CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20800|Reply: 87

Drama Bersiri: Sari Maya [TV9] Isnin - Khamis jam 7.30 malam

[Copy link]
Post time 25-7-2008 08:49 PM | Show all posts |Read mode


Sapa ada tengok drama ni kat TV9?

Aku tgk online je sbb kat sini xde TV9...boleh tahan best jugak citer nih..

Lakonan hebat Zizie Ezette, Kuza, Fauzi Nawawi, Rozita Che Wan, Nabila Huda, Liyana Jasmay dan ramai lagi.

Sinopsis:

Menerusi drama bersiri yang mengandungi 26 episod ini, penonton akan melihat bagaimana Aishah, isteri pertama Dali melalui saat-saat getir apabila mendapat tahu dia dimadukan oleh suaminya. Dali telah memperisterikan Rubiah sebagai isteri keduanya tanpa persetujuan Aishah. Ini membuatkan Aishah berasa amat sedih dengan tindakan suaminya itu. Saban hari, Dali lebih meluangkan masa bersama Rubiah. Rubiah pula cuba mencari pelbagai helah agar Dali tetap tinggal bersamanya tanpa mempedulikan Aishah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2008 09:02 PM | Show all posts
cter ni senja..ade skali aku trtengok .. tp msa aku tgk tu aishah dh mati.. dali dh bwk maya tggl ngn biah tu

yg aku xle blah, dak2 tu blakon la..tgelak2 msa kna pukul plak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2008 09:17 PM | Show all posts

Kisah kongsi suami pikat Fairuz Loy

Oleh Nurulhisham Abdul Latiff
nurul@bharian.com.my



Sari Maya hiasi slot Mahsuri di TV9 mula tayang 15 Julai 

DARIPADA pengarah yang pernah menghasilkan drama Susuk, Mat Jenin, Ayyad dan Sekam Cinta, kini Fairuz Loy tampil bersama sebuah lagi siri yang pasti menyayat hati dan perasaan, Sari Maya, terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd. 

Mula ditayangkan pada 15 Julai lalu, siri terbabit membariskan nama popular di kaca televisyen tempatan seperti Fauzi Nawawi, Nabila Huda, Liyana Jasmay, Kuza dan Zizie Ezette. Tidak ketinggalan menjayakan drama 13 episod itu ialah beberapa muka baru seperti Esliza Loy dan Nur Afida. 

Menghiasi slot Mahsuri di saluran TV9, jam 7.30 malam, drama sepanjang 26 episod yang disiarkan setiap Selasa sehingga Khamis itu membawa penonton mengikuti kisah seorang wanita, Aishah, berdepan saat duka apabila dimadukan suami, Dali, tanpa kerelaan. 

Menurut Fairuz, drama arahannya itu cuba mengupas kisah kehidupan manusia yang tidak pernah berasa puas hati walaupun terhadap adik beradik sendiri. 

"Dalam kehidupan kita seharian, masih ada insan yang suka berhasad dengki, biarpun terhadap anggota keluarga sendiri. Menerusi drama ini, saya cuba mengupas isu berkenaan, dengan harapan ia menjadi teladan," katanya pada majlis pelancaran drama itu di Sri Pentas, baru-baru ini. 



Penulis skripnya, Mufid Suhaimi Bahaudin pula menegaskan, kisah yang dikemukakan menerusi Sari Maya bukanlah 100 peratus sama dengan Bawang Putih Bawang Merah tayangan TV3, yang mendapat sambutan hangat sedikit masa lalu. 

"Sebaliknya, saya mencorakkan ceritanya supaya lebih bersifat semasa dan lebih dekat dengan kehidupan masyarakat Melayu kita di sebelah sini," katanya yang menolak andaian drama itu dihasilkan berdasar kepada mana-mana kejadian sebenar. 

Paling penting, kata penulis ini, drama bersiri terbabit cuba mengetengahkan tema mengenai kebaikan dan kejahatan dengan matlamat akhir supaya penonton dapat mengutip sedikit pengajaran untuk lebih berhati-hati dalam setiap tindak tanduk mereka.


Info: 

EPISOD pertama hingga ke-10 Sari Maya dirakamkan di Perlis, manakala penggambaran episod selebihnya dilakukan di sekitar Kampung Baru Kuala Lumpur. 

SLOT Mahsuri di TV9 sentiasa menampilkan drama kemasyarakatan dan mencatat purata tontonan antara 300,000 hingga 400,000 orang. Sari Maya dijangka mampu menarik perhatian sehingga setengah juta penonton apabila ditayangkan. 

BERBEZA dengan drama lain, penonton akan dapat mengikuti kisah Sari Maya dalam tiga peringkat utama, iaitu peristiwa yang berlaku pada ketika Sari dan Maya mula-mula dilahirkan, ketika mereka menjengah alam kanak-kanak dan setelah mereka meningkat remaja.

  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2008 12:57 AM | Show all posts
zizie punye lakunan sbg mak tiri kejam berkesan..
rasa mcm nak lempang2 jer moka dia :@ :@ :@ :@

kuza skang dah byk kuar tv ek??   baru perasan
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2008 02:59 PM | Show all posts
Ada tertengok hari tuh... best gaks..
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2008 11:08 AM | Show all posts
sempat gak tengok sekali..masa tu bebudak tu dah besar sekolah rendah kan...
tengok lompat2 so tak tahu sgt jalan citer nih..kiranya yang jahat tu nanti nabila la yer?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-7-2008 11:12 AM | Show all posts

Reply #6 cendawanbonyok's post

yup...yg jahat tu nnt nabila..yg baik tu liyana jasmay..
kalo ko nk tgk episod lepas2.. bleh check kat website tv9

www.tv9.com.my
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2008 02:02 AM | Show all posts
kesian nye maya
ade ke biah xkasi makan nasik..budak tu dah le lapar br balik skolah

jahat sungguh si biah tu rasa cam nak tenyeh2 je moka dia :@ :@ :@ :@ :@
anak dia si sari pon sama gak :@ :@ :@
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-7-2008 02:04 AM | Show all posts
haku sorang je ke tgk cerita neh
dah 7 episod dah
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2008 08:46 AM | Show all posts
bes gak cite ni tp waktu tayangan xsesuaiiii..
dak kecik yg jd liyana mase kecik aku tgk pndi bakun..okla
zizie pndi giler jd mak tiri..takut aku tgk dia pgg gunting ngn parang ari tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2008 09:03 AM | Show all posts

Reply #10 dark_chocolate's post

liyana masa kecik yg mana satu??
yg umo 5 tahun ke yang sekolah rendah??

aku suka tgk budak yg jadi maya sekolah rendah...sayu je muka dia
ada iras2 adik pompuan aku...
xleh bygkan adik aku diseksa mcm tu..
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2008 12:23 PM | Show all posts
aku tengok jugak cerita ni, time suap anak2 makan malam hehehe..

tapi aku lagi sakit hati dengan perangai lembap si Dali tu. Biah tu ok lagi, tapi Dali tu boleh selamba jee percaya bini.

Si Dali ni harapkan orang lain lak carik maya time si maya tu tido kat pondok tu.

Pas tu si kuza tu boleh menjelma lak. Tiap kali menjelma, suruh anak dia bersabar. Tu je la dialog dia hari-hari.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2008 12:58 PM | Show all posts

Reply #12 cap_ayam's post

Dali ni mmg tunduk kat bini dia sejak kena ugut hari tu
Kalau x nyawa Maya akan jadi galang gantinya

Biah ni mulut manis xhengat dpn laki dia... "puas Biah pujuk dia bang, tapi dia degil taknak dengar cakap " :@ :@  plastik nak mapuh :@ :@

skang ni nk racun pikiran laki dia pasal cikgu Hisyam rapat dgn Maya... :@ :@ :@

Biah ni jahat giler :@ :@
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2008 12:58 PM | Show all posts

Reply #12 cap_ayam's post

dialog Kuza xlain xbukan "Maya bersabar ye" pastu hilang ditelan kabus
tapi muzik latar dia tu sedih r...buat aku sebak
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2008 01:19 PM | Show all posts

Reply #14 beta_carotene's post


senangnya dialog kuza

liyana mase umo 5tahun tu yg pndi bkun aku tgk..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2008 01:36 PM | Show all posts

Reply #15 dark_chocolate's post

budak tuh kalo ko perasan ada slang utara
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2008 12:30 AM | Show all posts
pe lagu mase time cite ni eh?
aku dgr cam serupa lagu sempurna..sbb ada part kau adalah nafasku,jantungku..
bukan lagu intro sbb lagu intro to'ki yg nyanyi kan

sape eh yg jd hero cite ni?
nas-t dr drama kami ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2008 08:17 AM | Show all posts

Reply #17 dark_chocolate's post

lagu indon masa time cite ni tajuk dia Kaulah Hidup dan Matiku nyanyian kumpulan Naff
ada kat signature aku..   best lagu dia..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2008 08:22 AM | Show all posts
Episod 8 aku suker

Rancangan Biah nak fitnah cikgu Hisham dgn Maya gagal sbb kaki dia terpijak kaca masa nak letak baju Maya di rumah Cikgu Hisham

Pastu terkantoi pulak dgn cikgu Hisham yang baru balik dari sekolah

Siap boleh offer nak jual badan supaya cikgu Hisham xbgtau laki dia

Aku makin kesian dgn Maya...dahlah xdibagi makan..kena buat keje sekolah org lain plak tuh..aku dah takut dah dgn plan Biah nak fitnah dia...takut bertambah lagi satu masalah dia..

Sari tu plak kecik2 dah bitchy..mengikut perangai maknya.. :@ :@ :@

Citer ni mmg menyentap jiwa laa
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2008 11:16 AM | Show all posts
tapi pelik jugak kan sebab tiba2 je si dali tu kata dia dah tau kisah sebenar, cikgu hisham dah bagitau segala-galanya.

persoalannya, bila cikgu hisham tu bagitau si dali?

semalam jemaan si kuza tak muncul. kalau tak musti dia suruh ' sabar ye, maya'.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 06:15 PM GMT+8 , Processed in 0.412166 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list