CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 9304|Reply: 56

Korang pernah nampak hantu?

[Copy link]
Post time 4-8-2008 06:35 PM | Show all posts |Read mode
Hehe...saya nak cerita skit beberapa pengalaman saya sendiri yg pernah terserempak dgn salah satu mahluk tuhan ni.Terpulanglah pada korang semua utk menilaikannya sendiri.Percaya atau tak,saya tak kisah.Saya tak dpt ape pun.Yg penting saya dpt kongsi pengalaman saya ni pada yg berminat...

Peristiwa 1.
Pengalaman pertama saya terserempak dgn hantu ni ketika saya masih kecil(umur sekitar 10 tahun).Ayah bekerja sebagai pengurus Felda yg menuntut kami tinggal di dlm kawasan pendalaman.Pekan paling dekat masa tu pun Pekan Bahau(masa tu masih taraf pekan lagi,skrg tak tau la).Ibu saya masa tu baru je lepas melahirkan adik saya yg ke-4(paling bongsu hingga skrg).Dlm pantang.Nak dijadikan cerita,satu mlm tu ibu demam.Dan klinik yg paling dekat masa tu pun terletak di Bahau.Jadi ayah pun terpaksa la drive mlm tu bawa ibu ke sana.Adik beradik semua ikut.Perjalanan ambil masa kira2 2 jam kalau tak silap saya.

Bila sampai di klinik tu,cuma kami sekeluarga je yg ada di tpt menunggu.Takde org lain.Mmg masa tu di pekan Bahau,pukul 9mlm ke atas org dah tak luar rumah.Mmg cukup sunyi.Di sebabkan bosan menunggu ibu dan ayah di dlm bilik doc,saya dan adik2 yg lain pun bermain di luar(di sekitar pintu klinik).Depan klinik tu ada byk pokok2 ara yg besar.Tgh seronok kami adik beradik main kejar2,saya terdengar bunyi org batuk di atas pokok.Mula2 saya tak berapa endahkan.Tapi bila batuk tu main kuat,saya pun memandang ke atas pokok ara yg merimbun tu.Dgn jelas,saya nampak satu mahluk berjambang lebat,dgn tanduknya seperti tanduk kerbau memandang tepat dan tajam ke arah kami.Saya cuma nampak hanya kepalanya sahaja.Badan tak nampak sebab terlindung dgn daun2 yg merimbun.Lagipun gelap.Cukup besar.Mahluk tu lansung tak mengalihkan pandangannya dari arah kami.Mulutnya kejap buka,kejap tutup.Matanya mcm tersembul keluar.Saya tunjukkan pada adik2 yg lain,adik saya yg nombor dua kelam kabut lari ke dalam klinik.Menangis takut.Akhirnya bila ayah dan ibu keluar dari bilik rawatan,kami tunjukkan pada ayah.Ayah bila nampak mahluk tu,terus tergamam."dah dah,jgn pandang2 lagi.Jom masuk dalam"Teringat arahan ayah pada kami masa tu.Dan syukur,mahluk dah takda masa kami nak balik...

Peristiwa 2.
Kali kedua saya nampak hantu ni masa saya dah pun dewasa.Dah bertunang dah masa tu.Masa tu saya dlm perjalanan pulang dari Gemas menghantar tunang saya pulang ke rumah.Saya memandu dgn ditemani rakan saya Tarmimi,memandangkan perjalanan pulang ke Senawang mengambil masa lebih kurang 2 jam.Sekurang2nya ada jugak geng berborak.Sampai di Senawang,lebih kurang pukul 12.05,kami ambil keputusan untuk mencari tempat makan sebelum pulang ke rumah.Sengaja saya masuk di satu kawasan perumahan(Tmn Desa Ixora),dengan niat nak jalan2 bersantai.Suasana tempat tu suram,dengan hanya diterangi lampu jalan dan orang pun dah tak keluar sangat masa tu.Nak dijadikan cerita,di satu jln dlm kawasan tu,kami nampak kelibat seorang perempuan bertudung sedang berjalan seorang diri menuruni bukit(sama arah jln dgn kami,jadi kami hanya nampak dia dari belakang).Tudungnya warna kelabu,labuh.Jln terjingkit2,tapi dlm keadaan tergesa2.Mcm nak cepat sangat.Tarmimi melawak pada saya,"agaknya perempuan ni kena halau dengan laki dia kot"..dan kami sesama gelak.Kami pun dengan niat yg nakal terus memperlahankan kereta nak menyakat.Bila kami betul2 seiring dengan dia,Tarmimi pun keluarkan kepalanya dari tingkap kereta sambil menegur,"Hai kak,nak gi mane tengah2 malam ni sensorang"..Dan bila perempuan tu berpaling,yarobbiiii.Saya nampak perempuan tu taringnya sampai ke dagu.Matanya bulat mcm bola pingpong.Bunyinya mendengus,mcm bunyi kucing yg tengah marah.Rasanya memang mahluk tu cukup marah kerana diganggu.Kami cukup terkejut.Ini la pertama kali saya nampak hantu sedekat dan se'real' ni.Mujurlah saya masih mampu bertenang,dan meneruskan pemanduan sebaik mungkin.Berlalu meninggalkan 'perempuan' tu yang tercegat berdiri memerhatikan kami pergi.Saya menjeling2 kearah cermin pandang belakang,takut juga kalau dikejar.Nampak dia hanya berdiri.(tipu kalau sesiapa cakap hantu tak boleh dilihat dalam cermin,saya nampak dia dengan jelas).Untuk kepastian,saya tanyakan pada Tarmimi,"Mi.ko nampak tak ape yang aku nampak?".."Aku nampak.,nampak taring..".Malam tu saya tak berani balik rumah.Takut kalau mahluk tu mengikut.Jadi saya habiskan masa saya di pusat snooker sampai matahari naik...

*lepas beberapa bulan,adik saya ada bercerita.Dia pernah dengan kawan2 dia bersihkan kawasan tu(sebab diaorang nak camping,kawasan tu kawasan lapang dan dekat dengan hutan).Dan dia dan member2 dia yg lain ada jumpa sehelai tudung berwarna kelabu.Diaorang pun masukkan dalam plastik sampah,ikat dan buangkan jauh2.Bila diaorg balik ke itu semula,diaorang nampak tudung tu ada semula di tempat asal.Apalagi,semua cabut balik rumah masa tu jugak(masa tu tengahari).Dan masa tu saya tak belum pernah ceritakan hal saya jumpa hantu tu pada adik saya(saya taknak diaorang takut).Memang misteri sungguh.

*Sampai sekarang ni.walaupun peristiwa tu dah lama berlalu(saya kini dah 4 tahun berkahwin dgn seorang cahayamata),wajah ngeri mahluk tu tetap terbayang2 dalam fikiran saya.

Kalau ada orang tanya saya, percaya kewujudan hantu?Dengan tanpa ragu lagi saya akan jawab YA!Sebab saya mengalami sendiri peristiwa tu.Dan saya anggap,saya antara yang bertuah kerana pernah bertembung dengan mahluk tuhan yang jarang memperlihatkan dirinya pada manusia.

Cerita ni bukan copy dan paste dari memana.Maaf kalau gaya penceritaan yang tunggang langgang.Asal korang faham pun ok la kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2008 08:44 PM | Show all posts
bes bace kisah ko ni,nasib baik antu macik tu tak follow main snooker skali
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2008 08:48 PM | Show all posts

Balas #1 APOLLYON\ catat

uii.... takotnye sy...


oja pown penah jumpa gak...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2008 08:49 PM | Show all posts

Reply #3 seroja's post

cerita la OJA,nak tau gak,aku belum ade pengalaman lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2008 08:59 PM | Show all posts
takutnya baca cite awk ni.........tak sanggup akak mengadapnya. mau fengsan, tak pun terus jalan.........
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2008 09:02 PM | Show all posts
huhu ngeri...cite ney cm blaku kat n9 jer
kampung aku n9 gak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-8-2008 09:03 PM | Show all posts

Reply #1 APOLLYON's post

saya pun ada pengalaman juga. Masa tu saya masih kecil lagi dalam 6 tahun. Saya tinggal dengan datuk dan nenek saya di kampung sg. bakap. Saya ingat lagi  waktu dekat dengan magrib , saya sedang pulang dari rumah sepupu saya terpaksa melalui banyak pokok2 manggis and rambai yang besar. Saya terpaksa melintas sebuah rumah ini sebelum sampai ke rumah datuk saya, Tuan rumah ini dipercayai membela. Tiap kali saya lalu kawasan itu saya akan merasa seram sejuk seolah2 ada orang mengekori saya. Tapi hari tersebut semasa melintasi rumah itu saya nampak ada sesuatu bentuk seperti red-indian chief lengkap dengan pakaian nya merah gitu sedang pegang macam tombak seolah2 macam on guard gitu. Saya cepat2  baca surah  aliklas dan terus berlari pulang. Amat menakutkan sekali.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2008 09:45 PM | Show all posts
aku tak penah nampak dan tamo nampak...

tapi dengar penah...

masa tu aku dalam sekolah rendah..
masa tu kitaorang ada latihan baca Alquran khas utk peserta yang mengikuti pertandingan mengaji wakil sekolah kat madrasah..
aku masih ingat..masa tu aku duduk kat tepi sebab giliran kawan aku sedang di perbetulkan bacaannya oleh ustaz..

bersebelahan ngan madrasah..ade semak samun tebal..( sekarang dah tade )
masa tu kira2 dalam jam 9 mlm dah..
dalam masa menunnggu kawan aku tu sipa latihan..
tetaiba terdengar kat telinga aku..sangat jelas..bagaikan kat  cuping telinga aku je..
tangisan bayi panjang...tapi dalam dual kali tarik tangisan tu..
kali pertama aku dengar aku anggap sebagai salah dengar je
tapi selang 2 minit aku dengar lagi dan lebih jelas lagi berbanding sebelumnya..

apa lagi...ak pun terus terlompat..
dalam ribaan kawan aku yang sedang ngaji..
masa tu tak bleh nak cakap pape walopun ustaz balik2 tanya..aku kenapa...
mlm tu ustas temankan kitaorang balik..sampai kat umah memasing...

kali kedua aku dengar ..masa tu kira2 jam 7 mlm..
tau la dlu2 kg jam 7 mlm dah sunyi..tapi skang tak lagi..
aku balik dari pasar malm..
sebenarnya aku g ngan mak aku
tapi mak aku cakap pulang dulu sebab dia nak singgah lagi kat umah sepupu aku..

ketika melalui satu kawasan yang masih bersemak tebal ( sekarang dah tade )
tetiba aku dengar lagi bayi menangis..
apa lagi ..aku terus memecut 100 meter sampai ke rumah

mak aku cakap...
tangisan bayi yang aku dengar tu adalah bayi2 yang di gugurkan kerana tidak berbapa..

rupanya buka aku sorang je yang penah dengar...

kalau nak citer seramm..
kg aku nih ada 1001 kisah..

kes orrang bela hantu raya susah nak mati tapi menjelma plak dalam bentuk muka yang lebih hudoh..kes bunuh diri dan menjelma semula..kes hantu pennanggal..kerasukan ..dan banyak lagi...

nih suma kisah benar...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2008 10:16 PM | Show all posts
alhamdulillah aku x penah berhadapan dgn situasi ni dan x hingin aku utk menghadapinye....
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2008 10:28 PM | Show all posts
kalu leh kau xnak jumpa..tapi org kata
semumur idup mesti kene jumpa
sekali jer tol ker
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2008 11:28 PM | Show all posts
dari pengalaman saya,perasaan kita kalau jumpa dgn mahluk2 mcmni..Takut+kagum.Dan kita akan jadi mcm tergamam..kaku...Lagi satu,betul ke orang kata anak2 kecil ni boleh nampak mahluk2 halus,tak tau la ye ke tidak.Tapi pernah skali tu,masa saya bawa anak saya keluar rumah masa senja(ambil barang dalam kereta),anak saya menunjukkan sesuatu kat serumpun pokok buluh.Mula2 dia hanya pandang tak berkelip,lepas tu dia mula menangis dan peluk saya sekuat2nya sambil tekup muka ke bahu saya.Fuh!Tuhan saja la yang tahu perasaan saya masa tu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2008 11:35 PM | Show all posts

Reply #11 APOLLYON's post

cube lu pandang belakang skrg,ade nampak apa2 tak..gua terdengar bunyi sesuatu je kat dapo umah lu tu..pi check tengok..
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2008 11:42 PM | Show all posts

Reply #8 nasikayampedas's post

apa lagi...start taip cerita2 seram anda
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2008 11:52 PM | Show all posts
lupe nak ckp,masa kejadian tu anak saya umur 1tahun2bulan.Sekarang dah 2 tahun.Walaupun agak menyeramkan,tapi ada gak yg lucunya.Setiap kali saya bawa anak saya melintas kat pokok tu,anak saya kalau tgh makan kuih ke mesti dia hulur ke situ,seolah2 mcm mempelawa 'org' tu mkn skali
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2008 11:54 PM | Show all posts

Reply #12 Cajole's post

dapur tgh meriah...sedara mara dtg bertandang
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2008 11:55 PM | Show all posts

Reply #12 Cajole's post

kucen je kut ... (bersangker baikk..)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2008 12:35 AM | Show all posts

Reply #16 ocho's post

jage2,makhluk tu boleh merupe..
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2008 12:36 AM | Show all posts

Reply #14 APOLLYON's post

suh la anak tu mintak nomo ekoq,kot2 mengena..cube yerk..
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2008 12:51 AM | Show all posts
aku nak cite banyak

masalahnya aku malas naip...

kan bagus kalau aku cakap..kibod aku taip sendiri



seram plak kibod bleh taip sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2008 12:55 AM | Show all posts

Reply #17 Cajole's post

kalau merupa kucen .. ok kut ..
jgn merupa yg lain2 dah laaa  ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:24 AM GMT+8 , Processed in 0.435313 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list