View: 1934|Reply: 0
|
Tentera Israel berundur
[Copy link]
|
|
GAZA 3 Mac - Tentera Israel berundur dari Genting Gaza hari iniselepas membunuh lebih 112 rakyat Palestin yang kebanyakannya orangawam termasuk kanak-kanak.
Serangan Israel itu turut menyebabkan memuncaknya kritikan termasukdaripada sekutu rapatnya, Amerika Syarikat (AS) yang merayu agarkeganasan dihentikan bagi menyelamatkan rundingan damai dengan Palestin.
Pergerakan Hamas yang menguasai wilayah tepi pantai itu bagaimanapunmengisytiharkan "kemenangan" dan berikrar untuk terus melancarkan roketke Israel.
Rejim Yahudi pula mendakwa telah mencapai objektif untuk menghalangserangan roket yang memporak-perandakan kehidupan rakyat Israel dibandar-bandar sempadan.
Penduduk Gaza mula keluar sejak subuh hari ini setelah berhari-hariterperangkap di dalam rumah disebabkan pertempuran berkenaan.
Seorang jurucakap sayap bersenjata Hamas berkata, pejuangnya akan terus melancarkan roket ke Israel.
"Musuh telah ditewaskan," katanya.
Pegawai kanan Hamas, Sami Abu Zuhri berkata: "Gaza akan sentiasa menjadi tanah perkuburan bagi tentera penceroboh."
Menjelang lawatan Setiausaha Negara AS, Condoleezza Rice, Israelmenghadapi tekanan hebat dari Washington agar menghentikan keganasanselepas Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menggantung rundingan damaitajaan AS sebagai membantah pertumpahan darah.
Israel melancarkan beberapa serangan udara malam tadi, membunuh tiga lagi pejuang Palestin, kata Hamas dan pasukan perubatan.
Menurut pegawai Hamas, mereka menemui empat lagi mayat di sebelah utara Genting Gaza berikutan pengunduran askar Israel itu.
Penemuan tersebut menjadikan angka korban Palestin sejak Rabu lalu meningkat kepada 112 orang.
Kira-kira separuh daripada mereka adalah orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak.
- Reuters |
|
|
|
|
|
|
| |
|