CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29900|Reply: 95

SUKMA : May 31 - June 9

[Copy link]
Post time 29-1-2008 11:16 PM | Show all posts |Read mode
Tuesday January 29, 2008

Perak aims for 40 gold medals at Sukma
By IVAN LOH

IPOH: Perak is aiming to win 40 gold medals at the 12th Sukma (Malaysia Games) to be held in Terengganu.

State Islamic Education, Youth and Sports Committee chairman Datuk Mohd Zaim Abu Hassan said their target is achievable if the athletes, trainers and managers give their best.

He hopes the state contingent could improve on their gold medal tally for this year's games which would be held from May 31 to June 9.

Perak managed to get 37 goals in the 2004 Sukma held in Kedah.

"We don't want to be too over-ambitious but we are confident to haul in the gold medals," he said Tuesday at a press conference.

"We are also aiming to be the overall champion for this year's games," he added.

He said Perak was among the top sporting states in the country with Selangor and Sarawak being the other two teams that have performed exceptionally at Sukma.

Perak State Sports Council director Meor Ismail Meor Akim said Perak would be sending some 400 athletes to compete in 31 sporting events.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-1-2008 05:11 AM | Show all posts
Lebih 6,000 atlet banjiri Sukma

KUALA TERENGGANU
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2008 07:11 AM | Show all posts
Sukma 2008: Perak buru hatrik

Oleh KAMARUDDIN ISMAIL


"KAMI berazam untuk mengekalkan reputasi sebagai juara keseluruhan dalam acara olahraga pada Sukan Malaysia (Sukma) buat kali ketiga berturut-turut."

Demikian jelas Persatuan Olahraga Amatur Perak (POAP) menjelang berlangsungnya Sukma edisi ke-12 yang akan berlangsung di Terengganu pada 31 Mei hingga 9 Jun depan.

Setiausaha POAP, S.O. Appan berkata, Perak mula menguasai acara olahraga pada Sukma edisi ke-10 di Negeri Sembilan apabila meraih lapan pingat emas.

"Selepas itu, kami berjaya mengekalkan status sebagai juara bagi acara olahraga pada Sukma ke-11 di Alor Star dua tahun lalu dengan meraih tujuh emas," jelasnya.

"Kini, barisan atlet kami sedang bekerja keras dalam misi memastikan gelaran juara buat kali ketiga berturut-turut pada Sukma ke-12 di Terengganu tahun ini dapat dicapai.

Sebagai permulaan, Perak telah menyenaraikan 30 atlet yang bakal menggalas cabaran pada temasya dwi-tahunan itu kelak.

Menurut Appan, atlet yang dipilih kini sedang giat berlatih di bawah pengawasan bekas jurulatih kebangsaan, Tan Choo Mong dan dibantu oleh beberapa jurulatih lain sejak Jun tahun lalu.

"Atlet yang kami pilih kali ini merupakan juara dalam acara masing-masing pada temasya Sukan Perak (Super) 2007 yang dilangsungkan Mei tahun lalu," tambah Appan.

Begitupun, Appan menjangkakan Terengganu dan Johor akan menjadi penghalang Perak untuk mengekal kejuaraan bagi kali ketiga.

"Apa pun, kami meletakkan harapan kepada M. Vadivellan, S. Vikkaram, Amran Raj, Noor Amira Md Nafiah dan Saiful Anwar Samsudin untuk menghadiahkan pingat emas buat Perak," jelasnya.

Menurutnya, Vadivellan, Vikkaram dan Amran Raj mempunyai harapan cerah untuk meraih emas dalam acara jarak sederhana dan jauh.

Vadivellan bakal dipertaruhkan dalam acara 800 dan 1500 meter, Vikkaram dalam acara 3000m berhalangan dan 10,000m sementara Amran Raj dalam acara 5,000m.

Selain itu, Saiful Anwar diharapkan membawa pulang pingat dalam acara 110m dan 400m berpagar sementara Noor Amira menjadi taruhan dalam acara lompat kijang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2008 07:59 AM | Show all posts
314 atlet N.S. ke Sukma

SEREMBAN
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2008 10:54 AM | Show all posts
Malaysia Games: RM1.5 million allocated for preparation

NEGRI Sembilan will send 314 athletes including 117 women and 77 officials to the 12th Malaysia Games in Terengganu from June 1-9.
State Youth and Sports Committee chairman Datuk Ir. Jamlus Aziz said the Negri contingent will compete in 23 of the 36 events at the biennial games.

揥e are concentrating on events that can win medals and are hoping to reach our target of 23 gold, 21 silver and 28 bronze medals,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2008 06:36 PM | Show all posts
Monday February 11, 2008

Construction delay won't affect Sukma

By R.S.N. MURALI

KUALA TERENGGANU: The delay in the construction of the Terengganu Sport Complex and an Olympic-size swimming pool will not affect the Malaysia Games (Sukma) to be held here at the end of May.

State Culture, Youth, Sport and NGO's affair committee chairman Datuk Din Adam said construction was being expedited and added he was confident they would be ready for the games.

"The pool is 91% complete but hit a snag,
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-2-2008 01:24 PM | Show all posts
Thursday February 14, 2008


Sports facilities 憌ill be ready for Sukma
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2008 08:47 AM | Show all posts
wehhh senarai sukan yg masuk dah ada lum?

kalau leh tepek jadual games sekali lg besh

leh aku beli tv bulan 5 ni kang hehehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-2-2008 02:20 PM | Show all posts
Atlit pelapis perlu serlah di Sukma
Oleh NOR HAIRULNIZAM WAHID


JIKA anda tidak menunjukkan sebarang peningkatan prestasi, bersedialah untuk digugurkan daripada program pelapis.

Amaran itu mungkin agak keras tetapi itulah cabaran awal yang harus disahut atlit remaja yang bergelar atlit pelapis, ketika tumpuan negara kini lebih terarah kepada buruan emas sulung Olimpik serta siapa bakal mewakili negara ke kejohanan itu.

Ketika atlit senior kini bertungkus lumus untuk menempah tiket ke Beijing, ujian awal atlit pelapis hadir menerusi Sukan Malaysia (Sukma) ke-12 di Terengganu, 31 Mei hingga 9 Jun ini, yang akan menjadi kayu ukurnya.

Justeru, kejohanan dwitahunan itu kini tidak seharusnya dilihat sebagai medan persaingan antara sesama atlit negara, tetapi bagi atlit pelapis ia peluang untuk memperbaiki pencapaian sendiri.


Pengarah Cawangan Pelapis Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri Ngadirin berkata atlit berkenaan bukan sekadar mengisi penyertaan di Sukma semata-mata, sebaliknya sebagai persiapan untuk ke Sukan Sea Laos tahun depan.


揓usteru kita hanya mahu yang terbaik untuk kelayakan ke Sukan Sea tahun depan. Jika mereka gagal menunjukkan prestasi cemerlang di Sukma, mereka mungkin digugurkan.

揗ereka adalah atlit terbaik yang dipilih daripada negeri masing-masing dan seharusnya menunjukkan kualiti sebenar,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2008 02:21 PM | Show all posts

Reply #8 ReuK's post

nanti aku cari...  rasanya jadual tak ada lagi; dalam bulan 3 paling teruk pun.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2008 06:18 AM | Show all posts
Situasi Terengganu tidak jejas Sukma
KUALA LUMPUR
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2008 11:18 AM | Show all posts
game tennis tak de ke????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2008 05:55 AM | Show all posts
Sukma XII Terengganu terbesar

KUALA LUMPUR
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2008 05:57 AM | Show all posts
Selangor sasar 60 emas

SHAH ALAM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2008 11:16 PM | Show all posts
Kejohanan pilih atlet Sukma

KUALA LUMPUR
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2008 04:19 AM | Show all posts
Pahang Sasar 45 Emas Di SUKMA Terengganu
17 April, 2008 14:25 PM - BERNAMA

KUANTAN, 17 April (Bernama) -- Pahang meletakkan sasaran merangkul 45 pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-12 dari 31 Mei hingga 9 Jun di Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Pahang Datuk Wan Adnan Wan Mamat berkata acara yang berpotensi menyumbangkan pingat emas buat kontinjen Tok Gajah itu ialah olahraga, renang, lumba basikal, angkat berat, menembak, pencak silat, tinju, memanah dan karate do.

"Pahang akan menyertai 27 daripada 30 acara yang dipertandingkan, dan kita berharap pencapaian kali lebih baik berbanding temasya dua tahun lepas," katanya kepada Bernama di sini, Khamis.

Katanya, kontinjen Pahang akan diwakili seramai 432 atlet dan 98 pegawai. Pencapaian terbaik kontinjen Pahang dalam temasya itu ialah di Sukma ke-11 2006 di Kedah dengan pungutan 39 emas, 36 perak dan 32 gangsa, katanya.

Semua atlet akan menyertai sesi latihan pusat yang akan diadakan di Institut Kemahiran Belia Negara di Temerloh pada 9 hingga 12 Mei ini, katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-5-2008 08:14 PM | Show all posts
01 Mei, 2008 19:48 PM           

Persiapan Sukma Berjalan Lancar

KUALA LUMPUR, 1 Mei (Bernama) -- Tinggal 29 hari sahaja lagi menjelang Sukan Malaysia atau Sukma ke-12 di Terengganu nanti, pihak penganjur kini mampu menarik nafas lega dengan persiapan kemudahan sukan dan perkampung bagi menampung 7,316 atlet dan pegawai dari 15 buah negeri dan wilayah persekutuan serta Brunei Darussalam.

Pengarah Operasi Sekretariat Sukma Terengganu, Ibni Amin Busu berkata bagi menguji keadaan stadium dan venue kejohanan yang diserahkan kepada pihaknya pada akhir bulan lepas, satu kejohanan percubaan selama enam hari mulai hari ini hingga Selasa depan akan diadakan dengan penyertaan beberapa pasukan negeri.

"Ia bagi menguji semua peralatan dan kemudahan serta mengatasi kelemahan yang mungkin timbul," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata antara acara dan venue yang diuji ialah Kompleks Sukan Gong Badak bagi acara boling dan skuasy, taekwondo di Marang, berbasikal di Hulu Terengganu dan ekuestrian juga di Kuala Terengganu.

"Selepas hari pertama percubaan, kami yakin dapat menganjurkan acara dwitahunan kali ini dengan jayanya," katanya.

Sukma XII akan berlangsung dari 29 Mei hingga 9 Jun dengan mempertandingkan 31 acara bagi merebut 404 pingat emas.

Selain daerah Kuala Terengganu, acara akan turut diadakan di Marang, Dungun, Kemaman, Hulu Terengganu, Setiu dan Besut.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2008 07:16 AM | Show all posts
Pra-Sukma ujian buat tuan rumah
Oleh NURUL AMALINA
RAMLEE
[email protected]

IBNI AMIN (kanan) berkata, Pra-Sukma mampu memberi
peluang kepada Terengganu untuk menilai setiap prasarana
sempena temasya Sukma penghujung bulan ini.

KARNIVAL Pra-Sukan Malaysia (Sukma) XII yang bermula semalam akan digunakan tuan rumah, Terengganu bagi menilai persiapan dan keberkesanan peralatan di gelanggang menjelang temasya sebenar mulai 29 Mei ini.

Pengarah Operasi Sekretariat Sukma XII, Ibni Amin Busu berkata, antara yang akan diuji ialah padang serta papan markah yang akan digunakan pada temasya itu nanti.

"Itu tujuan utama kita adakan Pra-Sukma. Kita tidak mahu sebarang masalah akan terjadi pada Sukma nanti.
"Ujian itu akan membolehkan kita melihat perjalanan sistem yang akan diguna pada Sukma. Sekiranya bermasalah, ia masih sempat diperbaiki," katanya.

Seramai 500 atlet dari beberapa negeri yang akan menyertai Sukma XII termasuk Terengganu, Kelantan, Pahang dan Selangor telah mula melaporkan diri bagi menyertai karnival yang mempertandingkan lima acara itu.

Antara acara yang dijalankan ialah lumba basikal, boling, equestrian, skuasy dan taekwondo.

"Kita menempatkan atlet di lokasi yang berbeza bersesuaian dengan sukan yang disertai mereka.
"Bagi atlet basikal, mereka akan mendaftar di Hulu Terengganu, taekwando (Marang) manakala tenpin boling, ekuestrian dan skuasy pula di Kuala Terengganu," ujarnya.

Jelasnya lagi, mesyuarat pengurus pasukan turut diadakan bagi menentukan jadual pertandingan setiap acara sejurus selepas pendaftaran atlet.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2008 06:15 AM | Show all posts
Sukma: Kelantan sasar 10 emas

Oleh ZAKI SALLEH


RAIHAN jadi taruhan terbaik Kelantan untuk raih emas dalam acara angkat berat wanita.

SASARAN 10 pingat emas yang diletakkan kontinjen Kelantan pada Sukan Malaysia (Sukma) XII di Kuala Terengganu yang bermula 31 Mei hingga 9 Jun depan disifatkan sebagai realistik.

Timbalan Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Kelantan, Zahari Zakaria berkata, jangkaan itu berdasarkan keupayaan sedia ada atlet mengikut setiap acara yang disertai selain mengambil kira kekuatan lawan.

Menurut beliau, kontinjen Kelantan yang disertai 320 atlet dan pegawai bakal menyertai 26 daripada 31 jenis sukan yang dipertandingkan termasuk angkat berat, gimnastik dan silat olahraga yang dijangka mampu menyumbang emas.

"MSN Kelantan tidak mahu meletakkan sasaran menggunung, tetapi kemudian pulang hampa dengan memberi pelbagai alasan kepada orang ramai akibat gagal melepasi sasaran.

"Bagaimanapun, ia tidak bermakna atlet Kelantan ke Sukma untuk makan angin, sebaliknya kita ke sana untuk memberi saingan sengit kepada lawan dalam setiap acara yang dipertandingkan," katanya ketika ditemui semalam.

Zahari memberitahu, perubahan format bagi acara angkat berat pada Sukma akan datang yang hanya menawarkan satu pingat emas berbanding tiga untuk setiap kategori turut memberi kesan kepada jumlah pingat yang bakal diperoleh.

Menurutnya, kali ini tiada lagi kiraan pingat bagi acara snatch dan clean and jerk, sebaliknya mata dikumpul secara keseluruhan bagi menentukan pemenang.

Namun begitu, dua atlet angkat berat wanita Kelantan yang beraksi cemerlang pada edisi Sukma terdahulu, iaitu Raihan Yusoff dan Siti Asmida Aris dijangka mampu mencipta kejayaan.

Cabaran turut digalas atlet memanah, Nazrin Aizad yang dijangka tidak sukar untuk menghadiahkan pingat emas kepada Kelantan berdasarkan pencapaian terbaiknya ketika mewakili negara pada Sukan SEA di Korat tahun lalu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2008 06:20 AM | Show all posts
Sukma jadi medan lahir bakat baru - Zolkples

SUKAN Malaysia (Sukma) merupakan temasya sukan yang cukup penting untuk mencari bakat-bakat baru dalam sukan tertentu.

Melalui temasya dua tahun sekali ini jugalah lahirnya jaguh-jaguh negara ketika ini termasuklah ratu skuasy negara, Nicol Davis serta pemain badminton No. 2 dunia, Lee Chong Wei selain Muhammad Hafiz Hashim (badminton), Shalin Zulkifli (boling) dan Nazmizan Mohamad (olahraga).

Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong mengakui Sukma dijadikan pemangkin untuk setiap negeri di Malaysia melahirkan bakat baru.

Malah menurutnya, negeri tuan rumah juga mengambil kesempatan dalam penganjuran Sukma untuk menyediakan atau menaiktaraf kemudahan-kemudahan sukan di negeri masing-masing.

"Sukma menjadi sebahagian daripada bahagian paling penting dalam pembangunan sukan di Malaysia dan kita tidak dapat mencari bakat-bakat baru tanpa penganjuran Sukma," kata Zolkples.

"Sukma juga menjadikan setiap negeri di Malaysia semakin serius dalam melahirkan atlet-atlet berbakat.

"Selain itu, ia juga merupakan medan untuk mendedahkan pegawai-pegawai sukan dengan kejohanan sebenar.

"Pendek kata, Sukma merupakan pembangunan sebenar sukan di Malaysia."

Begitupun, penganjuran Sukma memerlukan kos yang tinggi. Namun, Zolkples percaya, kos tersebut dapat dikurangkan apabila setiap negeri tuan rumah tidak begitu ghairah membina kemudahan-kemudahan sukan bertaraf mega.

"Kita tidak perlukan stadium mega untuk menganjurkan Sukma," tambah Zolkples.

"Stadium dengan kapasiti 30,000 ataupun 40,000 dengan kemudahan yang sederhana sudah memadai.

"Kita tidak perlu menyediakan Stadium bertaraf Olimpik dengan kapasiti 60,000 atau lebih jika akhirnya ia hanya akan menjadi projek gajah putih."

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 02:09 AM GMT+8 , Processed in 0.278920 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list