CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2981|Reply: 15

Lexus LS 460

[Copy link]
Post time 9-9-2008 05:43 PM | Show all posts |Read mode
LS 460 ekskslusif, berprestij
Oleh Mohd Razlan Salleh












PENGGEMAR kenderaan mewah kini boleh mengunjungi bilik pameran Lexus apabila UMW Toyota Motor Sdn Bhd melancarkan Lexus LS 460 yang menampilkan ciri kemewahan dan ekskslusif.

Model terbaru berkenaan lebih luas dan seronok dipandu berbanding LS 460L yang lebih kepada kenderaan rasmi.

Pengarah Urusan UMW Toyota, Kuah Kock Heng, berkata LS 460 turut menawarkan kecekapan dari segenap aspek pemanduan, keselesaan, prestasi dan mutu seperti model perdananya, LS 460L.

“LS 460 membolehkan lima penumpang berada dalam keadaan kereta di samping pemanduan selesa dan mewah.

“Tidak seperti LS 460L yang mempunyai tempat duduk belakang untuk dua orang, LS 460 boleh memuatkan tiga orang dengan selesa di tempat duduk belakang,” katanya selepas pelancarannya, baru-baru ini.

Hadir sama Timbalan Pengerusi UMW Toyota, Takashi Hibi; Pengarah Eksekutif (Bahagian Lexus) UMW Toyota, Aminar Rashid Salleh dan Pengurus Besar, Lexus Malaysia, Mohd Shamsor Mohd Zain.

Katanya, penerimaan baik model kereta mewah Toyota itu membuktikan Malaysia antara pasaran berpotensi bagi kemasukan model mewah berjenama Lexus.

“Jenama Lexus semakin disedari selepas kami memperkenalkan model RX 350, IS 250 dan GS 300 yang menepati kehendak pengguna di negara ini.

“Kini, Lexus menawarkan satu lagi model di pasaran tempatan yang bakal memberi pengalaman pemanduan mewah paling menyeronokkan,” katanya.

Kuah berkata, LS 460 mempunyai reka bentuk sama seperti LS 460L dan menggunakan falsafah reka bentuk 'L-Finesse' bagi menampilkan imej dan mutu sama seperti model perdana itu.

“Kehadiran model baru ini dijangka mengukuhkan kedudukan Lexus di pasaran tempatan,” katanya.

Ditawarkan pada harga atas jalan RM665,000 tanpa insurans, LS 460 dijana enjin 4.6 L V8 dengan VVT-iE yang berupaya menghamburkan 380 kuasa kuda dan tork setinggi 493Nm.





wowzieeeeeeeeee  aku betul2 teruja dgn lexus nih!!!  lebih half mil beb!!  mmg aku bermimpi nih...  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2008 10:16 PM | Show all posts
dulu my dad used to own LS430...

best tu mmg lar best for comfort level... then we realized this car can be boring sometimes (if you drive)...   do u know why? bcoz:

1) the engine is too quite (we are used with S-class, which the 3.2 litre V6 produces more grawl sound)... the LS430 it is like making love with a dead fish..  

2) the suspension is too soft which makes you not to feel the road..  good for chauffeur driven car..  mmg terasa terbang atas jalan..

3) top speed 180 kmph for 4.3 liter..  

unless if you sit as a passenger at the back, then this is the MOST COMFORTABLE car we've ever owned...

proud to own the LEXUS... totally different than mercedes s-class and bimmer 7 series..

[ Last edited by  BSundayB at 9-9-2008 10:18 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2008 11:59 PM | Show all posts
btol ke bes Lexus ni? aku tgh konpius nak amik Lexus ni atau Saga BLM..
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2008 12:07 AM | Show all posts

Reply #3 kunyit's post

trade in LC ko nyit, ambik lexus ni ngan skyline GTR R36 sekali..
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2008 12:20 AM | Show all posts
Originally posted by kunyit at 9-9-2008 23:59
btol ke bes Lexus ni? aku tgh konpius nak amik Lexus ni atau Saga BLM..


amik lexus la nyit..
amik BLM kalu baru 1.3 cc dia..
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2008 12:32 AM | Show all posts
lexus mmg far off better than a merc or a bimmer

dasar pandang ke timur,huhu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-9-2008 12:58 AM | Show all posts
Lexus ni tuk bini no 2 ker abe nyit ??
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2008 08:20 AM | Show all posts
uhhh... lawanya kereta..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2008 08:32 AM | Show all posts
mmg dahsyat lexus ni..ari tu aku tgh bawak kete dlm 180 km/j, selamba je dia highbeam aku & terus potong tanpa susah payah sikit pun..tak silap aku kete tu model IS 250 sbb nampak kecik sket..start ari tu terus hatiku terpaut pdnya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2010 08:20 AM | Show all posts
Lexus LS460 perlu servis khas


KERETA Lexus model LS460 yang dikatakan mengalami masalah pada enjin.





KUALA LUMPUR - UMW Toyota Motor, pengedar eksklusif kenderaan Lexus di Malaysia, akan mengendalikan kempen servis khas untuk model LS460 susulan laporan mengenai masalah enjinnya.

Menurut syarikat itu, kempen berkenaan akan mengatasi masalah fungsi spring injap yang didapati pada beberapa enjin V8 (4.6L) dan (3.5L) yang dikeluarkan di antara Ogos 2006 hingga Julai 2008.

Katanya, terdapat kemungkinan kecil ketidakstabilan atau bunyi bising enjin yang tidak normal pada enjin berkenaan.

"Dalam kejadian yang amat jarang berlaku, kemungkinan enjin terhenti semasa pemanduan. Bagaimanapun, tiada model lain Lexus atau Toyota di Malaysia berdepan dengan masalah itu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2010 01:08 PM | Show all posts
jgn risau toyota atau kete jepon yg masuk malaysia biasanye yg terbaik takkan ada recall punyer....tgk lah camry seluruh dunia dok kecoh pasal pedal minyak hak malaysia punyer takde pon........
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2010 11:31 AM | Show all posts
jgn risau toyota atau kete jepon yg masuk malaysia biasanye yg terbaik takkan ada recall punyer....t ...
raies Post at 3-7-2010 13:08


org mesia tak tau kat mana nak komplain kekdahya....
tau guna dan pakai....
report kat tribunal pun, cam tak der kesan...
Maka, tinggalla reputasi toyota yg kunun2 baik tuh....
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2010 11:54 AM | Show all posts
jgn risau toyota atau kete jepon yg masuk malaysia biasanye yg terbaik takkan ada recall punyer....t ...
raies Post at 3-7-2010 13:08



hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2010 12:38 PM | Show all posts
kete nih kene recall la kt Malaysia... tapi model 2007-2008 klu x silap... xde dgr pun ada masalah lagi, tapi kene recall gak sebab yg bahayanya, kete akan tetiba mati, bukan gliding tau, terus mati macam brek mngejut!

bahaya gila!
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2010 12:54 PM | Show all posts
Menurut syarikat itu, kempen berkenaan akan mengatasi masalah fungsi spring injap yang didapati pada beberapa enjin V8 (4.6L) dan (3.5L) yang dikeluarkan di antara Ogos 2006 hingga Julai 2008.

Katanya, terdapat kemungkinan kecil ketidakstabilan atau bunyi bising enjin yang tidak normal pada enjin berkenaan.


Masalah kecik katanya. valve spring bleh patah kira masalah kecik ek? hahhaha



sumber: http://www.autoblog.com/2010/07/ ... valve-springs-w-vi/
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2010 03:36 PM | Show all posts
aku penah memiliki kereta jenama Lexus iaitu GS300...all i can say that Lexus ni setaraf Merc and BMW...enough said...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 04:48 PM GMT+8 , Processed in 0.082766 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list