CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2393|Reply: 5

Lexus GS 300

[Copy link]
Post time 20-6-2008 09:44 AM | Show all posts |Read mode
LEXUS GS 300 diperkasa Mark Levinson

Oleh Johardy Ibrahim johardy


Reka bentuknya dibina dengan falsafah radikal L-finesse Lexus.



LEXUS GS 300 ini mula dipasarkan di peringkat global pada tahun 2005
tetapi disebabkan Lexus hanya memasuki pasaran Malaysia pada Disember 2006, ia menjual model terdahulu sehingga Disember tahun lalu.

Jadi model yang diperkenalkan pada Januari lalu merupakan generasi ketiga GS. Reka bentuknya dibina dengan falsafah radikal L-finesse Lexus, yang menggabungkan gaya unik lagi elegan dengan kehalusan bahagian dalaman serta dinamik pemanduan yang menawan.

Lexus GS 300 generasi ketiga ini mengekalkan enjin 3.0 L V6 3GR-FSE dengan Dual VVT-I dan enjin 24-lejang DOHC menghasilkan 228 bhp pada 170 kW kuasa pada 6,200 rpm dan 300 Nm tork pada 4,400 rpm.

Sebenarnya, facelift pada GS 300 sangat halus dan jika tidak diberitahu, tiada siapa akan perasan perubahan luarannya. Ia merangkumi rekaan jeriji yang diberi gaya baru dan lampu depan, lampu isyarat pada cermin sisi, bamper belakang dan bahagian bawah badan yang rendah bagi meningkatkan keberkesanan aerodinamik.

Hiasan dalaman merangkumi tuas gear jenis berlekuk yang direka semula, penukar gear dan instrumen yang dipertingkatkan, soket audio tambahan dan 14 pembesar suara Mark Levinson Premium Surround System yang boleh menggunakan iPod.

Dengan rekaan rim sport 7 jejari berukuran 17 inci, teknologi canggih GS 300 juga dipertingkatkan dengan sistem Pengurusan Bersepadu Dinamik Kenderaan (VDIM) yang direka untuk memantau semasa kenderaan tergelincir.
Sistem audionya

Antara ciri luar biasa pada setiap kenderaan Lexus ialah sistem audionya yang menggunakan jenama premium Mark Levinson. Ditubuhkan sejak 1972, Mark Levinson melakar nama sebagai sistem audio yang canggih dan disebabkan harganya yang mahal, hanya orang tertentu sahaja mampu memilikinya.

Produk Mark Levinson kebanyakannya adalah untuk sistem stereo atau teater rumah. Meskipun begitu, sebilangan pembuat kenderaan memasang sendiri sistem Mark Levinson ke dalam kereta. Ia menyebabkan hasil audio yang tidak memuaskan.

Keadaan itu, bagaimanapun berubah apabila Mark Levinson bertemu Lexus. Melalui perkongsian bijak ini, Mark Levinson diberi peluang sama-sama membangunkan sistem audio mengikut model kereta Lexus.

Sebaik sahaja pintu kereta ditutup, pemiliknya diselaputi dalam irama yang harmoni. Ciri lain bunyian Levinson/ Lexus ialah ia membolehkan pendengar mengesan setiap instrumen muzik dan suara vokal yang berkumandang.
Suasana dewan konsert

Tidak kurang daripada 11 pembesar suara dipasang di dalam kabin kenderaan, yang memberi suasana dewan konsert kepada penumpang kereta Lexus.

Bagi model GS 300, ia dipasang dengan sistem surround 330 watt, 14 pembesar suara yang memberikan bunyi yang bertenaga, kaya dan tulen. Ia juga mengandungi ciri pemain DVD iaitu penukar 6 cakera padat dan cakera padat digital yang juga boleh memainkan MP3/WMA.

Bagi model RX 350 pula, ia dipasang dengan sistem Mark Levinson 11 pembesar suara. Ia mengandungi 10 saluran, amplifier 300 Watt, Dolby Digital dan bunyi DTS.

Dalam model Lexus IS 250 Mark Levinson menyediakan sistem audio 14 pembesar suara manakala Lexus LS 460 memaparkan seni bina pembesar suara 7.1 saluran dengan Reference Surround Sound, 5.1 saluran mainan semula dan 19 pembesar suara yang memberikan pengalaman mutlak bunyi.


Segmen kereta mewah

Lexus Malaysia yakin pengenalan model GS 300 yang dipertingkatkan, bakal mengukuhkan kedudukannya dalam segmen kereta mewah di pasaran automotif tempatan tahun ini.

Pengarah Urusan UMW Toyota Motor Sdn. Bhd., Kuah Kock Heng berkata, pihaknya telah berjaya mencapai sasaran jualan tahun 2007, dengan lebih 195 buah Lexus terjual dan GS 300 mewakili 83 buah atau 42.5 peratus daripada jumlah jualan keseluruhan.

Menurutnya, untuk tahun ini, pihaknya meletakkan sasaran jualan tambahan 50 peratus lagi daripada sasaran tahun lalu.
GS 300 yang dipertingkatkan itu dijual pada harga RM408,800 (tanpa insurans) dan beza harga dengan model terdahulu ialah kira-kira RM5,000 sahaja.

GS 300 sebelum ini ditawarkan hanya dengan tiga warna, kini ditambah empat lagi iaitu Black Opal, Black Opal Mica, Beige Metallic dan Forsty Pearl Mica.



kalu kat states tak ler semahal mcm ni.. mahal woo  rm400k... tapi keta dia memang ler pawa beb... kalu naik tu rasa grand aje ...  kalu masa kat college dulu.. mmg idamkan nak pakai lexus ni...  tapi kat m'sia ni.. weyyyy  too expensive ler pulak.. kalu aku menang 6/49 mungkin boleh consider lexus nih..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2009 02:25 PM | Show all posts
Antara kereta idaman aku...wayyyy better than Merc or BMW...kalau dekat amerika, lexus adalah bench mark kepada quality kereta...tapi kat malaysia mahal sangat, boleh beli dua bijik rumah kalau nak beli keter ni...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2009 06:39 PM | Show all posts
dengan harga ini, saya boleh beli apartment satu, kereta satu dan buka satu bisnes kecil...
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2009 09:16 AM | Show all posts
tp kalau orang yang beli lexus ni sah2 la umah dah 3 4 bijik...keta pon 3-4 bijik....haha.. lexus...still a japanese car...not a german...re-badged toyota...haha

btw...lexus nye build quality mmg superb...

long live mercedes!
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2009 03:33 AM | Show all posts
Ada sesaper yg ada schematic wiring diagram utk audio keta lexus nie??Aku nak tengok camna dia set up speaker sampai 14 biji tu?Berapa amp dia pakai,midrange,tweeter,sub and so on....
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2009 09:20 PM | Show all posts
Pendapat saya, SUV Lexus lebih selesa diguna pakai untuk perjalanan jauh
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 09:19 PM GMT+8 , Processed in 0.402841 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list