View: 2950|Reply: 7
|
Badan Bersisik - Tak dapat Tidur Malam -
[Copy link]
|
|
Tidak tidur lena kerana badan bersisik
Oleh HARADIAN SHAH HAMDAN dan NORAINI A. GHANI
MANSOR (kanan) bersama isterinya, Noriah Ibrahim berkata sesuatu
kepada Mohd. Kamarul di Kampung Padang Muar, Setiu semalam
SETIU - Tidak pernah merasa nikmat tidur sejak 16 tahun lalu.
Begitulah nasib, Mohd. Kamarul Mansor yang sukar melelapkan mata dan kadang-kala hanya terlena kurang 30 minit setiap malam, akibat penyakit kulit kronik yang dialaminya sejak lahir.
Ekoran penyakit luar biasa itu, kulit remaja yang belajar di tingkatan empat ini akan terlampau gatal dan terpaksa menggarunya sehingga menggelupas dan luka.
Selain bersisik, kulit Kamarul juga akan mengeluarkan bau kurang menyenangkan.
Menurut bapanya, Mansor Mahmud, 54, kerap kali anaknya mengerang sakit pada waktu malam.
"Begitulah yang berlaku setiap malam, nak tidur sejam pun susah, mungkin 30 minit saja dia lelap, selepas itu gatal semula.
"Saya terpaksa sapu badannya dengan ubat supaya dia boleh rasa lega sikit," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Padang Muar di sini semalam.
Mansor berkata, anaknya tidak boleh berpanas dan bermain di luar sebab kulitnya sensitif dan jadi gatal.
Selain itu, katanya, dia juga takutkan air dan tidak suka mandi kecuali disuruh.
Ujarnya, ada ketikanya dia menitiskan air mata mendengar rintihan sakit anaknya itu.
"Dia tanya bila nak elok, sebab dia dah lama sangat macam ini," katanya yang membuka kedai runcit kecil-kecilan di rumahnya.
Ujarnya, pelbagai rawatan telah dilakukan bagi merawat anaknya tetapi semuanya tidak berhasil.
Pada masa sekarang mereka menanggung kos membeli sejenis air minuman berharga RM100 daripada sebuah klinik bagi mengurangkan rasa gatal.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
kesian pada dia... tapi kenapa tak bawa pergi dermatologist, eh...
mungkin mereka boleh confirmkan apa sebenarnya penyakit
kamarul tu... tak akan dah 16 tahun langsung tak jumpa pakar
sakit kulit.. - lagi pula apa guna dok belanja rm100 per month beli air
tu bertahun tahun tapi memang tak boleh baik pun - tu cuma nak
reduce kegatalan...
hopefully ada lah orang kat situ yang suggestkan bapa kamarul tu
bawa anak dia jumpa doctor kulit..
rasanya budak tu pun tak pergi sekolah... -- mungkin kalau dapat
rawatan yang effective boleh ubat penyakit tu- |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya budak nih
nampak ketara budak tuh nampak cam tua jerk...disebabkan stress tak tido... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #4 waneeda1904\ catat
aku pun rasa cam tu psoriasis ni lagi stress lagi dia naik |
|
|
|
|
|
|
|
Urmm... penyakit kulit agaknyer.. |
|
|
|
|
|
|
|
ya Allah, kesian aku tengok budak tu...
berat mata memandang berat lagi bahu memikul :victory::victory::victory:
|
|
|
|
|
|
|
|
gunakan gel gamat |
|
|
|
|
|
|
| |
|