CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2255|Reply: 0

SEBUAH MONOLOG BUAT METAL SEJATI- part 1

 Close [Copy link]
Post time 19-11-2007 12:13 AM | Show all posts |Read mode
Episod Pertama ( Mencari metal didalam kubur )

- Metal, bagaikan sudah sebati didalam diriku. Aku tidak mengetahui apapuncanya aku berperasaan seperti metal. Adakah kerana aku nih sukakan"besi" takpun aku sudah menjadi seperti seorang besi. Namun aku tidakmenyesali sedikit pon apa yang aku dah lakukan setakat ini, terasaseperti hendak mencari "metal" pon ada juga. Bak kata seorang pujanggamalang (sambil menghisap rokok surya) "Apalah makna kehidupan ini jikatidak kerana "metal" kerna dengan "metal" lah saya menjadi sihat dankuat. Apakah kaitannya metal dengan sekumpulan budak samseng.

Aku tidakmengerti kerana masyarakat menganggap metal ini adalah sebuah gayahidup yang penuh dengan kesamsengan. Adakah aku nampak seperti samsengatau seorang kaki pukul takpun seorang yang BAPOK (bak kata kawan-kawanaku di Pandan Indah). Aku tidak mengerti ini semua, kerna bagi akumetal itu adalah satu PASSION yang sukar untuk diperolehi olehmana-mana individu-individu biasa. CINTA?, apakah kaitan cinta denganmetal.

Adakah dengan cinta aku boleh menjadi "sehat dan kuat". Cintabagi aku adalah bak seperti debu-debu yang berterbangan ditiup angin.Aku tidak memerlukan cinta untuk menjadi "sehat dan kuat", akumemerlukan METAL untuk menjadi "sehat dan kuat". Pemikiran aku yangnampak seperti kebodohan ini sebenarnya datang dari metal ini juga.Sepanjang hidup aku menjalani kehidupan sebagai seorang yang besi inijuga berjaya menjadikan aku seorang yang idealistik dan fantastik.Namun begitu apakan daya besi jugalah yang menjadi tatapan aku dikalasanubariku menjadi sepi dan sunyi.

Aku sukakan besi yang menjadiseperti "sampah", "kehitaman", "kematian" dan juga besi yang "berat".Rakan-rakan, apakah kaitannya rakan-rakan dengan besi? Aku menjadisedikit halusinasi apabila rakan-rakan berada didalam besi, tikarakan-rakan tidak bercampur dengan besi aku rasa seperti mahumenjualkan saja besi buruk tersebut dikedai-kedai besi yang berdekatan.Namun aku tidak terdaya lagi mahu menjual besi buruk tersebut keranabesi itu sangat berharga dan begitu precious didalam sanubari besi kuini.

Namun begitu sekali lagi aku diingatkan bahawa besi jugalah yangtelah menjatuhkan moral dan maruah aku didepan manusia-manusia sepiyang hanya bertopengkan muka yang hensem dan hati yang waja. Hensem,apakah kaitan hensem dengan besi, sekali lagi aku menjadi sepertidirasuk tatkala besi sudah bercampur dengan kehenseman sejati. Akutidak tahu mengapa, tetapi aku rasa hensem itu diperlukan tatkala inginmenjadi seorang besi yang tersohor dan juga dijulang bagai raja yangbaru saja ditabalkan untuk memegang tampuk pemerintahan sesebuahnegara. METAL....METAL...METAL...oh hanya dikau sajalah yang memenuhiruang disegenap sudut hatiku yang tengah dilanda strok dan menapouseyang teramat sangatlah tegar jawabnya...

[ Last edited by  anime at 19-11-2007 12:19 AM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 02:41 PM GMT+8 , Processed in 0.042270 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list