View: 346145|Reply: 3919
|
MERGE:NOTA PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH & MEKAH (Rezeki and Ustaz)
[Copy link]
|
|
CATATAN PERJALANAN & PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH & MEKAH
Assalamualaikum, catatan perjalanan ini ditulis sebagai panduan dan rujukan rakan2 . Semoga memberi manafaat dan faedah kepada semua. Selama 46 hari berada di sana, berbagai pengalaman dilalui . Semua catatan di buat setiap hari pada sebelah malam di PDA selepas selesai semua urusan ibadat.
[ Last edited by casio at 8-5-2008 11:43 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
dimanakah catatan mu itu? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 rezeki's post
Alhamdulillah. Ya rezeki, semoga ianya dapat dimanfaat bersama. Rindunya bila menatap gambar kaabah kerana selalunya di waktu pagi-pagi begini saya sering berada di depannnya ketika berada di sana. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 tobby's post
Tgh resize gmbr utk upload ke photobucket, kalau dh siap nti akan saya teruskan dgn catatan tu. |
|
|
|
|
|
|
|
pemandangan yg sentiasa dirindui. |
|
|
|
|
|
|
|
Citer lah lagi, bestnya..
belum berpeluang nak pegi, dpt dgr citer n tgk gambar dulu pun ok dah |
|
|
|
|
|
|
|
nie gambar semasa puasa tahun lepas. kalau tak silap puasa hari yg ke 8 jam 2.30 pagi.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
15/11/2007 KHAMIS (Day 1)
Alhamdulillah, setelah persiapan dari segi mental dan fizikal dilakukan sejak awal tahun 2007 lagi dengan mengikuti kelas yg dianjurkan oleh pihak Tabung Haji hampir 28 kali setiap hari Ahad dan juga 2 kali Kursus Perdana , dipanggil bersama isteri tersayang menjadi tetamu Allah dan berangkat pada 15/11/2007.
Mendaftar di Kompleks Haji Kelana Jaya pada 12.00 pagi . Suasana di sana sungguh meriah. Lebih ramai orang yg menghantar para jemaah dari jemaah sendiri yg seramai 380 orang utk penerbangan dgn Saudi Airlines yg akan berlepas pada pukul 6.00 pagi.
Mendaftar utk mendapatkan pas , gelang dan cenderamata spt beg galas yg ditaja oleh Telekom Malaysia, pek minuman, dan bermacam-macam lagi.
Tepat pukul 2.30 pagi para jemaah semua diminta beratur utk urusan check in dgn beg besar masing2. Urusan timbangan beg, boarding pas dan pemeriksaan keselamatan serta pasport haji dilakukan di situ mengambil masa 1 jam.
Kemudian kami semua ke dewan besar utk mendgr taklimat terakhir dari pegawai TH sendiri dan pukul 4.00 pagi sebelum keluar , seorg muazzin mengalunkan "azan" mengiringi keberangkatan kami . Suasana sungguh sayu dan sepi . 11 bas dgn diiringi polis peronda bergerak bersama-sama menuju ke KLIA dan terus ke kaw. dewan khas sebelum diperiksa oleh pihak imigresen utk urusan pasport dan terus menaiki pesawat.
8 jam perjalanan terus ke Lapangan Terbng Madinah. Urusan di sana berjalan lancar oleh pihak imigresen Madinah dan terus dibawa dgn bas memasuki Kota Suci Madinah dan ditempat di Hotel Al Anwar Movenpick Madinah. Waktu menunjukkan hampir 11.00 pagi . Berwuduk dan terus ke Masjid Nabawi yg terletak di hadapan hotel utk solat fardu zohor. Madinah pada masa itu belum begitu sibuk kerana musim haji baru bermula. Selepas solat zohor terus menziarahi Makam Rasullullah , Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar . Berpeluang solat sunat dan bermunajat di kaw. Raudah iaitu salah satu tempat yang mustajab utk berdoa. Kaw. Raudah sentiasa ramai dgn jemaah yang terpaksa menunggu peluang utk masuk ke situ. Kaw. Raudah dpt dikenali dgn permaidaninya berwarna putih dan bukanlah luas sangat utk menampung jemaah yg kdg kala beribu orang yg cuba utk masuk ke situ.
Berpeluang menghirup air zam-zam yang tersedia dlm bekas2 minuman yang banyak terdapat dalam Masjid Nabawi. Air zam-zam ini dibawa dari kota Mekah setiap hari dgn "tanker" dengan sepuas-puas sambil berdoa kerana insyallah doa kita akan dimakbulkan
Kaw. solat bagi lelaki dan perempuan di Masjid Nabawi dipisahkan. Perempuan mempunyai ruang sendiri yang tertutup dan dikawal oleh pegawai masjid dipintu masuk. Tips utk bertemu kembali dgn isteri atau pasangan kita selepas solat ialah dgn berjanji bertemu kembali di pintu masuk jemaah wanita krn Masjid Nabawi terlalu besar.
[ Last edited by rezeki at 23-1-2008 09:21 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Hotel penginapan Al Anwar Movenpick
|
|
|
|
|
|
|
|
menarik.
menunggu catatan seterusnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Catatan yang sungguh menarik...sebak bila dicatatkan 'azan' mengiringi pemergian semua jemaah.
[ Last edited by IDB at 4-1-2008 01:25 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
catatan yg menarik ... parents sy pun pegi sama ngan flight rezeki.. flight pertama |
|
|
|
|
|
|
|
Tq Rezeki...dapat jugak membaca nya..Alhamdulilah...Moga di beri peluang kelak..InsyAllah..Untie Rosputih,apa kabar? |
|
|
|
|
|
|
|
rasa nak mengalir air mata baca pengalaman rezeki ke sana.....mudah2an saya pun dimurahkan rezeki untuk berkunjung ke sana dalam usia yang muda....aminnnn |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #15 harehak's post
Alhamudllillah harehak. Di suatu masa kelak, Insya Allah jika dipanjangkan umur, kami pula akan membaca coretan dari harehak dan lain-lain forumer yang akan menjejakkan kaki ke sana kelak. Sudah tentu semuanya telah ada dalam perancangankan ? |
|
|
|
|
|
|
|
terharu baca catatan rezeki nih... |
|
|
|
|
|
|
|
16/11/2007 JUMAAT (Day 2)
Hari ke 2 berada di kota suci Madinah. Kota yang aman dan tenteram seperti yg disabdakan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Kota yang menjanjikan 1000 pahala bagi setiap amal kebaikan yg kita lakukan. Kami akan berada di sini lebih kurang 8 hari dan cuba solat berjemaah di Masjid Nabawi 40 waktu kerana pahalanya sgt besar tapi hukumnya sunat. Alhamdulillah dgn izin Allah kami dpt bersolat berjemaah di sini 41 waktu sehingga hari keberangkatan kami ke kota suci Mekah.
Di sini azan subuh dilaungkan 2 kali, pukul 3.45 pagi utk kali pertama dan apabila masuk waktu solat subuh sekali lagi. Ini sebagai peringatan dan persiapan sebelum masuk waktu subuh yang sebenarnya. Ke masjid 30 minit selepas azan pertama. Banyak yang boleh dilakukan dimasjid sebelum masuk waktu solat subuh sebenarnya seperti solat sunat tahajud, solat sunat taubat memohon keampunan atas dosa2 yang yang telah kita lakukan sama ada kecil atau besar, disedari atau tidak sebelum kita menunaikan fardhu haji nanti agar diri kita benar2 insaf dan diampuni, solat sunat hajat seperti meminta agar diberikankan segala kemudahan dan kesihatan yg baik dalam kita mengerjakan haji nanti dengan sempurna kerana kita tidak tahu apa yang akan kita hadapi nanti semasa kita mengerjakan haji nanti, bertadarus dan macam2 lagi . Sedar tak sedar 2-3 jam berlalu dgn pantas. 45 minit sebelum masuk waktu subuh, setiap ruang masjid telah dipenuhi dgn ratusan ribu jemaah yang masuk melalui kesemua pintu masjid
Sayu dan syahdu mendgr kelunakkan muazzin melaungkan azan subuh. Pagi ini imam membaca surah "sujjadah" yang mana selepas habis surah tersebut , terus sujud dan bangun semula dan baru masuk rakaat pertama. Ramai jemaah yg tidak mengikutinya yang mana terputuslah ia dengan imam. Satu lagi di sini imam tidak membaca doa qunut dan doa selepas solat . Kebiasaannya selepas setiap solat fardhu akan diikuti dengan solat sunat jenazah . Beruntung sesiapa yang meninggal dunia di kota suci Madinah dan dikebumikan di perkuburan Baqi' kerana umat yang mula2 akan dibangkitkan dari kubur di Padang Masyar kelak selepas hari kiamat ialah dari perkuburan Baqi' diikuti perkuburan Maala di Mekah dan barulah yang lain2.
7.00 pagi , mengikuti program "ziarah dalam" yang dianjurkan oleh THTS (Tabung Haji Travel & Services) diketuai oleh seorang ustaz dgn melawat perkuburan Baqi' di mana keluarga Nabi dan para sahabat dikebumikan. Kemudian masuk melalui pintu Babus Salam utk menziarahi makam baginda . Terlalu ramai jemaah , ada yang meraung, ada yang menangis dan bermacam2 lagi . Terlihat berbagai bidaah berlaku di sini antaranya ada yang menyapu tepi2 pagar makam Nabi dgn tangan dan kain lalu menyapu ke muka terutamanya jemaah dari india dan pakistan. Tanpa disedari air mata mengalir semasa memberi salam kepada Baginda dan menghadap kiblat untuk berdoa dan teringat sabda Baginda antara lain berbunyi " Barang siapa menziarahi makam ku, seolah dia menziarahi ku semasa aku masih hidup dan akan mendapat syafaat ku." Beberapa langkah ke hadapan adalah makam Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar yang turut diziarahi.
Terus ke Raudah yang merupakan di antara "Taman-Taman Syurga" yang mana di antara tempat berdoa yang paling mustajab. 10 minit juga berdiri di dalam sana sementara menunggu mendapat sedikit ruang utk solat sunat dan berdoa kerana terlalu ramai jemaah yang berada disitu yang menjadi idaman setiap orang yang berada di Masjid Nabawi . Alhamdulillah dgn keizinan ALLAH, mendapat ruang utk solat sunat dan berdoa . Menghabiskan masa hampir 45 minit di Raudah dgn berdoa dan bermunajat kepada ALLAH. Bersyukur kerana terpilih menjadi tetamu ALLAH sedangkan ramai lagi yang masih tidak berpeluang ke sini walaupun ada wang yang banyak, tetapi kalau belum lagi diizinkan oleh ALLAH menjadi tetamunya, maka tidaklah ia dapat sampai ke sini. Ada yang kembali ke rahmatullah sebelum sempat sampai ke sini. Berdoa agar kami sentiasa diberikan segala kemudahan untuk mengerjakan ibadat haji dengan sempurna dan diterima menjadi haji yang mabrur dan diberikan kesihatan yang baik sepanjang kami di sini dan dipelihara apa yang telah kami tinggalkan.
Jemaah wanita pula memasuki Raudah mengguna pintu yang dikhaskan dan terpisah dgn jemaah lelaki. Terlalu ramai jemaah yang menunggu untuk masuk ke sana yang dikawal ketat oleh pegawai masjid . Berlaku insiden yang tidak diingini dimana sekumpulan jemaah yang ramai telah merempuh dan terpijak jemaah yang lain dan mengikut sumber yang boleh dipercayai seorang jemaah wanita indonesia dan jemaah wanita kita yang telah berumur mendapat kecederaan sehingga meninggal dunia.
Babus Salam
[ Last edited by rezeki at 23-1-2008 09:23 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
DARI MENZIARAHI PERKUBURAN BAQI' MENUJU KE PINTU BABUS SALAM UTK MENZIARAHI MAKAN NABI MUHAMMAD DAN PARA SAHABAT.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|