View: 2418|Reply: 3
|
Projek Bio-Diesel Jarak (Jatropha Curcas)
[Copy link]
|
|
Seiring dengan perkembangan keperluan industri,permintaan bahan bakar minyak terus meningkat dengan harga minyak duniayang turut meningkat. Justeru, pelbagai usaha telah dilaksanakan untukmencari bahan bakar minyak alternatif dari tumbuh-tumbuhan dan telahmenemui pokok Jarak (Jatropha Curcas) yang mempunyai banyak kelebihandan keistimewaan.
Tanaman Jarak (Jatropha Curcas) mempunyai keistimewaan seperti berikut:
- Perolehan minyak, lebih kurang 33%;
- Amat sesuai di tanam di iklim tropika seperti Malaysia;
- Tumbuh dengan cepat, 6 bulan sudah mulai berbuah dan mengeluarkan hasil;
- Penjagaannya senang, tidak dirosak oleh serangga, ulat atau binatang ternakan;
- Pokok Jarak boleh hidup melebihi 45 tahun;
- Sebiji buah jarak mengandungi 2, 3 atau 4 biji benih yang akan diproses menjadi bio-diesel;
- Saiz pokok yang rendah dan rendang akan memudahkan proses memetik;
- Satuekar tanah boleh ditanam sebanyak 800 pokok jarak. 1 batang anak pokok10 inci berharga RM 2.50 hingga RM 4.50 di tapak semaian;
- Hasilpengeluaran dalam masa 2 tahun pertama lebih kurang 3.6 tan (buah) bagisetiap ekar setahun dan hasil tanaman jarak akan berganda selepas 2tahun; dan
- Jaminan beli balik buah Jarak (kering) ialah RM 0.85 sekilo bersamaan RM 850 se-tan oleh Bionas selama 30 tahun.
Kegunaan Pokok Jarak
Minyak dari buah Jatropha yang dimasakakan mengeluarkan minyak berwarna kuning yang beracun. Minyak yangdicampur dengan belerang ini boleh mengubati luka-luka ringan. Malahjika dititiskan di celah jari kaki dapat menghilangkan penyakit kutuair. Kulit buahnya pula menjadi pelawas untuk membuang air besar.
Rebusan air daun Jatropha dapatmenyembuhkan penyakit demam dan Malaria. Daun ini juga turut menjadimakanan kepada ulat sutera. Daun ini akan gugur ke tanah danlama-kelamaan menjadi sebati dengan tanah tanaman serta meningkatkanlagi kesuburan tanaman.
Kulit batangnya baik untuk disapukan padabekas gigitan ular, salah urat atau terkehel. Selain itu, isi kayuJatropha dapat menghilangkan putih lidah bayi dan membuang panas didalam badan. Kulit kayu Jatropha pula menghasilkan pewarna fabrik warnabiru gelap.
Akar Jatropha boleh menjadi julap dan jika dihancurkan boleh ditempel bagi mengubat penyakit reumatik.
Biji Jatropha adalahramuan mujarab tradisional untuk mengubati sakit lutut, batuk-batuk,luka lecur, gonerea, lumpuh, bengkak-bengkak, sakit kuning, radangparu-paru, gatal-gatal, ulser dan ketumbuhan.
Selain mencuci luka getah ini dapatmelegakan kesakitan gigi berlubang dan ulser mulut dengan beberapatitisan dan tidak boleh dimakan kerana beracun. Ia juga dapat merawatluka selepas berkhatan agar lebih cepat sembuh
Hampas yang terhasil daripada pemprosesanminyak Jatropha boleh diguna semula sebagai baja kerana kaya dengannitrogen fosforus dan postasium. Ia juga boleh menjadi makanan lembuternakan.
_________________________________________________________
untuk rujukan lanjut, sila ke http://www.bionas.com.my
disclaimer :- aku bukan ejen bionas. cuma nak share psl baru tadi kawan aku bagitau yg projek ni semakin mendapat tempat dalam pasaran komoditi negara... Aku harapkan feedback dari semua, terutama yang ada pengalaman dalam projek atau seminar berkenaan Jarak ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 supermod's post
BAGUS LA NIE.. MINAT LA PLAK.. |
|
|
|
|
|
|
|
adik aku buat bisnes nih.
ari tuh bwk masuk anak benih pokok nih dari jakarta.
aku pun bkn tahu details sgt. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|