CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14292|Reply: 109

SENARIO THE MOVIE [EPISODE 1]

[Copy link]
Post time 14-2-2008 12:54 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by eddlisa_uyuk at 24-4-2011 11:30

Kisah hidup anggota Senario difilemkan!
14-02-2008 12:37:09 PM
oleh WAHIDA ASRANI
MESKIPUN ramai yang beranggapan populariti kumpulan lawak Senario ini semakin 'merudum', namun itu semua tidak menghalang pengarah terkenal, Ahmad Idham untuk menampilkan kembali tiga anggotanya, Mazlan, Azlee dan Wahid di dalam filem terbaru terbitan Metrowealth berjudul Senario The Movie - Episod 1.

Jika dulu enam siri filem 'Senario' hasil sentuhan sutradara Aziz M.Osman pernah mendapat sambutan baik oleh penonton, kali ini Idham menjanjikan kelainan menerusi 'versinya' pula.

"Filem ini sama sekali tiada kena-mengena dengan filem-filem Senario yang terdahulu. Sebenarnya idea untuk hasilkan filem ini tercetus kerana saya memang ingin mengarahkan sebuah filem komedi yang lain sedikit konsepnya.

"Kebetulan pula David Teo cadangkan nama Senario dan setelah TV3 juga bersetuju dengan idea ini, jadi kami teruskan.

"Kelainan filen Senario The Movie - Episod 1 ini pastinya terletak pada jalan ceritanya, di mana saya cuba paparkan perjalanan hidup mereka sebelum mereka popular seperti sekarang.


Senario kembali ke layar perak dengan Senario The Movie - Episod 1 (Foto The Star oleh Azhar Mahfof)

"Pasti ramai yang tidak tahu siapa mereka sebelum ini seperti apa pekerjaan yang mereka lakukan sebelum berjaya menjadi pelawak terkenal.

"40 peratus jalan cerita ini memang merupakan kisah benar dan pengalaman sebenar hidup mereka dan selebihnya saya create cerita mengikut flow kisah mereka supaya nampak lebih menarik," ujar Idham yang ditemui pada majlis pelancaran filem tersebut di Restoran Lemon, Selayang Mall.

Filem bergenre komedi rakyat yang menelan kos sebanyak RM1.5 juta ini mengisahkan tentang pengembaraan tiga sahabat untuk mencapai cita-cita menjadi artis.

Mazlan, Azlee dan Wahid yang datang dari kampung halaman masing-masing mempunyai satu tujuan yang sama iaitu untuk menghadiri uji bakat di Kuala Lumpur dan menjadi pelawak terkenal.

Namun begitu, pelbagai dugaan dan cabaran terpaksa mereka hadapi untuk mencapai impian tersebut.
Idham janjikan kelainan untuk filem ini

Selain kumpulan Senario, turut menjayakan filem ini ialah Fauziah Nawi, Zul Huzaimi, Julia Hana, Zaibo, Eizlan Yusoff dan Shamsul Ghau-Ghau.

Hampir 65 peratus penggambaran filem tersebut telah selesai dan antara lokasi yang terbabit untuk filem ini ialah Kedah, Perak dan sekitar Kuala Lumpur.

Bercerita dengan lebih lanjut tentang filem ini, kata Idham, dia tidak kisah dengan tanggapan ramai mengenai populariti Senario yang tidak segah dulu kerana bagi pengarah ini, apa yang penting ialah kebolehan mereka menghidupkan jalan cerita filem tersebut dengan baik.

"Mengapa saya perlu takut. Itu tanggapan orang terhadap mereka, saya sebenarnya perlu terhadap tanggapan orang pada saya.

"Lagipun, rating sitkom Senario antara yang tertinggi di TV3, ini membuktikan mereka masih ada pengikut tersendiri.

"Saya tidak peduli tentang populariti sangat sebenarnya kerana saya percaya pada bakat mereka. Begitu juga dengan pelakon-pelakon lain yang pernah saya ambil untuk mana-mana filem saya, ada diantaranya yang tidak popular.

"Sepanjang penggambaran filem ini, saya memang enjoy bekerja dengan Senario. Sama ada orang boleh terima atau tidak filem ini kelak, itu terserahlah kepada penonton kerana saya berikan yang terbaik dan termampu yang boleh saya lakukan," kata Idham lagi.

Sementara itu, Azlee yang ditemui juga berkata, kemunculan mereka bertiga di layar perak sekali lagi setelah tiga tahun tidak muncul bersama di dalam filem adalah satu peluang yang tidak pernah disangka akan diberikan kepada mereka.

"Kami tidak pernah terfikir untuk buat kisah seperti ini. Memang mana-mana kami pergi ada peminat yang bertanya tentang bagaimana hidup kami dulu sebelum jadi artis. Jadi saya harap dengan adanya filem ini, apa yang mereka ingin tahu tentang Senario akan terjawab.
"Seronok sebenarnya bila dapat berlakon tentang kisah sendiri kerana kita dapat imbau semula perjalanan hidup kita yang dulu...pahit maung kami sebelum berada di tahap sekarang," tutur Azlee.

Menurutnya lagi, seperti mana Idham, mereka juga tidak ambil pusing dengan tanggapan ramai terhadap populariti mereka yang makin menurun kerana bagi Azlee, selagi masyarakat mengenali mereka sebagai kumpulan Senario, itu sudah membuktikan Senario masih lagi utuh.

"Kami tidak kisah sangat tentang apa saja kata-kata orang kerana sehingga hari ini masih ramai yang kenal kami sebagai ahli kumpulan Senario. Rating sitkom kami juga pernah mencecah sehingga 3 juta.

"Jadi, tiada apa yang perlu kami risaukan," kata Azlee dalam nada ceria.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2008 01:28 PM | Show all posts
awat tak guna tajuk lain.....

the journey of senario ke


malas la tu nk pk tajuk baru....
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2008 01:52 PM | Show all posts
macam Star Wars - Episode One pulak
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2008 01:58 PM | Show all posts

Reply #2 babyorange's post

ala2 starwars la kot...
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2008 06:20 PM | Show all posts
bohsan la akak dgn senario sekarang :kant:
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2008 02:56 AM | Show all posts
wahid totally sucks!!tak lawak langsung dia nie...lawak meneran2...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-4-2008 03:03 AM | Show all posts
jozan pon harusss buat movie jgk!
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2008 08:06 AM | Show all posts
hmmm...senario patut dah pupus daa....siapa ler yang buat lagi filem ni:@ ....teruk betul laa

ahmad idham ni nak masuk list pengarah black list nampaknya hihihijoin the club


tukar laa nama lain...geli laa dengar perkataan senario...

azlee,wahid ngan lan pet pet tu takde filem lain ker ....hanya mampu berlakon dalam filem senario....




[ Last edited by  abgboroi at 19-4-2008 08:15 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2008 03:38 PM | Show all posts
senario...off topic sat...aku rasa senario patut brainwash balik idea2 komedi diorang n why not pelbagaikan program komedi cth gameshow,reality tv show ke etc...contohila para comedian jepun yg mmg gila2 punya idea, even tho diorang tu semua dh tahap veteran la kalo kt mesia...tk caya leh pegi kat sini>>http://www.youtube.com/watch?v=6lF32zoAo3w

kt us/europe pn tak jumpa lg comedy show mcm ni...mmg kelas habis!

sekadar berkongsi pendapat

[ Last edited by  minyak at 19-4-2008 03:41 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2008 07:11 PM | Show all posts
Originally posted by minyak at 19-4-2008 03:38 PM
senario...off topic sat...aku rasa senario patut brainwash balik idea2 komedi diorang n why not pelbagaikan program komedi cth gameshow,reality tv show ke etc...contohila para comedian jepun yg m ...


hmmm....tak payah laa minyak...tukar ajer diorang terus....takde kemajuan langsung....antara diorang cuma apek ajer yang tahu bawak diri....yang layan cuma nak bertepek ngan media prima... tu pun dah jadi stok lemau....kalau bagus stesen tv lain pun nak amik.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2008 12:41 PM | Show all posts
ermm..

ada yg mau tengok ke??   

tgk raja lawak lg bagus..
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2008 06:05 PM | Show all posts
Originally posted by abgboroi at 19-4-2008 07:11 PM


hmmm....tak payah laa minyak...tukar ajer diorang terus....takde kemajuan langsung....antara diorang cuma apek ajer yang tahu bawak diri....yang layan cuma nak bertepek ngan media prima... tu ...


huhu...tkdela, aku tgk situasi sitkom komedi tk byk tp kalo program realiti tv berkaitan nyanyi fuhhhh, jauh panggang dr api bezanya...terbaru la ni gelanggang raja lawak ja la...lain2 tu komedi sposen...

ko dh tgk tk link video youtube yg aku beri tu?tiap2 ari aku duk layan mende tu ja...sebbaik ada subtitle..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2008 11:45 AM | Show all posts
Originally posted by minyak at 21-4-2008 06:05 PM


huhu...tkdela, aku tgk situasi sitkom komedi tk byk tp kalo program realiti tv berkaitan nyanyi fuhhhh, jauh panggang dr api bezanya...terbaru la ni gelanggang raja lawak ja la...lain2 tu kom ...


jepun nya komedi? aku pernah tgk komedi korea...ader org tua tu...ehem tapi dier ni lucah skit laa eheheh....
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2008 01:19 PM | Show all posts
sick of them
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2008 02:06 PM | Show all posts
Originally posted by abgboroi at 22-4-2008 11:45 AM


jepun nya komedi? aku pernah tgk komedi korea...ader org tua tu...ehem tapi dier ni lucah skit laa eheheh....


huhu...yg ni tk lucah...dia mcm reality tv show tau...dlm tempoh 24 jam tu, sape gelak kena sebat kt bontot....try la tgk
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2008 04:20 PM | Show all posts
plg nyampah tgk azli tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2008 10:11 PM | Show all posts
tayangan bermula 13 November 2008 (subject to change)..
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2008 12:53 AM | Show all posts
perlu ker?
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2008 02:56 PM | Show all posts

SENARIO THE MOVIE: EPISODE 1 tayang AIDILFITRI ni!!!!

Filem ini mengisahkan pengembaraan 3 sahabat untuk mencapai cita-cita menjadi 抌intang
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2008 02:57 PM | Show all posts
Boleh jual ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 01:38 PM GMT+8 , Processed in 0.178507 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list