|
KEKAL KE AKHIRNYA
Semalam telahpun berlalu. Namun hari ini senyumku masih melebar. Erti sebuah kegembiraan. Penuh dengan kegirangan. Awal pagi semalam segala-galanya berjalan lancar. Segala-galanya terlaksana sebagaimana dirancang. Sebentuk cincin bertatah sebutir berlian putih tersarung kemas di jari manisku. Alhamdulillah, aku kini menjadi tunangan orang. Kudoakan semoga ikatan ini berpanjangan. Senyumanku terus mekar |
|
|
|
|
|
|
|
Handphoneku berbunyi lagi. Nama pemanggil kutatap. Aku senyum lagi lantas butang menjawab kutekan. Ceria saja suaranya langsung tidak bermasalah. Kawan-kawan di sekelilingku mula memandang-mandang. Galak mereka mengusikku. Tahulah mereka siapa yang menelefonku. Keadaan masih terkawal, aku tahu berkelakuan sopan. Walaupun bergelar tunangan, tingkah laku harus dijaga. Kawan-kawan pun tahu akhlakku. Menjadi contoh kepada mereka semua adalah impianku.
Lagipun bukannya manis bergelak tawa sakan bersama seorang lelaki walaupun dia adalah tunangku. Tunangku juga tahu membatasi diri, itulah keistimewaannya.
揢 dah mandi ke ni |
|
|
|
|
|
|
|
Saat aku mendaftarkan diri pada hari pertama di Universiti, itulah kali pertama aku melihat tunangku. Kami saling berpandangan namun tiada sepatah kata yang terucap. Masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. Kali ini ahli keluargaku turut serta bersamaku semasa sesi pendaftaran. Si dia aku tidak ambil peduli. Sesekali aku lihat dia berbual-bual bersama orang ramai sekeliling.
Perasaanku cukup resah, mungkin kerana sekejap lagi aku akan ditinggalkan keluarga di sini. Jauhnya卌ukup menyebakkan. Namun terselit juga suatu kebanggaan kerana kini aku mampu bergelar seorang mahasiswi di menara gading. 慡iapa yang tidak mahu ke sini? |
|
|
|
|
|
|
|
Pintu bilik kubuka perlahan. Nampaknya aku akan mempunyai seorang saja roommate. Aku memilih meja study, almari dan katil sebelah kanan. Sambil memikirkan siapakah gerangan roommateku, aku berdoa semoga dia nanti bersikap mesra denganku. Aku mula mengemas kesemua keperluan yang dibawa. Hampir sepuluh minit aku bersendirian pintu bilikku dikuak. Seorang gadis hitam manis melemparkan senyuman sambil melangkah masuk. Dia menyalamiku. Namanya Nia. Kelihatan di wajahnya sebuah kelesuan, mungkin setelah berpenat di tempat pendaftaran tadi. Sapaan khabar aku mulakan supaya suasana tidaklah hambar.
Dia nampaknya seorang yang cekap apabila sekejap cuma masa yang diambil untuk mengemas segala keperluan yang dibawa. Sambil berbual berkenalan akhirnya dia mengajakku menemaninya ke caf |
|
|
|
|
|
|
|
Pulang saja dari kuliah aku terus tidur. Badanku terasa lemah sekali. Setelah Nia kembali dari kuliahnya aku terus meminta dia menemaniku ke klinik. Nasib baik ada seorang kakak senior yang berbaik hati menumpangkan kami dengan keretanya. Doktor memberikanku beberapa jenis ubat. Aku terlena lagi selepas kuambil ubat-ubat tersebut. Demamku sedikit reda apabila kutersedar dari lena yang agak panjang.
Saat begini aku mula rindukan keluarga di kampung. Aku mengambil keputusan untuk menelefon mereka. Sapaan daripada ibu membuatkan hatiku tenang. Sedikit sebanyak aku menceritakan keadaan diriku, bukan bertujuan untuk merisaukannya tapi sekadar untuk bermanja. Siapa lagi untukku merengek selain daripada ibu? Kudengar suara ibu sayu memujukku.
Sepuluh minit masa berlalu akhirnya talian kuputuskan. Demamku makin pulih dan fikiranku lapang sekali. Aku menarik nafas dalam-dalam dan melepaskannya perlahan. Aku dapat rasakan badanku mula bertenaga kembali. Apapun aku mengambil keputusan untuk menyambung mimpiku memandangkan masa yang ada tidaklah begitu menjerat. Hampir menjelang malam baru aku tersedar, itupun setelah dikejutkan Nia. Aku bergegas membasah tubuh. Tidak mahu lagi berleka-leka kerana ada tugasan kuliah yang harus aku selesaikan.
Jiwaku tenang saat menelaah ilmu. Nia juga kelihatan khusyuk menyiapkan tugasannya. Sambil tangan kami sibuk menyiapkan tugasan mulut kami becok bercerita. Nia peramah orangnya sambil sesekala kami ketawa kelucuan. Aku ceria dengan suasana.
揅amana life kau sekarang? |
|
|
|
|
|
|
|
Hampir satu semester aku di sini. Rutin kampus menjadi kebiasaan padaku. Apa yang berbeza cuma hubunganku yang agak rapat dengan Rizal. Kami berkawan rapat dan saling membantu antara satu sama lain. Suatu perkara yang paling tidak aku suka apabila ada perasaan halus mula menguasai diriku. Perasaan itu kusimpan kejap jauh di lubuk hati. Manakan tidak apabila suatu ketika kulihat Rizal mesra dengan seorang wanita di kampus ini.
Aku mengenali Diana seadanya. Kami juga pernah bertegur sapa. Dia bagiku seorang yang bergaya. Rizal juga kulihat amat senang dengannya. Cemburuku usah dikata, namun kusimpan dari pandangan wajah. Ada waktunya Rizal selamba saja menceritakan perihal Diana kepadaku. Aku terpaksa menjadi pendengar setia walaupun hatiku hanya tuhan saja yang tahu. Sejauh mana hubungan mereka tidak pernah kupersoalkan.
Suatu ketika kami terserempak. Rizal memperkenalkan Diana kepadaku. 揇iana卪y best friend. Kawan lama I. Kalau U ada apa-apa masalah boleh mintak tolong dengan dia. Diana ni baik orangnya. Cakap je apapun InsyaAllah dia akan tolong. |
|
|
|
|
|
|
|
Sebulan berlalu tanpa kutemui Rizal di mana-mana. Ada rindu bersarang di hati. Sambil memujuk hati yang tidak keruan aku mencermin diri. Siapalah aku dibanding Diana? Kali ini aku bersendirian ke bandar. Membawa hati yang agak lara. Satu persatu lot kedai kujejaki. Namun tiada satu pun yang menarik perhatianku. Hampir Maghrib baru aku pulang ke kolej dengan keletihan.
Terasa langsung tidak bermaya. Nia pula tiada menemani. Katanya ada hal di kampung. Hanya katil tempat aku berlabuh. Aku terus melelapkan mata menganyam mimpi. Sehinggalah Subuh baru aku tersedar. Aku bangun melakukan senaman ringan. Beginilah rutin harianku, melakukan sedikit regangan sebelum ke bilik air. Aku membelek jadual hidupku untuk hari ini. Ada kuliah匨alasnya匰elepas menunaikan fardhu Subuh aku bersarapan ringan di bilik.
Selesai saja kuliah aku bergegas ke perpustakaan. Ada tugasan baru yang harus aku selesaikan segera. Tugasannya agak susah kali ini dan sememangnya memerlukan banyak bahan rujukan. Aku berlenggang keseorangan mencari tempat berlabuh yang sesuai, agak tersorok agar lebih privacy. Tiba-tiba pandanganku melihat Rizal. Kenapa harus di sini? Aku terus menjauhkan diri. Malas untuk aku menegurnya. Walaupun terasa benci namun jauh di sudut hati kecilku masih merindui Rizal. Cemburuku pada kemesraan antara Rizal dan Diana tak mampu aku ketepikan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ |
|
|
|
|
|
|
|
Setahun pengajianku berlalu卥ini tiba masanya untuk aku bercuti panjang sebelum pengajian semester baru. Aku pulang ke kampung mengubat kerinduan yang sarat terhadap ayahbonda. Ibu dan ayah menyambutku seadanya dengan makan malam yang sungguh menyelerakan. Sambil bercerita panjang aku memohon dari ibu dan ayah untuk bekerja sepanjang cuti kali ini. Alhamdulillah mereka bersetuju dengan cadanganku.
Seminggu berlalu akhirnya aku mula bekerja di sebuah syarikat hartanah sebagai pembantu jualan. Seronok rasanya apabila aku mula menjiwai dunia pekerjaan. Banyak pengetahuan dan pengalaman dapat kukutip. Aku juga punya bos yang agak baik orangnya. Selalu memberi tunjuk ajar seandainya aku ada melakukan kesilapan. Rakan sepejabat turut membantu menyelesaikan segala tugasan yang diamanahkan.
Sebulan sudah berlalu dan hanya tinggal seminggu lagi aku di sini. Rakan sepejabat meraikanku dengan sedikit jamuan ringkas hari ini. Kebetulan kata mereka ada staf baru yang akan melapor diri pada hari ini juga. Sesuatu yang tidak diduga |
|
|
|
|
|
|
|
Aku menjadi tunangannya selepas dua tahun dia menungguku menamatkan pengajian. Aku kagum dengan kesabarannya menunggu hingga ke saat kami ditunangkan. Hari-hari yang mendatang makin bermakna buat kami. Sesekali mulutku mengucapkan syukur kerana segalanya berjalan lancar tanpa banyak halangan. Semoga segalanya akan berpanjangan hingga ke hari kami akan disatukan.
揑 juga mahu kesetiaan hingga ke akhir hayat. Harapnya tidak akan ada sesuatu yang akan menggugat kesetiaan antara kita. I hanya ada U hingga ke akhir hayat dan I harap U juga begitu卙anya I di hati untuk selamanya. |
|
|
|
|
|
|
|
dah habis ke?
sambunglah lagi..
:flower: |
|
|
|
|
|
|
|
:flower: :flower: :flower: :flower: :flower: |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|