|
Rekaan bergaya siri kamera digital BenQ
| Kewujudan rangkaian Kamera digital BenQ ini menjanjikan kualiti terhadap hasil rakaman yang dibuat
|
RANGKAIAN kamera digital di pasaran dirancakkan dengan kehadiran pelbagai jenama yang ditawarkan kepada pengguna.
Didapati rangkaian kamera digital yang terdapat di pasaran hadir dengan pelbagai bentuk, saiz, warna, fungsi khusus bagi memenuhi permintaan gaya hidup pengguna masa kini.
Justeru, pengguna kini mempunyai pilihan yang lebih dalam mendapatkan kamera digital kompak yang sesuai dengan cita rasa masing-masing.
Oleh yang demikian, tanpa membuang masa.
BenQ telah mengambil inisiatif bagi memperkukuhkan kedudukan di pasaran dengan mengumumkan rangkaian kamera digital terbarunya model C750, C850, T850 dan E800 baru-baru ini.
Dimulakan dengan C750 dan C850, kedua-dua model tersebut merupakan model yang menjalani proses naik taraf sekali gus memperbaharui kamera digital siri rangkaian C keluaran BenQ sebelum ini.
Model C750 didatangkan dengan janaan kamera bersaiz 7 mega piksel, manakala C850 pula tampil dengan keupayaan kamera 8 mega piksel.
Dari sudut rekaan, kedua-dua model tersebut memperlihatkan penyepaduan pengunaan material kulit dan logam diaplikasikan pada binaan badan kamera tersebut.
Penerapan material kulit di bahagian kanan kamera tersebut menyerlahkan lagi rekaan selain memberi cengkaman yang selesa dan kukuh kepada pengguna.
Sementara itu bahagian selebihnya diselaputi dengan binaan berteraskan logam.
Dalam pada itu, bahagian belakang kamera tersebut dilengkapi dengan skrin paparan LCD luas sebesar 2.5 inci bagi model C750 dan 2.7 inci bagi C850.
Selain itu, kedua-dua model tersebut didatangkan dengan kemudahan auto fokus sebanyak 3X, fungsi bebas getaran, mod rakaman senyuman dan juga kemudahan rakaman video.
Lebih menarik, model C750 itu telah memenangi anugerah 'Red Dot' kerana reka bentuknya yang inovatif, berprestasi tinggi serta mempunyai fungsi unggul yang diiktiraf oleh lembaga antarabangsa bagi produk konsep dan reka bentuk komunikasi, 'Essen Design Zentrum Nordrhein Westfalen'.
Sementara itu, model T850 pula merupakan model yang mempunyai rekaan bergaya selain menjanjikan prestasi rakaman terbaik kepada pengguna.
teknologiModel tersebut didatangkan dengan warna merah dan hitam yang dijana menerusi kemudahan kamera 8.2 mega piksel.
Keunikan model T850 diserlahkan lagi dengan penerapan skrin paparan luas sebesar tiga inci serta hadir dengan teknologi sesentuh.
Ini sekali gus membolehkan para pengguna mengendalikan aplikasi dengan mudah dan pantas dalam menghasilkan rakaman yang jelas lagi terang.
Sama seperti, siri rangkaian C, model ini turut menawarkan fungsi pintar seperti kemudahan auto fokus, fungsi bebas getaran super, mod rakaman senyuman dan juga kemudahan rakaman video.
Sebagai tambahan kepada fungsi model ini, T850 menyediakan fungsi penjejakan muka dan fungsi lampu Z yang berupaya mengesan serta merakam imej di bahagian muka secara automatik.
Sebagai lanjutan kepada pengenalan siri kamera BenQ ini, syarikat tersebut turut memperkenalkan siri rangkaian E yang memperlihatkan penghasilan E800 sebagai model permulaan siri rangkaian tersebut.
kelainanModel E800 yang tidak kurang hebatnya itu didatangkan dengan pacuan kamera bersaiz 8 mega piksel serta fungsi yang sama seperti rangkaian T.
Namun, model tersebut hadir dengan fungsi tambahan iaitu dengan kehadiran 13 mod berbeza sekali gus menawarkan kelainan dalam penghasilan rakaman.
Kesemua model tersebut sudah berada di pasaran tempatan dan boleh didapati dengan harga C750, RM399; C850, RM499; T850, RM799 dan E800, RM599.
Maklumat dan spesifikasi lengkap produk boleh didapati dengan melayari laman web BenQ.com.my. |
|
|
|
|
|
|
|
ok ke kamera ni?ada kawan kino pakai kamera ni....gambo dia nampak cam tak cantik la walaupun dia punya kamera tu 6mp sama cam sony kino yang lama..
tapi tatau la kalo setting dia tak sama ke cemana.... |
|
|
|
|
|
|
|
gambar cantik x cantik bukan berdasarkan MP kan?... tgk jenis lens...
bukan u ni pro photographer ke ?/... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 metalique's post
i bukan photographer pun....
i orang yang suka photography....
ada beza tu...
anyway, betul la tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
sorry nak bagi pandangan. jikalau camera compact digital, MP yg berbeza mmg tak menjamin quality gambar, tapi bukan pada DSLR. mmg ada beza. Lens yg sama pun kalau body camera berbeza lain qualitynya, bukan bergantung pda lens sahaja. kalau tak, baik jual camera satu model jer, pakai lens lain2. |
|
|
|
|
|
|
|
salam..sowwi kalau salah masuk..
kita nyer kamera jenis BenQ..
kita terdeleted semua gambar dalam kamera ni..
mcm na yek nak recovery balik..ada sesapa tahu tak..
K TQ ^_^ |
|
|
|
|
|
|
| |
|