View: 24984|Reply: 262
|
[Merged] ALL about hydrofuel (minyak pakai ayaq)
[Copy link]
|
|
tadi tengok buletin utama citer pasal teksi pakai hydorfuel.
katanye boleh jimat patrol until 50%. kos pemasangan RM1000 - RM2000.
lagi murah ari nak pasang ngv.
emm... nampak menarik...
so ada sapa2 boleh share pasal hydrofuel ni.
[ Last edited by takumi86 at 31-7-2008 02:32 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
laaa..... sorry..
dah ade ke thread ni...
anyway thanks.. |
|
|
|
|
|
|
|
sistem nie mmg ok.......... cuma satu kelemahan je........ ekzos nanti karat.......... tukar laa pakai stainless steel punya........ |
|
|
|
|
|
|
|
18 Julai, 2008 23:09 PM
Hidrofuel Dikomersilkan Bulan Depan
PUTRAJAYA, 18 Julai (Bernama) -- Hydrofuel, gadget yang boleh menjimatkan petrol antara 29 peratus dan 50 peratus, akan berada di pasaran mulai bulan depan.
Presiden Hydrogen Fuel Industries (M) Sdn Bhd Dr Halim Ali berkata kilang syarikat itu di Banting akan mengeluarkan kira-kira 300,000 unit Hydrofuel sebulan.
Gadget itu akan dijual pada harga antara RM1,300 seunit bagi kenderaan yang menggunakan kaburator dan RM2,300 bagi kenderaan yang menggunakan suntikan bahan api, katanyakepada BERNAMA sebelum pelancaran Teksi Hydrofuel oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, di Dataran Masjid Putrajaya di sini.
Beliau berkata gadget tersebut yang mematuhi piawaian Malaysia, Singapura, Jepun, Taiwan dan Kesatuan Eropah, telah diuji dan diguna pakai oleh 100 buah teksi tempatan ketika ini.
Dr Halim yang juga pencipta Hydrofuel itu berkata gadget berkenaan terdiri daripada sebuah balang kecil kanister yang dipasang di bahagian enjin kenderaan dan tangki air lima liter di bahagian bonet belakang kenderaan.
Beliau berkata teknologi itu menggunakan campuran air paip dan minyak dengan nisbah 1.8m peratus:98.2 peratus.
"Air paip disuntik ke dalam kanister dan apabila melalui gelombang frekuensi tinggi, oksigen dan hidrogen akan berpisah. Hidrogen akan digunakan selari dengan petrol manakala oksigen akan memperkayakan pembakaran bahan api. Hasilnya petrol dapat dijimat antara 29 dan 50 peratus," katanya.
Teknologi itu dibangunkan sejak 1997 dan siap pada tahun 2002 dan diuji untuk tujuan pengkomersiolan pada 2006, katanya.
"Hydrofuel boleh digunakan untuk semua jenis kenderaan di bawah 2000cc yang menggunakan petrol termasuk jenis Continental," katanya sambil menambah kata teknologi itu mesra alam kerana mengurangkan 60 peratus pelepasan karbon monoksid.
Kenderaan yang sistem kaburator boleh menjimatkan petrol sehingga 29 peratus manakala yang menggunakan suntikan bahan api boleh menjimatkan petrol 50 peratus, sekiranya menggunakan Hydrofuel.
"Hydorfuel boleh membantu rakyat Malaysia menjimatkan bil petrol mereka," katanya.
Dr Halim berkata buat masa ini syarikat itu akan menumpukan pengeluarannya untuk pasaran tempatan sebelum mengembangkannya untuk pasaran eksport.
"Memang ada permintaan dari luar negeri tapi kita tumpukan pasaran tempatan dahulu," katanya.
Maamor Haji Kadal, 51, pemandu teksi dari Banting yang menggunakan Hydrofuel, berkata beliau kini hanya membelanjakan RM10 untuk petrol bagi perjalanan 100km dalam bandar berbanding RM30 petrol untuk perjalanan tersebut tanpa gadget terbabit.
"Pikap macam biasa, senang start (menghidupkan enjin). Tak ada masalah. Asap kereta pun kurang," katanya.
Seorang lagi pemandu teksi Dolat Mohammad Hussin Sahib, 57, dari Shah Alam berkata penggunaan Hydrofuel tidak memberi apa-apa kesan negatif terhadap enjin kereta.
-- BERNAMA
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=347068 |
|
|
|
|
|
|
|
mpv tak sesuai ek.. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #5 Acong\ catat
nampaknya banyak % minyak selamat kalau pakai Injection dari carburator |
|
|
|
|
|
|
|
teknologi nie mmg bagus cuma tak mendapat sambutan dr negara pengeluar minyak krn akan menyebabkan harga minyak mereka merundum............. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku try search pasal comp nih dalam web takder info lah sesaper ader contact tak aku berminat lah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Skrg nie dah ada kit komersi.al jenama Go Hybrid....... baru jupe.........
pemasang boleh buat utk keta sebarang cc......... 2000 cc ke atas pung tarak hal.......
sila rujuk thread nie: http://www.putera.com/tanya/index.php?showtopic=59747&st=375
rega cuma RM500 - 900..........
jaminan penjimatan 50%.......... kalu penjimatan tak capai 50%, seller kata takyah bayo apa |
|
|
|
|
|
|
|
awat laa KPDNHEP dengki sgt nie? kimak btol.......!
http://www.putera.com/tanya/index.php?showtopic=59747&st=500
Hem, aku dri sabtu laaa tggu nk psg, smlm dh hmpir2 nk psg, org asikpotong q jer, ari ni, bila dh nk ampir psg, org kpdn lak kaco, dorgtnye lesen la, ada permit ke tak, ramai try backing cikgu td, kata ygni cuma utk members club je, bukan utk public.... ada 1 pegawai tu ckpkt aku, ada org komplen yg cikgu tawarkn pemasangan rm50, tp bila dhpsg jd lain hage, yg sorg lg pegawai dia, rmbut karat, ckp poyo jer,rasa nk letup jer muke mamat tu td... smua yg dtg tu melayu tu, siapada slang pntai timur lg, bkn bgsa lain, tp tkde adab...main terjahje.... rmai suspek mamat yg pakai perdana v6 silver tu wat report, sbbdia nye ada prob...x silap aku...3x dia dh tuka balang... tah la...nasibbb... nasibbb... anyway, kita doakan cikgu reza ngn eboss selamatn brg2 dia x kena cas ape2 la... kalo x, kempunan la aku nk kurangknminyak... ape2 hal, jgn putus update la... |
|
|
|
|
|
|
|
acong ko dh pasang ke?
brape lama dia pasang menda tu eh..
aku mcm berminat gak..
lagi satu..ada keburukan ke kat enjin?
aku nak masuk kat enjin injection aku nih.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by apex at 19-7-2008 20:51
acong ko dh pasang ke?
brape lama dia pasang menda tu eh..
aku mcm berminat gak..
lagi satu..ada keburukan ke kat enjin?
aku nak masuk kat enjin injection aku nih..
err............. aku tukang promosi teknologi nie je.........
blum pasang pung. |
|
|
|
|
|
|
|
ko try pasang dlu cong..kalau x meletup keta n effective..mjimatkan minyak, ko kecoh2kan ler benda ni...aku akan follow ur footstep..hehehehe.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|