|
'Bukan main sentuh saja'
PADA zahirnya, mereka mungkin tidak begitu sepadan untuk menjadipasangan berdansa kerana dari segi fizikal luaran si gadisdikategorikan bertubuh kecil molek sementara si jejaka pula tinggilampai dan berbadan sasa.
Namun, faktor itu tidak sedikit pun menjadi penghalang untuk merekamenjiwai watak masing-masing dalam Sayang You Can Dance (SYCD) , filemarahan Bjarne Wong.
Bahkan, sama ada Sharifah Amani, 21, mahupunpasangannya aktor dari Indonesia, Samuel Rizal, 27, yang pernahmenjayakan filem Eiffel I'm In Love dua tahun lalu, mengakui merekaserasi digandingkan bersama.
Samuel berkata, dalam lakonan adacara untuk membangkitkan keserasian meskipun mungkin tuntutan fizikalpasangan itu kelihatan kurang sepadan.
"Seperti kitamenyentuh pasangan kita, sentuhan itu mesti dilakukan dengan perasaanbukan main sentuh saja dan inilah saya lakukan setiap kali membabitkanbabak menari atau babak romantis bersama Amani.
"Lakonanmenjadi lebih mudah apabila kita menyenangi sikap pasangan kita itu.Terus-terang Amani seorang yang comel dan saya sangat sukakan dia,"katanya memegang watak sebagai Raimi.
Sama seperti Samuel, Amani juga mengakui selesa berdampingan dengan jejaka itu yang disifatkannya sangat merendah diri.
"Sebelum bertemu Samuel, saya sangkakan pelakon popular sepertinya sombong dan tidak pandai bergaul.
"Ternyata dia bukan orang seperti itu malah sangat merendah diri,gila-gila, peramah dan berdisiplin. Sebagai pelakon berbakat, diasangat dedikasi dalam menjiwai wataknya dan kami tiada masalah berlakonbersama," katanya.
Empat tahun menceburi lakonan, 10 filempernah dibintanginya iaitu Sepet pada 2004 diikuti Gubra (2005), Gol& Gincu (2005), Puaka Tebing Biru (2005), Cinta (2006), Possessed(2006), Hati Malaya 1957 (2007) termasuk Muallaf, Cicak-Man 2 danSelamat Pagi Cinta yang dihasilkan tahun ini.
Setiap satunya menampilkan karakter berlainan. Justeru, sebagaiindividu yang cukup selektif tentu ada sesuatu yang membuatkan SYCDbegitu istimewa di matanya.
"Semestinya saya menerima tawaran ini kerana Bjarne Wong kawanrapat saya. Bahkan pencapaiannya dalam arena perfileman cukupmengagumkan kerana pernah bekerja untuk Jackie Chan dan Datuk MichelleYeoh selama beberapa tahun di Hong Kong.
"Saya juga kagum caradia bekerja sewaktu membintangi filem arahannya, Possessed tidak lamadulu. Berdasarkan pengalaman itu saya sentiasa mengharapkan untukbekerjasama sekali lagi dengan Bjarne.
"Jalan ceritadiketengahkan SYCD juga sangat menarik dan berbeza dari filem pernahsaya bintangi sebelum ini kerana mengangkat tarian sebagai tunjangcerita.
"Sememangnya sudah lama saya berangan hendak jadi macamKajol dan menerusi karakter sebagai Mia saya berpeluang menari bagaikanseorang profesional.
"Semua pelakon yang terbabit tidak hanyadihantar mengikuti kelas tarian malah kami turut berlatih menarimenggunakan wayar kerana ada beberapa babak menggunakan 'trick' ini,"katanya.
Tidak seperti Amani, pembabitan Samuel dalam filemagak terhad walaupun namanya tersenarai antara pelakon lelaki populardi Indonesia.
Sejak 2003, hanya tiga filem dibintanginyaiaitu Susuk Jelangkung (2003), Eiffel...I'm In Love (2004) dan ApaArtinya Cinta (2005) manakala SYCD adalah yang keempat.
Akuinya, dia seorang yang sangat selektif namun bagaimanapun dia begituteruja membintangi SYCD kerana yakin filem itu mampu mempelbagaikankarakternya selain tertarik dengan elemen yang diterapkan dalam skrip.
"Saya mempercayai pihak pengurusan saya (Soraya Inter Cine) 100 peratuskerana mereka yang menerajui syarikat ini sudah lama terbabit dalamindustri hiburan di Indonesia.
"Justeru, apabila merekamencadangkan saya supaya menerima tawaran ini, tanpa banyak soal sayabersetuju. Ternyata, saat pertama kali membaca skripnya saya sudahjatuh cinta.
"Kepentingan bagi seorang pelakon adalahmempelbagai kemampuannya dalam menghidupkan karakter yang berbeza-bezadan inilah keunikan dapat saya lihat menerusi filem ini.
"Walaupun seorang penggemar muzik hip hop dan sekali-sekala ke majlisatau festival berkaitan acara ini, saya tidak pernah berpeluangmendalaminya. Namun menerusi filem ini saya ada kesempatanmempelajarinya.
"Tidak hanya memfokuskan tarian semata-mata,terdapat juga konflik percintaan, adegan romantik dan misi. Secaratidak langsung ia menampilkan saya dengan pelbagai karakter mengikutsituasi," katanya.
Selain dikenali sebagai bintang filem, wajahSamuel acap kali menghiasi iklan komersiol dan muncul selaku modelvideo klip lagu penyanyi berkumpulan Indonesia seperti Sheila On 7,Joshua, Shaden dan Element.
Sayang You Can Dance, mengisahkanMia, seorang gadis lincah dan periang yang baru pulang ke Kuala Lumpurselepas tamat pelajaran di Singapura. Mia gemar menari tetapi hobinyaitu mendapat tentangan ayahnya.
Di Kuala Lumpur, Mia rapat dengan sepupunya, Daniel yang memperkenalkannya dengan satu kumpulan penari bergelar DanceStarz.
Mia jatuh hati dengan seorang ahli kumpulan berkenaan, Remie tanpamenyedari, teman baik Remie iaitu Robby amat menyukai Mia. KehadiranMia menyebabkan hubungan persahabatan antara Remie dan Robby renggang.
Apabila Robby menarik diri daripada gelanggang cinta tiga segi ituuntuk memberi peluang kepada Remie, Mia mulai sedar banyak lagiliku-liku cinta yang lebih besar menghalang cintanya dan Remie.
Pada waktu sama, DanceStarz pula bersedia untuk bertanding di dalamsebuah pertandingan tarian yang bakal mengubah hidup mereka.
Filem yang bakal menjengah pawagam pada November ini menampilkan Meor Shariman selaku penulis skrip.
Selain Amani dan Samuel, ia turut dibintangi bintang Akdemi Fantasia 5iaitu, Ebi Kornelis sebagai Robby dan Dafi (Danial), Carmen Soo (Angel)juara So You Think You Can Dance, Alam (Shafiq), Smyth Wong (Carlz) danAzim (Aizat).
Profil Nani
NAMA: Sharifah Amani Syed Abdul Rashid
PANGGILAN: Nani
TARIKH LAHIR: 10 Jun 1986
UMUR: 21 tahun
BINTANG: Gemini
ASAL: Kuala Lumpur
TINGGI: 152.5 sm
BERAT: 42 kilogram
HOBI: Membaca dan menonton wayang
IKLAN: Sliky Girl, Pensonic
FILEM: Sepetpada 2004 diikuti Gubra (2005), Gol & Gincu (2005), Puaka TebingBiru (2005), Cinta (2006), Possessed (2006), Hati Malaya 1957 (2007)termasuk Muallaf, Cicakman 2 dan Selamat Pagi Cinta yang dihasilkantahun ini.
PENTAS: Hamlet, End Game
PENCAPAIAN: Pelakon Wanita Baru Terbaik FFM ke-18, Pelakon Wanita Terbaik FFM ke-19
Profil Samuel
NAMA: Samuel Rizal
PANGGILAN: Samuel
TARIKH LAHIR: 26 November 1980
UMUR: 28 tahun
BINTANG: Sagitarius
ASAL: Jakarta, Indonesia
TINGGI: 183 sm
BERAT: 72 kilogram
HOBI: Bermain bola keranjang, membaca dan melancong
IKLAN: Ponds dan Mobile 8
MODEL: Sheila On 7, Joshua, Shaden dan Element.
FILEM: Susuk Jelangkung (2003), Eiffel... I'm In Love (2004) , Apa Artinya Cinta (2005) dan Sayang You Can Dance (2008).
DRAMA: Teman Tapi Mesra (2006) dan Pacerku Bukan Istriku (2007).
file:///C:/DOCUME%7E1/user/LOCALS%7E1/Temp/moz-screenshot.jpg |
|