CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 40265|Reply: 78

TAK ADA LESEN- ACCIDENT BOLEH CLAIM INSURANCE KE?

[Copy link]
Post time 14-1-2008 09:51 AM | Show all posts |Read mode
hai nak tanya kalo takde lesen bawak keta. tiba2 eksiden... leh claim insurance ke?
ada kata insurance tu utk keta.. boleh claim.

ada kata kena amik insurance for ALL RIDERS.. camne? sbb buat masa ni takde masa la nak amik lesen. huhu  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2008 09:55 AM | Show all posts
all riders tu insurans motor ke?
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2008 10:04 AM | Show all posts
Nak mampus?
Nak claim insurans kena buat report polis. Kalau sangkut masa buat report, memang cari sakit la..
Sori kalau ayat first tu kasar..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2008 10:04 AM | Show all posts
all rider tu maksudnya diinsurancekan untuk semua pemandu yg gunakan kereta tu...tapi kena la ada lesen..kalau tak..takleh claim..setahu aku skang ni ramai yg tipu masa report accident tu..kata org lain yg ada lesen bwk..cthnya adik dia bwk..dan accident..so masa report ckp abg dia yg bwk..sbb abg ada lesn.. kalau tak silap la tu..hehehe..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2008 10:09 AM | Show all posts
ye betul...kalau takde lesen mmg x leh claim... lagi kene saman lagi ada la...
biasenye masa report polis letak nama org yg ade lesen.. pandai2 la kawtim
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2008 10:09 AM | Show all posts

Reply #1 mix_chinese's post

tak ada licence,  tak boleh cliam insurance... bukan itu saje    tak ada licence tak boleh bawak kereta ..

[ Last edited by  amazed at 14-1-2008 10:10 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-1-2008 10:11 AM | Show all posts
sapa suruh bawak kereta ke motor ke tak nak buat lesen dulu....
itu le manusia nih..
dah terantuk baru tergadah.....

(tadi masa g kerja excident 2 motor depan mata aku..., ni buat aku tak
kan bawak kereta ni...)
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2008 10:13 AM | Show all posts

Reply #1 mix_chinese's post

mmg betul all riders...tp maslahnya lesen xde...mmg xdpt claim punya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2008 10:16 AM | Show all posts
takde lesen takleh claim...dan insuran pun tak cover, sbb insuran hanya cover org yg ada lesen je......

walau camne terrer sekalipun tapi kalo takde lesen takde maknanyer
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2008 10:29 AM | Show all posts
x boleh!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2008 10:31 AM | Show all posts
Originally posted by mira8 at 14-1-2008 10:04 AM
all rider tu maksudnya diinsurancekan untuk semua pemandu yg gunakan kereta tu...tapi kena la ada lesen..kalau tak..takleh claim..setahu aku skang ni ramai yg tipu masa report accident tu..kata o ...

aah selalu dgr mcm nie.

Nak mampus?
Nak claim insurans kena buat report polis. Kalau sangkut masa buat report, memang cari sakit la..
Sori kalau ayat first tu kasar
..

takpe no harm

hmm macam ni kena amik gak la. karang tak pasal2 mati katak.

[ Last edited by  mix_chinese at 14-1-2008 10:33 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2008 10:31 AM | Show all posts
Nak ke org yang tak bwk jadik pak sanggup tu????silap2 kene demerit point tah ke aper...cam Pandak aku la....budus pergi claim yang dia bwk kete padahal sepupu dia bawak....tak pasal2 kene caj braper demerit point ( 10 point kalau tak silap aku )  tah.....pastu kene saman bagai...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2008 10:34 AM | Show all posts
Originally posted by medangmru at 14-1-2008 10:31 AM
Nak ke org yang tak bwk jadik pak sanggup tu????silap2 kene demerit point tah ke aper...cam Pandak aku la....budus pergi claim yang dia bwk kete padahal sepupu dia bawak....tak pasal2 kene caj br ...


ramai yang tak kisah. diorang upah la certain amt.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2008 10:38 AM | Show all posts
Tindakan Drastik JPJ Sita Kenderaan Dipandu Pemandu Tanpa Lesen
September 27, 2005 16:03 PM  

MELAKA, 27 Sept (Bernama) -- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang mengambil tindakan drastik terhadap pemandu yang memandu tanpa lesen sah dengan menyita kenderaan tersebut di samping dikenakan saman maksimum RM300.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Emran Kadir berkata kenderaan terbabit akan dilepaskan setelah pemandu berkenaan dapat mengemukakan pemandu yang memiliki lesen memandu sah untuk memandu kenderaan tersebut.

"Kalau dia tidak menyediakan pemandu yang mempunyai lesen, kita akan bawa kenderaan ke pejabat JPJ, kita akan sita dan kenderaan ini akan dilepaskan setelah pemandu yang bersalah membawa pemandu yang mempunyai lesen," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penutup Kursus Asas dan Induksi Pembantu Penguatkuasa Gred N17 oleh Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Douglas Uggah Embas di Akademi JPJ, Tiang Dua dekat sini hari Selasa.

Emran diminta mengulas laporan akhbar hari ini yang mengatakan dianggarkan lebih 50,000 pemandu kenderaan di seluruh negara tidak mempunyai lesen memandu dan membahayakan pengguna jalan raya yang lain kerana kebolehan mereka mengendalikan kenderaan masih belum diiktiraf dan teruji.

Beliau berkata arahan telah dikeluarkan kepada semua pegawai penguatkuasa JPJ di seluruh negara untuk melaksanakan tindakan berkenaan.

Beliau berkata tindakan itu telah dilaksanakan tiga bulan lepas dan banyak kenderaan telah disita oleh JPJ walaupun untuk tempoh sehari.

"Bilangan kenderaan yang ditahan di JPJ banyak, keesokan hari dia ambil balik, tetapi ada yang ambil balik hari itu juga, dia cari saudara-mara atau rakan yang mempunyai lesen memandu," katanya.

Beliau berkata JPJ tidak boleh bertolak ansur dengan membenarkan pemandu yang ditahan itu meneruskan memandu kenderaan tanpa lesen walaupun saman dikeluarkan kerana JPJ boleh dipersalahkan jika berlaku kemalangan jalan raya.

"Sebenarnya apa yang kita (JPJ) buat ini untuk memastikan pengguna jalan raya mematuhi undang-undang dan tidak mengambil mudah undang-undang yang kita kuatkuasakan, memandu tanpa lesen yang sah tidak ada perlindungan insuran jika berlaku kemalangan, ini akan merugikan semua pihak," katanya.

Beliau berkata pihaknya juga sedang menimbang kemungkinan mengambil tindakan terhadap pemilik kenderaan yang membenarkan kenderaan mereka dipandu oleh pemandu yang tidak mempunyai lesen.

"Kalau (tindakan menyita) tidak berkesan juga, pemilik kenderaan pun kita akan ambil tindakan...dalam undang-undang kita memang boleh ambil tindakan terhadap pemandu dan pemilik kenderaan. Kita tahu alamat dia (pemilik), boleh hantar saman kepada dia, maksimum saman RM300," katanya.

Sementara itu, Emran berkata sebuah makmal kelulusan jenis kenderaan import dan pusat penyelidikan automotif akan dibina di Akademi JPJ, Tiang Dua dalam Rancangan Malaysia Kesembilan.

Beliau berkata sebuah lapang sasar untuk latihan menembak bagi anggota JPJ juga akan dibina di akademi itu selain tambahan tiga blok asrama, auditorium yang boleh memuatkan 600 jemputan, kompleks sukan dan riadah serta 40 unit rumah kediaman pegawai.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2008 10:53 AM | Show all posts
Originally posted by mix_chinese at 14-1-2008 10:38 AM
Tindakan Drastik JPJ Sita Kenderaan Dipandu Pemandu Tanpa Lesen
September 27, 2005 16:03 PM  

MELAKA, 27 Sept (Bernama) -- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang mengambil tindakan drastik  ...

Sudah baca lagi mau langgar undang-undang ka?
Ambik aje la lesen kak Liz oi.. Tak sampai pun 1000. Jual 3-4 ketoi henbeg kulit, dah boleh cover..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2008 01:23 PM | Show all posts
Originally posted by juwaini at 14-1-2008 10:53 AM

Sudah baca lagi mau langgar undang-undang ka?
Ambik aje la lesen kak Liz oi.. Tak sampai pun 1000. Jual 3-4 ketoi henbeg kulit, dah boleh cover..

hehe bukan masalah duit dik oii. masalah masa+malas. huhuuu. sbb hubby bawak ke sana sini..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2008 02:31 PM | Show all posts
jenis tak mau ambik lesen memandu nie sebanarnya masalah jiwa depa nie sayang duit.beli benda lain takpa buat lesen susah.bukan apa keluar duit tak mampak tu yang payah nak buat tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2008 04:27 PM | Show all posts
Originally posted by adzril at 14-1-2008 02:31 PM
jenis tak mau ambik lesen memandu nie sebanarnya masalah jiwa depa nie sayang duit.beli benda lain takpa buat lesen susah.bukan apa keluar duit tak mampak tu yang payah nak buat tu.


hehe..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2008 04:46 PM | Show all posts
tempat saya kalu ambik lesen rm1300. mana tempat yang tak sampai seribu tu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2008 05:53 PM | Show all posts
aku penah kene.. tapi mase tuh lesen P lagi laa..

eksiden.. tapi mase pi repot kate mak aku yg bawak pasal name aku takde dlm list driver.. buleh claim...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 02:44 AM GMT+8 , Processed in 0.057520 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list