CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2720|Reply: 9

LAGI KISAH MANUSIA YANG TERPUJI AKHLAKNYA....

[Copy link]
Post time 10-12-2007 10:49 PM | Show all posts |Read mode
Bantu jiran tak mengira bangsa

http://www.hmetro.com.my/Current ... /Article/index_html

KUANTAN: Jiran sepakat membawa berkat. Seorang pengawal keselamatan sanggup menumpangkan enam beranak termasuk seorang lumpuh dengan keretanya ke pusat pemindahan selepas rumah mereka di Taman Tas Jaya, Jalan Gambang, di sini, dilanda banjir, kelmarin.

Dalam kejadian jam 5 pagi itu, Aziz Arshad, 46, berpatah balik ke rumahnya untuk menumpangkan enam sekeluarga itu selepas menghantar isteri dan tiga anak berusia 15 hingga 19 tahun ke pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Fakeh Abdul Samad, di sini.

Aziz berkata, jirannya, K Muniandy, 46, lumpuh paras pinggang ke bawah akibat kemalangan dilanggar Mat Rempit ketika sedang melintas jalan, Julai lalu.

Menurutnya, kemalangan itu menyebabkan Muniandy cacat seumur hidup dan hilang punca pendapatan kerana tidak lagi boleh bekerja sebagai pemandu lori.

揝aya bersimpati dengan kesusahan Muniandy sekeluarga. Dia bukan orang senang dan hidupnya semakin perit selepas kemalangan itu.

揔ami memahami masalah masing-masing kerana sudah tiga tahun hidup berjiran,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2007 10:52 PM | Show all posts


barney patut baca berita ni..
tapi personally, kalau aku di tempat jiran dia ni pun aku akan buat benda yang sama..
dah berjiran 3 tahun, mesti la susah senang sama2 dirasa..

yang melanggar laki india ni, si mat rempit bajingan UMNO, takde tindakan diambil ke?
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2007 01:27 PM | Show all posts
terharu benar rasa dihati..:cry:
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2007 01:27 PM | Show all posts
Alhamdulillah .. ada lagi manusia yg baik ati cam ni... kalo lagi ramai lagi makmur dunia niy
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2007 11:45 PM | Show all posts
CONTOHILAH DIA....
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2007 01:18 PM | Show all posts
"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia berbuat baik kepada jirannya. Dan barangsiapa beriman kepada Allah maka hendaklah dia memuliakan tetamunya dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah dia mengucapkan kata-kata yang baik ataupun diam." (Muttafaq alaihi).

"Dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah dia meyakiti jirannya." (Riwayat Al-Bukhari).

Seorang muslim yang beriman tidak akan tergamak melihat jirannya berada di dalam kesempitan hidup, kesusahan dan kemiskinan, sedangkan dia berada dalam kemewahan hidup dan kesenangan. Dia tidak akan membiarkan mereka tenggelam di dalam penderitaan tanpa mendapat pembelaan dan pertolongannya. Bagaimana dia boleh membiarkan jirannya menderita pada hal Rasulullah s.a.w bermaksud:
"Tidak beriman kepadaku siapa yang tidur kenyang padahal jirannya lapar di sampingnya, sedangkan dia tahu jirannya lapar." (Riwayat Tabrani A-Bazzar)

sekadar berkongsi bersama
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-12-2007 03:04 PM | Show all posts
nilai2 murni yg perlu dicontohi...
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2007 01:42 AM | Show all posts
bagusnyer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2007 11:28 AM | Show all posts
Suka baca citer mcm ni..... tolong-menolong tak kira bangsa n agama...
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2007 12:31 PM | Show all posts
Alhamdulillah. ada gak hamba Allah yang masih sudi menolong
poor to others, aku tengok ada yg sanggup tikam saudara seagama sendiri
eemmm duniawi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 11:34 PM GMT+8 , Processed in 1.441085 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list