CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25574|Reply: 17

Sukan Lasak : Cabar Ketahanan Fizikal, Mental -

[Copy link]
Post time 22-3-2008 08:48 AM | Show all posts |Read mode
Sukan lasak bukan milik mutlak lelaki
Oleh Diyanah Anuar


WANITA kini menyertai sukan yang dimonopoli lelaki.


Semakin ramai wanita minat aksi agresif

BENARKAH apabila seseorang wanita aktif dalam sesuatu sukan lasak, sifat kewanitaannya akan berkurangan? Sekitar tahun 1920 an dulu, ada pendapat yang mengatakan golongan wanita tidak sesuai bergiat dalam aktiviti sukan atas alasan keupayaan fizikal mereka yang terhad berbanding lelaki. Sebab lain wanita juga tidak digalakkan aktif dalam sukan adalah dibimbangi, persaingan dalam aktiviti sukan akan mengurangkan sifat feminin dalam diri mereka.

Namun, pada masa yang sama juga, kempen penjagaan kesihatan melalui aktiviti sukan turut dijalankan dan wanita turut terdorong untuk membabitkan dalam aktiviti sukan, walaupun bermula dengan yang tidak bersifat perlawanan seperti renang berirama. Kemudiannya mereka mula menceburi sukan lain seperti tenis, besbol, bola keranjang dan juga bola sepak.

Sejak itu, aktiviti sukan yang sebelum ini menjadi hobi dan permainan lelaki turut diceburi golongan wanita. Pembabitan mereka juga bukan sekadar untuk beriadah atau mengisi masa lapang semata-mata tetapi lebih jauh daripada itu. Pelbagai kejohanan atau pertandingan sukan yang disertai lelaki turut disertai wanita tidak kira di peringkat mana sekalipun.

Pencapaian dan prestasi membanggakan yang dikecapi wanita dalam kejohanan sukan sedikit sebanyak menunjukkan pendapat mengenai ketidaksesuaian wanita dalam aktiviti sukan adalah lapuk. Apa jenis sukan pun, walaupun cirinya tampak maskulin atau feminin, bebas dilakukan sesiapapun.

Ciri tertentu dalam sesetengah jenis sukan, terutamanya yang lasak seperti ragbi dan bola sepak secara tradisi dianggap sebagai sukan lelaki manakala yang tidak lasak disifatkan sebagai sukan untuk wanita. Pengkelasan stereotype ini adalah bersandarkan bagaimana masyarakat melihat perbezaan antara lelaki dan wanita.

Sukan untuk lelaki atau sukan yang dikatakan maskulin selalunya bersifat bahaya, berisiko, kasar, pantas, gagah dan mencabar manakala sukan untuk wanita pula adalah yang jenis menyerlahkan nilai estetika dan kesopanan, contohnya seperti aerobik. tarian, gimnastik dan renang.

Bagaimanapun, berbeza dengan pembabitan wanita dalam sukan yang dikatakan sukan lelaki, golongan lelaki jarang pula dilihat terbabit dalam aktiviti sukan yang dikatakan sebagai sukan wanita. Mungkin kebanyakannya risau, jika berbuat demikian, sifat maskulin mereka akan dipertikaikan. Sukan dianggap sebagai medan untuk golongan lelaki membuktikan kejaguhan dan kelelakian.

Walaupun begitu, persepsi negatif dan lapuk mengenai penyertaan golongan wanita dalam sukan tidak seharusnya dijadikan penghalang bagi semua golongan wanita di luar sana sebaliknya mereka harus mengamalkan apapun jenis sukan yang memberi kepuasan kepada mereka biarpun ia dianggap agak kasar bagi golongan wanita.



----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


banyak sukan2 yang dulunya dimonopoly oleh lelaki - perempuan juga participate
in fact some are really good in it --  such as  kickboxing, boxing, wall climbing,
mountain climbing.. and various xgames...

tak akan kita dengar benda2 ni perempuan akan masuk - zaman dulu...
tapi sekarang - lelaki tak boleh nak claim yang depa conquer all the lasak activity
i.e water rafting.. tak akan kena streotype sebagai sukan lelaki ... kerana ramai
wanita yang bagus juga.. menyertai sukan2 yang mencabar ini...

even kalau kat negara barat, banyak sukan2 seperti yang memang menyeramkan
macam snowboarding.. perempuan pun tak takut... dan ramai yang participate..

however - as a vice versa - banyak lak sukan perempuan lelaki pun nak masuk  eh..
macam netballz la.. tu rata2 memang orang perempuan aje main - tapi nowadays
lelaki pula dah participate and they are good in it too --

it is great to see perkembangan sukan dari masa ke semasa.. dan participation dari
semua  regardless the gender.. -

soon F1 driver - few would be women drivers yang participate bawa renault or
ferrari...eh -- i can bet on that -


[ Last edited by  dexa at 17-5-2008 04:04 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2008 03:56 AM | Show all posts
hmm btul. micha sndiri pn sllu gak layan futsal. tp boxing xla. yg penting feminity n beauty ttp mantain. hahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2008 07:24 PM | Show all posts
Originally posted by micha at 25-3-2008 03:56 AM
hmm btul. micha sndiri pn sllu gak layan futsal. tp boxing xla. yg penting feminity n beauty ttp mantain. hahahahaha


Wrestling pun ada, tapi saya tak pasti Olympic punya adakah tak ada
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2008 12:21 PM | Show all posts

Sukan Lasak

Askum kepada wanita-wanita di luar sana tu yg x tahu nak buat apa2 masalapang dan mungkin
yang memang beraktik x ada tempat untuk mengaktifkan badan,boleh ikut saya kerana saya
ada menganjurkan program OUTDOOR ADVENTUTE & BACK2NATURE ADVENTURE

JOM APA LAGI .....................

[ Last edited by  dexa at 28-4-2008 10:50 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2008 04:11 PM | Show all posts
Cabar ketahanan fizikal, mental
Oleh Johari Ibrahim dan Fairuz Zaidan





Sukan lasak medium terbaik uji kemampuan individu hadapi suasana ekstrim, serlah gaya hidup sihat masa kini


DALAM kehidupan harian, manusia yang dianugerahi kekuatan fizikal mungkin hanya menggunakan sebahagian kecil keupayaan itu dalam aktiviti rutin seperti berlari atau menaiki tangga pejabat.

Melainkan aktif bersukan atau sering melakukan latihan kardio di gimnasium, kekuatan fizikal yang dimiliki setiap insan jarang sekali dimanfaatkan sepenuhnya.

Bagaimana agaknya jika sesekali kekuatan fizikal ini dicabar? Apa pula berlaku jika ketahanan fizikal diuji pada tahap paling ekstrim? Apakah daya pemikiran dan kekuatan mental sebenarnya menjadi senjata yang membolehkan manusia melakukan perkara yang sebelum ini dirasakan mustahil?

Kehidupan dunia yang kompleks menyebabkan manusia makin terdesak mencari alternatif baru meleraikan kekusutan emosi atau tekanan. Tidak hairanlah aktiviti seperti memandu kereta drift, bermain futsal dan mendaki gunung semakin digemari sebagai medium melepaskan tekanan selain menguji keupayaan diri yang sebenar.

Kegiatan sukan lasak yang makin popular sekarang adalah antara medium atau latihan yang mampu menguji daya ketahanan fizikal, mental dan emosi pelaku.

Ini menarik persoalan bagaimana hendak menguruskan emosi dan mengawal komunikasi dalam keadaan fizikal yang tertekan dan diuji pada tahap maksimum. Lebih penting, bagaimana semua elemen ini hendak digalas jika anda menyertai acara ini bersama rakan atau secara berpasukan?




Dalam hal ini, emosi dan kaedah komunikasi positif biasanya mudah terjejas apabila seseorang dalam keadaan letih atau tertekan. Situasi ini menyebabkan mesej yang sampai ke otak tidak lagi bersifat konstruktif, sebaliknya menjadikan individu terbabit cepat marah dan tidak dapat lagi mengikut pertimbangan fikiran.

Sehubungan itu, sukan lasak jika disertai secara berkumpulan, mengajar peserta berhubung kepentingan mengekalkan komunikasi konstruktif sesama rakan sepasukan dalam menghadapi apa juga keadaan dan persekitaran.

Sukan lasak atau lebih kini lebih popular dengan istilah ekstrim sememangnya menuntut daya ketahanan paling maksimum, di mana memerlukan semangat dan jati diri yang tinggi dalam mengharungi cabaran getir. Sukan ekstrim tergolong dalam aktiviti sukan di tahap paling tinggi menguji daya ketahanan minda serta fizikal yang boleh mencecah bahaya.

Aktiviti sukan ekstrim menjurus kepada acara berkait rapat dengan unsur kelajuan, ketinggian, tekanan emosi dan fizikal di mana memerlukan seseorang itu bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan dalam rutin acara yang dilakukan. Malah, sesetengah sukan ekstrim itu mendapat sambutan cukup menggalakkan walaupun bentuk permainannya lebih merbahaya dan berisiko tinggi.

Istilah merbahaya seolah-olah diketepikan sama sekali semata-mata ingin menguji kemampuan diri berdepan dengan segala cabaran. Tidak hairanlah sukan ekstrim mendapat sambutan cukup menggalakkan, khususnya di barat kerana sifat ingin tahu dan mencuba sesuatu yang bersifat bukan konvensional menyebabkan ramai beralih kepada aktiviti lebih ekstrim.

Sukar untuk menyatakan kewujudan sebanar sukan ekstrim dalam konteks sukan moden, tetapi ramai yang mempercayai yang sukan berkenaan muncul seawal 1970-an, di mana pada ketika itu sudah ada aktiviti seperti memanjat tembok batu dan larian maraton. Sukan ekstrim ternyata mencetuskan fenomena baru dalam sukan sedia ada seterusnya mencipta populariti di seluruh dunia.

Lewat kurun ke 20, era kebangkitan sukan ekstrim mula dirasai apabila semakin banyak sukan berkonsepkan ekstrim dicipta semata-mata bagi memenuhi permintaan dan sambutan masyarakat moden yang menggilai aktiviti lebih ekstrim dan lasak. Gaya hidup moden secara tidak langsung membuatkan masyarakat sanggup menghadapi risiko untuk melakukan aktiviti di luar daripada kebiasaan demi kepuasan tersendiri.

Antara sukan eksktrim yang menjadi kegemaran hari ini ialah seperti bungee jumping, paragliding, skydiving, luncur salji, selam skuba, jet ski, water rafting, kayak, windsurfing, base jumping, papan luncur, in-line skating dan banyak lagi jenis sukan mengikut kegemaran dan pilihan penggemarnya.

Acara sukan itu tidak terkecuali menjadi perhatian penggemar aktiviti ekstrim di dalam dan luar negara apabila pelbagai acara dilangsungkan, sekali gus mempopularkan aktiviti sukan ekstrim di Malaysia. Acara seperti 'X-Games', Ironman hinggalah kepada pengajuran sukan permotoran F1 Powerboat di negara ini sejak beberapa tahun lalu meletakkan Malaysia sebagai destinasi aktiviti ekstrim terkemuka di rantau ini.

Seperti juga penganjuran Quiksilver Revolution 2.0 di taman tema Sunway Lagoon yang berjaya menarik lebih 15,000 pengunjung menyaksikan aksi luncur bertaraf antarabangsa. Walaupun perairan negara tidak mempunyai ombak kuat seperti di kepulauan Hawaii, ia bukanlah halangan menganjurkan acara sukan papan luncur bertaraf dunia di Sunway Lagoon.

Tidak hairanlah ombak buatan di Surf Beach Sunway Lagoon yang mampu mencecah ketinggian sehingga lapan kaki mendapat pujian dari Pengurus Pemasaran Quiksilver Asia Tenggara, Brad Cunningham yang menyifatkan ia sebagai destinasi luncur terbaik di tengah ibu kota.

Tekanan kehidupan memaksa manusia terus mencipta sesuatu di luar kebiasaan demi memenuhi kepuasan diri, selain menghindari sebarang bentuk tekanan hidup. Mungkin pada pandangan kita kebanyakan sukan ekstrim dilangsungkan dalam keadaan merbahaya dan berisiko tinggi tetapi bagaimana pula halnya dengan acara ekstrim seperti menggosok ekstrim (Extreme Ironing). Pelik bukan?

Sukan ekstrim yang diperkenalkan oleh Phil Shaw pada 1997 itu dicipta semata-mata bagi menghilangkan kebosanan ketika menggosok baju. Jangan tidak tahu aktiviti menggosok baju itu diangkat menjadi satu Kejohanan Dunia Extreme Ironing yang julung kali pada September 2002 di Valley, Jerman dengan penyertaan seramai 80 peserta dari 10 negara termasuk Austria, Australia, Croatia, Chile, Jerman dan United Kingdom.

Lebih melucukan, lima kategori dipertandingkan iaitu mengosok pakaian di kereta, menggosok dalam arus deras, menggosok atas pokok, ketika mendaki tembok batu dan kategori bebas di mana peserta dinilai berdasarkan tahap kesukaran cabaran, teknik dan hasil gosokan - pakaian paling licin dan kemas digosok menerusi lima kategori. Macam-macam...

-------------------------------------------------------------------------------------------------

kalau ada eco challenge or extreme sports... it will be fun to join in --
macam2 yang dipertandingkan...  yang paling biasa - dirt bike in the mountain -
trekking, kayaking, abseiling... etc  -  
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2008 06:36 PM | Show all posts
Kawan aku (perempuan juga) ada tengok WWE juga (VCD atau DVD cetak rompak)
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-4-2009 06:26 AM | Show all posts
Azrul ketuai cabaran di Shanghai

LAPAN atlet akan menggalas cabaran negara pada temasya Sukan Lasak Asia KIA (XGames) yang akan bermula di Shanghai, China hari ini.


Kontinjen negara akan diketuai Azrul Hisyam Muhammad serta Fariq Mohammad Esa yang akan bertanding dalam acara aggressive in-line street pada temasya yang dianjurkan oleh ESPN STAR Sport dengan kerjasama KIA Motors itu.

Selain Azrul dan Fariq, turut mengambil bahagian ialah Padin Musa, Adam Zari Jalaludin dan Mohd. Fikri Zulkifly yang akan bertanding dalam kategori papan luncur street rounds sementara Muhammad Elmi Jumari dan Zafrin Shah Sabikin pula dalam acara BMX freestyle street.

Sementara itu, Arina Fikri Abdul Rahman pula muncul satu-satunya atlet wanita negara yang akan bertanding dalam kategori aggressive in-line vert.

Selain wakil negara, KIA X Games Asia 2009 turut menampilkan lebih 200 atlet daripada 30 buah negara yang akan bertanding dalam kategori papan luncur (vert dan street), BMX Freestyle (vert dan street), Aggressive Inline (vert dan street), serta sport climbing (pecut lelaki dan wanita).

Atlet-atlet handalan seperti Andy Macdonald yang juga juara bertahan papan luncur Vert KIA X Games, Kevin Robinson serta pasangan adik beradik Eito dan Takeshi Yasutoko juga sudah mengesahkan penyertaan untuk beraksi pada kejohanan yang memasuki edisi ke-11 dan yang ketiga berturut-turut di Shanghai itu.

"Kami memang gembira kerana kembali ke China untuk tahun ketiga berturut-turut," kata Naib Presiden Kumpulan Pengurusan Acara ESPN STAR Sports, Harvey Davis.

"Standard sukan ini semakin meningkat setiap tahun dan kami berjanji akan menyajikan penonton satu lagi acara yang berprestij."

XGames Asia diadakan buat pertama kali pada tahun 1998 di Phuket, Thailand sehingga tahun 2001 sebelum Kuala Lumpur mengambil alih sebagai tuan rumah pada 2002 hingga 2004.

Pada 2005, sukan ini diadakan di Seoul, Korea Selatan sebelum kembali ke Kuala Lumpur setahun kemudian.

Shanghai pula menganjurkannya untuk tahun ketiga berturut-turut bermula 2007.

Selain saingan yang lebih sengit, kejohanan tahun ini juga menjanjikan hadiah yang lebih lumayan apabila wang kemenangan bertambah daripada AS$120,000 (RM430,502) kepada AS$130,000 (RM466,389).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2009 05:59 AM | Show all posts
Sukan Lasak Asia catat sejarah



TAKESHI buktikan kehebatannya dengan meraih pingat
emas dalam acara akhir Aggressive In-Line Vert.


SUKAN Lasak Asia KIA (XGames) edisi ke-11 yang berakhir kelmarin mencatat sejarah tersendiri.

Pada kejohanan kali ini, ia telah mencatat rekod kehadiran tertinggi apabila seramai 54,500 penonton membanjiri Pusat Sukan KIC Jiangwan, Shanghai sepanjang empat hari acara itu berlangsung.


Situasi itu sekali gus membuktikan populariti Sukan Lasak Asia KIA sebagai sukan aksi terbesar di Asia.

Hujan yang turun pada hari terakhir kelmarin tidak menghalang kehadiran penonton untuk menyaksikan aksi kelas dunia yang dipamerkan oleh peserta.

Sebaliknya, penonton telah disajikan pelbagai aksi daripada atlet terbaik dalam tiga acara utama iaitu Skateboard Vert, BMX Street dan Aggres- sive In-Line Street serta acara- acara Vert.

Turut menjadi perhatian ialah demonstrasi Moto X yang dikendalikan oleh penunggang profesional.

"Ini adalah Sukan Lasak Asia KIA terbaik yang pernah kami anjurkan dan kita sangat gembira apabila dapat menyaksikan penonton bersorak dan menyertai penaja- penaja kita sepanjang empat hari sukan ini berlangsung," jelas Naib Presiden (Pengurus Acara) ESPN STAR Sports, Harvey Davis.

"Sudah semestinya kami ingin mengucapkan terima kasih kepada penaja utama kami iaitu Kia Motors, rakan kerjasama kami, Yangpu District, SMG dan Pony, Mountain Dew serta Doritos.

"Penghargaan juga buat semua peserta dan peminat di Shanghai yang memeriahkan kejohanan ini. Tahun depan, kami akan kembali untuk meneruskan kesinambungan kejayaan yang diraih tahun ini."

Pada kejohanan kali ini, Andy Macdonald dan bintang skate Jepun, Takeshi Yasutoko masing-masing mencipta sejarah tersendiri untuk mengungguli kategori Vert Ramp.

Macdonald muncul atlet Amerika Syarikat pertama yang memenangi pingat emas acara Skateboard Vert, sementara Takeshi meraih emas keempatnya apabila mengungguli acara akhir Aggressive In-Line Vert.

Juara bertahan acara Aggressive Inline Street, Rian Arnold dari Australia bagaimanapun gagal mempertahankan kejuaraannya apabila acara itu dimenangi peserta Amerika, Chris Haffey.

Saingan bagi acara BMX Street dikuasai Garrett Rey- nolds yang unggul untuk tahun kedua berturut-turut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2009 08:10 AM | Show all posts
owh .... sukan ni... masih diminati oleh warga malaysia?
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2010 03:13 PM | Show all posts
Lihat lah atlit kita menang kali ni di Shanghai X Games Asia 2010....

semuanya di Skatemalaysia.com
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2010 09:57 AM | Show all posts
kat malaysia tak rally kereta mcm kat asia barat...
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2010 09:13 AM | Show all posts
juz nk share 1 sukan lasak ni...tp x tau la nk diketegorikan lasak ke x...sukan lasak skytrex...

Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2010 09:14 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2010 09:16 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2010 09:16 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2010 09:17 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2010 09:18 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2010 09:20 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 02:45 AM GMT+8 , Processed in 0.055249 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list