View: 1728|Reply: 0
|
Simposium Usahawan Asnaf Selangor 2008 (SUAS)
[Copy link]
|
|
Assalamualaikum semua...
ada tak terbaca dlm paper berita harian semalam psl ni? ni info utk sesiapa yg tak baca dan berminat...
Usahawan Selangor patut manfaatkan Suas
PELBAGAI langkah dibuat untuk menjana dan menggerakkan pertumbuhan usahawan Melayu di Selangor.
Terbaru, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor (DPMMS) dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan agensi kerajaan seperti Yayasan Tekun Nasional, Mara, Jabatan Belia dan Sukan Selangor, Jabatan Pertanian Selangor, Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), Bank Pertanian Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor, Amanah Ikhtiar Malaysia dan SME Bank akan mengadakan Simposium Usahawan Asnaf Selangor 2008 (Suas) di Dewan Auditorium Wisma MBSA, Shah Alam, Sabtu ini.
Suas bertujuan mengumpulkan usahawan di kalangan asnaf di dalam negeri Selangor dan memberikan satu suntikan khas tumbesaran perniagaan mereka yang julung kali dianjurkan oleh DPMMS, LZS dan Agensi-Agensi Kewangan, Kerajaan dan Swasta.
Objektif simposium diadakan bagi memberikan pendedahan menyeluruh berkaitan bantuan geran dan pembiayaan kewangan daripada agensi kerajaan dan swasta. Selain itu, ia bertujuan menghasilkan satu persetujuan perjanjian bersama (MOU) di antara DPMMS, LZS dan Agensi terbabit untuk memudahkan pembiayaan geran dan pinjaman kepada usahawan.
Hasil daripada persetujuan itu, diharap dapat mewujudkan hubungan dinamik antara ahli DPMMS, usahawan asnaf dan agensi yang terbabit dalam aspek bantuan kewangan atau geran serta melatih usahawan agar dapat memberi sumbangan yang positif kepada ekonomi Melayu khususnya di Selangor.
Simposium ini akan dirasmikan Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Zahid Hamidi dan turut dihadiri l, Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Selangor, Tan Sri Rozali Ismail dan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa,
Simposium ini akan dihadiri 1000 peserta daripada golongan asnaf Selangor dan agensi kerajaan dan swasta.
Simposium ini terbahagi kepada dua sesi iaitu, sesi satu akan membincangkan peluang perniagaan dan sesi ke dua pula membincangkan hal berkaitan dengan sistem pinjaman atau pembiayaan perniagaan yang akan disampaikan oleh wakil dari setiap agensi.
Manakala di sebelah petang pula, akan diadakan Forum Bicara Usahawan Sukses bersama usahawan yang berjaya dan upacara menandatangani MoU di antara DPMMS dan LZS bersama agensi terbabit.
Pelaksanaan program ini dijangka memberikan faedah jangka panjang dan pendek kepada usahawan asnaf dan usahawan Melayu lain serta agensi yang terbabit dalam permasalahan geran yang disediakan kerajaan bagi membantu mengembangkan perniagaan mereka.
OTHMAN ISMAIL,
Setiausaha Kehormat
Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor (DPMMS).
comey ada call DPMMS, katanya dr pukul 8am-5pm, semua dijemput hadir percuma jer... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|