|
betul ke aku dengar botol plastik kita x boleh pakai lama...macam botol plastik mineral tue...kita simpan buat air sejuk ke,air suam ke...
saper tau info nie kongsi |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 wineps's post
latest yang aku dengar boleh guna semula yang ada lambang recycle dan no 5. |
|
|
|
|
|
|
|
bahaya pakai botol recyle, aku ada baca kat satu artikel lama dah, bleh kene kanser.
x taulah sejauh mane benarnye.
botol susu baby tu pon kalu bleh dicdgkan x lebih dr 3 bulan je pakai. |
|
|
|
|
|
|
|
botol susu baby tue aku tau laaa....tapi aku dengor bleh pakai dalam 6 bulan jer....3 bulan ke 6 bulan nie....?
kalau botol mineral tue kita pakai balik boleh lagi ke...????macam aku beli botol mineral 5.5 liter tue simpan air kosong jer....
tapi bila botol tue dah agak nampak lama aku buang laaaa....
bleh ke aaarrrr....??? |
|
|
|
|
|
|
|
Botol air mineral yang telah habis diminum adalah tidak disarankan untuk digunakan kembali. Kandungan plastik yang disebut "polyethylene
terephthalate atau PET) yang terkandung di dalam botol ini mempunyai eleman penyebab "KANSER"(diethylhydroxylamine or DEHA).
BOTOL INI HANYA SELAMAT untuk penggunaan sekali sahaja, sekiranya untuk di simpan lama ianya hendaklah tidak melebihi satu minggu dan jauhkan dari haba.
Pembasuhan dan bilasan yang berulang boleh menyebab kebocoran dan agen penyebab kanser itu akan meresap ke dalam air minuman tersebut. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
SIKAP tidak suka membazir, termasuk menggunakan sesuatu barangan yang masih elok berulang kali bukan saja terpuji, malah perlu digalakkan.
Bagaimanapun jika anda suka menggunakan botol air galian berulang kali untuk suatu jangka masa lama, hentikan segera kerana tabiat itu sebenarnya lebih banyak mengundang keburukan.
Ini kerana botol air galian yang dibuat dari Ployethylene Terephtalate atau lebih dikenali sebagai PET mempunyai beberapa kekurangan yang boleh membahayakan kesihatan pengguna apabila digunakan berulang kali, terutama jika terdedah kepada cuaca panas.
Penggunaan PET dalam pembuatan botol minuman bermula secara meluas selepas dipatenkan pada 1973.
Pensyarah Kanan Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Ishak Ahmad, berkata isu utama ialah sama ada bahan kimia yang digunakan boleh larut resap dalam air mineral.
Sebenarnya setiap plastik yang digunakan untuk pembungkusan makanan dipastikan selamat oleh pihak berkuasa seperti Food and Drug Administration (FDA) di Amerika Syarikat. Persoalannya, sejauh manakah pengeluar botol mematuhi prosedur yang ditetapkan.
Bagi memperjelaskan perkara ini, beliau berkata semua bahan plastik di pasaran sekarang adalah berasaskan petroleum.
Dalam proses pembuatan botol air galian, katanya peringkat pertama membabitkan proses tindak balas kimia untuk menukarkan petroleum kepada bahan asas dengan penggunaan pemangkin seperti antimoni.
`Peringkat kedua membabitkan bahan kimia seperti Dimetil Tereftalat (DMT) dan Etilena Glikol (EG) dengan menggunakan pemangkin tertentu. Bahan campuran seperti DEHA juga ditambah kepada bahan asas untuk menghasilkan botol mengikut reka bentuk yang dikehendaki," katanya.
Beliau berkata, antimoni yang boleh menyebabkan barah hanya digunakan dalam proses tindak balas kimia dan sepatutnya tidak wujud dalam botol plastik.
Walaupun ada dakwaan bahawa bahan kimia seperti DEHA boleh larut resap dalam air, setakat ini, katanya tidak ada fakta saintifik untuk menyokong dakwaan itu.
Katanya, DEHA yang digunakan dalam pembuatan botol plastik bukan kategori 1 (Di-ethyl Hydroxyl Amine), iaitu logam berat yang boleh menimbulkan masalah kesihatan, tetapi kategori 2 (Di-2-ethyl-Hexyl-Adipote) yang walaupun ada kesan sampingan, tetapi lebih rendah.
Dr Ishak berkata, dua faktor yang menyebabkan penggunaan botol plastik air galian secara berulang kali membahayakan kesihatan pengguna ialah perubahan sifat kimia akibat haba dan kesan penuaan.
`PET hanya tahan haba hingga 60 celsius dan jika lebih tinggi, botol tidak cair tetapi lembut. Bagaimanapun yang membimbangkan proses larut resap mungkin boleh berlaku. Bagaimanapun, ini juga tidak ada bukti saintifik yang kukuh," katanya.
Sehubungan itu, katanya mereka yang ingin menggunakan bekas air secara berulang kali dinasihat tidak menggunakan botol plastik PET, tetapi polikarbonat yang lebih tahan haba, iaitu hingga 130 atau 140 celcius, berbanding suhu air mendidih, 100 celcius.
Katanya, ini bermakna air mendidih boleh terus disimpan dalam bekas plastik polikarbonat.
Walaupun wujud dakwaan kewujudan bahan kimia seperti Bisfenol A (BPA) yang boleh menyebabkan barah, tetapi kehadiran BPA dalam air minuman masih tidak disokong secara saintifik.
Dari segi kesan penuaan, katanya botol plastik terdedah kepada perubahan sifat apabila digunakan berulang kali seperti pecah dan walaupun hanya kemek, proses larut resap juga mungkin boleh berlaku serta memudahkan pembiakan bakteria.
Walaupun terdapat pelbagai dakwaan mengenai bahaya penggunaan botol plastik seperti boleh berlaku proses larut resap, beliau yakin keadaan masih terkawal, tetapi pengguna perlu mengelakkan menggunakan botol berulang kali.
Pada masa sama, beliau mencadangkan beberapa langkah pencegahan seperti penggunaan botol plastik mengikut kegunaan seperti polikarbonat untuk menyimpan air panas dan bukan PET.
Dr Ishak berkata, botol yang pada suatu ketika digunakan secara meluas, termasuk untuk botol susu bayi adalah lebih selamat, tetapi semakin tidak popular kerana berat dan mudah pecah, manakala lebih mahal kepada pengeluar botol.
Pilihan lain tetapi masih di peringkat kajian, katanya ialah menggunakan botol plastik menggunakan bahan asas dari bahan tumbuhan seperti kelapa sawit dan jagung, tetapi bahan campuran masih menggunakan bahan kimia.
JENIS PLASTIK:
1. Ployethylene Terephthalate (PET) - Bersifat lembut dan digunakan sebagai botol minuman ringan, termasuk air mineral
2.Polietilena berketumpatan tinggi (HDPE) - Lebih keras. Sesuai untuk peralatan alat tulis
3.Polivinil Klorida (PVC) - Keras. Sesuai untuk salur paip
4.Polietilena Linear berketumpatan rendah (LDPE) - Lembut. Digunakan sebagai bungkusan plastik
5.Polipropilena (PP) - Keras. Digunakan sebagai peralatan alat tulis
6.Polistirena (PS) - Lembut. Bekas makanan yang kebanyakan peniaga makanan di Malaysia gunakan
7. Polimer campuran - Dibuat untuk pelbagai jenis bahan plastik |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
owh.. kalau plastik tu cair kene air panas ade risiko la ?? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by yusri191090 at 9-5-2008 08:18 PM
owh.. kalau plastik tu cair kene air panas ade risiko la ??
plastic itu adelah polymer..iaitu dr jenis thermoplastic which mean dia blh recycle..ble kite pns kn dia..dia akan melt (cair). so, kalo air panas tu betol2 100 degree C ade kemungkinan akan berlaku proses melting tu..tp di peringkat pemulaan..& blh berlaku pencemaran kandungan plastic dlm air tu. sbb melting point utk plastic2 yg di gunakan tu..dlm 130++ dn ke atas.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
so..kalau kita beli sup yang bungkus tue ada risiko ke?lagi satu macam botol air,aku ada pakai botol air plastik brand felton nak masuk 2 tahun lebih dah....ada risiko gak ke?
kalo betoi kena tukar pakai botol kaca laaa jawapnya
[ Last edited by wineps at 12-5-2008 03:54 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #9 wineps\ catat
tu plastic dr category lain plak..tp dr famili yg same.act, ada little effect if im not mistaken..sbb slalu utk food packaging plastic, materials yg digunakan tu berbeza.xde additive berbahaya & recycle materials.tp nowdays, sbb pengguna x amik tau sgt, diorng main bantai je.dats y, bile beli mknn bungkus dlm plastic, cepat2 msukkn dlm mgkuk@pinggan..
waaa..dh 2 thn..myb ade la kot effect. mcm yg Dr Ishak kata, dua faktor yang menyebabkan penggunaan botol plastik air galian secara berulang kali membahayakan kesihatan pengguna ialah perubahan sifat kimia akibat haba dan kesan penuaan.
`PET hanya tahan haba hingga 60 celsius dan jika lebih tinggi, botol tidak cair tetapi lembut. Bagaimanapun yang membimbangkan proses larut resap mungkin boleh berlaku. Bagaimanapun, ini juga tidak ada bukti saintifik yang kukuh," katanya.
so xde bukti kukuh..kalo nk buat kajian, mkn masa bertahun2.sbgai langkah berjaga2..elakkan dari pakai botol plastic berulang kali. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
daripada http://www.breakthechain.org/exclusives/waterbottles.html
At first glance, this one appears quite similar to an earlier chain letter, warning against microwaving food in plastic containers. Like its predecessor, we find this one to be based on little more than theory and jam-packed with misinterpretations of the facts.
Also like its predecessor, this one has roots in media coverage of one person's unsupported hypothesis. The idea that reusing plastic bottles can cause compounds in the plastic to break down into carcinogenic substances comes from a 2001 Master's Thesis by a student at the University of Idaho. Despite the fact that the thesis was not subject to peer review and, thus, lacking any degree of scientific authority, several media outlets picked up on it and ran the typical "what-you-don't-know-can-kill-you" stories.
According to the International Bottled Water Association (IBWA), "DEHA, as mentioned in the email is neither regulated nor classified as a human carcinogen. Further, DEHA is not inherent in PET plastic as raw material, byproduct or decomposition product. DEHA has been cleared by FDA for food contact applications and would not pose a health risk even if present."
The IBWA goes on to suggest that the student's findings could be the result of normal laboratory contamination: "DEHA is a common plasticizer used in many plastic items, many of which are found in the lab setting. For this reason, the student's detection (see comment above) is likely to have been the result of inadvertent lab contamination."
While the Environmental Protection Agency had earlier labeled DEHA a toxic chemical, they reclassified it due to a lack of evidence.
It is true that many organizations and bottled water companies recommend against reusing their packaging, but the rationale is far less life-threatening. Rather, they caution that most bottles are not sufficiently cleaned and dried before refilling to prevent possible bacterial contamination.
Graham Bauer and Jan Martin have nothing to do with this warning other than they received it or heard the rumor themselves and passed it on, inadvertently adding their identity to the notes. The possibility of this type of "False Attribution Syndrome," combined with the relative unreliability of the medium, is why BreakTheChain.org recommends strongly against relying upon or forwarding health-related information via e-mail chain letters. Break this chain. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Doctor pn ckp tk leh guna pakai semula botol plastic mineral tu...simpan dlm fridge pn tk boleh tau....nti leh dpt cancer... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|