View: 2952|Reply: 0
|
bird's nest stadium & water cube - struktur mega sukan olimpik 2008
[Copy link]
|
|
Pusat Akuatik Kebangsaan Beijing (water cube).
Pusat Akuatik Kebangsaan Beijing direka oleh PTW Architects, dan CSCEC International Design and Arup with structural Engineers Arup conceiving the structure.
Dibina bersebelahan dengan stadium kebangsaan Beijing (Bird's Nest), struktur ini berasaskan rangka keluli dengan teknologi yang asalnya untuk kegunaan angkasa lepas. Setiap rangka keluli tersebut mempunyai polimer seperti cermin air yang membenarkan kadar penembusan cahaya lebih baik daripada cermin biasa dan dipercayai dapat menjimatkan penggunaan tenaga sehingga 30%.
'Water cube' mampu menampung sehingga 17,000 penonton pada acara air semasa sukan Olimpik Beijing nanti. Struktur mega ini dibina atas keluasan sehingga 65,000 kaki persegi.
Menurut sumber, water cube akan dijadikan pusat aktiviti riadah untuk kegunaan orang ramai selepas sukan olimpik nanti.
Stadium Kebangsaan Beijing (Bird's Nest)
Stadium Kebangsaan Beijing atau lebih dikenali sebagai sarang burung (bird's nest) merupakan stadium utama untuk sukan Olimpik Beijing 2008 tidak lama lagi. Stadium ini akan menjadi hos utama majlis pembukaan dan penutupan selain menjadi lokasi pertandingan olahraga..
Struktur hebat ini siap sepenuhnya pada Mac 2008 dan mampu menampung kapasiti 91000 penonton pada temasya sukan Olimpik nanti. Stadium ini mempunyai 330 meter panjang, 220 meter lebar dan 69.2 meter tinggi. Pembinaannya berasaskan keluli sepanjang 36 Km yang dibentuk supaya menyerupai sarang burung. Berat keseluruhan stadium ini mencecah 45000 tan meliputi 258000 kaki persegi.
Stadium ini memakan kos 3.5 billion yuan (423 billion USD) atau bersamaan dengan RM 1.35 billion. Pernah satu ketika dianggap mustahil untuk dibina dan kini merupakan struktur tarikan untuk Sukan Olimpik Beijing 2008 yang akan bermula pada 08.08.08.
banyak lagi info yang menarik di www.apesaje.co.cc |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|