Seminar Akademi Sukan 2008 (Siri 2) Tajuk: Responses and Adaption to Exercising In A Hot Environment
Assalamualalaikum dan salam sejahtera,
forumers CARI.com
Dengansegala hormatnya dimaklumkan bahawa Akademi Sukan, Universiti PutraMalaysia akan mengadakan beberapa siri seminar Sains Sukan sepanjangtahun 2008.
Seminar dwi-bulanan yang dianjurkan secara percumaini merupakan salah satu usaha pihak Akademi Sukan UPM untukmenyebarkan hasil penyelidikan dalam bidang Sains Sukan untuk dikongsibersama ahli-ahli akademik, penyelidik, pihak industri, pelajar sertakumpulan dan individu yang berminat untuk mengikuti perkembangan semasabidang Sains Sukan.
Berikut adalah maklumat berkaitan seminar ini:
SEMINAR AKADEMI SUKAN 2008
Tajuk: Responses and Adaption to Exercising In A Hot Environment
Pembentang: Dr Ahmad Munir Bin Che Muhamed
Tempat: Dewan Taklimat, Bangunan Pentadbiran UPM, Serdang, Selangor.
Tarikh: 10hb APRIL 2008 (Khamis)
Masa 8.30 pagi - 12.00 tengahari
Sayadengan penuh takzimnya menjemput tuan/puan ke seminar ini. Bersama-samaini dilampirkan aturcara majlis Seminar Akademi Sukan (siri kedua)untuk makluman dan rujukan tuan/puan.
Sukacita saya memohon kerjasama pihak tuan/puan untuk mengembalikan borang penyertaan yang disertakan kepada pihak kami melalui faks 03-89464278 (pada/sebelum 8hb APRIL 2008). Saya juga ingin memaklumkan bahawa pihak Akademi Sukan tidak menanggung sebarang kos yang terbabit dengan penyertaan ini.
Kehadiran tuan/puan dan pegawai-pegawai tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
'BERILMU BERBAKTI'
Yang menjalankan tugas,
Urusetia Publisiti dan Promosi SEMINAR AKADEMI SUKAN
Akademi Sukan
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Tel: 6 03 8946 4275/4276/4294/4297/4298
Faks: 6 03 8946 4278 http://www.sukan.upm.edu.my/seminar.html