CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4225|Reply: 4

PERJUANGAN INI TIDAK AKAN TERHENTI...

 Close [Copy link]
Post time 25-12-2007 05:14 PM | Show all posts |Read mode
Dpt cerpen ni dr email...harap dpt di kongsi bersama...

Setiap titis darah yang tumpah akan menjadi saksi nanti di Akhirat...
Setiap luka yang menganga akan menjadi bukti...
Dan Setiap langkah yang engkau tapaki InsyaALLAH diridhai Illahi Rabbul Izzati
Teruslah berjuang saudaraku... perjuangan tak pernah berakhir ..
sebelum raga meregang nyawa dan syahid menghampiri kita..
Bukan kah itu tujuan kita...

"Jika da'wah adalah nafas2 yg terhembus setiap saat...maka jagalah agar ia tetap terhirup dan kita tetap
hidup karenanya...

" Jika da'wah adalah pedang-pedang yang siapa dihunuskan...maka Jadilah dalang-dalang yang akan
memainkannya di medan laga...

" Jika da'wah adalah jalan yg panjang..maka jgn berhenti sebelum kita temukan penghujungnya yg terang

benderang... Jika da'wah adalah bunga....maka serbukkanlah rekahnya agar ia terus menebarkan wangi
ke seluruh penjuru dunia..."

*********************************************************************

'Allah telah menciptakan kamu dari diri yang satu ( ADAM) dan Allah menciptakan pasangannya ( HAWA)

dari dirinya. Dan dari keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang ramai..'
( AN-NISA : 1 )

       Sunyi malam membuatkan hati Nitrah semakin gelisah. Dia termenung di jendela biliknya. Angin lembut
yang masuk melalui jendela biliknya terasa dingin sekali. Sesekali Nitrah memeluk tubuhnya dengan kedua-
dua belah tangannya. Walau Nitrah tahu cuaca malam ini sejuk, dia tetap tercegat di hadapan jendela
biliknya. Menikmati malam yang penuh ketenangan. Namun..hatinya teringat kembali peristiwa pagi
semalam.

       'Assalamualaikum..
       ' Waalaikumusslam..boleh saya tahu siapa yang bercakap? Tanya Nitrah ingin tahu.
      ' Saya Marwan. Saudara Mak Cik Salmah'. Beritahu lelaki itu. Nitrah terkejut. Marwan, lelaki yang telah

diperkenalkan oleh Mak cik Salmah kepadaku dua bulan yang lalu. Menurut ibu, Marwan ingin
memperisterikan aku. Itulah hasratnya yang telah dia khabarkan kepada Mak Cik Salmah. Aku tidak
menyangka jemputan Mak Cik Salmah ke rumahnya dua bulan yang lalu bertujuan untuk memperkenalkan
aku dengan Marwan. Lidahku kelu dengan tiba-tiba. Hari ini Marwan sudah berani menelefonku.
      'Nitrah..maafkan saya kalau saya mengganggu awak. Saya rasa awak sudah tahu apa tujuan saya

menelefon awak ni. Saya inginkan kepastian daripada awak sendiri.'luah Marwan. Nitrah mula mengatur ayat
untuk bercakap dengan Marwan.
      'Saya tidak boleh buat keputusan sekarang. Saya bukan macam perempuan lain. Itu awak kena faham'.

Balas Nitrah dengan nada suara yang agak tersekat.
      'Maksud awak, keputusan awak nak kahwin ni kena tanya murabbi awak dulu. Saya faham. Kakak

angkat awak telah menjelaskan kepada saya. Saya rasa itu tidak menjadi masalah. Saya ikhlas nak
memperisterikan awak. Semua yang berlaku dalam diri awak saya mampu untuk menerimanya'.
Jelas Marwan dengan penuh harapan.

Nitrah tergamam seketika. Hatinya tiba-tiba berdebar-debar.

      ' Saya harap awak beri masa kepada saya. Saya tidak boleh buat keputusan. Saya buntu sekarang'.
      'Baiklah. Namun, saya mengharapkan suatu yang terbaik daripada awak. Assalamualaikum..
      ' Waalaikumussalam..', balasku lemah.

Perasaan Nitrah semakin tidak tentu arah. Dia teringat kata-kata Marwan. Hatinya tiba-tiba terdetik dan
merasakan suatu perasaan yang luar biasa. Adakah aku??? Ya Allah..betulkah keputusan yang akan aku
buat ini. Aku terus mencapai telefon bimbitku yang kuletakkan di atas meja.
     'Kak Azilah, ada hal mustahak saya nak bincang. Boleh kita jumpa', mesej yang telah kuhantar kepada

Kak Azilah terus dibalasnya.
     'Insya Allah, malam ni akak free. Datanglah rumah akak', Hatiku semakin berdebar ketika bertemu

dengan Kak Azilah. Kak Azilah sekadar tersenyum melihat gelagatku. Dia memandang wajahku penuh
bermakna. Wajahnya tidak putus-putus tersenyum Adakah dia sudah tahu segalanya? Hatiku tertanya-
tanya. Kak Azilah duduk di sebelahku. Dia memegang tanganku lembut.

      'Ada apa yang nak bincang dengan akak?' tanya Kak Azilah sambil menggenggam erat tanganku. Lidah

ku tiba-tiba kelu. Aku tertunduk. Aku cuba bina kekuatan.
      'Akak, bolehkah kalau kita kahwin dengan lelaki yang bukan satu fikrah dengan kita, tapi dia faham apa

yang kita buat selama ini', tanya Nitrah dengan nada yang bersahaja.
       'Boleh tu boleh. Tapi sebaiknya jika kita nak memilih pasangan, kita perlu pilih yang satu fikrah dengan kita. Sebab apa? Sebab dia lebih memahami diri kita. Dia lebih tahu matlamat hidup kita. Kalau dia bukan

sefikrah dengan kita, sejauh mana dia mampu menerima keadaan diri kita, Kerja-kerja yang kita lakukan
selama ini. Cakap memang senang Nitrah. Dia boleh cakap dia mampu menerima keadaan Nitrah, tapi
sejauh mana?

Aku diam seketika dengan jawapan Kak Azilah. Namun hatiku kini semakin berat untuk menerima Marwan.

Aku pasti jika itu yang Allah berikan kepadaku, itulah lelaki yang terbaik untuk aku.
     'Tapi, saya yakin akak dengan jawapan dia, dengan kesungguhan dia. Dia benar-benar ikhlas mahu

menerima saya dan juga penerusan tarbiyah saya. Dia juga mengharapkan ada orang yang dapat
mentarbiyah dia. Kalau saya tak kahwin sekarang bila lagi akak?' jawabku penuh yakin.
     Kak Azilah memandang aku dengan satu pandangan yang begitu tajam. Aku tidak pasti apakah yang

ada di kotak fikiran kak Azilah. Adakah jawapan aku itu telah mengecewakan dia? Aku diam dan tunduk
ke lantai.

       'Nitrah, akak nak tanya seikhlas mungkin dari dalam hati Nitrah sendiri. Nitrah dah bersedia nak

mendirikan rumahtangga, Nitrah bersedia nak menerima lelaki tu dalam hidup Nitrah walaupun bukan
satu fikrah dengan kita', tanya Kak Azilah sambil memegang bahuku. Aku mengangguk tanda setuju.
Kak Azilah tidak mampu berkata apa-apa lagi. Dia juga mengangguk. Tapi jelas di wajahnya ada raut
kekecewaan dengan keputusan yang kubuat. Tapi inilah keyakinanku dengan keputusan yang telah kubuat.




[ Last edited by  aQedea at 25-12-2007 05:22 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-12-2007 05:15 PM | Show all posts
Perjalanan majlis pertunanganku dengan Marwan berjalan lancar. Seminggu lagi majlis perkahwinan kami
akan dilangsungkan. Hanya seminggu kami bertunang. Marwan tidak mahu kami bertunang terlalu
lama. Baginya, kalau boleh majlis perkahwinan kami cepat-cepat dilangsungkan.

      'Akak datang ye majlis perkahwinan saya nanti', jemput Nitrah dengan penuh kegembiraan.
      'Insya Allah. Jika tidak ada apa-apa kami semua akan datang. Semoga semuanya selamat ye', balas

Kak Azilah.

      Majlis perkahwinanku sungguh meriah. Ramai sahabat-sahabatku yang datang. Ini sudah cukup

membuatkan aku rasa restu mereka dengan perkahwinanku. Aku tidak dapat menahan sebak apabila
melihat Kak Azilah. Dia menghampiriku dan memelukku.

      ' Nitrah, tahniah. Ingat ye. Nitrah sekarang sudah menjadi isteri orang. Banyak-banyak berdoa moga

Allah permudahkan perjalanan tarbiyah Nitrah seterusnya. Jangan menangis. Tak elok menangis di
hari yang baik ni', nasihat Kak Azilah membuatkan aku terus menangis. Dia mengelap air mataku dan

terus berlalu pergi.

       Kini sudah hampir dua bulan perkahwinanku dengan Marwan. Dalam tempoh itu juga aku tidak

bertemu dengan Kak Azilah dan sahabat-sahabatku. Rinduku pada mereka terlalu mendalam. Malam itu,
aku seperti mahu menangis mendengar kata-kata Marwan.
      'Tak payahlah pergi program tu. Duduk je berehat kat rumah. Awak tu bukan sihat sangat. Kalau awak

nak, abang boleh belikan buku-buku agama untuk awak baca. Sama juga kalau tak pergi programpun.
Dapat juga ilmu dengan baca buku tu鈥?, kata Marwan lalu mencapai kunci keretanya. Tinggallah aku
keseorangan di rumah. Tiba-tiba wajah-wajah sahabat-sahabatku terbayang di pandangan mata. Kak Idah,
Nusaibah, Alia, Mala, Ju dan Ziha yang banyak membantu aku. Hubungan ukhuwwah yang dulu kini aku
rasakan terlalu jauh. Malam itu Kak Azilah telefon.

      'Assalamualaikum..Apa khabar?
      'Waalaikumussalam..Sihat. Akak sihat? Rindunya saya pada akak dan sahabat-sahabat yang lain'.

Balasku.
       'Ye ke rindu. Lama tak dengar cerita. Ingatkan dah lupa pada kami. Program kitapun dah lama tak

datang', kata-kata Kak Azilah membuatkan aku terasa. Terasa seolah-olah aku tidak sensitif dengan
apa yang berlaku pada aku sekarang. Pentarbiyahan aku selama ini terhenti begitu sahaja. Dek kerana
sebuah perkahwinan. Adakah perkahwinan aku ini penyebab penghalang untuk aku meneruskan
tarbiyah? Ya Allah, silap akukah ya Allah.
      'Rindu dan kasih saya tak pernah hilang pada akak dan sahabat-sahabat. Macam mana saya nak cakap

dengan akak ye. Saya malu dengan akak dan diri saya sendiri', jawabku dalam tangisan.
      'Nitrah, sabar. Cuba Nitrah ceritakan pada akak. Apa yang membuatkan Nitrah rasa malu pada akak

dan diri Nitrah sendiri'. Pujuk Kak Azilah.
      'Betul cakap akak dulu. Kita kena pilih lelaki yang sama fikrah dengan kita. Sekarang baru saya sedar.

Saya silap membuat keputusan menyebabkan tarbiyah saya terbantut dan terhalang. Saya rasa kosong
sekarang akak. Saya tak kuat akak. Saya lebih banyak mengalah dengan Marwan,'beritahuku dan terus
menangis.

[ Last edited by  aQedea at 25-12-2007 05:25 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-12-2007 05:15 PM | Show all posts
'Nitrah, Jangan salahkan sesuatu yang telah berlaku. Ini dah jodoh awak. Tapi, dalam hal tarbiyah ni awak
kena bijak. Nitrah perlu banyak berbincang dengan suami. Banyakkan doa kepada Allah moga Allah
tunjukkan jalan. Berikan keyakinan kepada Marwan bahawa tarbiyah ini perlu diteruskan. Akak doakan
moga Allah mudahkan Nitrah', pesan kak Azilah membuatkan hatiku bertambah hiba. Aku termenung di
meja makan. Air sejuk yang kutuangkan ke dalam gelas tidak mampu aku minum. Aku teringat sahabat-
sahabatku dan Kak Azilah. Hari ini mereka dan sahabat-sahabatku yang lain berrehlah di Taman Tasik
Permaisuri.

       Aku minta keizinan dari Marwan untuk menyertai mereka. Namun, Marwan tetap tidak benarkan aku

pergi. Katanya, ibu dan bapa mertuaku akan datang dari kampung. Aku menangis lagi. Menangis dengan
keadaan yang berlaku kepada diriku. Aku rindu gelak tawa dan tangisan sahabat-sahabatku. Aku rindu
semua itu. Aku juga tahu,sudah pasti mereka juga merindui aku. Namun, aku sedikitpun tidak menyangka
keadaan ini akan berlaku dalam hidupku dari awal perkahwinan sehinggalah aku kini mengandung tiga
bulan.

        'Abang, esok saya ada program kat rumah Kak Azilah. Saya nak minta izin abang untuk pergi ke

sana?' kataku dengan suara yang lembut sekali. Marwan memandang aku dengan pandangan yang cukup
tajam.
       ' Tak payahlah. Awak tu kan mengandung. Tak kan mengandung pun nak pergi juga. Apa-apa yang

berlaku nanti abang juga yang susah. Dahlah awak tu alah teruk. Berehat je lah kat rumah?, balas
Marwan. Aku terus menangis. Esakku kali ini lebih kuat. Aku sedih dengan jawapan Marwan. Ternyata
sehingga sekarang dia masih tidak mampu memahami keadaan diriku. Matlamat hidupku. Marwan menjadi
serba salah apabila melihat aku terus menangis. Dia memeluk bahuku. Aku menepis dan berlalu pergi.
Marwan mengekoriku dari belakang.

       'Kenapa ni? Menangis macam tu sekali. Tak baik orang mengandung ni banyak menangis. Nanti anak

tu pun menangis macam ibu dia juga. Siapa yang susah, abang juga yang susah?, kata Marwan kononnya
mahu membuat lawak denganku. Namun tangisanku tak mampu aku hentikan. Dia mula gelabah dan cuba
memelukku. Kali ini lebih kuat dan lebih erat. Aku tidak mampu melepaskannya.
       'Jangan buat macam ni?' pujuk Marwan.

       'Abang, tolonglah faham keadaan diri Nitrah ni. Mana janji abang dulu. Abang?itrah ada sahabat-
sahabat yang Nitrah rindui. Nitrah rindu program-program seperti Nitrah ikuti dulu sebelum berkahwin
dengan abang. Tapi abang tidak pernah memberi peluang untuk Nitrah bersama-sama dengan mereka.
Nitrah sedih. Nitrah kecewa dengan abang', luah Nitrah sambil memandang wajah Marwan. Marwan tidak
mampu berkata apa-apa. Pelukannya dilepaskan.
        'Buku saja tidak mampu mengisi kekosongan hati Nitrah ni. Nitrah tahu Nitrah isteri abang sekarang.

Nitrah perlu taat kepada abang. Tapi, abang juga sebagai suami perlu memahami hati dan perasaan
Nitrah. Dulu sudah Nitrah katakan pada abang, Nitrah bukan macam perempuan lain. Nitrah ada
tanggungjawab lain selain tanggungjawab Nitrah pada abang. Mengandung bukan penghalang untuk Nitrah
tidak melakukan kerja-kerja seperti dulu. Nitrah harap abang faham keadaan Nitrah?, Kata Nitrah untuk
cuba memahamkan hati dan diri Marwan. Marwan menghampiri Nitrah. Dia menggenggam tangan Nitrah
erat.
        ' Baiklah, kalau itu yang Nitrah mahu. Terserahlah. Abang izinkan Nitrah pergi esok', hanya itu kata-

kata Marwan dan dia melepaskan genggaman tangannya dan berlalu pergi. Nitrah menarik nafas panjang.
Rasa kepuasan ada dalam hatinya walaupun dia merasakan jawapan Marwan tadi dalam nada kekecewaan. Kini, Nitrah hanya mampu berdoa agar permulaan yang sedikit ini akan memberikan satu kesedaran
kepada Marwan untuk memahami keadaan dan matlamat hidupnya. Hidup dan matinya untuk Islam.


[ Last edited by  aQedea at 25-12-2007 05:29 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2007 07:29 PM | Show all posts
hmm... awat degil sgt nitrah ni.  dah kahwin ikut la cakap suami.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2007 08:27 AM | Show all posts
sebab tu dia menyesal xikut ckp kwn dia tuu....
mula2 suami konon2 faham dgn kerja isteri, tp bila dh kawin,
semua nk dihalang....ermm...mmg ssh klu kawin dgn llki yg bukan ditarbiyah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 03:04 PM GMT+8 , Processed in 0.046625 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list