View: 2220|Reply: 12
|
murid zaman skrg tak tau respek orang
[Copy link]
|
|
anak murid zaman dulu lebih takutkan guru banding ibu bapa. kalo cikgu cakap mesti ikut tapi kalo mak cakap sekalipun mende betul mesti tak nak dengar.
Tapi zaman skrg ni dah terbalik. anak lebih percaya ibu bapa dan takutkan mereka berbanding cikgu. tak caya?..it's true. kalo pi mana2 sekolah kat KL
esp. area yang pack memang senario tu berlaku. last week a few of my students tak bawak buku dan aku denda berdiri kat luar. dah kena denda pun masih
buat bising dan menari2 kat luar. sungguh tak tau hormat guru murid zaman skrg. bukan aku tak nak amik tindakan tapi faham2 je la. zaman skrg kat area
KL ni, salah skit parents terus nak saman cikgu, serang cikgu, salahkan cikgu tanpa usul periksa. kalo ada kesan kat badan murid lagi le parents ni suka, bleh
sue dan ada proof. tu yang aku malas nak cari pasal. kuasa cikgu dah hilang. tah mcm mana aku terkeluar idea dan merakam aksi bdk2 yang ku denda ni
dengan handphone. bukan le nak sangat pon tapi geram sebab tercabar dengan bdk2 ni. dan aku play balik tunjuk kat depa. sambil tu cakap nak send kat hp mak ayah depa. dan2 tu melutut merayu2 kat aku sambil nangis2 minta jangan tunjuk kat mak ayah. tau takut..tapi cikgu tak tau nak hormat. aku pelik
tul, kat umah baik sangat kat sekolah buat hal. aku kdg2 pening pk pasal bdk2 ni bile depa mencabar kredibiliti guru. korang rasa pe denda yang aku patut
bagi? just to get some ida. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 teacher_shakira's post
Cikgu tunjuk je rakaman tu kat mak ayah dorang...
Biar mak ayah dorang tau cemana sikap anak-anak dorang kat sekolah...
Di masa hadapan, mak ayah dorang dah tak boleh nak 'serang' Cikgu lagi sebab Cikgu pun dah tunjukkan bukti rakaman tu. Lagipun, dorang dah tau cemana sikap anak-anak dorang... |
|
|
|
|
|
|
|
dulu taim aku ngajar jat satu skolah anak2 org kayo kt damansar nie (cikgu ganti ajo), mak budak tu duk nunggu kat pintu tgk cikgu ngajar. camana nak buat? dah lar budak tu mengade2. seminggu ajo aku tahan ngajo situ. baik aku gi ngajo skolah kat kg lagi baik. budak2 pun dengar kato. |
|
|
|
|
|
|
|
Perubahan sepatutnya berlaku dari kesedaran diri murid itu sendiri. So kenalah bersabar banyak-banyak dlm menunggu diorg ni berubah. Sekali tegur tu mmg normal la kalau tak jadik apa-apa perubahan. Kalau terus berubah tu yang patut risau. Sebab perubahan psikologi manusia yang mendadak merupakan satu tanda masalah mental. Hehehe.. saje nk kasik semangat~ |
|
|
|
|
|
|
|
Salam. teringin plak nak share satu kisah kat kelas my son last yr. My son nih, dok dlm kelas A lah kira2nya. So budak2 kelas nih, memang tahap2 yg excell gitu. Ni berlaku kat KL. Ada sorg cikgu nih, memang disukai ramai. Very frenly dan suka buat lawak. Amat rapat dgn murid2. Pd suatu hr tu, cikgu nih (lelaki) buat kuiz spelling dlm kelas. girls vs boys. Budak2 pompuan asyik menang so boys x puas hati dan cakap cikgu ni saje bg soalan yg mudah2 kat girls. Nak dijadikan cerita, bila kena turn sorg boy nih, dia pun ejalah perkataan yg cikgu tu bg the dia cakap "Hah! puas hati? puas hati?" Memang dia tujukan pd cikgu tu sebab sebelum tu cikgu tu komplen pasal boys asyik salah eja je.
So... cikgu nih agaknya terperanjat dgn tindakan this boy, dan mungkin jugak termalu dgn sikap dia sendiri yg saje bg words yg susah2 kat boys. Maka cikgu ni pun merajuk la beberapa hari kat budak2 boys kelas nih. Tak nak mengajar. Dia yg sebelum nih teramat baik dgn my son (pasal cikgu ni kenal/kwn my hubby) bila my son tanya sebab x faham pun dia diam je. Geli hati la pulak. Cikgu lelaki merajuk.
Yg lg kesian dan buat budak2 bengang, cikgu ni ajar Pendidikan Jasmani, tp sebab kan kes tu, PJ pun cancelled.
Dan budak2 kelas tu pun diberi amaran oleh guru kelas spy tak kurang ajar.
Bila hati cikgu tu dah sejuk, budak2 siap tanya lagi "cikgu tak merajuk lagi?" ngeh ngeh!! Cikgu pun gelak je!
Agak2nya kenapa budak2 leh jd kurang ajar? To me, memang sebab kurang didikan dr parents. Dan mungkin juga keadaan yg mana berpunca dr sikap guru sendiri. Terlalu mendesak, meng"downgrade" budak2 . Kdg2 tu keakraban yg melampau2 antara guru dan murid pun boleh membuatkan murid2 hilang respect. Murid2 dah anggap mcm kengkawan pulak sampai terlupa had/batas2 sepatutnya.
Meh nak cerita lg. Pengalaman me semasa mengajar di sebuah ipts. Final yr studenst semestinya ada pembentangan projek akhir. Masa nih, mcm2 hal berlaku. Yg x siap yg x muncul2 langsung. Budak2 pun me agree, ada yg tertekan, gementar. Masing2 memanglah mengharapkan markah yg cemerlang setelah berhempas pulas. Me plak sebagai tenaga pengajar, bersengkang mata di pagi2 buta kat rumah nak menyemak kertas2 projek nih. Kadang2 terus tak tidur sampai ke subuh.
Nak jd cerita suatu hari tu, bila tiba satu kump ni buat pembentangan. (Mereka ni kump pertama utk hari tu). Pelajar2 dr kumpulan nih sememangnya rapat dgn me dan sentiasa menunjukkan perkembangan projek mereka utk disemak. So, bila me masuk kelas, PC x ready, tak pasangkan ke projector. Dah buang masa. Since me pun tertekan sebab kurang tidur, so i was like a bit upset dan marah2 gitu. Ntah mcm mana one of the group members menjawab dgn kasar. Katanya bukan salah kami bla bla. I was so shocked! leh kontrol lg, gi bilik air, nangis puas2!
Dipendekkan cerita kes sampai ke pengetua n budak tu minta maaf. And bila me dah cool, everything went well tp budak tu me potong markah skit. he he!!! Dia pun x kesah dan terima hukuman. Tak berapa lama pas tu dia eksiden motor. Kaki teruk jugalah dan bertongkat ke kolej. I was like.... oh kesiannya. terasa menyesal marah2 kat dia!
alamak! pjg no cerita. Teringat sejarah silam la plak! |
|
|
|
|
|
|
|
errr...memang PATUT pun budak2 tu takut dgn mak/ayah sendiri gak kann...tak ke?...kalo yg tak takut tu yg LAGI para cikgu takleh nak buat apa-apa...
TAKUT dlm erti kata, segala salah perlakuan jika cikgu report pd mak/ayah dia...pasti dia dapat habuan!... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 HOTlips's post
hehe buruk cikgu laki merajuk. tapi nak salahkan cikgu tu pon tak leh. mende kalo datang dari ati ni mmg
subjektif skit. hati terasa amat ni bukan leh dipaksa2. |
|
|
|
|
|
|
|
budak2 skarang mmg tak boleh ditegur.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 teacher_shakira's post
video tu jgn buang. simpan. kot esok lusa depa buat perangai lagi, yang teruk, yr 'S' is saved and covered. |
|
|
|
|
|
|
|
macam kawan saya lak ada anak murid tu degil so dia pun kutil sikit je kat pinggang budak tu and you know what budak tu pergi lempang my fren (dia nie cikgu pompuan). My fren punyalah terkejut so dia pun buat aduan kat guru besar and guru besar tu tak leh nak buat apa2 tindakan sebab budak tu anak cikgu disiplin kat sekolah tu jugak. So sampai sekarang kes tu diam cam tu aje .... geramnya saya dengar ....l.:@ :@ :@ |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #11 AznieBunnie's post
|
|
|
|
|
|
| |
|