|
Catatan hidup Siti NurhalizaOleh NOR FADZILAH BAHARUDIN
[email protected]
| MEMANJAT DOA KEPADA ALLAH MEMOHON KEKUATAN DARIPADANYA.
|
KEINGINAN memiliki autobiografi sendiri sudah lama terpendam. MalahDatuk Siti Nurhaliza pernah terfikir mahu merealisasikan impiantersebut ketika majlis perkahwinannya dilangsungkan pada Ogos2006.Bagaimanapun, hajat di hati terpaksa dilupakan lantaran kesibukanmasa dan waktu yang terhad.
Menurut penyanyi kelahiran Kuala Lipis, Pahang ini, seboleh-bolehnyadia tetap mahu cita-citanya untuk menerbitkan autobiografinya sendiriterlaksana.
"Insya-Allah saya memang ada keinginan untuk menerbitkan autobiografisendiri. Sebelum ini saya sangka dapat terbitkannya semasa majlisperkahwinan saya tapi kerana tak cukup masa.
"Bila difikirkan semula rasa lebih elok saya hasilkan dan keluarkansempena ulang tahun pembabitan saya dalam bidang seni ke-15," katanyaketika ditemui di ibu kota, baru-baru ini.
Menyambung perbualan penyanyi yang kini popular dengan lagu Ku Mahu berkata, buat masa sekarang, usaha ke arah perancangan itu sedang dilakukannya.
"Kakak ipar saya banyak membantu memandangkan dia juga penulis sebelumini. Kami dalam proses mengumpulkan data dan saya amat berharapsemuanya akan menjadi kenyataan," jelas Siti yang banyak mendapatsokongan kakak iparnya, Rozi Abd. Razak yang juga bekas wartawan Utusan Malaysia.
Album baruSelain memberi tumpuan pada penerbitan autobiografinya,seniwati muda ini juga bakal muncul dengan album baru berkonsepkanMelayu kontemporari.
Penghibur berusia 29 tahun ini dijangka kembali ke studio rakaman sekitar bulan Jun atau Julai.
"Saya masih lagi dalam proses memilih lagu-lagu yang bersesuaian untuk dimuatkan dalam album baru itu.
"Ada ramai komposer yang mencipta lagu untuk album ini, jadi saya mahu pilih mana yang bersesuaian.
"Saya mahu berterima kasih kerana semua yang terlibat adalah daripadakomposer yang mencipta lagu untuk saya sewaktu Bengkel CiptaEkspresyang dianjurkan Badan Perlindungan Hakcipta Malaysia (MACP)tempoh hari.
"Mungkin album tersebut akan memuatkan lebih 10 buah lagu," jelasisteri kepada usahawan ternama, Datuk Khalid Mohammed Jiwa ini lagi.
Tidak tertekanSatu persoalan yang akan diajukan ketika berjumpa dengan penyanyi ini tentunya tentang cahaya mata.
Yang menariknya bicara Siti jika dulu persoalan tersebut umpama satu tekanan buatnya, namun kini tidak lagi.
Sambil tersenyum manis luah Siti, dia kini sudah semakin lali dan boleh menerima pertanyaan banyak pihak terhadap isu keluarga.
"Saya sudah lali dan boleh menerima semua itu. Lagipun ahli keluarga awal-awal dulu saja excited bertanya tentang anak tapi sekarang dah semakin kurang.
"Saya pun tidak begitu tertekan dengan pertanyaan-pertanyaan itu. Kalausaya berisi kelak, sudah tentu saya akan beritahu semua khabar gembiraitu," janji Siti lagi.
Puji SaidaSementara itu, Siti secara peribadi menyatakan rasa bangganyadengan pencapaian kakaknya Siti Norsaida (Saida) yang dilihatnyasemakin mempamerkan persembahan yang menarik dalam konsert mingguan Akademi Fantasia musim keenam (AF6).
"Saya terkejut kerana dia selama ini cukup pemalu. Tapi sekarang sayamakin bangga dengan apa yang dah dia pamerkan. Dia bukan penyanyiprofesional tapi apa yang ditunjukkan satu peningkatan yangsangat-sangat ketara.
"Lagipun dia tak pernah masuk pertandingan nyanyian pun. Gugup dantakut itu saya rasa perkara biasa. Tapi dari pemerhatian saya diasemakin memperbaiki dirinya," jelas Siti penuh optimis terhadapkakaknya itu.
Namun Siti amat-amat berharap agar nasib kakaknya tidak akan di prejudis oleh pengundi.
"Memang dia kakak saya tapi dia masuk AF6bersebab. Janganlah sebab dia kakak saya, dia dipandang dari sudutlain. Kadang-kadang saya kesian tengok dia kena macam-macam dalamakademi," kata Siti.
| |
|
|
|