CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11750|Reply: 86

Tali pinggang keledar belakang wajib Jun

[Copy link]
Post time 14-4-2008 09:59 AM | Show all posts |Read mode
Kerajaan beri tempoh tiga bulan sebelum ambil tindakan

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menguatkuasakan undang-undang mewajibkan pemakaian tali pinggang keledar bagi semua penumpang bahagian belakang kenderaan mulai Jun ini, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Ong Tee Keat.

Bagi membiasakan orang ramai dengan peraturan baru itu, kerajaan bersetuju untuk memberi tempoh kelonggaran tiga bulan sehingga akhir Ogos sebelum mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang ingkar arahan berkenaan.

Katanya, tempoh tiga bulan juga diberikan bagi membolehkan kementerian melaksanakan kempen kesedaran berhubung pelaksanaan undang-undang berkenaan menerusi pelbagai program supaya orang ramai tidak mengambil mudah mengenainya.

Sebelum ini, kementerian itu dilaporkan akan membentangkan rang undang-undang mengenai penguatkuasaan peraturan berkenaan di Dewan Rakyat pada sesi Parlimen yang dijadual mula bersidang akhir bulan ini untuk diluluskan.

"Bagi saya, peraturan itu perlu dilaksanakan segera iaitu seboleh-bolehnya menjelang Jun ini bagi membantu mengurangkan risiko kematian akibat kemalangan jalan raya," katanya kepada Berita Harian, dalam satu temu bual di sini.

Cadangan mewajibkan pemakaian tali pinggang keledar bagi penumpang bahagian belakang kenderaan mula ditimbulkan pada Mac 2006 oleh Menteri Pengangkutan ketika itu, Datuk Seri Chan Kong Choy berikutan syor daripada pelbagai pihak.




............ adakah bas juga terbabit...?

bas benti2 mungkin tak sesuai... tp bas ekspress yakni bernombor tembapt duduk perlu ada talipinggang jugak... naik kapalterbang pon ader talipinggang  gak...


jd sesapa yg ader keta pesen lama... yakni takde tipinggang.... tauke kedai jual menda nih akan menyambut anda dgn senyuman...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2008 10:06 AM | Show all posts
ah..ngada2 la...
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2008 10:07 AM | Show all posts

Reply #1 rambutan's post

hah?...
cam tak logik...
walaupun logik...
tapi....
apa yang logik???
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2008 10:12 AM | Show all posts

Reply #1 rambutan's post

aku rs bas ekspres pun ptt ada tali pinggang keledar gak ler...
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2008 10:13 AM | Show all posts
kalau seat belakang ada dua seat belt je .. camne nak sumbat 3 orang ? kalau anak anak umur 7-8 tahun ada 3 orang camno??
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2008 10:16 AM | Show all posts
kalo aku jadi kementerian, aku wajib kan setiap pemandu kena pakai full set racing suit, pakai helmet, keta wajib ada roll bar....

dgn cara ini ,kita mungkin akan dpt mengurangkan kecederaan serius atau kematian pada pemandu dan penumpang sekiranya berlaku kemalangan....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-4-2008 10:19 AM | Show all posts
mende ni kat negara lain eg. Australia mmg dah lama buat dah..
kalau tak oakai, driver yg kena fine..

then, kalau baby, mmg kena pakai baby seat la..kalau tak mmg kena saman gak..
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2008 10:33 AM | Show all posts
berapa kos nk pasang set belt ni..keter aku tadak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2008 11:57 AM | Show all posts
so bapak-bapak menteri, soltan-soltan pun kenalah pakai juga. Jangan cakap tak serupa bikin.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2008 12:13 PM | Show all posts

Reply #6 salimrock's post

baik buat lock speed je camtu ......... max. laju pun cuma 60km/h je

Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2008 01:38 PM | Show all posts
cut off..cut off..cadangan bernas tapi tak praktikal mat mesia..
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2008 01:41 PM | Show all posts
driver pun tak pakai...camana nak suruh passenger pakai....wakakakaa....
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2008 02:48 PM | Show all posts
rasa2..undang2ni mcm gimikje...org kata sedangkan moto ramia lagi x paki helmet& driver's pun ramai x pakai..inikan pula passenger blkg...kita tunggu& lihat...

yg pasti aku pakai talipinggang skrg nih..confirm..tp bukan keledar..tp tali pinggang puma...
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2008 05:05 PM | Show all posts
CUBA KORANG BAYANGKAN PENUMPANG BAS..... SEMUA KENE PAKAI SEAT BELT....
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2008 06:40 PM | Show all posts
alah, aku tengok makcik aku sekeluarga dah lama mengamalkan pemakaian tali pinggang keledar ni tak kira depan or belakang

mula mula aku ingat anak bujang dia saja nak perli aku tapi memang betul la. ke mana mana dorang pegi memang pakai then aku pun terikut ikut gak la

atleast beringat tuk diri sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2008 08:37 PM | Show all posts
Originally posted by JERONG_GERGASI at 14-4-2008 05:05 PM
CUBA KORANG BAYANGKAN PENUMPANG BAS..... SEMUA KENE PAKAI SEAT BELT....


tak dapat ku bayangkan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-4-2008 07:22 AM | Show all posts
Originally posted by dragger at 14-4-2008 08:37 PM


tak dapat ku bayangkan...


aku bleh bayangkan..... kecuali yg kena berdiri tuh jer
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2008 07:42 AM | Show all posts

Reply #9 ra5101's post

masalahnya...nampak kekorang samada derang ni pakai atau tak?>????dah la cermin gelap tak hengat...
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2008 08:30 AM | Show all posts
rimas la pakai2 seat belt kt blkg ni..kalo g spore mesti kena pakai...ari tu nek teksi kt sana x pakai, driver paksa gak pakai..hehehe

makcik aku dr spore dulu aku amik dia kt klia, nek kete aku dok tarik2 seat belt kt blkng nk pakai..aku ckp x yah laa, dia nk pakai gak...hahahhaa
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2008 08:33 AM | Show all posts
pakai je..membazir je kalo tak guna
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 05:41 PM GMT+8 , Processed in 0.073388 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list