-BO-R)
Merujuk kepada satu bahagian rumah yang disediakan untuk bersantai atau tempat menyambut tetamu.

3) Awak = Deme (DE-ME)

4) Agar-Agar = Belede (BE-LE-DE)

5) Kopi = Kawe (KA-WE)

6) Melekit = Dene (DE-NE)



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-9-2008 02:47 AM | Show all posts
Edited by cmf_BeachBoys at 4-7-2017 05:04 PM

Post Last Edit by cmf_BeachBoys at 20-2-2012 12:44

16) Nakal = Nano (NA-NO)
Seringkali merujuk kepada kanak-kanak yang suka buat hal tak kira tempat.

17) Bahagi = Kacong (KA-CO-NG)
Pada umumnya kebanyakkan orang hanya mengenali belalang Kacong atau Padang Kacong (sebuah kawasan di terengganu).Kacong bermaksud sesuatu yang dipotong-potong atau dibahagi-bahagikan samada kepada 2 bahagian atau lebih.Kadang-kadang kita biasa mendengar istilah' kacong kalang'(mengasah pensil).


Perang Padang Kacong 1928

Paksa diri = Tebeng (TE-BE-NG)
merujuk kepada tindakan mendesak diri untuk melakukan sesuatu.

19) Halang penglihatan = Tebeng (TE-BE-NG)
Walaupun perkataan ini sama cara ianya ditulis tetapi sebutannya berlainan.

20) Melimpah - Rumbu (RU-M-BU)
Lebih merujuk kepada situasi apabila sesuatu benda yang melimpah atau melebihi takat penuh sehingga melimpah keluar. contohnya gula,air dan beras.

21) Sempadan = Tare (TA-RE)
kebiasaannya merujuk kepada batu sempadan atau tara tanah (sempadan tanah).Kadang-kadang kita akan mendengar ungkapan seperti ini,"tare(tara kadang-kadang dibaca dengan tegas, 'tarre') mane dier wak ke mung?"(sejauh mana die buat kat kau?).

22) Luah = Kehek (KE-HE-K)
Satu perbuatan  memuntahkan kembali sesuatu yang ada dalam mulut.

23) Tahan = Ok (O-K)
Kadang-kadang perkataan ini jua sama makna dengan sabar.

24) Suka meminta = Ngato (NGA-TO)
Merujuk kepada sikap seseorang individu yang suka meminta pertolongan atau meminta dibelikan berbagai-bagai barang atau seseorang kanak-kanak yang cerewet dalam soal makanan dan lain-lain.

25) Rejam = Tago (TA-GO)
Lebih kurang sama mana dengan perkataan 'pelekong'.merujuk kepada tindakan seseorang yang membaling sesuatu objek secara terus ke sasaran.

26) Pepatung = Sibo (SI-BO)

27) Kumbang = Gabo (GA-BO)

28)Mentadak-Mentadu = Sedusenu (SE-DU-SE-NU)
kadang-kadang jentolak juga dipanggil sedusenu.

29) Sengaja = Sengeleng (SE-NGE-LE-NG)

30) Merah Padam = Bere (BE-RE)
merujuk kepada perbuatan menahan rasa malu yang amat sangat sehingga muka menjadi kemerah-merahan.




[ Last edited by  BeachBoys at 14-11-2008 02:01 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2008 02:47 AM | Show all posts
31) Lemau = Leik (LE-I-K)
merujuk kepada makanan yang kite sebut sebagai 'masuk angin'.

32) Datok = Tokki (TO-K-KI)
Panggilan biasa untuk datuk di terengganu.sama maksud dengan perkataan 'aki'.

33) Kehendak = Ere (E-RE)
Contoh; 'Jangang ikuk ere sangak ke die tu' (Jangan ikut sangat kehendak dia tu)

34) Belukar = Rok (RO-K)
kadang -kadang 'rok' membawa maksud 'larat' atau keupayaan meneruskansesuatu kerja.kalau ianya disebut dengan 'dok rok' membawa maksud samaada tidak larat atau tidak sihat.

35) Larat = Cakak (CA-KA-K)
Cakak lebih sesuai digunakan berbanding 'rok' untuk merujuk kepada 'larat'.

36) Tipu daya = Kecek (KE-CE-K)
Popular di Kelantan dan Terengganu.Jika ianya dibaca dengan 'Keccek' ianya membawa maksud 'bercakap' di dalam loghat Kelantan.

37) Uli = Kame (KA-ME)
Dibaca dengan 'Kamey'.boleh juga ditulis 'Kamir'.

38) Dusun = Bukek (BU-KE-K)
Sama sebutan dengan 'Bukit'.Sesetengah orang terengganu menggunakanistilah 'kapong' atau 'kampong' untuk merujuk kepada 'dusun'.

39) Beroh (BE-RO-H)
kawasan pantai yang mempunyai lopak-lopak yang dalam di beberapabahagian.seringkali dilarang untuk mandi di kawasan ini terutamanyabagi yang tidak pandai berenang.

40) Selalu = Sokmo (SO-K-MO)
Semua dah biasa dengar kot istilah 'senyum sokmo'.

41) Hampiri = Nete (NE-TE)
Dibaca dengan 'neytey'.kadang-kadag menjadi nette (neyttey) apabila diucap dengan kasar atau tegas.kadang-kadang disebut 'tete'(teytey)

42) Pedih ulu hati = Medu (ME-DU)
Satu penyakit yang berkaitan dengan angin dalam badan.

43) Kinning (KI-N-NI-NG)
Sejenis buah yang mempunyai bentuk yang sama dengan mempelam tetapi berlainan bau dan rasa yang memang ketara.

44) Pauh (PA-U-H)
Sejenis buah yang mempunyai bau dan rasa sama seperti mempelam tetapi mempunyai saiz yang lebih kecil.

45) Teman wanita = Mek (ME-K)
'Mek' sama maksud dengan 'gewe' dalam loghat Kelantan.Ianya jugadigunakan sebagai nama panggilan kepada perempuan seperti 'awang' untuklelaki.

[ Last edited by  BeachBoys at 14-11-2008 02:03 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2008 02:48 AM | Show all posts
46) Pasak = Turuh (TU-RU-H)
Sebutannya dalam bahasa baku ialah 'Turus' tetapi berlainan maksud.Di terengganu, turus lebih membawa maksud tiang atau pasak.

47) Ubi Torok (TO-RO-K)
Sejenis ubi yang mempunyai isi berwarna ungu atau biru.



48) Padi (PA-DI)
Walaupun padi banyak di tanam di Kedah,Kelantan dan Selangor tetapi perkataan 'padi' berasal dari terengganu.

49) Senda (SE-N-DA)
Satu perbuatan bagi menahan sesuatu yang bersifatmelawan.Contohnya,senda pintu dengan kerusi iaitu menahan pintu daritertutup atau terbuka dengan menahannya dengan kerusi.Tidak pasti samaada istilah 'senda gurau' di ambil dari perkataan ini.

50) Tetak = Take (TA-KE)
Dibaca dengan 'ey' iaitu 'takey'atau dalamtulisan baku ditulis sebagai 'takir'.Nama seberang takir diambil dariperkataan ini.Mengikut sejarah, seberang takir mendapat namanyadisebabkan hukuman pancung atau tetak dilakukan di sini oleh pihakistana.

51) Cerun = Tube (TU-BE)
Dibaca 'Tubey' .Ditulis sebagai 'Tubir' dalam bahasa baku.

52) Masak-masak = Danga ( DA-NGA)
Kebiasaanya merujuk kepada permainan masak-masak oleh kanak-kanak ataudiistilahkan sebagai 'main danga'.Walau bagaimanapun pada pendapataku,ianya lebih membawa maksud 'jual-beli'.

53) Makin = Koho (KO-HO)
'koho lama,koho itang'(makin lama,makin hitam).atau merujuk kepadapergerakan yang lambat.contohnya; 'buke koho je air paip tu'(bukaperlahan saja air paip tu).

54) Cetek = Toho (TO-HO)
contoh ayat; 'toho je air laut pagi ni' (cetek je air laut pagi ni)

55) Bitto (BI-T-TO)
Sejenis alat yang digunakan untuk menangkap ketam di tepi-tepi pantai.

56) Pelangi = Ganu (GA-NU)
Mengikut sejarah,ganu membwa maksud,pelangi dan disitulah antara sebabterengganu mendapat namanya.Tetapi bagi orang terengganu yang sekarangini yang berumur 40 tahun ke atas, mereka pasti pernah mendengarungkapan 'lanung minum air' iaitu satu ungkapan yang merujuk kepadapelangi yang muncul di laut.

57) Gosok = Gaha (GA-HA)
contohnya; Gaha puyok ( gosok periuk semasa mencuci); gaha kaki (gosokkaki sama ada untuk mengurut atau membasuh).Perkataan ini jugadituturkan di Negeri Sembilan.

58) Peteh (PE-TE-H)
Dibaca dengan 'Peyteyh'. Satu tindakan fizikal atau 'body contact' yang dilakukan untuk menjatuhkan seseorang dengan menggunakan kaki.

59) Amah (A-MA-H)
Satu unit timbangan untuk mengukur berat emas atau boleh dikatakan samamaksud dengan 'gram'.Ianya juga membawa maksud '50 sen' mungkindisebabkan satu amah emas pada waktu dahulu bersamaan dengan 50 sen.DiTerengganu,emas banyak di lombong di Lubok Mandi,Rusila ( Kampong TGHaji Hadi)

60) Orang Barat
Orang Barat atau lebih dikenali sebagai 'sek barak' dikalangan orangterengganu.Istilah ini merujuk kepada orang Kelantan.Untuk mengetahuimengapa kelantan disebut sebagai 'barak', para forumer yang bertandangke terengganu boleh mencuba ini.Pilih lokasi-lokasi di sepanajang muarasungai terengganu dan kemudian perhatian arah matahari terbenam.Andaakan dapati arah matahari terbenam adalah sama dengan arah jalan untukke kelantan.Disebabkan inilah orang-orang tua terengganu memanggilorang kelantan dengan panggilan 'sek barak' atau orang 'barat'.



[ Last edited by  BeachBoys at 14-11-2008 02:05 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2008 02:48 AM | Show all posts
Post Last Edit by cmf_BeachBoys at 27-1-2012 11:30

Ciri-ciri

1)Perkataan yang mempunyai ejaan yang berakhir dengan huruf 'a' akan dibaca dengan 'e' sebagaimana loghat Johor-Riau.Contoh;

a)kawa akan dibaca kawe
b)lewa akan dibaca lewe
c)lepa akan dibaca lepe

2)Mempunyai imbuhan NG,NGO,NGA,NGE,NYA,NYE,NYI,NYO.Contoh;

a)Kosek(usik) akan menjadi Ngosek(mengusik)
b)Sirang(Siram) akan menjadi Nyirang(menyiram)
c)Rokah(selongkar) akan menjadi Ngokah(menyelongkar)
d)Sombong akan menjadi nyombong
e)Rawe (Rawa)akan menjadi Ngawe(merawa)
f)Nganjing(mengutuk)
g)Ngesuk(penghujung atau yang paling akhir)
h)Nyangge(Pelindung atau Perisai)

3)Perkataanyang mempunyai ejaan yang berakhir dengan huruf 'n' atau 'm' akan dibaca
dengan ng.Contoh;

a)Makan menjadi Makang
b)Tanam menjadi Tanang

4)Mempunyai sebutan sekan-akan Sabdu seperti yang ada di dalam bahasa arab apabila sesuatu perkataan itu dituturkan secara tegas atau kasar.Contoh;

a)Tikah(beza) akan menjadi Tikkah
b)Nete(mendekati) akan menjadi Nette
c)Palok(sesuai) akan menjadi Pallok
d)Ngato akan menjadi Ngatto


5)Perkataan yang mempunyai akhiran 'ar' akan dibaca 'or'.Contoh;

a)Pakar menjadi Pakor
b)Tukar menjadi Tukor
c)Bakar menjadi Bakor
d)Tawar menjadi Tawor
e)Samar menjadi Samor

6)Perkataan yang mempunyai akhiran 'S' akan dibaca 'H'.Contoh;

a)Kebas menjadi Kebah
b)Bungkus menjadi Bukuh
c)Kipas'menjadi Kipah

7) Ada dua jenis sebutan untuk huruf 'o'.contohnya

Bako ( Bakar ) dengan Bako (Bakul).Oleh sebab itu Bako (Bakar) dieja sebagai 'Bakor' dengan ditambah huruf 'r' dibelakang bagi membezakan sebutan diantara kedua-dua jenis huruf 'o' tersebut.

[ Last edited by  BeachBoys at 5-11-2008 05:34 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2008 02:48 AM | Show all posts
61) Kaki = Kateh (KA-TE-H)
Disebut 'kateyh'..bermaksudkaki atau jarak jangkauan yang mampu dicapai setiap kali berlari atauberjalan.Contohnya; 'Pemain jamaica tu menang 100m sebab kateh (kateyh) dier yang paling panjang'.

62) Tabung = Celeng (CE-LE-NG)
Disebut 'Ceyleyng'.Tempat khas untuk meyimpan duit.

63) Sandar = Sende (SE-N-DE)
Dibaca 'Seyndey'.Contoh;' sende penyapu tu molek sikit'

64) Perli = Nganjing (NGA-N-JI-NG)

65) Bingung = Bengong (BE-NGO-NG)

66) Orang Darat
Orang darat atau 'sek darak' merujuk kepada gelaran yang diberikanpenduduk di kawasan pesisir pantai terengganu kepada pendudukdibahagian hulu terengganu terutamanya Kuala Berang.

67) Orang Pangang
Panggilan ini merujuk kepada orang pagan atau orang asli.

68) Tampal = Tepek (TE-PE-K)
Dibaca 'teypeyk'.

69) Kemek = Kepek (KE-PE-K)
Dibaca 'kepeyk'.

70) Azan = Bang (BA-NG)

71) Gaharu = Depu (DE-PU)
Dituturkan di kelantan dan terengganu.Di kuala terengganu, sebuahkampong dinamakan sempena perkataan ini iaitu Kampong Bukit Depu.

72) Gerai = Gere (GE-RE)
Disebut 'Gerey'.

73) Paling akhir = Ngesuk (NGE-SU-K)
Paling akhir atau pengakhiran atau penghujung.

74) Perisai = Nyangge (NYA-NG-GE)
Merujuk kepada sesuatu yang digunakan untuk perlindungan diri.

75) Berselerak= Belembang (BE-LE-M-BA-NG)

[ Last edited by  BeachBoys at 14-11-2008 02:07 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-9-2008 02:49 AM | Show all posts
76) Baling = Handeng (HA-N-DE-NG)

77) Hulur = Junga (JU-NGA)
menghulurkan tangan bagi mencapai sesuatu benda atau barang.

78) Pikul = Kepong (KE-PO-NG)

79) Tercampak = Kelecak (KE-LE-CA-K)

80) Kerap = Kerek (KE-RE-K)

81) Cantum = Kapoh (KA-PO-H)
Boleh dikatakan sebagai perkataan berlawanan kepada 'Kacong'.membawaerti mencantumkan beberapa bahagian kepada hanya satu bahagian.

82) Tinggi Lampai = Lonjong (LO-N-JO-NG)
Perkataan ini merujuk kepada seseorang yang mempunyai ketinggian yang agak ketara.

83) Cerelong (CE-RE-LO-NG)
Cerelong bermaksud memandang sesuatu dengan pandangan yangtajam.Kebiasannya berlaku apabila terjadinya perbalahan atau rasa tidakpuas hati kepada seseorang.Ianya juga menjadi tanda amaran kepada oranglain supaya tidak cuba mencabar.

84) Pijak = Jirik ( JI-RI-K)

85) Keka (KE-KA)
Keka atau kekar atau kerekar bermaksud 'mengcakar' atau lagaknyaseperti perempuan bergaduh di mana mereka akan saling cakar-mengcakarantara satu sama lain.

86) Loceng Besar = Genta (GE-N-TA)

87) Kejong (KE-JO-NG)
Kejong atau kerejong bermaksud memaksa seseorang itu melakukan perkarayang tidak disukainya.Contohnya, seseorang ibu yang memaksa anaknyamandi.contoh ayat;

'Mang,.mung nok mandi ke takmboh?kalu mung takmboh mandi mok kejong mung wak asuk dalang bilik air kang'
(Man, kamu nak mandi atau tak?kalau kamu tak nak mandi, mak akan paksa kamu masuk dalam bilik air kang )

88) Curi = Ketek (KE-TE-K)
Ketek (keteyk) adalah suatu perbuatan mengambil sesuatu seperti buah atau lain-lain secara sembunyi seumpama mencuri.

89) Petik = Retuh (RE-TU-H)
Retuh membawa maksud mengambil atau memetik buah dari pokoknya.

90) Ceko (CE-KO)
Ceko atau cekor bermaksud mengambil sesuatu dengan banyaknya atau dalam bahasa inggeris disebut 'grabbing'

[ Last edited by  BeachBoys at 14-11-2008 02:11 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2008 02:49 AM | Show all posts
91) Cacak = Seranggoh (SE -RA-NG-GO-H)
Contoh; 'seranggoh sekali dahan pokok ni"

92) Sigung (SI-GU-NG)
Sigung sama maksud dengan 'menyiku' atau dengan kata lain memukul dengan menggunakan siku.

93) Selesai = Lesa (LE-SA)
Lesa bermaksud selesai atau 'habis'.Contohnya;

"Lesa la mung,aku dok tahu"
( Habislah kau,aku tak tahu)

"Mung lesa doh gorreng ikang tu?" tanya mok ngoh ke anok dara die.
"Kamu habis dah goreng ikan tu?" tanya mak ngah ke anak dara dia.

94) Ceneng (CE-NE-NG)
Ceneng(Ceneyng) membawa maksud sesuatu yang diluar jangkaan sehingga sesuatu tugas atau kerja tergendala atau rosak disebabkannya.

95) Terpa = Cereba (CE-RE-BA)

[ Last edited by  BeachBoys at 16-11-2008 12:18 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-9-2008 02:50 AM | Show all posts

Kata Ganda Bersajak/Berima

Post Last Edit by cmf_BeachBoys at 27-1-2012 11:48

Kata ganda bersajak atau berima ialah kata ganda yang mengalami persamaan atau penyesuaian bunyi (rima) di pangkal, di hujung, atau seluruhnya apabila digandakan.

persamaan bunyi di pangkal: lalu-lalang, beli-belah, dentam-dentum dan sebagainya.
   
persamaan bunyi di hujung:karut-marut,cerai-berai, calar-balar, dan sebagainya.
   
penyesuaian bunyi seluruhnya: compang-camping, dolak-dalik, huyung-hayang, dan sebagainya
.
  


96) TERTIB-TERENING

97) WAREH-WAROH

98) NGATE-GAWE

99) JURUH-HAROH

100) COKOH-HANGGOH

101) KEMAH-KEMING

102) KERAH-KEJUNG

103) BISING-BANGO

104) BESOR-JALOR

105) COMEY-LOTEY

106) GOLEK-AREK

107) KOROK-KERING

108) CECER-BELER

109) KERAH-KETONG

110) BAHANG-RAMBANG

[ Last edited by  BeachBoys at 16-11-2008 12:16 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2008 02:50 AM | Show all posts
111) Kurang = Luwok (LU-WO-K)
Contoh;
"Dok luwoknye pitih mung tu kalu belanja awok kite makang"
(Tak kurang pun duit kau kalau belanja kawan-kawan kita makan)

"Dok luwok sikik pung gula ni"
(Tak kurang sikit pun gulai ni)

112) Galak = Gelekek (GE-LE-KE-K)

113) Selerak = Lembang (LE-M-BA-NG)
Contoh;
"sape die hok lembang bilik aku ni?"
(Siapa yang selerakkan bilik aku ni?)

"Habih belembang baju aku"
(Habis berselerak baju aku)

114) Melekit = Dene (DE-NE)
Dene (Deyney) merujuk kepada sesuatu yang melekit atau berlendir seperti hingus atau air gula yang kering di atas lantai,meja atau lain-lainContoh;

"Bakpe rasa dene je lantai ni?"
(Kenapa rasa melekit je lantai ni?)

115) Melayang - layang = Noneng (NO-NE-NG)
Satu gerakan melayang-layang di udara dengan tak menentu atau dengan kata lain berlegar-legar di udara.

116) Kusut- Masai = Reseng (RE-SE-NG)
Reseng (Reyseyng) merujuk kepada keadaan rambut yang tidak bersikat atau kusut-masai.

117) Sele (SE-LE)
Sele (seyle) bermaksud tempat duduk kenderaan seperti basikal dan motosikal.

118) Mechok (ME-CHO-K)
Mechok sama maksud dengan melenting apabila seseorang itu disuruh untukmelakukan sesuatu pekerjaan atau tindakbalas apabila tidak suka ditegurmengenai sesuatu perkara.

119) Pohu (PO-HU)
Membawa maksud 'Rapuh'.contohnya; "pohu doh biskut ni"

120) Camek (CA-ME-K)

121) Lemah = Komang (KO-MA-NG)

122) Kuat = Megang (ME-GA-NG)

Mungkin berasal dari perkataan 'pemegang' atau 'tukang pegang'.Di dalamkehidupan seharian kita biasa merujuk kepada orang yang kuat dan amanahdengan ungkapan ' Pemegang Kuasa' atau 'pemegang amanah'.atau seseorangyang dipercayai untuk memegang sesuatu tanggungjawab.

123) Iras-iras = Lek-Lek (LE-K)

Contoh; " Muke budok tu lek-lek macang muke anok sedara aku"(Muka budak tu iras-iras macam muka anak saudara aku)

124) Nenggok (NE-NG-GO-K)

Lebih kurang sama maksud dengan 'hidung tinggi'.

125) Jemput = Turuk (TU-RU-K)

Contoh;"Mang,tolong gi turuk orang kapong.Mok nok wak jammu malangni"(Man,tolong pergi jemput orang kampung.Mak nak buat jamuan malam ni)

126) Melecet = Nelah (NE-LA-H)

127)Tobek = Copeng (CO-PE-NG)

128)Tipu = Lolok (LO-LO-K)

129) Ikut Suka = Loh (LO-H)

130)Rentap = Senjoh (SE-N-JO-H)

[ Last edited by  BeachBoys at 14-11-2008 03:10 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2008 02:52 AM | Show all posts
131) Curah = Cuwoh (CU-WO-H)

132) Tarik = Terik (TE-RI-K)

133) Jebek ( (JE-BE-K)
Gambaran bibir sebelum seseorang itu mula menangis



135) Kibar = Keber (KE-BE-R)
Satu perbuatan menghalang penglihatan orang lain dengan sesuatu seperti kain.

Contoh; "Doksoh gok keber kaeng tu.orang tengoh tengok televisyen ni"
              (Doksoh gok 'kibar' kain tu.orang tengah tengok televisyen ni"

136) Tepi = Bira (BI-RA)

137) Megah = Ek (E-K)

138) Garang = Bekeng (BE-KE-NG)

139) Comot = Poreng (PO-RE-NG)

140) Rendam = Celor (CE-LO-R)

141) Melampau = Nebeng (NE-BE-NG)

142) Terasa = Sere (SE-RE)

143) Lelap = Nere (NE-RE)

144) Melawan = Nelang (NE-LA-NG)

145) Bumbung\Atap = Atak (A-TA-K)

[ Last edited by  BeachBoys at 14-11-2008 02:24 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2008 02:52 AM | Show all posts
146) Satu = SE (SE)
Contohnya ' mitok tolong se kare ,din'
                  (minta tolong satu perkara/benda, din)

147) Pensil = Kalang (KA-LA-NG)
Berasal dari perkataan arab , 'Qalam'.

148) Kebas = Serebang (SE-RE-BA-NG)
Contoh; "Wanne la serebang sangak kaki aku ni.bakpe dok tahu"
             (Kenapa la kebas sangat kaki aku ni.Tak tau sebabnya)

149) Kacau = Kuca (KU-CA)
Digunakan dari sudut  masakan yang perlu dikacau.Contoh; kacau lauk,kacau air...

150) Kacau = Kaca

151) Cacar Air = Jintungang (JI-N-TU-NGA-NG)

152) Lupa diri = Barok (BA-RO-K)
Melakukan sesuatu dengan berlebih-lebihan untuk menarik perhatian orang.

contoh; "takdok ape satu la kalu dang start barok.abih satu rumoh tunggang-langgang
             (tak ada apa la kalau dah mula lupa diri.habis satu umah tunggang terbalik)"

153) Layang-Layang = Wa

154) Poket = Kocek

155) Mancis = Colok

156) Rang (RA-NG)
Merujuk kepada hamparan yang digunakan untuk menjemur ikan bagi membuatikan kering.Asal nama daerah Marang diambil dari perkataan ini.

157) Bergaya = Jangok (JA-NGO-K)       ----------------------------------------------------------------------> t@t
Contoh; " sejok menang peraduang kat tv aritu, mok ngoh koho jangok lening.Nenggok jallang"
             ( Sejak menang peraduan kat tv hari itu,Mak ngah semakin bergaya sekarang ini.Berjalan tak tengok
               orang.)

158) Pekik = Tepik (TE-PI-K)      ------------------------------------------------------------------------------> iza_yuss
lebih kurang sama maksud dengan 'menjerit' atau 'laungan'

159) Beladung (BE-LA-DU-NG)  ------------------------------------------------------------------------------> iza_yuss
Merujuk kepada air yang melimpah.

160) Gigit = Kekoh (KE-KO-H)   ------------------------------------------------------------------------------> iza_yuss

[ Last edited by  BeachBoys at 16-11-2008 12:06 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2008 02:52 AM | Show all posts

Kata Ganda Bersajak/Berima

161) Lintang-kalang        -------------> tuan_wu

162) Kuca-lana

163) Supe-tule                 -------------> tuan_wu

164) Guling-bating

165) Bolok-arok

[ Last edited by  BeachBoys at 16-11-2008 12:03 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2008 02:52 AM | Show all posts
166) Cubit = Cekik (CE-KI-K)              ---------------------------------> iza_yuss

167) Selerak = Camba (CA-M-BA)
Sama maksud dengan 'Lembang' atau 'Belembang'. -----------------------> tuan_wu

168) Tamak = Molok (MO-LO-K)  --------------------------------------> iza_yuss

169) Selongkar = Rokah (RO-KA-H) ------------------------------------> juwita_s

170) Becak = Lecoh (LE-CO-H) -----------------------------------------> iza_yuss

171) Terbiar = Sekong (SE-KO-NG) -------------------------------------> iza_yuss

172) Hempas = Rembah (RE-M-BA-H) ----------------------------------> tuan_wu

173) Cuai = Lola (LO-LA)

174) Tergesa-gesa = Gaduh (GA-DU-H)

175) Manggis = Semete (SE-ME-TE)--------------------------------------> t@t

176) Degil = Mete (ME-TE)------------------------------------------------> pepasir

177) Koyak = Carik (CA-RI-K)

178) Cuba = Acu (A-CU) ---------------------------------------------------->iza_yuss

179) Gatal-gatal = Bedang (BE-DA-NG)-------------------------------------> iza_yuss

180) Berbekas = Bilo (BI-LO)-------------------------------------------------> iza_yuss

[ Last edited by  BeachBoys at 17-11-2008 11:55 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2008 07:16 AM | Show all posts
teringat aku masa sekolah kat SMPM....makang ikang... tak tau da mana p kawan-kawan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2008 12:17 PM | Show all posts
181) Sorok = Susuk (SU-SU-K) ----------------------------------------------->tuan_wu

182) Tertanggal = Lokoh (LO-KO-H) -------------------------------------------> iza_yuss

183) Cungkil = Cokeh (CO-KE-H) -----------------------------------------------> iza_yuss

184) Sana = Nung

185) Tembus,Bocor = Bolong (BO-LO-NG)

186) Tegak = Chokeng (CHO-KE-NG)

187) Lengkuk = Telong (TE-LO-NG)

188) Pudar = Cero (CE-RO)

189) Sadung = Sugung (SU-GU-NG)

190) Riuh = Damak (DA-MA-K)

[ Last edited by  BeachBoys at 18-6-2009 15:48 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-9-2008 12:18 PM | Show all posts

Perkataan pinjaman Inggeris

a) Koseng = Crossing atau cross-in atau passing
membawa maksud 'menghantar' atau 'memberi'.Contohnya,' azman koseng bola kepada Lim'.

b) Koseng = Kusyen
merujuk kepada sofa.

c) Tohok = throw out

d) wose = washer
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2008 12:18 PM | Show all posts
Post Last Edit by cmf_BeachBoys at 21-3-2012 15:17

191) GERUN = SERUNG (SE-RU-NG)

192) HEMPAS = REMBAH (RE-M-BA-H)

193) DONGAK = LENGGOK (LE-NG-GO-K)

194) LINGKAR = LEKOR

195) SEMUA = SEREME

196) PIPIH = LESE

197) JULING = BOLE

198) TERSEKAT = SAKOK

199)TERBIAR = SEKONG

200) CANTUM = TEKEK


[ Last edited by  BeachBoys at 14-11-2008 02:40 PM ] Last edited by cmf_BeachBoys on 10-2-2013 06:17 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2008 12:19 PM | Show all posts

Kata Ganda Bersajak/Berima

Post Last Edit by cmf_BeachBoys at 27-1-2012 11:10

195) PAKA-GAWA

196) KAKAH - WAH Last edited by cmf_BeachBoys on 10-2-2013 06:11 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2008 05:07 AM | Show all posts

IMBUHAN AKHIR

Post Last Edit by cmf_BeachBoys at 27-1-2012 11:47

-MAINANG

-SIDAIANG

-MAKAIANG

-SUDOHANG

-PANASANG

-WASEANG

-HABISANG





[ Last edited by  BeachBoys at 14-11-2008 02:40 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 02:45 PM GMT+8 , Processed in 0.617117 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list